Anda di halaman 1dari 1

Jawatan Kuasa Penaja,

Surau Taman Palma Jaya Perdana,


317 Jalan Palma Jaya 10,
Taman Palma Jaya Perdana,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Kusus.

Pengurus Besar, Ruj. Kami : PPTPJP/SPJP/2016/01


Permodalan Yapeim Sdn, Ruj. Tuan :
72 Grand Seasons Avenue, Tarikh : 31 Oktober 2016
Jalan Pahang,
Kuala Lumpur.

Tuan,
Mohon Untuk Merizabkan Tanah Kerajaan di Lot 23685 dan 23686 di Taman Palma Jaya
Perdana Seremban, Mukim Seremban, Untuk Tapak Surau.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita di maklumkan bahawa Jawatan Kuasa Penaja Surau Palma Jaya Perdana telah
bersetuju untuk membina sebuah surau bagi kegunaan jemaah taman ini menjalankan aktiviti
ibadah dan kemasyarakatan. Sehubungan dengan itu Pihak Jawatankuasa memohon kebenaran
dari pihak Yapeim untuk memberi kebenaran kepada kami untuk mendirikan surau di atas tanah
yang telah dirizabkan iaitu di Lot 23685 dan 23686 Taman Palma Jaya Perdana Seremban.

3. Sehubungan dengan itu, pihak Jawatan Kuasa Penaja Surau Taman Palma Jaya Perdana
memohon surat pengesahan dari pihak tuan, lot tanah berkenaan adalah untuk kegunaan
bangunan surau.

4. Kerjasama tuan dalam menangani hal ini amat dihargai dan kami ucapkan jutaan terima
kasih.

Sekian.

Yang menurut perintah,

..
(MAHAMAD KHAIDER BIN IDRIS)
Pengerusi Jawatan Kuasa Penaja,
Surau Taman Palma Jaya Perdana.

Anda mungkin juga menyukai