Anda di halaman 1dari 36

1

TEKNIK
TEKNIK
RUMAHKU DUNIAKU
RUMAHKU DUNIAKU
Disediakanoleh:

1. CikguNorAzurabintiMaulud
2. CikguNorainibintiMohamed

SMKTUNKUKURSHIAH

ISI KANDUNGAN
2

BIL PERKARA MUKA


SURAT
BIODATA GURU
PENGHARGAAN
1.0 KATEGORI PERTANDINGAN
2.0 TAJUK INOVASI
3.0 SINOPSIS INOVASI
4.0 OBJEKTIF
5.0 KUMPULAN SASARAN
6.0 LATAR BELAKANG
6.1 PERNYATAAN MASALAH
6.2 KAJIAN LITERATUR
6.3 APLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI DAN TEORI
MEMORI DALAM INOVASI TEKNIK RUMAHKU DUNIAKU
7.0 ISU / MASALAH YANG BOLEH DITANGANI OLEH INOVASI
8.0 HURAIAN INOVASI
8.1 BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN INOVASI
8.2 CARA TEKNIK RUMAHKU DUNIAKU DIGUNAKAN
9.0 ANGGARAN KOS
10.0 KEBERKESANAN INOVASI KEPADA PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
11.0 POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN
11.1 PERKONGSIAN ILMU BERSAMA PEGAWAI PEJABAT
PELAJARAN DAERAH KUALA PILAH (PPDKP)
11.2 PERKONGSIAN ILMU BERSAMA PELAJAR KELAS
TINGKATAN 2 KURSHIAH (KRK)
11.3 PERKONGSIAN ILMU BERSAMA GURU-GURU SEKOLAH
LAIN PADA SESI PERKONGSIAN INOVASI KALI KE-2 DI SM
SAINS TUANKU JAAFAR
11.4 PERKONGSIAN ILMU BERSAMA GURU KANAN MATA
PELAJARAN BIDANG BAHASA DAN GURU PANITIA MATA
PELAJARAN BAHASA MELAYU
11.5 PENYEBARLUASAN MELALUI LAMAN SOSIAL FACEBOOK
11.6 PERKONGSIAN ILMU BERSAMA RAKAN-RAKAN GURU DI
SEKOLAH
11.7 PERKONGSIAN ILMU BERSAMA PELAJAR SEKOLAH SSNS
SMK ZABA

12.0 KELEBIHAN INOVASI


13.0 LAMPIRAN
INOVASI : TEKNIK RUMAHKU DUNIAKU

TAJUK : MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR PELAJAR TINGKATAN 3


CEMPAKA DALAM MENGKATEGORIKAN ISI DAN MENJANA IDEA SECARA
3

BERPANDU BERDASARKAN TEKNIK RUMAHKU DUNIAKU DALAM


PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU.

DISEDIAKAN OLEH : CIK NOR AZURA BINTI MAULUD


PUAN NORAINI BINTI MOHAMED

1.0 Kategori Pertandingan :

Kategori Berkumpulan Sekolah Menengah

2.0 Tajuk Inovasi :

Teknik Rumahku Duniaku

3.0 Sinopsis Inovasi :

Satu konsep / formula yang diperkenalkan untuk membantu pelajar


menjana idea dalam menulis karangan.

Teknik ini akan membantu pelajar mengingati dan menjana idea / isi
utama melalui pengenalan simbol berwarna yang mewakili peranan yang
dimainkan oleh diri sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat dan negara /
kerajaan dalam menyelesaikan masalah soalan karangan berbentuk
perbincangan atau pendapat.

Pelajar juga akan disertakan dengan teknik mengenalpasti dan


membezakan kata kunci soalan.

Teknik Rumahku Duniaku ini tidak memerlukan penggunaan bahan yang


banyak dan kos yang tinggi untuk dihasilkan kerana guru hanya
memperkenalkan satu rumus atau konsep mengingat sahaja.
4

Namun begitu, bagi memudahkan urusan pembelajaran awal pengenalan


simbol kepada pelajar, beberapa set Bahan Bantu Mengajar berupa kad-
kad yang dibentuk seperti simbol disediakan.

Kad BBM berbentuk simbol

Kad Bahan Bantu Mengajar ini akan berfungsi sebagai simbol yang perlu
diingat oleh pelajar apabila ingin mengkategorikan isi dan seterusnya
menulis karangan dengan lengkap. Kad ini akan digunakan sewaktu sesi
percambahan idea dalam kumpulan perbincangan.

