Anda di halaman 1dari 105

Bagaimana Seharusnya Umat Islam Berinteraksi Dengan Syair , Nyanyian Dan Muzik (Mari

Berkongsi siri 19)

Bagaimana Seharusnya Umat Islam Berinteraksi


Dengan Syair, al-Ghinaa (Nyanyian) dan al-Maazif
(alat-alat Muzik)

Mukaddimah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan kami memohon


pertolongan-Nya dan kami memohon keampunan-Nya, dan kami
berlindung kepada Allah dari keburukan diri kami dan dari keburukan
perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah
kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka
tiadalah petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali
Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa
Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.

Allah Subhanahu wa Taala berfirman,


Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-
benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati
melainkan dalam keadaan beragama Islam. (Surah ali-Imran, 3: 102)

Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang Telah


menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah
menciptakan isterinya. Dan dari pada keduanya Allah
memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan
bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya
kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan
silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan Mengawasi
kamu. (Surah an-Nisaa, 4: 1)

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah


dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki
bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.

1
dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia
telah mendapat kemenangan yang besar. (Surah al-Ahzab, 33: 70-71)

Bagaimana Seharusnya Umat Islam Berinteraksi Dengan Syair , Nyanyian Dan Muzik (Mari
Berkongsi siri 19)

Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda,


Sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah Kitabullah.
Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Shalallahu alaihi wa
sallam. Sedangkan seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan
dan semua yang diada-adakan adalah bidah. Semua yang bidah
adalah sesat dan semua yang sesat tempat kembalinya adalah
neraka.
(Hadis Riwayat an-Nasaai, Bab: Kaifa al-Khuthbah, 6/27, no. 1560)

Islam adalah agama fitrah yang bersesuaian dengan fitrah manusia itu
sendiri. Islam tidak pernah menafikan fitrah dan kehendak atau
keinginan manusia untuk bergembira, tertawa, tersenyum, merasa
suka, riang, dan bermain-main. Berbeza dengan makhluk Allah yang
bernama malaikat. Seluruh waktu malaikat itu digunakan sepenuhnya
hanya untuk melaksanakan ketaatan dan bertasbih kepada Allah
Subhanahu wa Taala tanpa merasa penat dan tanpa henti.

Terdapat begitu banyak bentuk permainan dan hiburan yang


dibenarkan syariat yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa Taala
kepada manusia untuk bergembira. Ini adalah seperti bersukan lumba
lari, memanah, berenang, berkuda, keluar berburu, dan seumpamanya.
Perkara ini di samping berbentuk permainan yang menghiburkan, ia
juga memiliki nilai latihan membina kekuatan dalam peperangan di
medan jihad.

Malah sebenarnya banyak lagi bentuk-bentuk berhibur yang lainnya,


iaitu apa sahaja yang tidak menyalahi syariat apabila kita melakukan
nya akan membuatkan kita rasa terhibur, maka itu juga termasuk
hiburan yang dibolehkan.

2
Di samping adanya bentuk-bentuk hiburan yang dibenarkan dalam
syariat Islam, ada juga beberapa bentuk hiburan atau permainan yang
dilarang, dibenci, dan diharamkan kerana bertentangan dengan fitrah
manusia, sebaliknya merosakkan fitrah manusia itu sendiri. Di antara
yang dimaksudkan adalah nanyian dan bermain alat-alat muzik.

Bagaimana Seharusnya Umat Islam Berinteraksi Dengan Syair , Nyanyian Dan Muzik (Mari
Berkongsi siri 19)

Untuk perincian, penjelasan, meluruskan, dan meletakkan persoalan


muzik ini secara adil, kita perlu melihat bentuk-bentuk penjelasan yang
dikemukakan oleh al-Quran, as-Sunnah, dan tafsiran para ulama Ahlus
Sunnah wal-Jamaah generasi awal Islam. Kita perlu melihat
bagaimana para ulama awal Islam berinteraksi dengan muzik ini.

Bagi mereka yang berusaha menelaah kitab-kitab dan perkataan para


ulama salaf (generasi awal Islam), mereka tentu akan menemui
perkataan-perkataan yang tegas dan keras yang menunjukkan
kebencian mereka terhadap muzik. Bahkan boleh ditemui fatwa-fatwa
mereka yang menyebutkan ijma (kesepakatan) berkenaan haramnya
muzik. Namun, disebabkan keadaan manusia yang telah begitu banyak
berubah mengikuti arus masa dan suasana. Mungkin fatwa-fatwa
tersebut hanya tinggal dalam lipatan kertas dan sejarah. Kebanyakan
umat Islam mungkin lebih seronok dengan keasyikkan alat-alat muzik
dan buaian candu kemerduan nyanyian yang memukau. Sehingga
mereka menjadi ketagih dengannya. Menjadi tidak keruan tanpa
kehadiran
bunyi alunan muzik, sama ada di rumah, pusat-pusat pendidikan
(universiti), pusat membeli-belah, tempat kerja (atau pejabat),
kenderaan, dan sebagainya. Bahkan sehingga ada yang telinga-telinga
mereka sentiasa disumbatkan dengan alat-alat pemain muzik saban
waktu ke sana dan ke mari. Sambil menggoyang-goyang kepala dan
memukul-mukul tangan.

Lebih disayangkan lagi dukacita apabila para guru, tok-tok imam


masjid, para ustaz, tok-tok guru, sehinggalah mereka yang digelar
ulama setempat juga turut mendengar, memainkan, dan mengiktiraf

3
muzik sebagai sebahagian aktiviti harian yang menyeronokkan lagi
halal. Seolah-olah tiada apa-apa kesalahan yang sedang mereka
lakukan. Seolah-olah mereka tidak pernah mengetahui adanya tegahan
dan peringatan yang sangat keras dari para ulama generasi awal
Islam.

Di antara contoh-contoh yang menunjukkan betapa muzik ini telah


menjadi fitnah kepada agama dan masyarakat adalah:

Bagaimana Seharusnya Umat Islam Berinteraksi Dengan Syair , Nyanyian Dan Muzik (Mari
Berkongsi siri 19)

1 Manusia tampak semakin jauh dari syariat Allah Subhanahu wa


Taala. Mereka hidup dalam keadaan pelbagai perselisihan, tonggang-
terbalik, berpecah-belah dan tidak bersatu. Sehingga yang benar (al-
Haq) dikatakan bathil, dan yang bathil pula dikatakan sebagai benar.
Yang sunnah dikatakan bidah (tokok tambah dalam agama), dan yang
bidah pula dikatakan sebagai sunnah. Manakala yang halal dikatakan
sebagai haram, dan yang haram dikatakan sebagai halal. Tetapi
mereka tidak sedar dengan pelbagai bentuk kelemahan yang mereka
alami, sebaliknya mereka terus leka, khayal, dan hanya tahu untuk
berseronok dan berhibur. Antaranya dengan nyanyian dan muzik.

2 Sebahagian besar manusia ketika ini menjadikan muzik sebagai


gaya hidup dan pekerjaan (mata pencarian). Sehingga sebahagian
lainnya pula, mereka manjadikan muzik sebagai sarana untuk
berdakwah dan ibadah. Manakala masyarakat yang jahil pula, hanya
tahu ikut membuta tuli. Mereka berdakwah dan berbicara tentang
agama sambil menyanyi dan menari. Persoalannya, adakah ini
dibenarkan dalam Islam yang sebenar?

3 Pelbagai bentuk persembahan dan konsert-konsert muzik diadakan


di sana-sini. Industri muzik tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.
Pertandingan dan ujibakat menyanyi serta bermain alat muzik sudah
menjadi fenomena biasa lagi ditunggu-tunggu. Para ibu dan bapa
berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas muzik
dan vokal. Sedangkan semua ini begitu jelas melalaikan kita dari amal-

4
amal soleh mengingati Allah Subhanahu wa Taala (dzikrullah).
Sehingga sebenarnya budaya gila muzik ini telah bertindak menyemai
benih-benih hawa nafsu dan syahwat serakah ke dalam jiwa-jiwa anak
muda umat Islam tanpa disedari. Yang mana kesannya begitu buruk
sekali. Bukan sahaja memberi kesan kerosakan kepada aqidah, bahkan
sekaligus kepada corak hidup yang tidak berpedoman, melalaikan,
bergelumang maksiat, dan melahirkan manusia berhawa nafsu haiwan
lantaran mabuk ketagihan muzik. Nauzubillahimin dzalik.

Bagaimana Seharusnya Umat Islam Berinteraksi Dengan Syair , Nyanyian Dan Muzik (Mari
Berkongsi siri 19)

Benarlah sebagaimana kata sebahagian ulama generasi awal Islam


bahawa muzik dan nyanyian itu menumbuhkan kemunafikan,
merosakkan hati, dan termasuk mantera-mantera zina.

4 Musibah dan fitnah muzik ini kian menyebar dan sukar untuk
dibendung. Bahkan hampir mustahil, melainkan dengan izin Allah
Subhanahu wa Taala. Kepada Allah-lah kita memohon hidayah dan
petunjuk. Muzik dan lagu-lagu nyanyian ini setiap hari dan hampir
saban waktu dimainkan dan didendangkan tanpa mengira peringkat
umur, sama ada anak-anak sehinggalah kepada golongan datuk dan
nenek. Bahkan para ustaz dan pendakwah juga turut memainkannya.

