Anda di halaman 1dari 15

PENGHARGAAN

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Chin Siew

Kiau, Pengarah Kolej Sains Kesihatan Kota Kinabalu kerana telah membenarkan saya

untuk membuat tugasan Reflective Practice ini.

Tidak lupa juga kepada Puan Cathy Wellny Sumping, Penyelaras Jururawat Pelatih

Ambilan Julai 2014 dan Puan Kasmah Ismail selaku Pelapis serta Miss Rosalind Bansing

selaku pengajar Professional Development NPDM 3222 yang tidak putus-putus memberi

bimbingan dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada kedua ibu-bapa serta rakan

seperjuangan yang telah banyak membantu saya secara lansung atau tidak langsung bagi

menyiapkan tugasan ini.


1.0 PENGENALAN

Menurut Ahmad A. (2012) reflective practice merupakan satu aspek penting dalam

perawatan bidang Kejururawatan. Ia merujuk kepada keupayaan seorang jururawat untuk

mengimbas kembali suatu peristiwa sambil belajar melalui kejadian tersebut.

Jururawat adalah seorang yang professional, mereka membantu individu dalam

mempelajari penjagaan diri sendiri dan membantu mereka yang tidak berdaya memenuhi

keperluan serta aktiviti penjagaan diri sendiri. Reflective practice penting kerana dapat

meningkatkan mutu kerja seseorang individu. Perwatakan yang diperlukan dalam kerjaya

kejururawatan ialah penyayang, sopan, jujur, berkomunikasi dengan baik sentiasa

meningkatkan pengetahuan, mematuhi etika dan berfikiran kritis, inovatif, berkepimpinan

dan komited dalam tugas.

Dalam penjagaan kesihatan, memerlukan kerjasama para doktor, rakan sejawat, pesakit,

dan juga keluarga pesakit, jururawat memerlukan pasukan professioanal yang dinamik

dan responsif terhadap keperluan kesihatan semasa.


2.0 LAPORAN REFLECTIVE PRACTICE

Description.

Kejadian berlaku pada 3 februari 2017 semasa shift petang bertempat di hospital,

seramai 5 orang jururawat pelatih ditugaskan untuk menjalani praktikal Surgical Ward .

Pada petang itu alokasi saya ditempatkan oleh ketua shif di kubikal 7 dimana terdapat

dua orang Jururawat Terlatih bertugas di kubikal itu bersama satu Pembantu Perawatan

Kesihatan. Wad dalam keadaan sibuk masing - masing melakukan handing over untuk

shift seterusnya dan melakukan persediaan pesakit yang hendak turun ke dewan

pembedahan.

Personel yang terlibat ialah Encik H ,berusia 61 tahun ditempatkan di kubikel 4 katil

bernombor 1, dijaga oleh isteri. Beliau berbangsa Murut berasal dari Nabawan. Beliau

bersama isteri berada di wad selama 5 hari. Beliau akan menjalani pembedahan elektif

iaitu pembuangan batu karang. Pesakit tidak mempunyai sejarah surgikal sebelum ini

tetapi mengidap penyakit darah tinggi.

Selain itu, Seorang jururawat Terlatih terlibat dalam kejadian ini dimana beliau menjaga

kubikal 4 pada shif tersebut. Ketika itu Jururawat A sedang sibuk melakukan Nursing

Note. Pada jam 6 petang beliau diarahkan menghantar pesakit ke dewan bedah.
Saya diarahkan untuk menyediakan pesakit ke dewan bedah pada jam 6.30 petang di

kubikal lain iaitu kubikal 4 kerana kekurangan staf. Insiden berlaku kerana pesakit tidak

dapat informasi yang jelas mengenai puasa 6 jam sebelum pembedahan, Encik H tiada

pengetahuan atau mungkin penerangan Jururawat bertugas di bilik itu tidak jelas

mengenai berpuasa sebelum pembedahan dijalankan sekurang-kurangnya 6 jam.