Penggunaan kad BBM dalam perbincangan dan pembentangan isi


5

Inovasi yang diperkenalkan ini mengikut standard pembelajaran Abad ke


-21 melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar yang disediakan. Bahan
Bantu Mengajar ini akan digunakan dalam kumpulan perbincangan dan
seterusnya pembentangan.

Kad Bahan Bantu Mengajar yang mewakili simbol Rumahku Duniaku ini
juga boleh digunakan mengikut aras pelajar. Jika pelajar berada dalam
kategori lemah, guru boleh mempelbagaikan penggunaannya dengan
memberi satu simbol bagi setiap kumpulan untuk dibincangkan.
Manakala, jika pelajar kategori cemerlang, guru boleh memberi kelima-
lima kad simbol tersebut dan sewaktu sesi pembentangan akan wujud
komunikasi dalam kalangan pelajar bagi mempertahankan isi mereka.

Pengamalan aktiviti pdp ini akan membantu pelajar dalam mengenalpasti


isi dan menjawab soalan KBAT yang dikemukakan dalam mata pelajaran
lain seperti Sejarah, Geografi, Pendidikan Moral dan lain-lain.

Inovasi ini juga mampu melindungi masa intruksional guru-guru Bahasa


Melayu guru di sekolah secara optimum.

4.0 Objektif :
Dengan menggunakan Teknik Rumahku Duniaku pelajar boleh :

1. Mengkategorikan isi utama karangan kepada setiap perenggan.

2. Membezakan kata kunci berdasarkan kehendak soalan.

3. Merangsang minda pelajar untuk mencari jawapan berdasarkan panduan.

4. Melatih pelajar menulis karangan dengan peruntukkan masa yang ditetapkan.

5. Menulis karangan lengkap dengan huraian dan contoh yang sesuai.

5.0 Kumpulan Sasaran:


6

28 orang pelajar kelas 3 Cempaka di SMK Tunku Kurshiah dan khususnya


kepada 5 orang pelajar yang lemah dalam menguasai karangan.

Pelajar Tingkatan 1 hingga 6 secara amnya.

Pelajar Darjah 1 sampai darjah 6 secara amnya.

6.0 Latar Belakang :

Penulisan karangan merupakan elemen penting yang diuji dalam Peperiksaan


Bertulis bagi Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3. Karangan Umum merangkumi
sebanyak 30% markah dalam PT3 dan merupakan jumlah yang terbesar dalam
kalangan soalan yang dikemukakan. Oleh itu, pelajar dikehendaki WAJIB menjawab
soalan ini jika inginkan markah yang tinggi dan sekaligus mendapat gred yang baik dan
cemerlang.

6.1 Pernyataan masalah:


Sepanjang pemerhatian guru subjek kepada pelajar kelas 3 Cempaka, mereka
merupakan kelas pelajar sederhana dan mereka juga didapati boleh membaca dan
menulis dengan baik. Namun begitu, mereka menghadapi masalah dalam
mengkategorikan isi-isi karangan. Selain itu, mereka juga tidak mampu untuk menjana
idea untuk setiap perenggan kerana tiada elemen rangsangan atau panduan untuk
menjawab. Akhirnya, pembaziran masa berlaku dan karangan yang dihasilkan tidak
matang dan meluas kupasannya. Hal ini terbukti apabila 5 orang pelajar tidak mampu
menjawab soalan karangan pendapat dengan baik dan gagal membezakan kata kunci
serta cenderung untuk menulis isi karangan secara berulang pada setiap perenggan
7

sewaktu Peperiksaan Pertengahan Tahun dijalankan. Akibatnya, markah yang diperoleh


tidak berada pada kategori cemerlang.

BIL NAMA 30m

1. NORASLINDABTAMINNUDIN 12
2. NURULAINATHIRAHBTABU 11
BAKAR
3. NURAATIKAHBTABDULMAJID 10
4. SHAWEETHAA/PGANESAN 10
MURTHI
5. SARAHSYAHIRAHBTSAIBATUL 12
AJHAR
Senarai nama pelajar yang menunjukkan markah rendah ( Kurang Memuaskan)

Setelah melihat markah karangan pelajar yang lemah maka guru memulakan soal
selidik dan pemerhatian terhadap teknik DiKeMaSeN yang diajar oleh guru dalam
penulisan karangan sebelum ini adakah difahami dan digunapakai dalam penulisan
karangan. Berikut merupakan dapatan soal selidik dan pemerhatian oleh guru.