Melihatkan hal seperti inilah antara yang mencetuskan hati penulis


untuk menyusun dan menyiapkan sebuah buku berkaitan muzik ini.
Agar ianya mampu menjadi sebagai kekuatan, pedoman, nasihat, dan
peringatan buat diri penulis sendiri serta umat Islam secara umum
dalam menjauhi fitnah-fitnah muzik yang datang bersamanya hasutan-
hasutan syaitan dan mantera hawa nafsu. Semoga tulisan ini memiliki
manfaat buat diri penulis dan para pembaca di samping kepada Allah
jualah tempat mengharap kebaikan dan pahala.

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) berkata,


Ketahuilah bahawasanya muzik mampu memberikan suatu kesan
yang khusus dalam menyelubungi hati dengan kemunafikan.

5
Tumbuhnya penyakit nifaq dalam hati seperti tumbuhnya tanaman
yang disirami air. Di antara kesannya adalah muzik ini mampu
melalaikan dan menghalang hati dari memahami al-Quran serta
menghalang dari mentadabbur (menghayati) dan mengamalkan
kandungannya. Kerana nyanyian dan al-Quran tidak akan bertemu
dalam hati selama-lamanya. Keduanya saling tidak sehaluan lagi saling
bertentangan. Sesungguhnya al-Quran melarang mengikuti hawa
nafsu, menyuruh supaya menjaga kesucian diri, menjauhi nafsu
syahwat, menjauhi sebab-sebab kesesatan dan melarang dari
mengikuti langkah-langkah syaitan. Manakala muzik pula mengajak
kepada perkara yang bertentangan dengannya. Ia menghiasasinya
sehingga nampak menawan. Muzik mendorong jiwa kepada syahwat
kesesatan dan membangkitkan kesan-kesan negatif
Bagaimana Seharusnya Umat Islam Berinteraksi Dengan Syair , Nyanyian Dan Muzik (Mari
Berkongsi siri 19)

yang tersembunyi di dalamnya, mengusik dan menggerakkannya


kepada keburukan. Mengajak kepada hubungan para pemuda dan
pemudi. Muzik dan minuman keras ibarat dua bayi yang menyusu
kepada ibu susu yang sama. Keduanya sama-sama mengajak kepada
perbuatan-perbuatan yang keji. (Ibnul Qayyim, Ighatsatul Lahfan min
Mashoidusy Syaithan, 1/249)

Perihal Muzik Masa Kini

Dunia muzik masa kini berkembang dengan sangat pesat. Dengannya


telah menjadi seribu satu kepentingan, seiring dengan gaya hidup
manusia masa kini yang menganggap amat mementingkan seni dan
daya ketamadunan. Pelbagai teknologi dan peralatan telah dicipta
seiring dengan keinginan muzik yang lebih kepuasan lagi luar biasa.
Pelbagai genre muzik terus berevolusi dan dikehadapankan. Menjadi
satu sumber pendapatan dan penjanaan kewangan serta ekonomi
sejagat. Bakat-bakat baru terus dicari dan tampil ke khalayak umum.
Lelaki dan wanita seiring berlumba mendapatkan tempat dan glamour.

Begitulah dunia muzik terus pesat memenuhi ruang dengan


menebarkan sayap-sayapnya ke segenap sudut kehidupan manusia.
Bermula dengan

6
genre muzik kompang, instrumental, joget lambak, nasyid, muzik
islami, pop yeh yeh, retro, balada, seni tradisional, hip hop, metal,
rock, heavy metal, sehinggalah kepada black metal dan muzik ganas.
Kini ianya tampak berjaya menembusi sehingga ke liang-liang hati
manusia seluruhnya. Segenap tempat dan ruang sentiasa dan pasti
dipenuhi dengan suara-suara bingit bernama muzik. Dari ruang-ruang
kamar rumah, kenderaan, pejabat, pasaraya, universiti, majlis-majlis,
malah sehingga ke dalam masjid-masjid mereka pun kini mula diisi
dengan suara-suara nyanyian dan muzik. Tanpanya, manusia tampak
lemah dan lesu. Begitulah betapa telah jayanya propaganda musuh-
musuh menguasai hati-hati umat Islam dengan senjata tanpa rupa.
Hanya dengan kombinasi gubahan bunyi dan suara, manusia
terperangkap menjadi pencandu.

Bagaimana Seharusnya Umat Islam Berinteraksi Dengan Syair , Nyanyian Dan Muzik (Mari
Berkongsi siri 19)

Dari itu, pernahkah kita terfikir bagaimanakah sebenarnya Islam


meletak kan persoalan muzik ini? Bagaimanakah sebenarnya Islam
meletakkan hukum berkaitan muzik yang semakin bermaharajalela ini?
Di mana manusia semakin mabuk dan hanyut asbab kemerduan serta
gemersik irama muzik dari hari ke sehari. Yang kini manusia ketagih
dengannya, terasa sepi lagi sunyi tanpanya. Seakan kehidupan tanpa
muzik boleh menjadikan mereka gila tak tentu hala.

Mungkinkah ini sebahagian realiti apabila kita meninggalkan Islam


dalam menilai kewujudan dan perkembangan muzik tersebut. Yang
dengan muzik, manusia menjadi gila, mabuk, tersihir, dan terpesona
dengan pelbagai jenis syubhat dan kemaksiatan. Genderang muzik
menjadi penebar semangat ke arah pelbagai gejala rosak akhlak.
Genderang muzik jugalah yang mengobarkan semangat menentang
hukum-hukum Allah dari tunjang utamanya yang bernama tauhid.
Dengannya jarum-jarum syubhat dan perosak jiwa dimasukkan. Melalui
liriknya yang merosakkan aqidah dan agama menjadi makanan yang
mudah dihadam disebabkan salutan istimewanya yang begitu lazat
berupa iringan muzik mempersona. Racun-racun menusuk ke dalam
jiwa dan hati tanpa dirasakan sakitnya. Umat Islam tumbang longlai

7
secebis demi secebis. Diruntuhkan nilai-nilai keislamannya dari tunjang
kalbu dan lubuk jiwa tanpa sedar. Sebahagian besarnya dengan
senjata bernama muzik.
Semakin benarlah senjata muzik ini tampak keampuhannya menyihir
jiwa-jiwa umat Islam secara langsung. Jiwa-jiwa terpukau diracuni
keindahan yang menipu.

Maka dari itu, tulisan ini penulis dedikasikan sebagai salah sebuah
buku dari antara buku-buku yang hadir ke hadapan kita semua sebagai
nasihat dan peringatan berkaitan persoalan sebenar muzik dari kaca
mata Islam. Tulisan ini tampil dengan sebuah pembentangan
berdasarkan ayat-ayat al-Qur'an, hadis-hadis Rasulullah Shallallahu
'alaihi wa Sallam, dan fatwa-fatwa serta pendapat para ulama dari
generasi awal umat Islam iaitu generasi para sahabat, tabi'in, dan
ulama setelahnya yang berpegang teguh di atas prinsip Ahlus Sunnah
wal-Jama'ah. Semoga dengannya mampu menjadi neraca ukur
terhadap fenomena muzik yang semakin bermaharajalela di
persada dunia
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

manusia sejagat. Yang dengannya tampak kebanyakan umat Islam


menjadi mabuk, kecanduan, dan hanyut. Tertipu dengan pelbagai
alasan tempelan muzik berentak nasyid, muzik dzikir, muzik islami,
lagu dakwah, dan seumpamanya. Semoga jiwa-jiwa yang sakit selama
ini dek terbuai tipu daya nyanyian dan muzik dapat dirawat dan
diruqyah. Agar diri kita tidak terus diracuni muzik berbisa penuh tipu
daya. Mengubati jiwa agar kembali menekuni al-Qur'an, as-Sunnah dan
usaha-usaha mempelajarinya.

*********************

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama

Islam ini datangnya dari Allah Subhanahu wa Taala, diwahyukan


kepada Nabi-Nya melalui perantaraan Jibril alaihis Salam. Melalui Nabi-
Nya (Muhammad Shallallahu alaihi wa Sallam), agama ini pun

8
disampaikan kepada masyarakat. Difahami dan dibantu pula oleh para
sahabat Nabi ridhwanullah alaihim ajmain. Yang kemudian diikuti dan
diwarisi dari generasi ke generasi setelahnya sehinggalah sekarang.

Secara umumnya, agama ini besumber dari dua rujukan yang baku.
Iaitu Kitabullah (al-Quran) dan al-Hadis (sunnah Rasulullah Shallallahu
alaihi wa Sallam). Inilah yang disepakati dan diperakui oleh setiap
mereka yang beragama Islam. Firman Allah (maksudnya), Jika kamu
berselisih pendapat tentang sesuatu, kembalikanlah ia kepada Allah
(al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman
kepada Allah dan hari kemudian. (Surah an-Nisa, 4: 59)

Walau bagaimanapun, dua sumber tersebut tidak akan dapat difahami


tanpa mengambil dan merujuk kepada kefahaman yang difahami oleh
orang-orang pertama dan terawal memahaminya. Yang daripada
mereka kita mewarisi agama ini. Tidak lain dan tidak bukan, merekalah
yang digelar dengan gelaran Sahabat Rasulullah S.A.W yang diredhai.

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Daripada merekalah kefahaman agama ini diambil dan diperturunkan


kepada generasi demi generasi. Mereka adalah golongan terbaik dari
golongan manusia yang beriman kepada agama yang dibawa
Muhammad S.A.W. Mereka adalah kelompok manusia pertama yang
memeluk Islam. Kelompok pertama yang melihat Nabi dan beriman
dengan apa yang dibawanya. Di masa merekalah turunnya mukjizat
yang paling agung, iaitu al-Quran yang menjadi huda (petunjuk) dan
rahmat ke seluruh alam. Al-Quran diturunkan ayat demi ayat kepada
mereka. Mereka berguru (belajar) dan memahami al-Quran terus
daripada Nabi. Bersama-sama Nabi mereka mengutip mutiara-mutiara
hikmah yang sangat berharga dalam memahami agama ini yang
berupa hadis-hadis dan sunnah-sunnah beliau S.A.W.

Allah S.W.T berfiman (maksudnya), Orang-orang yang terdahulu lagi


yang paling awal masuk Islam (generasi sahabat) dari golongan
muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan
baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah
dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir

9
sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di
dalamnya. Itulah kemenangan yang besar. (Surah at-Taubah, 9: 100)

Sedar atau tidak, setiap hari kita berdoa di dalam solat meminta
diletakkan di atas jalan-jalan mereka (para sahabat), Tunjukilah kami
jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri
nikmat kepada mereka (para sahabat dan generasi yang mengikuti
mereka) - bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan)
mereka yang sesat. (Surah al-Fatihah, 1: 6-7)

Sehingga Imam al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H) berkata


dalam kitabnya Syarhus Sunnah (m/s. 21),
Sesiapa yang tidak berpegang dengan as-Sunnah, dialah yang
melazimi al-jamaah (termasuk dalam kumpulan kebenaran). Dan
sesiapa yang cenderung kepada selain al-jamaah dan menyelisihinya,
maka dia telah melepaskan tali Islam dari bahunya sehingga dia
menjadi sesat dan menyesatkan. Dan asas ukuran kebenaran al-
jamaah adalah dengan melihat para sahabat Muhammad S.A.W,
semoga Allah merahmati
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

mereka semua. Mereka adalah Ahlus Sunnah wal-jamaah. Sesiapa


yang tidak mengambil kebenaran daripada mereka, maka ia telah
memilih jalan kesesatan dan agama yang diada-adakan (bidah).
Setiap yang diada-adakan (bidah) dalam beragama adalah sesat.

Para sahabat adalah golongan manusia terbaik. Hidup pada zaman


terbaik bersama-sama Nabi. Mereka adalah golongan manusia yang
diredhai dan dijamin Syurga oleh Allah S.W.T. Rasulullah S.A.W.
bersabda,
Sebaik-baik manusia adalah pada kurunku, kemudian generasi
setelah mereka, kemudian generasi setelah mereka. Kemudian akan
muncul suatu kaum yang memberi persaksian mendahului
sumpahnya, dan bersumpah mendahului persaksiannya. (Hadis
Riwayat al-Bukhari, 9/133, no. 2458)

Para sahabat adalah golongan yang sentiasa bersama-sama Nabi


dalam apa jua keadaan, sama ada senang atau sukar. Teguh beraqidah

10
sebagaimana yang diperintahkan, hidup dalam suasana yang
mendapat perhatian Nabi, dan mati di atas jalan yang benar. Di masa
hidupnya sentiasa bersama-sama Nabi mengutip kebenaran yang
disampaikan. Mereka bermusafir dan berperang bersama-sama Nabi.
Berjuang dan berdakwah menegakkan agama yang dibawa oleh Nabi.

Setelah kewafatan Nabi, merekalah kelompok manusia yang


meneruskan perjuangan dan kesinambungan dakwah Rasulullah.
Merekalah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah memelihara al-
Quran dan hadis-hadis Rasulullah dari pelbagai bentuk
penyelewengan, pendustaan dan penyembunyian. Mereka
menyampaikan, mengajarkan, dan menyebar-kan nya kepada generasi
manusia seterusnya.

Tidak ada lagi bentuk-bentuk agama selain dari apa yang difahami dan
disampaikan oleh mereka. Kerana apa yang difahami dan diamalkan
oleh mereka dari agama Islam, sudah sangat-sangat memadai dan
itulah yang terbaik. Kerana apa yang diamalkan oleh mereka, itulah
yang mendapat restu dan pembenaran secara langsung daripada Nabi
S.A.W. Dan bentuk-bentuk amalan (sandaran beragama) selain dari itu,
maka ia adalah suatu yang asing lagi tertolak disebabkan agama
ini
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

telah pun sempurna dan mencukupi sebagaimana yang difahami oleh


golongan terbaik bernama sahabat.

Begitulah sebuah hakikat yang perlu kita terima dengan hati terbuka.
Datangnya agama kepada kita secara sempurna dan tulin melalui apa
yang difahami oleh mereka. Bukan melalui kefahaman kita yang lemah
yang hanya bergantung semata-mata kepada akal kita yang sangat-
sangat terhad untuk memikirkan, apatah lagi untuk memahaminya.
Kefahaman kita melalui akal-akal kita perlu dibantu dan dibina di atas
kefahaman yang betul, iaitu sebuah methodologi yang diwariskan oleh
para sahabat Nabi ridhwanullah alaihim ajmain yang dibawa pula oleh
orang-orang terpercaya (ahlul hadis).

11
Secara amnya, segala perkara yang berkaitan dengan agama
mencakupi persoalan aqidah (iman), muamalah, zuhud, ibadah, fiqh,
hadis, akhlak, taqwa, dan seumpamanya, perlulah dirujuk kepada
methodologi para sahabat sebagai golongan contoh yang paling
terpercaya lagi berkelayakan.

Daripada Abdullah B. Amru radhiyallahu anhu, Rasulullah S.A.W


bersabda; Sesungguhnya bani Israel telah berpecah-belah menjadi 72
golongan, dan umatku akan berpecah belah menjadi 73
golongan.
Mereka semua di Neraka melainkan satu golongan. Para sahabat
bertanya, Siapakah mereka yang selamat itu? Beliau menjawab,
Apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya. (Hadis Riwayat
at-Tirmidzi, 9/235, no. 2565. Beliau berkata: Hadis ini adalah hadis
yang hasan gharib yang telah ditafsirkan, kami tidak mengetahui
melainkan daripada periwayatan ini. Hadis iftiraqul ummah ini
diriwayatkan dengan beberapa jalur periwayatan yang
menguatkannya. Para ulama berhujjah dengannya)

Melalui hadis ini, Rasulullah telah menjelaskan bahawa mereka yang


selamat dan berada di atas landasan agama yang benar adalah
sesiapa sahaja yang berada di atas jalan Rasulullah S.A.W bersama-
sama para sahabatnya. Iaitu mereka yang memahami agama
sebagaimana para sahabat memahaminya. Sebab itulah, jika kita
perhatikan di ketika
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

era-era akhir pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, telah mula muncul


kelompok-kelompok umat Islam yang menyimpang dari kebenaran
seperti al-Khawarij, kemudian Syiah, seterusnya muncul pula seperti
Qadariyah, Muktazilah, Jahmiyah, pelbagai kelompok sufi (tarekat),
sehinggalah ke hari ini begitu banyak bentuk-bentuk penyimpangan
dan kelompok-kelompok sesat telah muncul. Ini adalah di antara kesan
yang berlaku apabila mengambil agama tanpa berteraskan kefahaman
para sahabat radhiyallahu anhum. Sekaligus, ini adalah antara punca
utama berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam dari dahulu
hingga kini.

12
Pesanan imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) sebagai
panduan sekaligus merupakan prinsip,
Dasar Ahlus Sunnah menurut kami adalah tetap teguh di atas jalan
hidup para sahabat Rasulullah S.A.W dan menjadikan mereka sebagai
contoh ikutan (qudwah) dalam beragama. (Imam Ahmad bin Hanbal,
Ushulus Sunnah, no. 1-2).

Definisi: Syair dan al-Ghinaa

Syair yang difahami dan dikenali di zaman Rasulullah S.A.W bersama


para sahabatnya adalah berbeza dengan al-ghinaa (nyanyian tanpa
iringan alat muzik). Dalam masyarakat arab, syair boleh
merujuk kepada
lantunan suara seperti Hudaa, Nashbu, ar-Rukbaan, dan Rojaz. Dalam
masyarakat kita, mungkin merujuk kepada lantunan suara dengan
nada biasa seperti ketika berpantun, puisi, syair, atau sajak.

Al-ghinaa (nyanyian) pula merujuk kepada lantunan suara seperti syair


tetapi dengan bentuk alunan suara yang dinyaringkan dan diperindah
kan dengan susunan seni suara (irama) tertentu yang khusus.

Al-Hafiz Ibnu Hajar alAsqalani rahimahullah (Wafat: 852H)


menyebutkan,
Disebut al-ghina (dengan memanjangkan huruf nuun dan
mengkasrahkan huruf ghain) adalah menyanyi dengan susunan
irama/intonasi yang yang dinyaringkan (disebut an-Nashab) oleh orang
Arab. (al-Hafiz Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 2/442
- Daar al-Marifah, Beirut).
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Di dalam Lisanul Arab pula disebutkan,


Bahawasanya al-ghinaa (nyanyian) ia adalah sesiapa sahaja yang
mengeraskan suaranya dan meninggikannya (menyaringkannya).
Suaranya tersebut menurut orang Arab disebut sebagai nyanyian (al-
ghinaa). Dan nyanyian adalah suara yang memiliki dendangan irama.
(Lisanul Arab, 15/135)

Syaikh Ahmad B. Hussein al-Azhari menyebutkan,

13
Nyanyian (al-ghinaa) adalah mengangkat suara dengan melantunkan
kata-kata yang tersusun rapi serta berirama yang biasanya diringi
dengan alat-alat muzik. Oleh sebab itu kaum sufi dan para pemuzik
sepakat akan maksudnya secara zahir dan berselisih (berbeza
pendapat) berkenaan isinya (kandungan nyanyian). Mendengar muzik
bagi kaum sufi adalah merupakan salah satu cara beribadah dan
mendekatkan diri kepada Allah Taala.

Berdasarkan keadaan ini, nyanyian yang dikenali dari kalangan orang-


orang Arab adalah mengangkat suara dan meninggikannya
(menyaringkannya) dengan disertai lenggok irama dan intonasi seni
suara. Pada mulanya tidak diikuti dengan tepukan tangan atau
pukulan
gendang atau alat-alat muzik lainnya. (Ahmad B. Hussein al-Azhari,
an-Nuur al-Kasaaf fii Bayaan Hukum al-Ghinaa, m/s. 4)

Syaikh al-Albani rahimahullah berkata,


Adapun syair-syair yang dilantunkan oleh para penyanyi yang
sememangnya memiliki kebolehan untuk bernyanyi dengan lirik-lirik
yang menggambarkan pelbagai kemaksiatan, minuman keras (khamr),
dan selainnya yang dapat menggerakkan jiwa dan mengeluarkannya
dari keadaan yang sepatutnya, malah dapat membangkitkan
kesenangan kepada nyanyian yang terpendam, yang terkenal
diketahui di zaman sekarang ini dengan istilah lagu (al-ghina),
sebagaimana ungkapan yang dikenali daripada seorang penyair:

(khamr) berwarna kuning keemasan, engkau menganggap api keluar


dari tepinya,

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Mereka menakut-nakutkanku dari celanya, tapi sekiranya ia benar,


biarkan sahaja aibku terpampang jelas.

Untuk menghiasi lagu-lagu seperti itu, mereka menciptakan irama dan


nada-nada yang pelbagai ragam. Kesemuanya mengeluarkan para
pendengarnya dari keadaan yang sepatutnya yang membangkitkan
perasaan naluri cinta. Mereka memperkenalkan irama yang mereka

14
sebut sebagai irama balada, yang dapat membangkitkan hati melalui
nadanya yang perlahan, lalu kemudian mereka mengumandangkan
lagu, rebana, dan gelang-gelang kaki, serta terompet yang mengganti
kan tempat seruling. (al-Albani, Tahrim Alat ath-Tharb, m/s. 135)

Imam Abu Ishaq asy-Syathibi rahimahullah (Wafat: 790H)


menyebutkan,
Namun, orang Arab generasi terdahulu tidaklah mengenal teknik
alunan suara sebagaimana yang dilakukan (atau dipraktikkan) oleh
manusia pada hari ini. Mereka sekadar melantunkan syair secara
umum tanpa mempelajari note-note muzik (irama suara) sebagaimana
yang telah muncul setelah generasi mereka. Sebaliknya mereka
sekadar melembutkan suara dan memanjangkannya sebagaimana
kebiasaan kaum Arab yang ummi yang mana mereka tidak mengetahui
alunan seni
suara (berdasarkan note-note muzik). Maka dari itu, tidak timbul
alunan dan irama melalaikan. Yang ada hanyalah sekadar
membangkitkan semangat sebagaimana Abdullah bin Rawahah
melantunkan syairnya (Hudaa') di hadapan Rasulullah Shallallahu
alaihi wa Sallam. Juga sebagaimana kaum Anshar yang
melantunkannya ketika menggali parit (di waktu menjelang perang
Khandaq):

Kamilah yang membaiat Muhammad,


Untuk berjihad selamanya selagi kami masih hidup.

Maka Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam membalas syair mereka


dengan (dengan syair seterusnya):
Ya Allah, tidak ada kebaikan melainkan kebaikan akhirat,
Maka ampunilah kaum Anshar dan Muhajirin. (Rujuk: asy-Syathibi, al-
Itisham, 1/201)

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Dalam perkara ini, terdapat perkataan tabiin Said B. Musayyib


rahimahullah dengan katanya,
Sesungguhnya aku benar-benar membenci nyanyian (al-ghina) dan
menyukai rojaz (sejenis syair). (Diriwayatkan oleh Abdurrazzaq, al-

15
Mushannaf, 11/6, no. 19743. 11/266, no. 20506. Syarhus Sunnah al-
Baghowi, 6/253. Dinilai sahih oleh al-Albani, Tahrim Alat ath-Tharb, m/s.
101)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata,


Sekiranya perkara ini telah difahami, maka ketahuilah bahawa tidak
ditemui pada tiga kurun yang utama (generasi Sahabat bersama Nabi
Shallallahu alaihi wa Sallam dan generasi Tabiin) sama ada di Hijjaz,
Syam, Yaman, Mesir, Morocco (al-Maghribi), Iraq dan Khurasan dari
kalangan ahli agama, orang-orang soleh, zuhud, dan ibadah yang
mereka berkumpul mendengar nyanyian yang disertai dengan tepukan
tangan dan siulan seperti ini (merujuk kepada kaum sufi).
Sesungguhnya perkara ini hanya baru berlaku pada akhir abad kedua.
Di ketika para imam (ulama) melihatnya, mereka lantas segera
mengingkarinya (membantah). (Ibnu Taimiyah, Majmu al-Fatawa,
11/569)

Berkenaan al-ghina dan hukumnya, insyaAllah akan diperincikan lagi


pada perbahasan seterusnya.

Secara umumnya, syair adalah mubah (dibolehkan) selagi mana di


dalamnya tidak mengandungi sesuatu yang terlarang dan tidak
berlebih-lebihan padanya.

Hadis Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam daripada Ubai B. Kaab,


Sesungguhnya di antara syair itu ada yang memiliki hikmah
(pelajaran). (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 19/116, no.
5679)

Namun terdapat hadis yang menjelaskan larangan sekiranya asyik dan


disibukkan dengan bersyair.

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda,

16
Lebih baik salah seorang daripada kamu memenuhi perutnya dengan
nanah daripada ia memenuhinya dengan syair. (Hadis Riwayat al-
Bukhari, 19/127, no. 5688)

Juga sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam,


Lebih baik salah seorang daripada kamu memenuhi perutnya dengan
nanah sehingga rosak perutnya daripada ia penuhi dengan syair.
(Hadis Riwayat al-Bukhari, 19/128, no. 5689. Muslim, 11/341, no. 4191)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) berkata,


Penyebab munculnya celaan yang cukup keras tersebut adalah
disebabkan orang yang diajak berbicara merupakan orang-orang yang
menyibukkan diri dan menghabiskan waktunya hanya untuk bersyair,
sehingga Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam mencela mereka
supaya mereka kembali kepada al-Quran, berzikir, dan beribadah
kepada Allah. Sesiapa yang telah melaksanakan apa yang
diperintahkan kepadanya, maka tidak mengapa sekiranya baki
waktunya yang tinggal (sisa waktu yang tinggal) digunakan untuk
perkara lain. Wallahu alam.
(Fathul Bari, 10/550)

Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata ketika


menjelaskan berkenaan hadis yang menyebutkan persoalan Syairnya
Umayyah,

Maksud hadis ini menunjukkan bahawa Nabi S.A.W menganggap baik


syair Umayyah dan meminta tambahan syair terhadap apa yang ada di
dalamnya dari pengakuannya terhadap ke-Esaan (Allah) dan hari akhir.
Dan di dalamnya terdapat maklumat yang menunjukkan bolehnya
melantunkan syair yang tidak mengandungi kekejian, sekaligus
mendengarnya. Sama sahaja, adakah syair tersebut merupakan syair
Jahiliyyah atau selainnya. Dan yang perlu dijauhi berkaitan persoalan
syair yang tidak mengandungi kekejian ini adalah yang tidak
berlebihan padanya. Dan itulah yang biasanya terjadi kepada diri
manusia. Adapun sedikit syair dengan cara melantunkan,
mendengarnya, atau menghafal nya maka tidak mengapa. (an-
Nawawi, Syarah Shohih Muslim, 12/15).

17
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Dari keterangan hadis dan penjelasannya tersebut dapat kita lihat


bahawa asal hukum bagi syair itu adalah harus (mubah). Dibolehkan
bersyair atau mendengarnya bagi mengisi masa yang tersisa atau
terluang. Namun tidak boleh berlebih-lebihan dengannya sehingga
menghabiskan waktu dan tenaga semata-mata dengan bersyair.

Di Antara Syair-syair Yang Dibolehkan (berdasarkan apa yang


disebutkan oleh hadis-hadis):

1 Syair para jamaah haji. Mereka biasa melantunkan syair-syair


yang mengisahkan tentang Kaabah, Maqam Ibrahim, kelebihan air
zam-zam, dan seumpamanya.

2 Syair para pejuang yang dapat membakar semangat untuk


berperang.

3 Syair yang membangkitkan semangat bekerja, sebagaimana syair


yang dilantunkan oleh kaum Muhajirin dan Anshar ketika mereka
menggali parit pada peperangan Khandaq.

4 Syair yang dilantunkan oleh penunggang unta supaya unta mereka


bersemangat untuk melakukan perjalanan sebagaimana yang
dilakukan oleh Amir B. Al-Akwa.

5 Syair yang mengandungi hikmah (kebaikan), doa, dan


selainnya. Dan bukan syair yang berisi kemungkaran atau maksiat.

Lalu, sekiranya bersyair sahaja tidak boleh berlebih-lebihan dengan


menghabiskan waktu, usaha, dan tenaga terhadapnya, bagaimana
pula dengan menyanyi dan bermain atau mendengar muzik? Kalau kita
lihat apa yang berlaku pada hari ini, nyanyian dan muzik sudah
menjadi satu medan industri dan sumber pendapatan bagi sebahagian
besar masyarakat dunia. Malah, ia telah sebati dengan jiwa sebahagian
besar masyarakat Islam sendiri di mana mereka saling berkerjasama
dan bersungguh-sungguh dalam mengangkat nyanyian dan muzik
setinggi-

18
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

tingginya. Jadi, inilah yang akan kita lihat dari perspekstif agama dan
tokoh-tokohnya terutamanya dari generasi salaf (awal).

Memahami Definisi al-Maazif

Perkataan al-Maazif banyak digunakan dalam menunjukkan hukum


muzik berdasarkan hadis-hadis tertentu. Oleh itu, memahami terlebih
dahulu definisi al-Maazif adalah suatu yang penting dan perlu diambil
perhatian.

?)
Apa makna al-Maaazif (

) merupakan jamak dari al-Mizaf (


Al-Maaazif (
) . Dalam
Qamus Al-Muhith halaman 753, dinyatakan:

( ) Ia adalah al-malahi (alat-alat muzik dan


permainan-permainan), seperti al-ud dan ath-thanbur (gitar atau
rebab). Dalam an-Nihayah, al-maazif diertikan sebagai: (
[ = ) ] Ia adalah seperti duff-duff (rebana/kompang)
atau selainnya yang biasa dipukul. Imam adz-Dzahabi dalam Siyar
Alaam an-Nubalaa mengatakan,

Al-Maazif adalah setiap nama dari alat muzik yang dimainkan -


seperti seruling, thanbur, simbal, dan terompet. (Rujuk: adz-Dzahabi,
Siyar Alam an-Nubala, 21/158). Definisi yang sama juga tertera dalam
kitab beliau yang lain, Tadzkiratul-Huffadh, 2/1337.

Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) dalam Ighatsatul Lahfan


memberikan kata-kata yang sangat umum dan global untuk definisi al-
Maazif,
Ia adalah seluruh peralatan yang digunakan untuk bermain muzik.
Dan ini tidak diperselisihkan lagi oleh para ahli bahasa (Arab).
(Ighatsatul Lahfan, m/s. 260)

19
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani (Wafat: 852H) rahimahullah pula
menyebutkan,
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Al-Maazif adalah bentuk jama dari kata mizafah iaitu alat muzik.
(Fathul Bari, 11/259)

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) dalam


Majmu al-Fatawa-nya beliau berkata,
Al-Maazif adalah alat yang digunakan untuk bermain muzik
sebagaimana yang dinyatakan oleh ahli bahasa. (Majmu al-Fatawa,
10/576)

Daripada google Translator dan beberapa kamus umum lainnya, dari


Arab ke English, ia juga mengutarakan maksud alat-alat muzik
(musical instruments).

Dari penjelasan ini, dapat kita ketahui bahawa perkataan al-Maazif


adalah merujuk kepada alat-alat muzik atau apa sahaja alatan yang
digunakan untuk bermain atau menghasilkan paduan bunyi bernama
muzik. Perlu difahami bahawa muzik adalah termasuk kategori bunyi,
namun tidak setiap bunyi adalah merupakan muzik.

Sebenarnya muzik adalah suatu alunan bunyi yang dihasilkan oleh


manusia melalui gabungan atau paduan bunyi tertentu berpandukan
note-note atau irama-irama muzik tertentu yang dicipta/ disusun
khas
dengan menggunakan alat-alat tertentu (al-Maazif). Maka, bunyi air
terjun, kicauan unggas, bunyi lori, dan bunyi kipas yang berpusing
adalah di antara contoh yang tidak termasuk dalam kategori muzik.

Memahami Dalil-dalil Larangan dan Tegahan Terhadap


Nyanyian dan Muzik Daripada al-Quran Sebagaimana
Penjelasan Ulama Tafsir Terkemuka

Sebagaimana yang telah penulis bentangkan pada awal perbahasan di


bawah tajuk Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama, dapat
kita fahami bahawa penafsiran para sahabat memiliki nilai dan

20
peranan yang amat penting sekali dalam memahami al-Quran, as-
Sunnah, sekaligus agama ini. Berkenaan tafsir daripada kalangan
sahabat, para ulama sepakat menerima tafsiran mereka dan
medahulukannya
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

berbanding tafsiran-tafsiran manusia selainnya setelah mereka. Ini


adalah kerana kefahaman dan penafsiran para sahabat itu berdasarkan
kepada keadaan dan situasi mereka yang sangat dekat (bahkan secara
langsung) dengan Rasulullah dan waktu turunnya wahyu.

Mereka lebih mengerti dan memahami tentang maksud al-Quran.


Kepada merekalah al-Quran diturunkan dan merekalah orang-orang
yang pertama menerima Kalamullah tersebut. Mereka telah
menyaksikan sebab dan tujuan ayat-ayat al-Quran diturunkan. Mereka
menyaksikan bagaimana pendidikan dan pemahaman yang diterapkan
oleh Rasulullah S.A.W secara langsung. Mereka adalah orang-orang
terpilih yang menjadi para sahabat Rasulullah yang bertanggungjawab
menyebarkan dan menyampaikan agama ini kepada selainnya serta
orang-orang selepas mereka.

Perlu kita fahami bahawa apabila pendapat atau perkataan seseorang


sahabat tidak menyelisihi sahabat yang lain (dalam satu-satu
permasalahan), maka terdapat dua kemungkinan, iaitu Apabila
pendapat atau perkataan para sahabat tersebut masyhur di kalangan
sahabat, maka menurut majoriti ulama fiqh, pendapat tersebut
merupakan ijma dan menjadi hujjah. Manakala sebahagian lagi
menyatakannya sebagai hujjah namun bukan ijma.
Sekiranya
pendapat sahabat tersebut dari pendapat yang tidak masyhur, maka
menurut majoriti ulama, pendapat tersebut adalah hujjah (bukan
ijma).

Kemudian al-Hafiz Ibnu Rejab al-Hanbali menyebutkan, Adapun


perkara yang telah sepakat ditinggalkan oleh para salaf, maka tidaklah
wajar untuk kita mengamalkannya. Kerana mereka meninggalkannya
sudah tentu atas dasar ilmu bahwa perkara tersebut tidak boleh
diamalkan.

21
Perkara tersebut (kehujjahan dan pengiktirafan ke atas para sahabat)
antaranya turut disebutkan oleh Allah S.W.T melalui firman-Nya:
Orang-orang yang terdahulu lagi yang paling awal masuk Islam
(generasi sahabat) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-
orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada
mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah
menyediakan bagi mereka
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-


lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.
(Surah at-Taubah, 9: 100)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah menegaskan dalam mukaddimah


tafsirnya akan keutamaan mengambil tafsir para sahabat dengan
katanya,
Hendaklah kamu mencari tafsir (kefahaman) terhadap suatu ayat al-
Quran dengan melihat kepada ayat al-Quran yang lainnya. Sekiranya
tidak menemui, maka hendaklah menafsirkannya dengan as-Sunnah.
Apabila kita tidak menemui tafsirnya dalam al-Quran atau as-Sunnah,
maka hendaklah kita merujuk kepada ucapan para sahabat, kerana
mereka lebih mengetahui berkenaan hal tersebut. Mereka
menyaksikan secara langsung petunjuk-petunjuk dan situasi-siatuasi
keadaannya secara khusus. Mereka memiliki kefahaman yang
sempurna, ilmu yang sahih, dan amal yang soleh, lebih-lebih lagi di
kalangan mereka ada ramai ulama seperti tokoh-tokoh mereka dari
kalangan empat orang Khulafaur Rasyidin dan para imam yang
mendapat petunjuk, di antaranya adalah Abdullah B. Masoud
radhiyallahu anhum.

Imam Abu Jafar B. Jarir ath-Thabari meriwayatkan daripada Abdullah,


iaitu Abdullah B. Masoud, beliau berkata, Demi Allah yang tiada
tuhan
yang berhak diibadahi dengan benar melainkan Dia. Tidaklah turun
satu ayat pun dari Kitabullah, melainkan aku mengetahui berkaitan
dengan apa ayat tersebut diturunkan dan di mana ayat tersebut
diturunkan. Sekiranya ada seseorang yang lebih mengetahui tentang

22
Kitabullah dariku yang berada di tempat yang mampu dijangkau
kenderaan, nescaya aku akan mendatanginya.

Dan di antara mereka adalah al-Habrul Bahr (samudera ilmu),


Abdullah B. Abbas, anak kepada pak cik Rasulullah S.A.W dan
turjumanul Quran (pakar tafsir al-Quran) dengan berkah doa
Rasulullah S.A.W, Ya Allah, berilah kepada beliau (Ibnu Abbas)
kefaqihan dalam agama dan ajarkanlah kepadanya tawil (ilmu tafsir).