Pesakit telah makan dan minum sekitar jam 5 petang dibantu oleh isteri pesakit. Tanpa

bertanya kepada pesakit, jururawat hanya menulis carta laporan dengan Nil By Mouth

tetapi telah makan tanpa pengetahuan.menyebabkan jururawat mencatat maklumat tidak

sahih dalam carta perawatan tanpa bertanya. Perkara ini amat bahaya jika pesakit

meneruskan pembedahan yang boleh menyebabkan aspiration pneumonia dimana

komplikasi boleh membawa kematian.

Hal ini menyebabkan jururawat tersebut dimarah oleh Pakar Bius kerana tindakan

berbahaya beliau boleh membawa kesan buruk terhadap pesakit dan juga pengamal

kesihatan amnya. Staf kesihatan melaporkan kejadian ini kepada pihak atasan iaitu Ketua

Jururawat.

Rentetan kejadian itu, kami menghantar kembali pesakit ke wad dengan segera, tetapi

semasa perjalanan naik ke tingkat 8, Jururawat memarahi Encik H dengan kata- kata

tidak menyenangkan. Membuatkan pesakit dan isteri hanya diam sepanjang perjalanan

itu.
2.1 FEELINGS

On Action

Semasa membantu menghantar pesakit dan mendengar jururawat A memberi laporan

kepada staf dewan bedah, saya amat terkejut apabila pesakit memberi tahu bahawa

beliau telah makan dan minum sekitar jam 5. Perbuatan tersebut menyebabkan

pembedahan terpaksa ditangguhkan.

Saya juga berasa simpati kepada pesakit dan keluarga kerana mereka datang dari

kawasan pedalaman telah lama menunggu giliran untuk dibedah. Selain itu, kos

perjalanan yang tinggi untuk mendapatkan rawatan terpaksa ditanggung kerana

pembedahan ditangguhkan akibat hospitalisasi.

Selain itu, saya berasa marah dan malu melihat tindakan tidak professional Jururawat A

yang memarahi pesakit yang kurang pengetahuan dan suda di berada usia emas.

Perkara seperti ini tidak harus terjadi kerana setiap pesakit adalah tanggungjaawab

seorang jururawat untuk menjaga.


In Action

Selepas naik ke tingkat atas kembali, saya berasa risau akan imej jururawat selepas

insiden tersebut kerana kesalahan beliau telah dilaporkan oleh staf bertugas kepada

Ketua Jururawat. Kedudukan beliau sebagai Jururawat Terlatih pasti tergugat akibat

insiden tersebut.

Selain itu, saya berasa takut jika saya dan rakan-rakan sekerja turut dipersalahkan

atas insiden ini kerana tidak membantu menjaga dan menerangkan pesakit mengenai

puasa sebelum pembedahan kepada pesakit.

Pada masa yang sama saya berasa menyesal kerana tidak dapat membantu jururawat

memantau pesakit di kubikal tersebut sebelum pembedahan. Seharusnya saya sebagai

pelatih harus peka terhadap pesakit.


2.2 Evaluation

Kesan Positif

Daripada insiden tersebut saya dapati, jika saya menjadi Jururawat Terlatih saya

seharusnya mahir dalam memberi penerangan kepada pesakit dan memastikan

klien faham atas arahan tersebut. Dengan cara galakan pesakit bertanyakan

soalan dan mengarahkan klien mengulang semula arahan mengetahui tahap

kefahaman pesakit supaya dapat memberi kerjasama terhadap perawatan yang

diberikan. Dalam kejadian ini, pesakit tidak faham atas arahan Jururawat A

mengenai Puasa sebelum Pembedahan.

Selain itu, saya akan lebih berhati-hati dalam mengendalikan carta perawatan

setiap pesakit dan mendokumentasi secara jujur untuk mengelakkan bahaya

kepada pesakit seperti tindakan Jururawat A mencatat dalam borang perawatan

pesakit tanpa bertanya pada pesakit boleh membawa kesan negatif kepada

pelbagai pihak.

Kejadian ini juga membuatkan saya sedar akan tanggungjawab seorang

Jururawat Terlatih amat besar pada masa akan datang. Saya akan sentiasa

mengamalkan sikap bertanggungjawab, akauntabiliti serta sikap caring dalam diri

untuk memberikan keyakinan klien terhadap saya. Sikap tidak sopan seperti

memarahi pesakit haruslah dielakkan demi menjaga etika dan standard of care.
Kesan Negatif

Tanggungjawab seorang Jururawat Terlatih amat penting dalam perawatan.