Tarikh : 14 Jun 2016 (Selasa)


Waktu : 8.00 pagi (waktu pdp)
Arahan :
Guru meminta pelajar mengangkat tangan dan jujur dalam menjawab setiap soalan
yang dikemukakan guru. Guru mengira bilangan pelajar yang mampu menkawab
soalan yang dikemukakan.

1. Adakah ada tahu teknik DiKeMaSeN dalam penulisan karangan?

14 orang pelajar mengakui tahu akan teknik ini.

2. Adakah anda faham bagaimana teknik DiKeMaSeN digunakan dalam menulis


karangan fakta?
8

12 orang pelajar mengakui faham akan teknik ini dalam penulisan karangan

3. Adakah anda menggunakan teknik DiKeMaSeN ini dalam menulis karangan


sewaktu Peperiksaan Pertengahan Tahun?

Hanya 5 orang mengaku menggunakan teknik ini dalam menulis karangan.

Kesimpulannya, separuh daripada bilangan pelajar tidak memahami dengan


jelas bagaimana menggunakan teknik DiKeMaSeN dalam menulis karangan berbentuk
fakta. Maka itu, timbul isu pelajar menjawab soalan tanpa panduan yang jelas dan
menyebabkan mereka gagal mengemukakan isi dan seterusnya menulis isi yang
berulang. Berlaku juga pembaziran masa dalam berfikir kerana pelajar tidak mempunyai
elemen rangsangan untuk menjawab.

6.2 Kajian Literatur


Manusia mudah tertarik pada visual dan warna. Sebelum ini, guru telah
memperkenalkan teknik DiKeMaSeN dalam karangan namun, pelajar gagal mengingati
peranan DiKeMaSeN dalam penulisan karangan kerana ingatan yang berbentuk tulisan.
Oleh itu, menurut Howard Gardner (1983) dalam Teori Kecerdasan Pelbagai
mengatakan bahawa, Kecerdasan visual ruang yang ada pada manusia
membolehkan manusia mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual,
peka terhadap warna, garis, bentuk dan ruang (terjemahan,42). Ironinya, manusia
akan mudah tertarik pada benda yang berbentuk dan mempunyai warna.
Ada 9 elemen dalam Teori Kecerdasan Pelbagai yang dikemukakan oleh
Gardner dan 5 daripadanya yang digunapakai dan sesuai dalam Inovasi Teknik
Rumahku Duniaku ialah teori Visual atau Ruang, Kinestatik, Linguistik,
Interpersonal dan Naturalis . Teori Visual Ruang ini menyatakan bahawa
penghakiman ruang dan keupayaan untuk menggambarkan dengan mata minda.
Kerjaya yang sesuai dengan mereka dengan kepintaran jenis ini termasuk artis, pereka
dan arkitek. Individu yang mempunyai ciri-ciri ruang visual ini juga baik dalam puzzle.
Keupayaan spatial merupakan salah satu daripada tiga faktor di bawahnya dalam
model hierarki kepintaran. Individu ini berkebolehan menceritakan dan menggambarkan
9

pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkaitkan antara objek-objek


dalam ruang. Kecerdasan ruang visual membolehkan individu mempersembahkan idea-
idea visual dan ruang berkecenderungan dalam aspek imaginatif dan kreatif.
Selain itu, elemen Lingusitik sememangnya digunakan terutamanya dalam
sesi perbincangan dan pembentangan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar.
Sehubungan itu, pelajar akan berkemahiran dalam berkomunikasi jika diamalkan selalu.
Sewaktu sesi perbincangan juga pelajar akan menggunakan kecerdasan
Interpersonal iaitu membolehkan seseorang itu memahami perasaan, motivasi, tabiat
dan hasrat orang lain. Oleh itu, mereka dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh
bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang
berfaedah dalam terutamanya dalam mengawal emosi mempertahankan pendapat
dalam perbincangan. Akhir sekali, kecerdasan Naturalis pula akan digunakan sewaktu
pelajar menjawab soalan yang berkaitan alam semula jadi contohnya faktor-faktor
kemusnahan alam sekitar. Akhir sekali, pelajar akan menggunakan kemahiran
Kinestatik terutamanya dalam menulis isi dan maklumat dalam kad BBM yang
disediakan atau pada kertas sebak. Keseluruhannya, teknik yang diperkenalkan ini
akan membantu pelajar menguasai 5 daripada 9 kecerdasan pelbagai yang
dikemukakan oleh Gardner.
Selain itu, guru mengaitkan Teori Memori dalam inovasi iaitu llmu psikologi yang
mendefinisikan memori sebagai sebuah proses pengkodan, penyimpanan dan
pemanggilan kembali informasi (retrieval) oleh manusia dan organisme lainnya.
Pengkodan bermaksud perkaitan dengan persepsi awal dan pengenalan.
Teori tentang memori yang melibatkan Proses Encoding, Storage, dan Retrival
ini paling banyak disetujui oleh para ahli. Teori yang umum digunakan adalah teori
Information-Processing. Teori ini dikembangkan oleh Richard Atkinson dan Richard
Shiffrin (1968) menurut teori mereka, memori juga melalui Proses Encoding dan ada
tiga sistem memori yang berbeza, iaitu memori sensorik, memori jangka pendek (Short-
Term Memory) dan memori jangka panjang (Long-Term Memory).

