Anda di halaman 1dari 2

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

2.0 Pendahuluan

Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

FPG digubal untuk menjadi panduan bagi merealisasikan FPK. FPG menerangkan bahawa jenis guru
yang diperlukan di negara kita adalah seperti yang berikut:

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi
negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisipin.

Matlamat Pendidikan Guru

Matlamat Pendidikan Guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, profesional,
sosial dan amalan tingkah laku. Selain itu seorang guru perlulah menguasai ilmu, kemahiran dan
amalan nilai-nilai keguruan, serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk
merealisasikan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21 ini.

Analisis FPG

Falsafah metafizik iaitu guru menjamin perkembangan seseorang individu dan memelihara
masyarakat agar bersatu padu serta guru juga mestilah demokratik, progresif dan berdisiplin. Oleh
itu, dapatlah kita lihat peranan guru sebagai agen perubahan dalam dunia pendidikan yang
dinamikrealiti dalam bidang pendidikan.

Dari segi falsafah epistimologi pula guru perlulah berpandangan progresif dan saintifik. Seorang guru
mestilah sentiasa menimbah ilmu iaitu lanjutan daripada penemuan baru dan inovasi. Oleh yang
demikian jelaslah seorang guru bertanggungjawab untuk memperoleh ilmu baru agar tidak
ketinggalan zaman.

Seterusnya, dalam cabang falsafah aksiologi pula guru perlu berpekerti mulia, dan boleh menjadi
aspirasi kepada negara serta menyanjung warisan kebudayaan di negara kita. Jika kita lihat daripada
pernyataan sebentar tadi, guru akan menjadi rol model dan teladan yang baik kepada murid-
muridnya. Oleh itu, seseorang guru itu menunjukkan nilai-nilai murni kepada murid-muridnya
seperti bermoral, beretika, bersifat profesional dan sebagainya.

Cabang falsafah logik pula, seorang guru perlulah berpandangan progresif dan saintifik iaitu seorang
guru mengamalkan penaakulan logik dalam menjalankan tugas profesional dan rutin harian
pengajaran dan pembelajaran. Guru juga dikehendaki untuk meningkatkan diri secara profesional
demi menjamin mutu profesion perguruan dan kualiti guru.

Model Konseptual Pendidikan Guru

Model Konseptual Pendidikan Guru telah dirangka berlandaskan kepada dasar FPG dan Matlamat
Pendidikan. Model ini merangkumi akauntabiliti guru di bawah tiga dimensi utama iaitu ketuhanan,
peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan
kepada ajaran agama. Kemasyarakatan, penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan
agen perubahan.Kendiri, penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotisme, pemupukan
budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia.

2.1 Elemen-elemen Falsafah Pendidikan Guru.


Menurut Choong Lean Keow dalam bukunya Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia untuk Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Elemen yang terkandung dalam FPG adalah seperti berpekerti
muliamembawa maksud seorang guru perlulah mempunyai sahsiah yang baik agar dapat dicontohi
oleh anak didik iaitu berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin, bermoral dan lain-lain lagi.

Elemen FPG berpandangan progresif dan saintifik pula seorang guru perlulah berkembang
mengikut peredaran zaman yang terkini iaitu memberi penekanan kepada sains dan teknologi serta
berusaha agar tidak ketinggalan dari segi profesional.

Seterusnya, elemen FPG bersedia menjunjung aspirasi negaraiaitu menghayati aspirasi negara
yang telah disyaratkan dan berusaha menyumbang secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi
negara.

Elemen FPG serta menyanjung warisan kebudayaan negaraiaitu menghayati warisan kebudayaan
negara yang unik dan memupuk sifat bangga terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan murid.
Selain itu guru juga haruslah menyemai sifat patriotisme dan cinta akan negara.

Elemen FPG menjamin perkembangan individu guru berperanan dari segi perkembangan diri dan
perkembangan murid secara menyeluruh iaitu dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Elemen FPG memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin membawa maksud sudah menjadi tanggungjawab seorang guru sebagai ahli masyarakat
yang menyumbang kepada pembangunan negara. Guru juga berperanan agar masyarakat dapat
memenuhi aspirasi dan hasrat negara yang telah ditetapkan.

SELAMAT BERJAYA NAD BUSUK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anda mungkin juga menyukai