Kesan negatif kejadian ini saya kurang yakin terhadap diri adakah mampu

menyahut cabaran dan memikul segala tugas dengan baik dimasa akan datang

sebagai Jururawat Terlatuh. Jururawat perlu menerapkan pelbagai nilai murni

sepanjang bertugas dan sentiasa bersedia dalam membantu masyarakat dalam

mencapai kesihatan diri yang maksima.

Dari segi klien, akibat sikap jururawat yang kasar dalam menegur membuatkan

pesakit trauma dan menyebabkan pesakit hilang rasa hormat terhadap jururawat

itu sendiri.

Selain itu, rentetan kejadian ini masyarakat akan timbul stigma terhadap jururawat

akibat tindakan tidak professional beliau terhadap klien. Mengendali fail pesakit

dengan cara yang salah menunjukkan sikap jururawat yang kurang perihatin

terhadap keadaan pesakit.

Hal ini akan menjejaskan kerjaya Jururawat disebabkan rasa tidak yakin

masyarakat terhadap rawatan yang diberikan seterusnya mencemarkan imej

Jururawat di mata masyarakat.


2.3 Analysis

Berdasarkan insiden ini, saya fahami tugas Jururawat adalah berat terhadap

pesakit. Penerapan sikap bertanggungjawab dalam pemberian penjagaan

kesihatan amat penting bagi mencapai tahap kesihatan yang maksima pada klien.

Jururawat yang kurang peka dan tidak melaksanakan tugas dengan jujur dan

sempurna boleh mengancam nyawa pesakit.

Jururawat adalah bidang yang penting dalam penjagaan kesihatan pesakit.

Namun, Jururawat juga seorang manusia yang boleh melakukan kesilapan dan

pasti ada jalan penyelesaiannya. Jururawat Terlatih mesti melakukan tugas secara

professional dalam pemberian jagaan kesihatan. Dalam hal ini, komunikasi antara

jururawat bersama pesakit adalah penting memastikan segala arahan dapat

dilaksanakan dengan lancar.

Selain itu akauntibiliti adalah penting dalam perawatan pesakit. Sikap jururawat

tidak bertanggungjawab dalam mengendali rekod perawatan pesakit melanggar

standard of care. Keupayaan berfikir secara kritikal juga adalah penting bagi

mengelakkan kesalahan dalam pemberian informasi serta prosedur kejururawatan

seterusnya melahirkan jururawat yang berpengetahuan luas.


Amalan hormat - menghormati dan menjaga hak-hak pesakit merupakan

tanggungjawab jururawat. Mengikut Needs Theory Abraham Maslow 1943, teori

menyatakan keperluan sosial perlu dipenuhi. Bertentangan dengan sikap

Jururawat A yang memarahi pesakit tersebut dengan kata-kata tidak baik

Jururawat adalah bidang yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Namun tindakan

segelintir Jururawat mengubah persepsi itu. Oleh itu, sikap unprofessional conduct

dalam perawatan harus diperbaiki dari masa ke semasa kerana boleh

membahayakan kesihatan mahupun nyawa pesakit. Hal ini perlu dibaiki demi

melahirkan Jururawat yang berkualiti dan mampu meningkatkan kesihatan yang

baik untuk masyarakat.


2.4 Action Plan

Sebagai Jururawat yang professional sepatutnya bijak dalam berkomunikasi bersama

klien dalam memberi penerangan tentang suatu prosedur dengan jelas agar pesakit

faham dan kurang kebimbangan. Informasi yang diberi hendaklah sesuai dengan klien

serta mengunakan bahasa yang mudah difahami. Jururawat juga perlu peka dan jujur

dalam dokumentasi perawatan pesakit bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

Jururawat haruslah bertanya kepada pesakit untuk mendapat maklumat sahih terutama

sebelum menghantar pesakit ke dewan bedah seperti insiden terhadap Encik H.

Pelbagai tindakan perlu diambil oleh semua pihak akibat insiden contohnya Ceramah.