6.3 Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dan Teori Memori dalam Inovasi
Teknik Rumahku Duniaku
10

Padanan
- Kenalpasti
kecerdasan
pelajar

Peningkatan-
Melaksanakan Percubaan-
pdp dengan Merancang
mengaitkan pdp dengan
teknik dengan kecerdasan
kecerdasan pelajar
pelajar
Kitaran aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai
Langkah 1:
Padanan Guru mengenalpasti keupayaan dan minat pelajar sepanjang proses pdp.
Dapatan daripada pemerhatian menyatakan bahawa pelajar kurang berminat berkaitan
dengan teknik berbentuk hafalan tetapi cenderung ke arah imej bergambar, simbol dan
warna. Oleh itu, guru merancang satu tindakan bagi menarik minat pelajar dalam pdp.

Langkah 2 :
Percubaan - Guru mula merancang pelbagai kaedah bagi membantu pelajar
menulis karangan dengan baik. Antaranya menggunakan teknik DiKeMaSeN dalam
menulis isi-isi karangan. Namun begitu, pelajar tidak menggunakan teknik tersebut
kerana masih keliru. Lalu guru menggunakan Teknik Rumahku Duniaku.

Langkah 3 :
Peningkatan Guru mula merancang pdp dengan memperkenalkan Teknik Rumahku
Duniaku kepada pelajar. Guru mengukuhkan teknik dengan mengaplikasikan
pembelajaran abad 21 yang menggunakan konsep 4C (creativity, cooperation,
collaboration, dan communication) dalam mencari isi karangan.
Kesimpulannya, guru menghubungkaitkan 5 Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner
dan Teori Memori kerana inovasi yang dihasilkan berbentuk simbol (visual) yang
pelbagai bentuk dan berwarna-warni yang memudahkan pelajar mengingat dalam
jangka masa panjang (long term memory). Selain itu, pelajar perlu melakukan
perbincangan (interpersonal) berkaitan dengan tajuk alam sekitar (naturalis) dan
menulis hasil dapatan pada BBM yang disediakan (kinestatik). Seterusnya, pelajar akan
11

membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas (linguistik). Harapan kami, agar


inovasi yang pelbagai bentuk dan warna ini memudahkan ingatan pelajar dan sekaligus
mampu menjawab soalan karangan dengan baik.

7.0 Isu atau Masalah yang Boleh Ditangani oleh Inovasi :

Pengajaran sebelum menggunakan Teknik Inovasi adalah secara


teknik DiKeMaSeN iaitu ingatan berbentuk tulisan. Hasilnya, pelajar
seringkali lupa dan tidak memahami peranan bagi Di, Ke, Ma, Se dan N.
Kegagalan ini menyebabkan pelajar menulis isi secara berulang akibat
kebuntuan dalam menjana idea atau isi utama karangan.

Pengajaran selepas menggunakan Teknik Inovasi Rumahku


Duniaku menunjukkan perubahan sikap dan emosi pelajar kepada lebih
positif. Hal ini kerana, pelajar mudah mengingat simbol berwarna dan
boleh melukisnya sahaja sekaligus membantu menjana idea utama dalam
karangan.

8.0 Huraian Inovasi :

8.1 Bahan yang Digunakan untuk menghasilkan Inovasi:

Tiada bahan khusus untuk Teknik Rumahku Duniaku kerana


memperkenalkan konsep / formula. Namun, bahan yang disediakan oleh
guru adalah bagi tujuan bahan bantu mengajar sewaktu pdp.

