Anda di halaman 1dari 3

Cord prolapsed

Tali pusat terlepas kedalam vagina (cord prolapsed)

Cord prolapsed adalah satu kecemasan dimana sebaik sahaja air tetuban pecah, tali
pusat terjatuh atau terkeluar kedalam vagina sebelum bayi. Suhu dalam vagina
yang lebih sejuk akan menyebabkan salur darah dalam tali pusat akan mengecut
dan menjejaskan bekalan oksigen kepada bayi. Ia boleh menyebabkan kematian
bayi jika bayi tidak dilahirkan dengan segera melalui pembedahan cesarean.

Faktor faktor risiko cord prolapsed

Kandungan yang banyak air (polyhydramnious)

Tali pusat yang panjang- mudah terjatuh bila pecah air tetuban

Tali pusat berada di bahagian bawah, dekat pitu rahim (cord presentation)

Pecah air tetuban yang tak terkawal

Posisi bayi sonsang bila cukup bulan

Langkah pencegahannya
Seperti kemalangan jalanraya, pencegahan sepenuhnya adalah tidak mungkin
kerana ia selalunya kemalangan yang tidak dijangka. Tetapi ada sesetengah faktor
risiko yang boleh dielakkan seperti pergi berurut untuk membetulkan posisi bayi dan
sebagainya. Jika ibu mengalami pecah air tetuban secara tiba tiba (terutamanya jika
posisi bayi sonsang atau banyak air tetuban), ibu haruslah ke hospital dengan
segera walaupun tiada kontraksi rahim. Ini adalah supaya doktor dapat
mengesankan jika ada tali pusat yang jatuh kedalam vagina. Lebih cepat ibu datang
ke hospital lebih cepat bayi akan diselamatkan.

Scenario di hospital apabila cord prolapsed dikesan

Ia adalah satu kecemasan CODE BLUE!. Sebaik sahaja doktor atau jururawat yang
membuat pemeriksaan vagina mendapati ada tali pusat jatuh kedalam vagina, ibu
harus menjangkakan tindakan yang akan diambil dan ibu harus bekerjasama:

pemeriksa tidak dapat mengeluarkan jarinya dari vagina ibu sehinggalah ibu dibawa
ke bilik pembedahan untuk pembedahan segera. Pemeriksa akan terus berada disitu
untuk menahan supaya tali pusat tidak terus jatuh dengan lebih banyak, dan
talipusat tidak terhimpit oleh kepala bayi yang boleh menjejaskan bekalan oksigen
kepada bayi.

Bantal akan diletakkan dibawah punggung ibu supaya lebih tinggi dan mencegah tali
pusat dari terus terjatuh atau terhimpit

Ibu mungkin akan diterbalikkan dengan punggung keatas (posisi sujud)


Doktor akan memenuhkan pundi kecing ibu dengan air melalui catheter, untuk
mencegah tali pusat dari terus jatuh atau terhimpit

Ibu akan dibawa ke bilik pembedahan untuk pembedahan segera