Anda di halaman 1dari 4

Refleksi

Saya Nurain binti Abd Khadir adalah dengan ini berasa bersyukur dan bangga kerana telah
menyiapkan tugasan yang diberi iaitu kerja kursus PBKK3052 Seni Dalam Pendidikan ini.
Dalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini pelbagai perkara, input dan ilmu baru telah
saya perolehi. Namun begitu dalam proses menyiapkan tugasan ini juga pelbagai masalah
dan halangan yang telah terpaksa hadapi. Walaupun begitu, dengan berkat ketekunan dan
kesabaran akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dengan berbincang
bersama ahli kumpulan dan menemui beberapa orang pensyarah sebagai tempat rujukan.
Segala masalah dan kekangan yang saya hadapi dapat saya atasi berkat kesabaran saya
serta sokongan dan dorongan daripada orang-orang di sekeliling saya.
Pada mulanya, saya tidak mempunyai sedikit ilmu tentang tajuk ini dan kerja kursus ini
merupakan kerja kursus pertama saya pada semester dua ini. Kerja kursus ini memerlukan
saya untuk membuat lebih banyak kajian dengan lebih teliti dan pembacaan yang banyak
serta pemahaman yang tinggi kerana tugasan-tugasan yang diberikan lebih meluas dan
kompleks. Saya akui, terdapat banyak masalah dan kekangan yang perlu saya hadapi
sepanjang tempoh menyempurnakan kerja kursus ini memandangkan ini merupakan
tugasan pertama dalam subjek Seni Dalam Pendidikan. Kerja kursus yang diberikan ini
banyak memberikan makna dan ilmu yang berharga dalam diri saya untuk menjadi seorang
guru bimbingan dan kaunseling yang cemerlang dimasa hadapan. Hal ini kerana diawal
tugasan lagi saya telah mengalami pelbagai cabaran dan rintangan seperti terpaksa
mencari buku yang sesuai mengenai cara-cara mengaplikasikan terapi seni dalam
pengajaran dan pembelajaran dan mencari buku seni dalam pendidikan seperti mengaitkan
tiga unsur kedalam terapi seni. Namun dengan usaha yang dilakukan saya berjaya
menemui nota dan langkah- langkah untuk mengaplikasikannya.
Masalah utama yang saya hadapi ialah ketika diedarkan kertas soalan tugasan kerja
kursus ini, saya berasa agak keliru kerana kurangnya kefahaman tentang kursus Seni
Dalam Pendidikan ini. Hal ini membuatkan saya tertanya-tanya apakah kepentingan yang
boleh saya dapati daripada tugasan kerja kursus ini. Semasa diberikan taklimat ini,
beberapa kekeliruan yang telah saya dapati membuatkan saya terpinga-pinga pada
mulanya. Kami diberi 4 tugasan. Tugasan yang pertama adalah tugasan persembahan
berkumpulan. Tugasan ini, kami secara berpasangan dikhendaki menyediakan satu
persembahan bimbingan dan kaunseling dalam mengaplikasikan kit bimbingan dan
kaunseling yang telah dihasilkan seperti intervensi terapi bermain, terapi bercerita, terapi

1
lukisan, terapi muzik, kaunseling biblio dan lain-lain berdasarkan satu sesi atau aktiviti
dalam proses bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah. Persembahan grafik yang
dihasilkan juga hendaklah menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Tugasan yang kedua pula adalah ulasan kritis. Kami dikhendaki mengulas secara kritis
kepentingan seni dalam pendidikan dalam membantu proses bimbingan dan kaunseling
dengan merujuk kepada dua jurnal yang berkaitan dengannya. Manakala tugasan ketiga
ialah tugasan refleksi. Tugasan yang terakhir adalah penghasilan kit persembahan individu.
Bagi tugasan terakhir, kami agak keliru tentang cara untuk membentangkan kerana
seharusnya ianya tugasan indivudu tetapi harus dibentang bersama sama rakan yang lain.
Tugasan ini sama seperti tugasan pertama dan ini membuatkan kami hampir mempunyai
sedikit konflik semasa berbincang dalam kelas tentang hal ini. Tetapi setelah berkobelarasi
dengan pensyarah dan rakan-rakan sekelas, akhirnya kami dapat memahami tugasan yang
diberikan. Semasa proses menjalankan kursus ini, banyak halangan yang saya temui
antaranya ialah semasa saya dan ahli kumpulan menerima kerja kursus ini. Kami berasa
begitu risau dan bimbang kerana kami langsung tidak mempunyai idea dan ilmu untuk
menghasilkan kit bimbingan dan kaunseling menggunakan terapi-terapi yang diberikan.
Kumpulan kami membuat undian dan menerima seni terapi untuk menghasilkan kit. Pada
masa tersebut, kami berasa amat gelisah kerana tarikh hantar kerja kursus tersebut telah
ditetapkan dan tidak lama daripada hari kami menerima kerja kursus tersebut.
Selepas beberapa hari berbincang, maka kami pun berjumpa dengan beberapa
pensyarah untuk mendapat bimbingan daripada mereka. Dengan berasa bersyukurnya,
selepas berjumpa dengan pensyarah untuk mendapatkan bimbingan, saya telah
mempunyai idea dan konsep untuk menghasilkan kit tersebut. Saya berjumpa dengan
pentadbir kaunselor di Jabatan Bimbingan dan Kaunseling dan beliau serba sedikit
menjelaskan tentang manual dalam menghasilkan kit pembelajaran dalam bimbingan dan
kaunseling. Selepas itu, saya dan ahli kumpulan pun bermula untuk berbincang langkah-
langkah untuk menghasilkan kit tersebut. Saya diminta untuk mencari bahan-bahan yang
berkaitan dalam terapi seni. Pada mulanya saya berasa kecewa kerana mendapat tugasan
yang begitu payah kerana saya tidak mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk
menghasilkan kit tersebut. Akan tetapi, saya tidak pernah berputus asa dengan mencari
maklumat dan rakaman video di internet tentang cara-cara untuk menghasilkan kit
pembelajaran melalui terapi seni. Walaupun kami mengalami kekurangan rujukan buku di
perpustakaan ini tidak menggoyahkan semangat kami untuk mencari tentang kit tersebut.
Setelah mencari bahan-bahan tersebut di internet, saya diminta untuk membeli bahan-

