Anda di halaman 1dari 2

Cara-cara ibu bapa memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan anak

Pendahuluan
a. Amalan berjimat cermat memang menjadi agenda perdana dalam kehidupan seharian.
b. Malangnya, anak-anak remaja bersikap membazir dan memboros dari segi perbelanjaan
serta penggunaan air dan elektrik.
c. Mereka seolah-olah tidak menghargai nilai wang dan sumber alam.
d. Menurut Hadis, anak diibaratkan kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu bapanya.
e. Dalam konteks ini, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak agar menjadi insan
yang mengamalkan budaya berjimat cermat dalam kehidupan.
f. Persoalannya, bagaimanakah ibu bapa boleh melahirkan anak yang menghayati amalan berjimat
cermat dalam segala aspek kehidupan?
Isi 1
a. Antara langkah perdana dalam pemupukan amalan berjimat cermat dalam kalangan anak ialah ibu
bapa perlu menjadi anjakan paradigma kepada anak mereka.
b. Mereka harus menjadi cermin perbandingan yang positif kepada anak-anak dalam segala aspek
kehidupan kerana bapa borek anak rintik
c. Menurut pakar motivasi, Dato Dr. Fadzilah Kamsah, setiap tindak-tanduk ataupun gerak-geri
ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak.
d. Misalnya, jika ayah bertelefon bimbit berjenama Nokia N95, anak lelaki pula hendak memiliki Nokia
N97; jika ibu senantiasa tidak menutup pili air selepas menggunakannya, maka anak gadis pula akan
senantiasa tidak menutup suis lampu.
e. Jadi, ibu bapa haruslah menjadi contoh teladan yang sihat kepada anak.
Isi 3
a. Selain menjadi modal insan yang ideal, ibu bapa perlu mengamalkan kesederhanaan dalam
kehidupan seharian.
b. Hal ini demikian kerana sikap boros tidak relevan lagi dalam kehidupan kita dalam zaman kegawatan
ekonomi ini kerana mengundang musibah, iaitu kemiskinan dan kesengsaraan.
c. Kita sering terdengar cerita seorang ayah berumah banglo dan berkereta mewah dahulu, tetapi
sekarang berkain basah kering di pinggang.
d. Kita bukan tidak boleh berkereta ataupun berumah, tetapi apa gunanya berkereta mewah dan berrumah
banglo.
e. Pendek kata, anak-anak kita tidak akan mengamalkan sikap kesederhaan selagi ibu bapa mengagung-
agungkan kemewahan.
Isi 3
a. Ibu bapa juga perlu mengamalkan 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) dalam penerapan amalan
berjimat cermat dalam kehidupan.
b. Dalam hal ini, ibu bapa perlu menekankan kepentingan 3R dalam usaha mencermatkan
perbelanjaan dengan melibatkan semua ahli keluarga.
c. Misalnya, anak-anak perlu dididik agar mengurangkan penggunaan air, tenaga elektrik, kertas tulisan,
ubat gigi, syampu, pencuci muka, dan sebagainya.
d. Selain itu, barang-barang terpakai seperti bekas air, tin-tin aluminium, surat khabar dan sebagainya
boleh dijual untuk dikitar semula.
e. Tegasnya, konsep 3R ini dapat memupuk tabiat berjimat cermat dalam kehidupan anak.
Isi 4
a. Seterusnya, ibu bapa harus memupuk amalan menabung anak-anak sejak kecil lagi kerana melentur buluh
biarlah dari rebungnya .
b. Amalan ini ialah suatu amalan yang mulia dan terpuji.
c. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak merancang belanjawan supaya anak-anak dapat berbelanja secara
cermat .
d. Baki wang saku mestilah dimasukkan ke dalam tabung untuk kegunaan masa depan.
e. Walakin begitu, amalan ini juga dapat memupuk pemikiran yang mengapresiasi kesusahan mencari wang.
f. Pendek kata, anak-anak yang dilatih menghayati peribahasa ingat sebelum kena, jimat sebelum habis pasti
akan mengamalkan amalan berjimat cermat.
Penutup
a. Intihanya, ibu bapa memang memainkan peranan yang signifikan dalam melahirkan anak yang
berjimat cermat dalam kehidupan.
b. Dalam hal ini, ibu bapa perlu menonjolkan kesungguhan , keazaman , dan keiltizaman
melalui teladan sehingga konsep berjimat cermat ini menjadi sebahagian hidup kita.
c. Pedoman orang tua-tua cermat masa banyak, jimat masa sedikit pula hendaklah dijadikan petunjuk
dalam kehidupan kita .
d. Dengan ini, seisi keluarga dapat mencegap nikmat kebahagiaan, keharmonian dan kemakmuran.

Anda mungkin juga menyukai