Anda di halaman 1dari 13

1.

0 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA

Keupayaan kognitif individu, pesekitaran dan tingkah laku memainkan peranan yang
penting dalam kebolehan seseorang individu untuk mempelajari pengetahuan dan kemahiran
baru. Tugasan ini akan membincangkan teori pembelajaran sosial yang dirangka oleh oleh Albert
Bandura, atau lebih dikenali sebagai Teori Pembelajaran Sosial Bandura. Albert Bandura
meruakan pakar psikoloi yang lahir pada 4 Disember 1925 di Negara Kanada. Beliau
mempeolehi ijazah pertama dalam bidang psikologi dari University of Colombia pada tahun
1949 dan mendapat PhD dalam psikologi klinikal pada tahun 1952. Bandura menemui
kepentingan model tingkah laku apabila beliau menjalankan kajian terhadap pesakit yang fobia
terhadap ular. Bandura mendapati terapi terhadap pesakit yang fobia terhadap ular amat bekesan
apabila pesakit berkenaan memerhati bekas pesakit yang mempunyai fobia yang sama
mengendalikan ular. Pesakit berkenaan mengabstarkkan apa yang diperhatikan oleh mereka
bahawa pesakit yang fobia akan ular mengendalikannya tanpa sebarang kesan sampingan.
Pesakit berkenaan kemudiannya menganggap maklumat yang diperolehi itu sebagai refleksi
tingkahlaku mereka. Bandura menemui bahawa pemerhatian sebegini sangat berkesan
berbanding teknik pemujukan dan membiar ahli psikologi menendalikan ular bagi merawat
pesakit.

Bandura membangunkan teori pmebelajaran sosial pada tahun 1986. Teori pembelajaran
sosial menerima prinsip-prinsip teori perilaku (Behaviorism). Akan tetapi banyak penekanan
diberikan kepada kesan kepada perilaku dan bagaimana minda memperoses maklumat yang
diterima. Bandura merumuskan bahawa individu menerima rangsangan luar dan penjelasan atau
rumusan sendiri untuk belajar dari orang lain atau melalui persekitarannya.

1.1 Pembelajaran Melalui Pemerhatian

Kanak-kanak memerhatikan orang disekeliling mereka yang mempunyai tingkahlaku


yang berlainan. Ini diterangkan dengan terperinci dalam pemerhatian Bobo doll experiment
(Bandura, 1961). Individu yang diperhatikan dikenali sebagai modal. Dalam masyarakat, kanak-
kanak dikelilingi oleh individu yang banyak memberi pengaruh kepada pekembangan mereka,
seperti ibu bapa dalam keluarga, watak-watak dalam program television kanak-kanak, rakan
sebaya dan guru-guru di sekolah. Olongan ini memainkan peranan yan penting dalam
tingkahlaku kanak-kanak untuk memerhati dan meniru, seperti aspek kemaskulinan, kewanitaan,
pro sosial dan anti sosial. Kanak-kanak memberikan tumpuan terhadap individu-individu
berkenaan dan menyandarkan gaya yang dipamerkan oleh mereka. Ini dilakukan ole kanak-
kanak tanpa mengambil kira adakah tingkahlaku bekenaan sesuai mengikut jantina mereka atau
tidak. Tetapi, apabila masyarakat menganggap tingkahlaku berkenaan sesuai, keberangkalian
untuk kanak-kanak bekenaan untuk meniru gaya tersebut adalah tinggi.