2
bahan tersebut. Hal ini membuatkan saya berasa cemas kerana saya menghadapi
kekurangan wang dan peruntukan elaun tidak diperoleh lagi. Dengan bantuan rakan
sekumpulan, akhirnya saya dapat membeli peralatan tersebut dengan bantuan daripada
mereka. Saya bersyukur kerana masih ada rakan yang membantu dalam menyiapkan
tugasan ini dan dapat menghasilkan kit pembelajaran yang berguna dalam masa yang
begitu singkat dan pendek.
Selain daripada halangan dan pengetahuan yang telah saya pelajari, saya juga telah
menguasai beberapa kemahiran yang penting dan berfaedah untuk pekerjaan saya sebagai
seorang guru bimbingan dan kauseling pada masa hadapan. Kemahiran yang pertama saya
belajar melalui kerja kursus ini adalah kemahiran untuk mencari maklumat dari pelbagai
sumber. Sebelum bermulanya kerja kursus ini saya mendapati bahawa sumber tentang
maklumat kit pembelajaran adalah sangat terhad. Kami telah mencuba sedaya upaya untuk
mencari maklumat yang lebih tentang tajuk ini. Sekiranya kita inginkan sesuatu, dengan
usaha kita, kita mesti akan dapat pada akhirnya. Akhirnya, saya mampu juga untuk mencari
maklumat yang secukupnya untuk menghasilkan kit tersebut. Dalam proses ini, saya telah
mempelajari bahawa maklumat tidak hanya boleh didapati di pusat sumber, maka boleh
juga dapatkan maklumat yang lebih lanjut daripada laman web yang mengajar cara untuk
menghasilkan kit dan juga buku-buku yang menunjukkan cara untuk menghasilkan kit.
Saya telah mempelajari beberapa pengajaran yang penting dan amat berguna
terutamanya dalam profession perguruan pada masa akan datang. Yang pertama sekali
adalah tentang pengurusan masa dengan baik dan berkesan. Dalam proses saya
menghasilkan kerja kursus tersebut, kebanyakan masa untuk menyiapkan kerja saya
adalah dalam keadaan tergesa-gesa. Dengan ini, saya tidak dapat menikmati setiap proses
yang dilalui bersama rakan lain. Pada pendapat saya, bagi sesuatu kerja kursus tersebut,
bukan sahaja hasil kerjanya adalah penting, tetapi proses semua ahli kumpulan
menghasilkan juga merupakan proses yang tidak dapat disisirkan. Dengan adanya kerja
kursus ini, persahabatan antara ahli kumpulan bertambah erat. Masing-masing akan lebih
memahami antara satu sama lain. Dengan ini semangat bekerjasama akan dapat dipupuk
dan akhirnya kerja akan dapat disiapkan dengan lebih cepat dan sempurna. Sekiranya kita
gagal untuk menguruskan masa kita untuk menghasilkan kerja kursus, maka kita tidak
dapat menikmati manfaat yang sebenarnya yang dapat diperolehi daripada kerja kursus
tersebut.
Dengan adanya tugasan ini, ianya talah dapat menambahkan pengetahuan baru dan
berguna kepada saya untuk kegunaan pada masa akan datang. Selain itu, dengan

3
pengetahuan yang baru saya peroleh ini menjadikan diri saya lebih mahir dalam membuat
sesi bimbingan dan kaunseling serta menyesuaikannya dengan kaedah-kaedah terapi seni
yang sepatutnya. Oleh itu, dengan adanya pengetahuan yang berguna ini, akan saya
gunakan apabila menjadi seorang guru bimbingan dan kaunseling kelak, samada semasa
praktikum nanti mahupun semasa menjadi seorang guru nanti. Kit pembelajaran yang saya
hasilkan itu juga boleh digunakan dan rakan-rakan yang lain turut menjadikan kit
pembelajaran saya sebagai contoh yang boleh diaplikasikan kepada klien mereka. Akhir
kata dengan selesainya tugasan yang telah diberikan ini, saya telah dapat menguasai dan
memahami isi pelajaran yang cuba disampaikan oleh pensyarah, walaupun interaksi kami
didalam kelas adalah terhad kerana komitmen yang menghambat diri dimana pensyarah
dan guru pelatih masing-masing menggalas tanggungjawab yang berbeza dan sibuk
dengan tugas masing- masing namun isi pelajaran yang ingin disampaikan akhirnya telah
dapat saya kuasai hasil daripada proses menyiapkan tugasan ini. Dengan adanya tugasan
seni dalam pendidikan dimana kombinasi tiga elemen iaitu seni muzik, seni lukis dan seni
gerakan saya yakin dan percaya ianya akan memberikan kesan yang positif kepada bakal
guru untuk mendidik anak bangsa dengan cara yang menarik dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai