Anda di halaman 1dari 5

Jenis Bantuan Kebajikan

03 Jun 2016

Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan JHEV diwujudkan bertujuan meringankan beban tanggungan sara
hidup Veteran ATM serta keluarga berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Skim bantuan ini
hanyalah bersifat sementara sahaja.

JENIS-JENIS SKIM BANTUAN

i)Skim Bantuan Sara Hidup


Skim ini bertujuan memberi bantuan kewangan bulanan bagi meringankan beban tanggungan sara hidup
Veteran ATM dan tanggungan mereka yang daif, uzur, hilang upaya dan menghidap penyakit kronik
berdasarkan kelayakan mengikut kiraan PGK yang ditetapkan.

Kadar bantuan adalah RM300.00 sebulan.

ii) Skim Bantuan Persekolahan dan Kolej Vokasional Kebangsaan

Skim ini adalah bertujuan bagi membiayai anak-anak Veteran ATM yang kurang mampu untuk meneruskan
pelajaran mereka di peringkat rendah dan menengah berasaskan kelayakan mengikut kiraan PGK yang
ditetapkan.

Kadar bantuan ialah RM 500.00 setahun bagi sekolah rendah dan RM 700.00 setahun bagi sekolah menengah
dan kolej vokasional kebangsaan.

Permohonan bantuan ini dibuka sepanjang tahun.

iii) Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (UA)/ Politeknik

Skim ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke Universiti
Awam/Politeknik bagi anak-anak Veteran ATM sebagai memberi galakan dan motivasi untuk meneruskan
pengajian di peringkat lebih tinggi.

Permohonan adalah DIHADKAN kepada Universiti Awam (UA) dan Politeknik di bawah kendalian
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kadar bantuan secara pembayaran sekaligus adalah RM1,000.00 untuk pengajian peringkat Diploma dan
RM1,500.00 untuk pengajian peringkat Ijazah Pertama. Setiap anak hanya layak menerima satu bantuan
sahaja sama ada di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.

Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh SETAHUN dari tarikh kemasukan / pendaftaran ke UA
/Politeknik.

iv) Bantuan Peralatan Pesakit

Skim ini bertujuan memberi bantuan kewangan sekaligus kepada Veteran ATM, isteri dan tanggungan
untuk membeli peralatan bantuan sokongan seperti kerusi roda, tongkat, katil, tilam dan sebagainya.

Kadar bantuan maksimum adalah RM 5,000.00 sekaligus.

Setiap permohonan hendaklah disertakan laporan/memo daripada pegawai perubatan kerajaan bagi
menyokong keperluan, sebut harga atau resit asal pembelian bagi alat berkenaan.

Bagi tuntutan bayaran balik peralatan, pemohon hendaklah mengemukakan resit asal pembelian dan
permohonan hendaklah dibuat tidak melebihi tempoh SETAHUN dari tarikh pembelian alat berkenaan.

v) Bantuan Bencana Alam

Skim ini bertujuan memberi bantuan kewangan sekaligus untuk meringankan beban dan kesusahan yang
dialami oleh Veteran ATM akibat bencana alam seperti ribut, kebakaran dan sebagainya.

Kadar bantuan maksimum RM5,000.00 sekaligus.

Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh SETAHUN dari tarikh kejadian

KELAYAKAN ASAS PEMOHON

Bagi melayakkan Veteran ATM memohon Bantuan Kebajikan dan Pendidikan, pemohon mestilah memenuhi
kelayakan asas seperti berikut:

i. Veteran ATM.
ii. Balu kepada Veteran ATM.
iii. Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun dan dibawah 23 tahun jika masih belajar.
Bantuan Kebajikan JHEV TIDAK LAYAK bagi:

i. Veteran ATM yang ditamatkan perkhidmatan disebabkan kes tatatertib/salah laku/ hukuman mahkamah
dan lain-lain penamatan secara tidak terhormat.

ii. Balu Veteran ATM yang berkahwin semula.

iii. Bekas isteri Veteran ATM (bagi kes yang bercerai hidup)

Cara Memohon
Borang permohonan boleh didapati dari Pejabat JHEV Cawangan Negeri yang berdekatan atau boleh dimuat
turun dari laman web Jabatan Hal Ehwal ATM (www.jhev.gov.my).

Setiap permohonan hendaklah memenuhi Borang Induk (BQ-BK-01) dan diikuti dengan borang skim yang
dipohon. Semua permohonan bantuan hendaklah menggunakan borang- borang JHEV ATM yang dilampirkan
mengikut kategori skim bantuan seperti berikut :

Borang Induk/ Maklumat Asas BQ-BK-01 PIN.3


Skim Bantuan Sara Hidup BQ-BK-02 PIN.3
Skim Bantuan Persekolahan BQ-BK-03 PIN.3
Skim Kemasukan ke IPTA BQ-BK-04 PIN.3
Skim Peralatan Pesakit BQ-BK-05 PIN.3
Skim Bencana Alam BQ-BK-06 PIN.3

Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-
butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar dan pemohon bertanggungjawab atas segala
laporan yang diberikan. Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri
di mana pemohon itu menetap. Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang
diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa
Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP).
Saluran Bantuan
Pembayaran bantuan akan dibayar melalui Electronic Fund Transfer (EFT). Pembayaran bantuan akan dibayar
melalui senarai bank berikut:

i. CIMB Bank Bhd

ii. Malayan Banking Bhd

iii. Bank Simpanan Nasional

iv. AFFIN Bank Bhd

v. RHB Bank Bhd

vi. Public Bank Bhd

vii. Bank Islam Malaysia Bhd

viii. HSBC Bank Bhd

ix. Bank Kerjasama Rakyat (M) Bhd

x. Bank Muamalat Malaysia Bhd

xi. Hong Leong Bank Bhd

xii. AmBank Bhd


Penamatan Bantuan

Bantuan yang diterima akan ditamatkan SERTA-MERTA apabila berlaku perkara-perkara berikut :

i. Penerima bantuan telah meninggal dunia. (Adalah menjadi kewajipan waris penerima melaporkan kematian
penerima kepada pejabat JHEV Negeri yang berdekatan pada kadar segera dengan mengemukakan salinan
sijil kematian.)

ii. Anak yatim yang telah mencapai umur 18 tahun atau pun 23 tahun (jika melanjutkan pelajaran).

iii. Balu yang berkahwin semula.

iv. Maklumat yang dinyatakan di dalam borang permohonan adalah PALSU dan TIDAK BENAR. Tindakan
perundangan boleh diambil ke atas pemohon di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574).

v. Berlaku perubahan status sosioekonomi oleh pemohon.

vi. Apabila Bantuan Sara Hidup yang diterima mencapai tempoh 3 tahun.

vii. Apabila tamat persekolahan.(Skim Bantuan Persekolahan/Kolej Vokasional sahaja)


a. 12 tahun - sekolah rendah
b. 17 tahun - sekolah menengah
c. 19 tahun - kolej vokasional

viii. Apabila penerima telah berpindah alamat tanpa memaklumkan ke jabatan ini dan tidak dapat dikesan.

ix. Penerima tidak mengemukakan salinan buku akaun bank ke Ibu Pejabat JHEV melebihi tempoh 3 bulan dari
tarikh kelulusan.

x. Gagal untuk mengemukakan salinan akaun bank yang sah dan aktif.

Anda mungkin juga menyukai