5 helai kertas warna iaitu hitam, merah, hijau, kuning dan ungu
yang mewakili setiap simbol.

5 helai Kertas Plastik bagi tujuan laminate.


12

Proses menyiapkan bahan bantu mengajar Teknik Rumahku Duniaku

8.2 Cara Teknik Rumahku Duniaku digunakan bagi Sekolah Menengah :

Langkah- Langkah:
1. Guru Cipta Kad Teknik Rumahku Duniaku.
2. Tunjukkan kad-kad kepada pelajar dan terangkan tentang makna simbol seperti
berikut :

Diri Ibubapa

Sekolah Masyarakat

Negara

3. Setiap kad mewakili satu kategori dan pelajar akan mencari idea berdasarkan 5
elemen tersebut.
Kurang pendidikan di sekolah
Tidak patuh peraturan di sekolah / disiplin

- ve

Faktor / Punca / Sebab/ Kesan / Implikasi


13

4. Guru memberi kata kunci yang boleh membantu pelajar .

Tiada / Kurang kuat kuasa undang-

Kurang perhatian / kasih sayang


Tiada Kerjasama masyarakat
Tiada perlaksanaan kempen

Kurang pegangan Agama


Sikap negatif dalam diri
Kurang didikan ibu bapa
Kurang prihatin
undang
NPerlaksanaan kempen

K Beri Kasih sayang / Perhatian


M Beri Kerjasama masyarakat

D Ubah Sikap
S Pendidikan di sekolah
Kuat kuasa undang-undang

Tingkatkan Sikap prihatin

Patuhi Peraturan di sekolah / Disiplin

Kukuh Pegangan Agama


Beri Didikan ibu bapa

Kesan / Implikasi
Langkah / Cara mengatasi/
5. Boleh dilaksanakan dalam kumpulan perbincangan:
1 kad bagi setiap kumpulan (pelajar lemah) :
Contohnya, kumpulan 1 dapat kad bulat hijau (masyarakat) maka pelajar
akan melakukan perbincangan dalam kumpulan dan mula menjawab secara
berpandu.
5 kad isi bagi setiap kumpulan (pelajar cemerlang):
Contohnya, setiap kumpulan pelajar akan dapat 1 set merangkumi 5 simbol.
+ve

Mereka akan mula berbincang secara berkumpulan dan sewaktu


pembentangan guru dan pelajar boleh melakukan sesi soal jawab bagi
membanding beza isi bagi setiap kumpulan.
Boleh juga digunakan tanpa menggunakan kad tetapi dengan hanya
mengajar pelajar melukis simbol.

6. Boleh digunakan dalam kelas peperiksaan hanya dengan pelajar hafal bentuk
dan peranannya sahaja.
7. Pengamalan teknik ini juga akan membantu pelajar menjawab soalan KBAT
dalam pelbagai subjek.
14

9.0 Anggaran Kos :

Tidak mempunyai kos kerana perkenalkan konsep namun bagi aktiviti pdp dalam kelas
disediakan 1 set BBM berbentuk simbol.

Perkara Kuantiti Jumlah


Kertas warna 5 x RM 0.10 RM 0.50
Plastik Laminate 3 x RM 1.50 RM 4.50
Jumlah RM 5.00

10.0 Keberkesanan Inovasi kepada Pengajaran dan Pembelajaran :

10.1 Setelah guru subjek memperkenalkan Teknik Rumahku Duniaku dalam


sesi pengajaran dan pembelajaran, ternyata teknik ini memudahkan
pelajar dalam mengkategorikan isi. Buktinya, terdapat perbezaan yang
ketara dalam penulisan karangan pada Peperiksaan Pertengahan Tahun
dengan Peperiksaan Percubaan PT3.

Sebelum :

Lihat perenggan 2 dan 3 yang isinya


berulang dan berkaitan dengan
masalah kesihatan sahaja.
15

Selepas :

Lihat perenggan 3 dan 4 yang isi


utamanya telah dipecahkan kepada
kategori peranan diri dan keluarga.

10.2 Teknik Rumahku Duniaku juga telah membantu pelajar dalam


membezakan kata kunci faktor-faktor dan kesan-kesan berdasarkan
kehendak soalan. Buktinya, pelajar yang sama yang pernah gagal
membuat karangan mengikut kehendak soalan mula menjawab mengikut
kehendak soalan.