Hal ini demi memperbaiki mutu perkhidmatan yang akan diberikan oleh Jururawat

Terlatih kepada masyarakat. Jururawat haruslah menerapkan nilai profesionalisma

melalui ceramah mengenai profesionalisma yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia (KKM). Dengan cara ini kemahiran seperti komunikasi dapat dipertingkatkan

selain akauntibiliti meningkat semasa perkhidmatan ,

Selain itu juga, Ketua jururawat berperanan penting dalam memantau staf bertugas

melakukan prosedur dan memastikan semua perkhidmatan berkualiti dan selaras

dengan standard perawatan. Ketua Jururawat juga seharusnya tegas dan sentiasa

memberi teguran yang membina supaya jururawat tidak mengulangi kesalahan tersebut.
Pada masa yang sama, Jururawat haruslah mengamalkan pemikiran yang kritis dalam

menjalankan tugas. Pemikiran yang kritis ialah pemikiran yang aktif dan terancang, Caffe,

(1994). Keperluan assesmen sebelum mendokumentasi carta perawatan adalah penting

untuk mengelakkan kesalahan. Memberi penerangan yang jelas serta Bahasa mudah

difahami bagi mendapat kerjasama dari klien.

Akhir sekali, audit oleh pengurusan hospital juga penting, bertujuan menilai tahap praktis

jururawat dalam pemberian jagaan kesihatan serta akauntibiliti dalam mendokumentasi.

Pemantauan dari masa ke semasa amat penting dang kerjasama dari semua pihak amat

diperlukan bagi mengelakkan insiden berulang.

.
3.0 RUMUSAN

Dalam menyiapkan reflective practice ini, saya dapat rumuskan kepentingannya dalam

meningkatkan mutu kerja seseorang Jururawat. keupayaan seorang jururawat untuk

mengimbas kembali suatu peristiwa sambil belajar melalui kejadian tersebut. Membantu

dalam mengelakkan kejadian tidak berulang lagi.

Dalam mengekalkan standard of care, Jururawat Terlatih perlu sentiasa mengikuti etika

dalam perawatan. Setiap Jururawat adalah aset penting dan menjadi duta kepada

jururawat yang lain sebagai profesion yang professional. Pada masa yang sama,

kepentingan mahir dalam komunikasi antara staf kesihatan mahupun klien dalam

pemberian informasi serta pendidikan kesihatan memberi impak besar kepada

perawatan, jururawat yang mahir berkomunikasi dapat membina perhubungan yang baik

antara klien, keluarga klien dan staf kesihatan yang lain, Budaya hormat menghormati

harus diterapkan pada diri seorang Jururawat. Selain itu, Jururawat Terlatih hendaklah

mempunyai akauntabiliti dan rasa tanggungjawab terhadap setiap perkhidmatan demi

menjamin keselamatan kepada klien serta dapat memberi keyakinan kepada masyarakat

yang menerima rawatan di hospital. Hal ini penting untuk melahirkan Jururawat yang

berpengetahuan luas, kompiten dan berkualiti mencerminkan dalam pemberian jagaan

kejururawatan seterusnya dapat meningkatkan kesihatan masyarakat di Malaysia.


ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

1.0 PENGENALAN

2.0 LAPORAN REFLECTIVE PRACTICE

2.1 FEELINGS

2.2 EVALUATION

2.3 ANALYSIS

2.4 ACTION PLAN

3.0 RUMUSAN

RUJUKAN
RUJUKAN

Chaffee,J. (1994). Thinking Critically, 5th ed. Boston: Houghton Mifflin, 1994

Kamus Jururawat Edisi Kedua. Terbitan Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Medical Dictionary for Health Professions and Nursing, Farlex 2012.

Boyd, E.M. and Fales, A. W. (1893) Reflective learning from experience.


Journal of Humanistic Psychology, 23 (2), 99-117.

Dewit S. C. (2010). Fundamental concepts and Skills for Nursing Third Edittion, Terbitan

Elsevier.

Australian Nursing and Midwifery Council (2006) National Competency Standard for

Registered Nurse.

Mosbys Medical Dictionary, 9th Edition 2009, Elsevier.

Anda mungkin juga menyukai