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Ibnu Jarir meriwayatkan daripada Abdullah B. Masoud, Sebaik-baik


turjumanul Quran adalah Ibnu Abbas. Sanad hadis ini sahih.

Ibnu Masoud wafat pada tahun 32 Hijrah berdasarkan riwayat yang


sahih. Dan Abdullah B. Abbas dipanjangkan umurnya sehingga 36
tahun setelahnya. Lalu bagaimana pula dengan ilmu yang
diperolehinya setelah pemergian Abdullah B. Masoud?

Al-Amasy meriwayatkan daripada Abu Wail, beliau berkata, Ali


menunjuk (mengisyaratkan) Ibnu Abbas sebagai amir (pemimpin) bagi
satu musim haji. Maka beliau berkhutbah di hadapan orang ramai yang
kemudiannya beliau membaca surah al-Baqarah (dalam riwayat yang
lain, surah an-Nuur) lalu menjelaskan tafsirannya dengan sebuah
penafsiran yang sekiranya penduduk Romawi, Turki, dan Dailam
mendengarnya, nescaya mereka akan masuk Islam.

Oleh sebab itulah Ismaiil B. Abdirrahman as-Suddi al-Kabir dalam


tafsirnya banyak meriwayatkan daripada dua sahabat ini, iaitu Ibnu
Masoud dan Ibnu Abbas. (Rujuk: Tafsir Ibnu Katsir, 1/7-8)

Dalil-dalil al-Quran Yang Menunjukkan Larangan Nyanyian dan


Muzik

Daripada firman Allah S.W.T; Dan di antara manusia (ada) orang yang
menggunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan
(manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan

23
Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan menerima azab yang
menghinakan. (Surah Luqman, 31: 6)

Berikut adalah kefahaman para ulama generasi salaf (generasi awal


umat Islam) dari kalangan para sahabat Rasulullah S.A.W dan para
mufassir (ahli tafsir) yang mengikuti mereka berkenaan ayat tersebut
(serta beberapa ayat yang lainnya). Mereka berkata sebagaimana
berikut:

1 Ulama Tafsir Dari Kalangan Sahabat, Abdullah B. Masoud


radhiyallahu anhu.
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Ia disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Katsir di dalam Tafsirnya,

Abdullah B. Masud radhiyallaahu anhu berkata di ketika beliau


ditanya tentang ayat,
Dan di antara manusia (ada) orang yang menggunakan perkataan
yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah.

Maka beliau menjawab, (Ia merujuk kepada) al-ghinaa (nyanyian).


Demi Allah yang tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia.
Beliau mengulanginya sebanyak tiga kali. (Rujuk: Tafsir Ibnu Katsir,
6/330. Atsar tersebut disahihkan oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh
adz-Dzahabi. Disahihkan juga oleh Ibnul Qayyim)

2 Abdullah B. Abbas radhiyallahu anhu.

Kata Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma,


Dan di antara manusia (ada) orang yang menggunakan perkataan
yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah.

Beliau berkata, Ia adalah al-ghinaa (nyanyian) dan yang menyerupai


nya. (Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul-Mufrad, Bab: al-Ghina wa
al-Lahwu, no. 786 dan 1265. Ibnul Jauzi, Talbis Iblis, m/s. 206.
Dinyatakan Sahih oleh Syaikh al-Albani)

Beliau (Ibnu Abbas) juga menyebutkan bahawa,

24
Ayat ini diturunkan berkaitan al-ghinaa (nyanyian) dan yang
seumpamanya. (Atsar Riwayat al-Bukhari, al-Adab al-Mufrad, Bab: al-
Ghinaa, 1/432, no. 1265. al-Baihaqi, Sunan al-Baihaqi al-Kubra, 10/221.
Dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani, Tahrim Alat ath-Tharb, m/s. 142 dan
Shahih al-Adab al-Mufrad)

Di samping itu, nyanyian (al-ghinaa) adalah termasuk perbuatan


melengah-lengahkan peringatan agama, amal kebaikan dan merupa-
kan suatu yang sia-sia. Ini dapat difahami daripada perkataan Ibnu
Abbas ketika menafsirkan ayat berikut,

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

(Berkaitan peringatan yang dibawa oleh Muhammad) Dan kamu


mentertawakannya dan tidak menangis, sedang kamu pula melengah-
lengahkannya (menangguh-nangguh). (Surah an-Najm, 53: 60-61)

Beliau (Ibnu Abbas) berkata tentang ayat,


(Melengah-lengahkannya)
Maksudnya adalah al-ghinaa (nyanyian). (Rujuk Tafsir ath-Thobari,
22/559)

3 Ulama Tafsir Tabiin, Ikrimah.

Syuaib B. Yasar menceritakan, Aku pernah bertanya kepada Ikrimah


berkenaan ayat,
Dan di antara manusia (ada) orang yang menggunakan perkataan
yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah.

Maka beliau menjawab, Maksudnya adalah al-ghinaa (nyanyian).


(Diriwayatkan oleh al-Bukhari, at-Tarikh al-Kabir, 2/2, no. 217. Ibnul
Jauzi, Talbis Iblis, m/s. 206. Atsar ini memiliki penguat dan ia
dinyatakan sahih
oleh al-Albani, Tahrim alat ath-Tharb, m/s. 143. Juga turut disebutkan
oleh Imam Mujahid (anak murid kepada Ibnu Abbas))

25
Demikianlah juga sebagaimana yang dikatakan oleh al-Hasan, Said B.
Jubair, Qotadah, dan Ibrahim an-Nakhai. (Rujuk: Ibnul Jauzi, Talbis Iblis,
m/s. 206)

4 Selain perkataan di atas, Imam Mujahid rahimahullah, salah


seorang ulama tafsir generasi Tabi'in yang merupakan anak murid
kepada Ibnu 'Abbas radhiyallahu anhu, beliau turut menyatakan
bahawa,

Memberikan bayaran (gaji) kepada para penyanyi lelaki dan wanita


dengan bayaran yang tinggi, mendengarnya atau yang seumpamanya,
ia adalah termasuk perkara-perkara yang bathil. (Rujuk: Tafsir
Mujahid, 2/503. Sunan al-Baihaqi al-Kubra, 10/225, no. 20809)

Ketika menafsirkan firman Allah (Surah al-Furqan, 25: 72),


Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Dan orang-orang yang tidak memberikan sumpah (saksi) palsu...,

Imam Mujahid berkata,


(Iaitu) orang-orang yang tidak mendengar nyanyian. (Rujuk: Tafsir
ath-Thobari, 19/313)

Menunjukkan bahawa beliau tidak menerima sumpah (persaksian)


individu yang mendengar al-ghinaa (nyanyian).

Daripada firman Allah Subhanahu wa Taala yang menjelaskan tentang


Iblis,
(Dikatakan kepada Iblis): Dan tariklah (hasutlah) sesiapa sahaja yang
kamu mampu daripada mereka (manusia) dengan suaramu.
(Surah al-Isra, 17: 64)

Imam Mujahid berkata (sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Katsir


dalam Tafsirnya),
( : dengan suaramu) Ia adalah al-ghinaa (nyanyian). Berkata
Mujahid, Dengan permainan dan al-ghinaa (nyanyian), iaitu
meremeh-remehkannya dengan perkara tersebut. (Rujuk: Tafsir Ibnu
Katsir, 5/93. Lihat juga Tafsir al-Qurthubi)

26
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H)
menyebutkan,
Dan sebenarnya sebahagian ulama salaf (generasi awal) telah
menafsirkan (bi-shautika) dengan nyanyian (al-ghinaa). Ini turut
mencakupi seluruh perkara selainnya dari jenis-jenis suara yang
menghalang pelakunya kepada jalan Allah. (Majmu al-Fatawa,
11/642)

Di sini menunjukkan bahawa nyanyian (al-ghinaa) adalah di antara


kaedah (senjata) yang digunakan oleh Iblis untuk menyesatkan
manusia.

5 Imam al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H) menegaskan


melalui Tafsirnya.
Inilah tafsiran yang paling tepat tentang ayat tersebut sehinggakan
Ibnu Masoud bersumpah dengan nama Allah sebanyak tiga kali
bahawa yang dimaksudkan adalah al-ghinaa (nyanyian)...
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Dan begitu jugalah sebagaimana yang disebutkan oleh Ikrimah,


Maimun B. Mehran, dan Makhul. (Tafsir al-Qurthubi, 14/52)

6 Imam Muhammad B. Ali asy-Syaukani rahimahullah (Wafat:


1255H).

Beliau menjelaskan maksud lahwal hadits (perkataan yang tidak


berguna) dari ayat 6 surah Luqman tersebut dengan katanya,

Dan lahwal hadits maksudnya adalah, Segala sesuatu yang


melalaikan seseorang dari perkara kebaikan, ini adalah seperti
nyanyian (al-ghinaa), permainan, perkataan-perkataan (kisah-kisah
dogeng atau hikayat) yang dusta, dan setiap perkara yang mungkar.

Beliau kemudiannya menyebutkan perkataan Imam al-Qurthubi


(rahimahullah), Sesungguhnya penafsiran yang didahulukan atau
diutamakan (yang tepat) adalah apa yang telah dinyatakan dalam bab

27
ini bahawa tafsir dari lahwal hadits adalah nyanyian (al-ghinaa). Ini
merupakan perkataan (tafsir) daripada para sahabat dan tabiin. (asy-
Syaukani, Fathul Qadir al-Jami Baina fani ar-Riwayah wa ad-Dirayah
min Ulum at-Tafsir, 5/483)

7 Imam al-Alusi, iaitu Syihabuddin Mahmud B. Abdillah al-Husaini


al-Alusi rahimahullah (Wafat: 1270H).

Ketika beliau menafsirkan Surah Luqman, ayat ke-6, beliau berkata,


Celaan terhadap nyanyian adalah dengan suara yang tegas. Atsar-
atsar dalam perkara ini sangat banyak dan ulasan para ulama telah
menunjukkan persetujuan bahawa nyanyian adalah tercela dan ia
adalah haram secara umum, tidak dikhususkan di antara satu keadaan
dengan keadaan lainnya. (al-Alusi, Ruhul Maani fii Tafsir al-Quran
al-Adzim, 15/406)

8 al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) berkata ketika


menafsirkan firman Allah dalam Surah Luqman,

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

(Firman Allah) Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan (iaitu)


kitab yang sama keindahannya lagi diulang-ulang, dengan sebab itulah
bergetarnya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhan-nya, lalu
menjadi lembutlah kulit dan hati mereka untuk mengingati Allah.
(Surah az-Zumar, 39: 23)

Dan Allah Taala menghubungkannya dengan menyebutkan keadaan


orang-orang yang celaka (tidak beruntung), iaitu orang-orang yang
tidak mampu (tidak berusaha) mengambil manfaat dengan mendengar
al-Quran. Sebaliknya, mereka lebih suka (lebih terkesan) untuk
berhibur dengan seruling, nyanyian, dan alat-alat muzik.

Kemudian Allah Taala berfirman, Dan apabila dibacakan ayat-ayat


Kami, dia berpaling dan menyombongkan diri seolah-olah dia tidak
mendengarnya seakan-akan ada penyumbat di telinga mereka.
(Surah Luqman, 31: 7)

28
Maksudnya: Seterusnya mereka ini mengikuti (leka) dengan hiburan
dengan permainan, nyanyian, dan muzik yang jika dibacakan ayat-ayat
al-Quran, mereka berpaling seakan-akan mereka pekak, tidak
mendengarnya kerana mereka merasa janggal (tidak senang)
sekiranya mendengar ayat-ayat al-Quran tersebut dibacakan. (Firman
Allah), Maka, berilah khabar gembira dengan azab yang pedih.
(Surah Luqman, 31: 7)

Maksudnya, mereka akan diazab (disiksa) pada hari kiamat dengan


sesuatu yang menyakitkan sebagaimana ia merasa sakit jika membaca
Kitabullah dan ayat-ayat-Nya. (Tafsir Ibnu Katsir, 6/330)

Kesimpulannya:

Nyanyian (al-ghinaa) adalah termasuk perkara yang sekurang-


kurangnya sangat dibenci, tidak berguna dan melalaikan. Di mana para
ulama tafsir telah menyebutkan bahawa di antara maksud - -
Lahwal Hadits (perkataan yang tidak berguna lagi melalaikan) adalah
merujuk kepada nyanyian (al-ghinaa).
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Sebagaimana dinukilkan oleh Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat:


751H) bahawa,
Banyak disebutkan dalam kitab-kitab tafsir bahawasanya makna
lahwal hadits di sini adalah merujuk kepada nyanyian (al-ghina),
kerana ianya melalaikan daripada mengingati Allah. (Ighatsatul
Lahfan min Mashoidusy Syaithan, m/s. 239)

Di antara maksud-maksud lain yang termasuk dalam kategori Lahwal


Hadits (perkataan yang tidak berguna lagi melalaikan) adalah, memilih
sesuatu yang mudharat berbanding yang bermanfaat, ucapan yang
bathil, segala sesuatu yang menyimpang dari ayat-ayat Allah, dan
membeli hamba untuk dijadikan sebagai penyanyi. (Rujuk Tafsir Ibnu
Katsir)

Beliau juga menyatakan berkenaan al-maazif (sebagaimana akan


dibincangkan di bahagian seterusnya, InsyaAllah),

29
Bahawasanya al-maazif itu adalah setiap peralatan yang digunakan
untuk bermain muzik. Dan ini tidak diperselisihkan lagi oleh para ahli
bahasa (Arab). Kalaulah perkara tersebut halal, sudah tentu mereka
tidak akan dicela kerana menghalalkannya. Dan sudah tentu
penghalalannya tidak akan digandingkan dengan ancaman
penghalalan khamar (arak) dan perzinaan. (Ighatsatul Lahfan, m/s.
260)

Dalil-dalil Daripada Hadis:

1 Daripada hadis Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam Riwayat


Imam al-Bukhari dalam kitab Sahihnya.
Telah berkata Hisyam bin Ammar: Telah menceritakan kepada kami
Shodaqah bin Khalid: Telah menceritakan kepada kami Abdurrahman
bin Yazid bin Jaabir: Telah menceritakan kepada kami Athiyyah bin Qais
al-Kilaabi: Telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Ghunm
al-Asyary beliau berkata: Telah menceritakan kepadaku Abu Aamir
atau Abu Malik al-Asyary (demi Allah beliau tidak membohongiku)
bahawa beliau telah mendengar Nabi S.A.W bersabda,

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Akan ada dari kalangan umatku suatu kaum (kelompok) yang


menghalalkan zina, sutera, khamr (arak), alat-alat muzik (al-maaazif).
Dan benar-benar akan ada beberapa kaum mendatangi tempat yang
terletak berhampiran gunung tinggi lalu mereka didatangi orang yang
berjalan kaki untuk suatu keperluan. Lalu mereka berkata, Kembalilah
esok. Pada malam harinya, Allah menimpakan gunung tersebut
kepada mereka dan sebahagian yang lain dikutuk menjadi monyet dan
babi sehingga hari kiamat. (Hadis Riwayat al-Bukhari (secara
muallaq), 17/298 no. 5161. Diriwayatkan juga oleh Ibnu Hibban,
15/154, no. 6754. ath-Thabrani, Mujam al-Kabir, 3/282, no. 3417 dan
dalam Musnad Syamiyyin, 1/334, no. 588. al-Baihaqi, 3/272, no. 5895.
10/221, no. 20777. al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, Taghliqut-Taliq,
5/18, no. 5590. Di samping itu, hadis ini memiliki banyak penguat atau
pendukung)

30
Hadis ini telah disepakati kesahihannya oleh para ulama hadis. Sama
ada ulama hadis terdahulu atau masa kini. Di antaranya adalah al-
Bukhari, Ibnu Hibban, al-Hakim, al-Ismaili, ath-Thohawi, Ibnu
Sholah, al-Hafiz as-
Sakhawi, an-Nawawi, Ibnu Hajar al-Asqalani, al-Hafiz Ibnu Rejab al-
Hanbali, Ibnu Taimiyyah, Ibnul Qayyim, ash-Shanani, asy-Syaukani,
Syaikh al-Albani, Syaikh Abdul Aziz B. Bazz, Syaikh Syuaib al-Arnauth,
Syaikh Abdurrahman al-Faqih, dan ramai lagi selainnya.[1]

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata,


Berdasarkan Imam ke-empat-empat mazhab bahawasanya
keseluruhan alat muzik adalah haram sebagaimana telah tsabit
(ditetapkan) di dalam kitab Shohih al-Bukhari dan selainnya (kemudian
beliau menyebutkan hadis di atas). (Majmu al-Fatawa, 11/576)

Beberapa perkara yang dapat difahami melalui hadis tersebut:

[Pertama] Kemungkinan yang dimaksudkan oleh hadis tersebut


dengan perkataan menghalalkan perkara-perkara tersebut (al-
maazif dan selainnya) adalah disebabkan takwilan atau tafsiran yang
keliru.

[Kedua] Sekiranya mereka yang menghalalkan perkara-perkara


tersebut (zina, sutera, khamr (arak), dan alat-alat muzik (al -
maaazif)) sebagai-
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

mana yang disebutkan oleh hadis dengan cara meyakini bahawa


Rasulullah S.A.W telah mengharamkannya, jelas mereka menjadi kafir
dengan sebab tersebut kerana menghalalkan apa yang telah jelas
diharamkan.

[Ketiga] Sekiranya mereka mengakui bahawa perbuatan tersebut


haram tanpa menghalalkannya tetapi mereka tetap melakukannya
juga, maka mereka berdosa. Sebagaimana juga mereka yang cuba
menghalalkan nya dengan mengubah-suai keadaan dan namanya
sebagaimana yang banyak berlaku pada hari ini di mana mereka
menghalalkan minuman keras (arak) dengan tidak lagi

31
menyebutkannya sebagai arak. Mereka menghalalkan muzik dengan
menganggap bahawa muzik itu sama sahaja dengan bunyi air terjun
dan kicauan unggas. Bahawasanya hal seperti ini hanya dilakukan oleh
sama ada orang yang keliru atau dari golongan perosak yang rosak
akalnya. Ini adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Syaikhul Islam
Ibnu Taimiyyah rahimahullah.