Sebelum :

Pelajar menulis faktor-faktor


merokok sedangkan soalan
meminta kesan kesan merokok
16

Selepas :

Pelajar boleh menjawab


soalan mengikut kehendak
dan kata kunci yang
diberikan dengan tepat.

10..3 Teknik Rumahku Duniaku juga meningkatkan markah pelajar dalam


bahagian karangan umum. Perubahan ini menunjukkan pelajar boleh
menjawab soalan karangan penulisan berdasarkan deskripsi markah
penskoran.

BIL NAMA PRA POS BEZAARAS


(PPT) (Perc.PT3) (Kategori)

1. NORASLINDABTAMINNUDIN 12 20 KurangMemuaskan
Kepujian
2. NURULAINATHIRAHBTABU 11 15 KurangMemuaskan
BAKAR Baik
3. NURAATIKAHBTABDUL 10 22 KurangMemuaskan
MAJID Kepujian
4. SHAWEETHAA/PGANESAN 10 20 KurangMemuaskan
MURTHI Kepujian
4. SARAHSYAHIRAHBT 12 21 KurangMemuaskan
SAIBATULAJHAR Kepujian
17

Kriteria Penskoran PT3

Peringkat Markah Deskripsi


Cemerlang 26-30 Idea relevan, matang, variasi dan olahan yang menarik
Kepujian 20-25 Idea relevan, jelas dan menarik
Baik 15-19 Idea masih relevan
Kurang Memuaskan 10-14 Idea kurang relevan dan olahan kurang sesuai
Penguasaan Minimum 0-9 Karangan tidak menepati kehendak soalan

JUMLAH PENINGKATAN MARKAH PELAJAR


25 20 22 20 21
20 15
15 12 11 10 10 12
10
5
0
N R ID I R
DI KA AJ RTH JHA
U A U
N U
B
UL
M M LA
IN AB D N ATU
AM
BT AB ESA IB
BT BT N SA
DA AH GA BT
IN
IR AH P H
L AT
H
TIK A/ RA
AS IN
A
TH
A I
R RA AH
NO LA EE SY
RU NU AW H
NU SH RA
SA
PRA (PPT) POS (Perc. PT3)

PERATUS PENINGKATAN MARKAH PELAJAR

NOR ASLINDA BT AMIN NUDIN

20.98% 18.88% NURUL AIN ATHIRAH BT ABU BAKAR

NURA ATIKAH BT ABDUL MAJID


9.09%

SHAWEETHA A/P GANESAN MURTHI


23.08%

27.97% SARAH SYAHIRAH BT SAIBATUL AJHAR


18

10.4 Teknik Rumahku Duniaku juga menunjukkan perubahan positif


kepada pelajar. Pelajar lebih ceria dan bermotivasi dalam menjawab
soalan. Perkara ini dapat dilihat dalam sesi perbincangan dan
pembentangan yang dilakukan dalam sesi pdp di dalam kelas. Wujud
elemen kerjasama, perkongsian idea, kesopanan dalam berhujah dan
keyakinan dalam sesi pembentangan.

Pelajar bekerjasama dan


yakin dalam sesi
pembentangan

Pelajar lebih ceria dalam pdp

10.5 Mengaplikasi pembelajaran abad ke-21 sepenuhnya dengan elemen


kerjasama, kolaboratif, kreatif dan komunikasi dalam kalangan pelajar.
Selain itu, peranan guru sebagai pemudah cara membantu melancarkan
penjanaan idea dalam kalangan pelajar. Guru hanya bertindak memberi
19

soalan berkaita tema dan dalam pelajar akan berbincang untuk mencari isi
dalam kumpulan (kolaboratif). Pelajar akan bertindak membahagi-
bahagikan ahli kepada beberapa tugasan seperti pelajar A bertindak
sebagai penulis dan pelajar B dan C akan membincangkan isi dari segi
peranan sekolah (kerjasama). Hasil dapatan dalam kumpulan
perbincangan akan pelbagai kerana gabungan beberapa idea (kreatif)
yang akan diterjemahkan melalui Peta Pemikiran I-Think. Akhir sekali,
sewaktu sesi pembentangan akan wujud suasana soal jawab antara guru
dan pelajar serta pelajar dan pelajar (komunikasi). Maka, disini kita boleh
lihat pengaplikasian abad ke-21 dijalankan sepenuhnya dalam sesi pdp
ini.