Kanak-kanak lebih cenderung meniru dan mempreaktikkan dari individu yang mereka
merasai sebagai diri mereka. Kesannya, keberangkalian untuk meniru tingkahlaku adalah tinggi
jika contoh subjek yang diperhatikannya itu dari jantina yang sama. Yang kedua, individu di
sekelilin kanak-kanak tersebut akan bertindakbalas terhadap tingkahlaku berkenaan dengan cara
pengukuhan atau hukuman. Jika kanak-kanak meniru gaya individu bekenaan dan kesannya
adalah positif, kanak-kanak berkenaan bepeluang tinggi untuk meniru gaya atau tingkahlaku
tersebut. Sebagai contoh, apabila ibu atau bapa memuji anak mereka dengan menyatakan bahawa
anak mereka behati baik bila anaknya menjaga binatang peliharaan, ia adalah seperti ganjaran
kepada mereka dan mereka akan mengulanginya lagi perbuatan berkenaan kerana
tingkahlakunya telah diperkukuhkan (strengthened).

Pengukuhan boleh diperolehi dari sumber luaran atau dalaman, boleh menjadi positif atau
negatif. Jika kanak-kanak maukan pesetujuan atau perhatian dari rakan sebaya mereka, ini
dikenali sebagai pengukuhan luaran. Tetapi, berasa gembira jika mereka bejaya mendapat
perhatian rakan adalah pengukuhan dalaman. Kanak-kanak akan bertindak dalam apa jua cara
unuk mendapatkan pengukuhan berkenaan, kerana ia yang dingini leh kanak-kanak berkenaan.

Ketiga, kanak-kanak berkenaan juga akan menambil kira apa yan akan berlaku kepada
orang lain jika dia memilih untuk meniru tingkahlaku berkenaan. Individu belajar dengan
memerhatikan kesan tingkahlaku terhadap seorang. Sebagai contoh, jika kakak di rumah dipuji
atas kesopanannya, keberangkalian adiknya untuk mengikuti tingkahlaku berkenaan adalah
tinggi. Ini berkaitan dengan keakrapan individu berkenaan dengan modal yang mempunyai
kualiti yang memberi ganjaran kepada kanak-kanak bekenaan ika menikuti tingkahlaku
berkenaan. Individu berkenaan adalah hubungan rapat dengan kanak-kanak tersebut seperti
ibubapa atau kakak atau abang ataupun karekter imaginasi.
1.2 Kepimpinan dan Kerohanian

Model dalam teori Bandura merupakan sumber kepada seseorang untuk mempelajari
sahsiah daripada individu yang ditiru tingkahlakunya (moral code). Sahsiah ini menentukan
tingkahlaku mana yang yang boleh ditiru dan tingkahlaku mana yan perlu dielak. Apabila
seseorang itu melanggar etika moral, individu tersebut akan menalami self-contempt, iaitu
menyalahkan diri atau rasa bersalah. Ini memberikan pengalaman yang tidak menyenangkan
kepada individu berkenaan. Tetapi menurut Bandura, seseoran akan melanggar kod etika tanpa
perasaan self-contempt (Olson, 1997). Olson menyatakan adakalanya individu akan melanggar
kod etika bagi sesuatu yang mustahak atau mulia. Perbandingan atau advantageous comparison
di mana seseorang membandingkan perlanggaran atau kempimpinannya dengan individu yang
melakukan kesalahan yang berat seperti memakan rasuah. Apabila mengagikan tanggungjawab,
seseorang itu dikatan melanggar kod etika apabila menerima arahan dari pihak atasan untuk
bertindak. Dalam hal ini, individu tersebut tidak rasa bersalah kerana apa yang dilakukan secara
langsungnya bukan dari dia.

Oleh kerana manusia biasa mengaturkan tindkannya sendiri, tidak semestinya dia berhak
untuk melakukan apa yang dingini hatinya. Bandura mendefinisikan kebebasan sebagai pilihan
yang tesedia ada dan situasi untuk melakukannya. Bandura menjelaskan 3 perkara untuk situasi
sebegini. Ketidakcekapan (Incompetence), di mana individu yang berada dalam posisi pemimpin
tidak dapat memanfaatkan kesempatan yang diwujudkan kepadanya. Perasaan tidak selamat
(Insecure), perasaan takut yang dialami semasa membuat keputusan takutkan keputusannya akan
membawa kepada sesuatu yang negatif. Terlalu yakin akan keupayaannya (overconfidence), rasa
percaya diri akan kebolehan yang berlebihan yang akan menyebabkan untuk membuat kesilapan.

1.3 Kognitif, Persekitaran, Pemerhatian dan Permodelan

Kognitif: keupayaan minda untuk memproses maklumat atau info yang diperoleh melalui
pemikiran, penalaman dan deria. Mempunyai proses seperti pengetahuan, perhatian, ingatan, dan
justifikasi. Proses kognitif adalah gabungan pengetahuan yang sedia ada dan penetahuan baru
yang diperoleh.

Persekitaran: tempat dimana kanak-kanak membesar atau melakukan sesuatu aktiviti yang
memberi pengaruh yang besar kepadanya.
Pemerhatian: aktiviti yan dilakukan menggunakan pancaindera. Tumpuan yang diberikan kepada
individu yan dianggap role model kepada kanak-kanak berkenaan.

Permodelan: Bandura menyatakan fungsi model yang utama, iaitu, menghantar maklumat kepada
orang yang perhatikannya. Ini berlaku dalam tiga cara, model bertindak sebagai isyarat untuk
menghantar maklumat kepada orang lain. Mereka juga bertindak sebagai medium untuk
menguatkan atau melemahkan kekangan pemerhati terhadap tinkahlaku model.

1.4 Pembentukkan Sekolah yang Kondusif

Berdasarkan Teori Pembelajaran Sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura, pemerhati
akan meniru setiap tingkahlaku 'model' sekiranya tingkahlaku model tersebut mempunyai ciri-
ciri seperti bakat, kecerdasan, kuasa, kecantikan atau pun populariti yang diminati oleh
pemerhati. Seorang guru, turut mempunyai sedikit sebanyak mengenai ciri-ciri yang disebutkan
di atas. Ia secara tidak langsung amat berkait rapat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
Antara implikasi yang berkait rapat dengan Teori Pembelajaran Sosial terhadap pengajaran dan
pembelajaran yang pertama ialah sebagai seorang guru, amat penting untuk memberi setiap
orang murid peluang untuk memerhati dan mencontohi pelbagai jenis model yang menunjukkan
tingkahlaku yang diingini.

Oleh kerana itu, guru hendaklah memastikan bahawa guru tersebut sendiri boleh
menunjukkan tingkahlaku yang boleh diteladani serta memaklumkan kepada anak murid
berkenaan kesan sesuatu tingkahlaku yang tidak bermoral, melanggar norma-norma masyarakat
dan undang-undang, bersifat eksploitasi dan manipulasi dan sebagainya. Kedua, guru perlu
memastikan dan berusaha menyediakan persekitaran sosial yang kondusif agar modeling boleh
berlaku. Perkara seperti memberi insentif, pengukuhan dan sokongan moral seharusnya diberi
kepada murid-murid secara berterusan bagi menggalakkan berlakunya tingkahlaku yang baik
dalam kalangan murid-murid pada masa kini. Tambahan, persembahan pengajaran seseorang
guru seharusnya tersusun dan dapat menarik minat dan perhatian murid-murid serta seharusnya
dapat dijadikan model untuk diikuti oleh mereka. Tambahan lagi, guru mestilah sentiasa bersedia
dengan kemahiran komunikasi agar setiap kali sesi demonstrasi pembelajaran di dalam kelas
jelas, dapat difahami dan dapat diikuti oleh murid dengan mudah dan tepat. Contohnya, jika guru
mengajar cara-cara untuk menghasilkan lukisan, guru mestilah menerangkan dahulu langkah-
langkahnya agar ia dapat diikuti oleh murid secara mudah.

Di samping itu, guru juga boleh membawa bahan bantu mengajar atau contoh-contoh
yang berkenaan dengan apa yang dipelajari di dalam kelas agar murid dapat melihat secara terus
dan seterusnya lebih memahami dengan apa yang diajar oleh gurunya. Guru juga boleh
menjemput seorang murid agar menjadi contoh kepada murid lain berdasarkan kerjanya yang
bagus atau pun untuk membuat demonstrasi mengenai hasil kerja yang dihasilkannya yang
terbaik itu. Guru juga perlu menyemai nilai-nilai murni dan sentiasa menggunakan psikologi
serta simulasi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Ianya dilihat dapat membentuk murid
ke arah yang lebih proaktif dan produktif. Contohnya, guru boleh membuat aktiviti seperti kuiz,
teka-teki, bercerita dan bertanyakan pelbagai soalan yang mencabar minda kepada murid agar
kemahiran kognitif mereka dapat berkembang secara berterusan. Melalui aktiviti ini juga, murid
dapat berimaginasi dan seterusnya dapat memikirkan idea-idea baharu dan bernas sesuai dengan
tahap mereka.

2.0 Model Sekolah

Bagi menghasilkan persekitaran dalam sekolah yang kondusif epada pelajar, pentadbiran
sekolah mahupun guru-guru sekolah perlu memaksimumkan konsep permodelan dari teori
Bandura. Murid mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui
pemerhatian, tetapi mereka mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada
sesuatu bentuk motivasi atau dorongan untuk melakukannya. Peneguhan memainkan peranan
dalam pembelajaran pemerhatian. Sebagai contoh, jika murid mengharapkan untuk mendapat
peneguhan dengan meniru tindakan seseorang model, murid mungkin lebih bermotivasi untuk
menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku. Selain itu,
peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang mencuba menunjukkan
tingkah laku baru tidak akan mengekalkanya tanpa peneguhan. Sebagai contoh, jika seorang
pelajar yang tidak popular cuba memakai pakaian fesyen baru tetapi diejek oleh rakan- rakan dan
dia tidak akan meneruskan peniruannya.

Peniruan dibahagikan kepada lima jenis yang dapat memotivasikan perlakuan tingkah
laku yang ditiru. Pertama, pemerhati mungkin menghasilkan semula tingkah laku model dan
menerima peniruan secara langsung. Contohnya, seorang ahli sukan menunjukkan pergerakan
badan yang baik dan dia di puji oleh jurulatihnya dengan kata- kata seperti bagus. Kedua
pemerhati mungkin melihat orang lain menerima peniruan secara tidak langsung dan mengikut
tingkah laku orang yang diperhatikan. Sebagai contoh, kanak-kanak yang melihat program
televisyen yang penuh dengan keganasan mungkin meniru tingkah laku keganasan model
melalui program tersebut. Ketiga ialah peniruan melalui proses elistasi. Dalam proses ini
seseorang akan meniru apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara-cara
melakukan tingkah laku tersebut. Sebagai contoh timbul keinginan di hati Ahmad untuk
membantu ibunya membersihkan rumah setelah melihat rakannya membantu ibunya. Keempat
peniruan sekat lakuan. Peniruan yang sesuai dilakukan dalam keadaan tertentu tetapi tidak
digunakan dalam keadaan atau situasi yang lain. Sebagai contoh, murid boleh meniru kawan
mereka yang bising semasa kelas pendidikan jasmani di padang tetapi tidak boleh meniru
tingkah laku ini di dalam kelas. Kelima iaitu peniruan tak sekat lakuan. Dalam proses ini
seseorang individu akan terus mengamalkan peniruan dalam apa- apa jua situasi. Sebagai contoh,
Radzi yang menyertai satu kumpulan menyimpan rambut panjang semasa cuti sekolah akan terus
menyimpan rambut panjangnya semasa sesi persekolahan bermula.

2.1 Aplikasi dalam Bilik Darjah

Guru sebagai Role Model dan Model Simbolik.

Guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan dia mempunyai tingkah laku dan
berpewatakan positif supaya pelajar dapat menirunya. Segala tindakan yang ditunjukkan oleh
guru diperhatikan oleh muridnya dan hendaklah perwatakan yang bepositif dan membina.

Modifikasi Tingkah Laku.

Cara guru berkelakuan dalam bilik darjah adalah sangat penting dan memberi impak yang besar
kepada murid. Ini boleh dilakukan dengan menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan
santun dan tidak meninggikan suara di dalam bilik darjah. Sekiranya guru ingin mengubah
tingkah laku murid yang kurang menyenangkan kepada yang boleh diterima, guru hendaklah
menunjukkan kepada mereka contoh yang terbaik.

Peniruan Tidak Langsung.


Media massa pada zaman kini sangat luas dan dipenuhi denan maklumat yang berfaedah dan
sebaliknya. Oleh kerana pengaruh media massa dan internet begitu luas terhadap pelajar daripada
model lansung, guru perlu bertndak menasihati murid tentang jenis program yang perlu dipilih
dan yang harus ditolak.

Hasil kerja yang baik.

Guru boleh mengambil inisiatif dengan tunjukkan kepada pelajar dalam kalangan rakan-rakan
mereka siapa yang menunjukkan contoh sebagai pelajar yang baik dari segi penghasilan kerja
atau karya. Dengan kaedah ini murid boleh belajar daripada rakan-rakan dan meniru idea-idea
yang berkualiti yang terdapat dalam kerja-kerja mereka.

Permainan dan simulasi.

Murid boleh diajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui situasi main peranan dan
simulasi. Pelajar dapat meniru tingkah positif. Situasi dalam main peranan dan simulasi perlu
diaplikasikan dalam situasi sebenar.

Rakan Sebaya sebagai Model.

Guru boleh menggunakan pelajar-pelajar yang popular atau yang berjaya untuk menunjukkan
tingkah laku model dalam kelas.Menunjukkan contoh yang baik bagi sikap, kepercayaan dan
kebiasaan yang ingin ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar.

3.0 Kesimpulan

Teori Bandura lebih lengkap dibandingkan teori belajar sebelumnya kerana ia


menekankan bahawa lingkungan dan perilaku seseorang dihubungkan melalui sistem kognitif
orang tersebut. Bandura memandang tingkah laku manusia bukan semata-mata refleks atas
stimulus (S-R bond), melainkan juga akibat reaksi yang timbul akibat interaksi antara lingkungan
dengan skema kognitif manusia itu sendiri. Pendekatan teori belajar sosial lebih ditekankan pada
perlunya conditioning (pembiasaan merespon) dan imitation (peniruan). Selain itu pendekatan
belajar sosial menekankan pentingnya penelitian empiris dalam mempelajari perkembangan
kanak-kanak. Penelitian ini berfokus pada proses yang menjelaskan perkembangan kanak-kanak,
faktor sosial dan kognitif.
3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Subjek : Matematik

Tajuk : Panjang

Kelas : 4 Avvai Bil murid: 25 Orang

Masa : 9.00 10.00 pagi

Objektif : Melalui pengajaran hari ini, murid akan:

I. Memahami hubungan anatara unit ukuran panjang

Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

i) Menjelaskan hubungan antara unit cm dan mm


ii) Menukar unit ukuran panjang dari
a. cm ke mm
b.mm ke cm

EMK : Kemahiran berfikir

Pedagogi : Konstruktivisme

Nilai ` : Bersyukur, menghargai, menghormati

BBM : Komputer, projector, skrin, poster, buku teks


Aktiviti:

