Anda di halaman 1dari 1

Rumusan

Di dalam bidang tugas Penolong Pegawai Perubatan (PPP), nilai-nilai dalam budaya
korporat mestilah diamalkan. Ini adalah untuk memastikan perkhidmatan yang di
berikan oleh anggota PPP kita mencapai kualiti yang ditetapkan dan memuaskan hati
semua pihak. Sebagai contoh dalam nilai penyayang, PPP haruslah menganggap
orang lain yang diberikan rawatan sebagai keluarga sendiri supaya layanan mesra dan
keberkesanan dalam perawatan diberikan. Dalam nilai kerja berpasukan pula, PPP
haruslah sentiasa ringan untuk menghulurkan tangan dalam apa keadaan sekalipun
dan bekerjasama dengan anggota serta unit lain untuk memastikan perjalanan sesuatu
tugas lancar dan lebih efisien. Ini adalah juga pendekatan untuk mengembling usaha
dengan lebih keras bersama anggota lain supaya bakat setiap individu menonjol dalam
perkhidmatan berpasukan yang lebih berkesan. Nilai profesionalisme yang diamalkan
oleh PPP haruslah berteraskan kepada aspek komitmen, disiplin, etika kerja, piawaian
dan cara yang terbaik untuk mempamerkan kesungguhan PPP dalam bidang kerjaya
mereka.