Kerjasama

Komunikasi

Kreatif
20

Kolaboratif

10.6 Guru optimis bahawa, penggunaan teknik ini walaupun dianggap


sesuatu yang mudah dan tidak menekankan aspek yang berat dalam
karangan namun kejayaan meningkatkan markah pelajar yang
disasar menunjukkan teknik ini boleh membantu pelajar. Buktinya,
walaupun peningkatan aras tidak melonjak jauh namun, pelajar sudah
mula mahir dalam menulis karangan terutama penekanan terhadap
aspek pemerengganan bagi pengkategorian isi karangan. Oleh itu, guru
yakin bahawa permulaan yang kecil pasti akan membuahkan kejayaan.

BIL NAMA PRA POS BEZAARAS


(PPT) (Perc.PT3) (Kategori)

1. NORASLINDABTAMINNUDIN 12 20 KurangMemuaskan
Kepujian
2. NURULAINATHIRAHBTABU 11 15 KurangMemuaskan
BAKAR Baik
3. NURAATIKAHBTABDUL 10 22 KurangMemuaskan
MAJID Kepujian
4. SHAWEETHAA/PGANESAN 10 20 KurangMemuaskan
MURTHI Kepujian
4. SARAHSYAHIRAHBT 12 21 KurangMemuaskan
SAIBATULAJHAR Kepujian

10.7 Teknik ini juga membantu pelajar menjawab soalan KBAT bagi mata
pelajaran lain dengan berkesan.
21

Pelajar menjawab soalan


PBS Pendidikan Moral
dengan baik mengikut teknik
Rumahku Duniaku

11.0 Potensi untuk Disebarluaskan Kepada Pihak Lain :

11.1 Perkongsian Ilmu bersama Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kuala


Pilah (PPDKP)- 22 JUN 2016

Refleksi :
Mendapat komen berkaitan
perlunya penambahbaikan
daripada rumusan Pegawai Pejabat
Pelajaran Daerah iaitu Dr. Ramlan
dan Cik Roozana
22

11.2 Perkongsian Ilmu Bersama Pelajar Kelas Tingkatan 2 Kurshiah


(KRK)- 24 JUN 2016
23

Refleksi :
Pelajar lebih ceria dalam
pdp.
Boleh menghasilkan
karangan yang cemerlang

Sebelum Selepas
24

11.3 Perkongsian Ilmu Bersama Guru-guru Sekolah Lain Pada Sesi


Perkongsian Inovasi Kali Ke-2 di SM Sains Tuanku Jaafar- 20 JULAI
2016

Refleksi : Menerima reaksi yang positif dalam kalangan guru.

11.4 Perkongsian Ilmu bersama Guru Kanan Mata Pelajaran Bidang


Bahasa dan Ketua Panitia Mata Pelajaran Bahasa Melayu-

30 OGOS 2016

Cik Nor Azura sedang menerangkan tentang konsep Rumahku Duniaku kepada
GKMP Bahasa ; Puan Hjh Hasni dan Ketua Panitia Bahasa Melayu ; Encik Mohd Radzi.
25

11.5 Penyebarluasan Melalui Laman Sosial Facebook 31 OGOS 2016


26

Mendapat komen yang positif


daripada pengguna Fb dan 14
perkongsian.
27

11.6 Perkongsian Ilmu bersama Rakan-rakan Guru di Sekolah-

5 SEPT 2016

Puan Noraini Mohamed sedang menerangkan penggunaan BBM Teknik Rumahku


Duniaku kepada Ustazah Roha (GMP.Islam), Puan Fadilah Nawawi (GMP K.Hidup)
dan Encik Rajendran (GMP Matematik)

11.7 Perkongsian Ilmu bersama Pelajar Sekolah SSNS SMK Zaba -

7 SEPT 2016
28

Pelajar menunjukkan perubahan peningkatan kefahaman dalam menulis


rangka karangan
29

11.8 Cara pelaksanaan teknik Teknik Rumahku Duniaku pada pelajar


sekolah rendah. Teknik akan digunakan mengikut kesesuaian pelajar
dan menekankan fungsi simbol merujuk kepada kata nama.

1. Buat ujian pra awal kepada pelajar


untuk menegnalpasti cara pelajar
membina ayat dengan lengkap.
2. Perkenalkan teknik dan BBM kepada
pelajar.
3. Latih pelajar menjawab mengikut
peranan yang diberikan berdasarkan
simbol.
4. Buat semula ujian pos untuk lihat
keberkesanan teknik.
5. Bagi pelajar sekolah rendah, setiap
peranan telah diberi kata nama
sebagai contoh dan templat untuk
bina ayat.
30

Setiap kumpulan pelajar akan diberi satu kad peranan simbol dan melatih mereka
membina seberepaa banyak ayat dengan mudah.