Pengajaran & Pembelajaran


Langkah/Masa Kandungan Catatan
Aktiviti Guru Aktiviti Murid
meminta murid Mengeluarkan
mengeluarkan pembaris dan BBM:

pembaris dan menyatakan unit pembaris

menyatakan unit ukuran iaitu cm &


ukuran dan makna mm
yang terdapat pada
pembaris. cm = sentimeter
Set Induksi Memeahami
Meminta murid mm=milimeter
(5 minit) unit piawai
menyatakan unit Murid melihat
skala bagi cm dan pembaris dan
mm pada pembaris menyebut unit
ukuran.
cm &mm
1cm, 2cm, 3cm
10mm, 20mm, 30mm
Meminta murid Murid membuat
membuat 5 kumpulan BBM: kad

kumpulan dengan pelbagai saiz,


kertas
ahli seramai 5 Mengukur kad
lembaran
orang dan menulis hasil
Langkah 1 ukuran dalam
Penerokaan
(20 minit) Setiap kumpulan kertas lembaran
dibekalkan dengan
kad yang pelbagai
saiz dan kertas
lembaran
Contoh:
Kad A= 10cm
Kad B= 12 cm
Kad C= 4 cm
Kad D= 7 cm
Kad E= 9cm

Meminta murid
mengukur setiap
kad dalam cm &
mm
serta menulis hasil
ukuran pada kertas
lembaran.

Meminta murid Murid menulis


menulis hasil jawapan pada BBM:

ukuran didalam jadual.


jadual pada papan
Kad cm mm
tulis.
A 10 100
B 12 120
Bertanya murid
C 4 40
tentang hasil
Langkah 2 Membuat D 7 70
dapatan
(10 minit) perkaitan E 9 90
pengukuran.
Contoh soalan:
a) Apakah yang Memberi respon

kamu jelas bagi setiap soalan

tentang hasil guru

ukuran ini?
b) Adakah Membuat

perbezaan nilai perkaitan dengan


unit cm &mm? menyatakan
c) Apakah bahawa
kesimpulan 1cm = 10 mm
yang dapat dari
ukuran ini?
Membimbing
murid membuat
perkaitan tentang
cara penukaran
unit panjang

x10
cm mm
10

Memberikan Menyiapkan
lembaran kerja latihan yang BBM:

kepada murid diberi dalam masa lembaran


kerja
Contoh: yang ditetapkan
2cm=____mm Contoh:
Langkah 3
pengukuhan 50mm= ____cm 2cm = ___ mm
(10 minit)
10 x 2= 20mm

50 mm = ___cm
50 10 = 5cm

Berbincang Menyemak
jawapan bagi jawapan yang
Langkah 4
Penilaian latihan dalam telah dibuat.
(10 minit)
lembaran kerja Menanda latihan
Meminta murid yang perlu dibuat
membuat kerja untuk kerja
rumah dari buku rumah.
teks muka surat
Bertanya kembali Menyatakan cara
cara penukaran penukaran unit.
unit x10
Langkah 5 Rumusan &
Serta meminta cm mm
(5 minit) Penurup
murid menyebut 10
dengan kuat.

Refleksi:

Ditulis setelah proses pengajaran dan pembelajaran berakhir dengan mengenalpasti isu,
permasalahan, cabaran, kekangan atau kekuatan serta kepuasan yang telah muncul ketika
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan apakah tindakan yang efektif yang perlu
diambil untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran pada masa hadapan menjadi
bertambah baik.

.
RUJUKAN

Bandura, A. (1986). Social foundations of thought and action: A social cognitive theory.
Prentice-Hall, Inc.

Bandura, A. (1977). Social learning theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Bandura, A. Ross, D., & Ross, S. A. (1961). Transmission of aggression through the imitation of
aggressive models. Journal of Abnormal and Social Psychology, 63, 575-582

Ashour AS, Johns G (1983) Leader influence through operant principles: a theoretical and
methodological framework. Hum Relat 36(7):603626

Bandura A (1969) Principles of behavior modification. Holt, Rinehart & Winston, New York

Bryman A (1992) Charisma & leadership in organizations. Sage, London. Google Scholar

Luthans F (1979) Leadership: a proposal for a social learning theory base and observational
and functional analysis techniques to measure leader behaviour. Southern Illinois University
Press, Carbondale, IL, pp 201208

Manz CC, Sims HP (1981) Vicarious learning: the influence of modeling on organizational
behavior. Acad Manage Rev 6(1):105113

Anda mungkin juga menyukai