Contoh :

Kata nama Kata kerja Kata hubung Keterangan


membina istana pasir sewaktu berkelah di Port
Dickson.

Saya dan rakan


Menyuapkan adik manakala Kakak sedang
mee goreng menuang air di
dalam gelas.
Ibu
bermain layang- sambil berbual-bual.
layang

Dua orang pelajar


Menerima wang sewaktu Menjual ais krim di
daripada kanak-kanak tepi pantai.

Jurujual itu

12.0 Kelebihan Inovasi:


31

1. Pada pemulaan pengenalan sahaja menggunakan kad bagi membantu pelajar


mengingat peranan. Lama kelamaan pelajar boleh faham dan buat simbol
dengan sekadar melukis bentuk sahaja bagi tujuan mengingat.

2. Menjimatkan kos kerana bahan untuk aktiviti pengenalan sahaja dibuat.

3. Tidak memerlukan ruang penyimpanan bahan bantu mengajar.

4. BBM yang ringan dan berkonsepkan Abad 21 dan mudah dibawa

5. Tidak memerlukan penyelenggaraan.

6. Boleh dipindahkan dalam bentuk IT dan diupload dalam Media Pendidikan.

7. Boleh diaplikasikan sewaktu dalam dewan peperiksaan dengan hanya melukis


simbol bagi tujuan ingatan.

8. Membantu pelajar dalam rentas kurikulum berikut:

Hafal bentuk dalam Matematik iaitu Bulatan, Segitiga, Segi Empat Sama dan
Segi Empat Tepat

Karangan Ulasan

Memberi pendapat dalam soalan nombor 3 bahagian KOMSAS iaitu soalan


berbentuk KBAT.
32

Menjawab soalan KBAT bagi mata pelajaran Sejarah, Geografi, Pendidikan


Islam, Pendidikan Jasmani, Biologi, Sains, Kemahiran Hidup, Pendidikan
Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Contoh soalan :

Soalan Sejarah PT3 2016 Soalan Pendidikan Moral Men. Rendah


33

Soalan Biologi Soalan Pendidikan Islam SPM

Soalan Pendidikan Moral SPM Soalan Pendidikan Jasmani


34

Soalan Geografi PT3 2016


Soalan Kemahiran Hidup PT3

Soalan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

9. Kriteria pemilihan bentuk simbol atas beberapa sebab :

Nama Rumahku Duniaku diberi


oleh Guru Cemerlang Bahasa
Melayu iaitu Encik Ab. Malek bin
Sanat. Nama teknik ini dipilih bagi
memberi gambaran kepada pelajar
tentang peranan yang bermula dari
yang kecil sehingga ke ruang yang
besar.
35

Diri
- Menunjukkan orang dan mewakili diri.

- Berwarna hitam kerana mudah dilihat dari


hadapan iaitu dianggap isi pertama.

- Segitiga dipilih untuk membantu pelajar


mengingati bahawa 3 penjuru itu merujuk kepada
Keluarga ayah, ibu dan anak iaitu sebuah keluarga.
- Warna ungu dipilih kerana elemen kasih sayang
yang dikaitkan dengan warna ini.

- Segi Empat Tepat dipilih bagi mengingatkan


pelajar bentuk buku dan bangunan sekolah itu
merujuk kepada peranan pihak sekolah.
- Warna kuning dipilih bertujuan untuk memudahkan
pelajar membezakan bentuk ini dengan bentuk
Sekolah yang mewakili kerajaan.

- Bentuk Bulatan dipilih mewakili persekitaran


lingkungan pelajar iaitu peranan masyarakat.

Masyarakat
36

- Bulatan dilukis lebih besar daripada diri,sekolah


dan keluarga kerana menujukkan masyarakat juga
semakin besar peranannya.
- Warna hijau mewakili alam sekitar (persekitaran)

- Bentuk Segi Empat Sama dilukis lebih besar


saiznya daripada semua bertujuan untuk
menunjukkan peranan negara / kerajaan yang
lebih besar.
- Warna merah dipilih bertujuan untuk menunjukkan
betapa penting nya peranan kerajaan.
Negara - Empat penjuru merujuk kepada kerajaan, media
massa, politik dan ekonomi.

Anda mungkin juga menyukai