2 Pendalilan daripada hadis Aisyah radhiyallahu anha yang


menunjuk kan ada dua hamba kanak-kanak perempuan yang
menyanyi dan menabuh duff (rebana atau kompang) di ketika hari raya
(Ied).

Aisyah berkata,
Rasulullah S.A.W memasuki rumahku ketika aku sedang bersama-
sama dua orang hamba kanak-kanak perempuan yang sedang
mendendang kan nyanyian Buats (Buats: salah satu nama
peperangan di zaman jahiliyyah). Lalu beliau berbaring dan
mengarahkan wajahnya ke arah lain. Kemudian Abu Bakar masuk dan
memukulku lalu berkata, Ada seruling syaitan berhampiran Nabi
S.A.W. Lalu Rasulullah S.A.W menghadapkan wajahnya kepada Abu
Bakar dan bersabda, Biarkan saja mereka berdua. Ketika Abu Bakar
terleka, aku pun mencubit kedua-dua hamba kanak-kanak perempuan
tersebut dan mereka pun beredar keluar (pergi). (Hadis Riwayat al-
Bukhari, 4/6, no. 897)

Pada riwayat yang lain berkaitan hadis ini disebutkan (daripada Aisyah
radhiyallahu anha),

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Abu Bakar masuk ke dalam rumahku dan ketika itu aku sedang
bersama-sama dua hamba wanita dari kalangan anshar, mereka
berdua sedang mengalunkan (menyanyikan) syair yang kebiasaannya
diucapkan oleh kaum Anshar ketika perang Buats. Aisyah
menyatakan, Dan mereka berdua bukan dari kalangan penyanyi.
Pada ketika itu apabila Abu Bakar melihatnya, beliau pun berkata,
Wajarkah seruling syaitan dibunyikan di rumah Rasulullah S.A.W?
Dan pada hari itu adalah hari Ied (raya). Maka Rasulullah S.A.W pun

32
berkata, Wahai Abu Bakr, sesungguhnya setiap kaum memiliki hari
raya, dan ini adalah hari raya kita. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 4/9, no.
899. Muslim, 4/414, no. 1479)

Juga dalam redaksi yang lain,


Bahawasanya Abu Bakar ra masuk menemuinya (Aisyah) di mana di
sisinya ada dua orang hamba perempuan yang sedang memukul duff
(kompang) pada hari Mina. Adapun Nabi S.A.W pada ketika itu sedang
dalam keadaan menutup wajah dengan bajunya. Ketika melihat
keadaan tersebut, maka Abu Bakar pun mengherdik kedua-dua hamba
kanak-kanak perempuan tadi. Nabi S.A.W kemudian membuka
bajunya
yang menutup wajahnya lalu berkata, Biarkan mereka wahai Abu
Bakar, sesungguhnya hari ini adalah hari raya Mina. Pada ketika itu
adalah hari-hari Mina. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 4/66, no. 934)

Hadis ini menunjukkan sebuah pengkhususan bahawa dibenarkan


mendengar nyanyian yang dinyanyikan oleh hamba perempuan kanak-
kanak pada hari raya (Eid). Berikut penjelasannya daripada para
ulama.

Abu Thayyib Ath-Thobari menyatakan,


Hadis tersebut (iaitu hadits Aisyah di atas) merupakan hujjah bagi
kami. Ini adalah kerana disebabkan Abu Bakar menamakannya sebagai
seruling syaitan, dan perkataan ini tidak diingkari oleh Nabi S.A.W. Dan
beliau hanya melarang Abu Bakar supaya tidak bersikap keras
(berlebihan) dalam mengingkarinya atas sifat lemah-lembut Nabi
terhadap mereka, terutama pada hari Ied. Apatah lagi Aisyah
radhiyallahu anha masih kecil (kanak-kanak) pada ketika itu. Dan
tidaklah dinukil sebarang kisah (berkaitan) daripadanya setelah ia
baligh dan dewasa melainkan celaannya terhadap nyanyian.
Sepupu beliau
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

yang bernama al-Qaasim bin Muhammad mencela nyanyian dan


melarang untuk mendengarnya. Dan al-Qasim telah mengambil ilmu
daripada Aisyah. (Rujuk: Ibnul Jauzi, Talbis Iblis, m/s. 212)

33
Penjelasan Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H),
Secara zahirnya, dapat dilihat bahawa kedua hamba perempuan
tersebut masih kecil dan Aisyah juga masih kecil. Rasulullah S.A.W
membolehkan gadis-gadis kecil menemaninya dan bermain bersama
nya, kemudian ia menyebutkan sanadnya daripada Ahmad bin Hanbal
bahawa ia ditanya tentang jenis nyanyian ini dan beliau berkata,
Nyanyian sambutan: Kami datang, kami datang! (Ibnul Jauzi, Talbis
Iblis, m/s. 201)

Kemudian beliau berkata lagi dalam kitab yang sama di lembaran yang
seterusnya,
Adapun hadis Aisyah radhiyallahu anha telah disebutkan penjelasan
tentangnya, iaitu yang dinyanyikan oleh kedua gadis kecil itu adalah
syair lalu disebut sebagai nyanyian, kerana terdapat unsur-unsur
nasyid
(alunan suara) dan irama di dalamnya. Hanya cuma nyanyian seperti
itu tidak mengeluarkan dari tabiat keseimbangannya. Lalu bagaimana
mungkin untuk disamakan di antara syair pada masa yang aman oleh
hati yang suci dengan suasana muzik yang begitu keras pada masa
sekarang dan dimainkan oleh jiwa yang dipenuhi hawa nafsu. Jelas ini
merupakan sebuah salah faham. Bukankah telah sahih dalam sebuah
hadis daripada Aisyah bahawa beliau berkata,

Kalaulah Rasulullah tahu apa yang dilakukan oleh kaum wanita, tentu
beliau akan melarang mereka pergi ke masjid.

Hendaklah seseorang mufti memperhatikan keadaan yang ada sama


seperti seorang tabib yang memperhatikan keadaan zaman, usia, dan
negeri kemudian barulah menyebutkan kadar ubatnya. Tentu tidak
sama di antara nyanyian yang dilantunkan oleh kaum Anshar pada hari
Buats dengan nyanyian para amrad (budak lelaki kecil yang belum
tumbuh janggut) yang molek dengan alat-alat muzik yang
menggerakkan jiwa serta puisi-puisi cinta dan percintaan,
penyebutan sifat pipi, rupa paras
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

dan lekuk tubuh. Adakah perkara seperti itu dapat meluruskan fitrah?
Sungguh sangat jauh perbezaannya. Bahkan jiwa semakin terangsang

34
untuk meraih kenikmatan. Tidak ada orang yang mendakwa selain itu
melainkan orang yang dusta atau telah keluar dari batas fitrah
kemanusian. (Ibnul Jauzi, Talbis Iblis, m/s. 211-212)

Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata dalam Kitab


Syarah Sahih Muslim (6/182),
al-Qadhi berkata, Nyanyian yang dilantunkan oleh kedua kanak-kanak
perempuan tersebut adalah syair-syair peperangan, menyemarakkan
rasa keberanian, kejayaan, dan kemenangan. Syair seperti ini tentu
tidak membawa hamba kanak-kanak perempuan tersebut kepada
kerosakan, dan tidak termasuk nyanyian yang diperselisihkan
hukumnya. Namun hanya sekadar melagukan syair dengan suara
keras. Oleh sebab itulah Aisyah menyatakan bahawa keduanya
bukanlah penyanyi. Iaitu keduanya tidak bernyanyi sebagaimana
kebiasaan para penyanyi, iaitu membangkitkan rasa rindu, hawa nafsu
dan menyebut-nyebut perkara keji dan sifat gadis - gadis cantik
yang mampu menggerakan jiwa dan
membangkitkan hawa nafsu serta rasa cinta. Sebagaimana dikatakan
nyanyian adalah saluran zina. Dan keduanya bukan pula termasuk
orang yang masyhur atau dikenali pandai menyanyi, iaitu pandai
memanipulasi kan suara dan membangkitkan ghairah orang yang diam
dan menyemarakkan sesuatu yang tersembunyi di dalam hati. Dan
bukan pula orang yang menjadikannya sebagai pekerjaan,
sebagaimana halnya orang-orang Arab menyebut nasyid (syair)
sebagai nyanyian.

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata,


Dalam hadis ini mengandungi penjelasan bahawasannya perkara
tersebut (mendengar nyanyian dan seruling) bukanlah kebiasaan Nabi
S.A.W dan para sahabatnya, iaitu berkumpul padanya (untuk
mendengarnya). Oleh sebab itu, Abu Bakar ash-Shiddiq menyebutkan
nya sebagai seruling syaitan. Dan dalam waktu yang sama, Nabi S.A.W
menyetujui apa yang dilakukan oleh hamba kanak-kanak perempuan
kecil tersebut dengan alasan bahawa hari tersebut adalah hari Ied
(hari raya). Kanak-kanak kecil diberikan keringanan untuk bernyanyi
dan bermain-main sebagaimana tercantum dalam hadis, Supaya
orang-

35
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

orang musyrik mengetahui bahawa dalam agama kita terdapat


keluasan. Sebagaimana juga Aisyah memiliki permainan yang ia
gunakan untuk bermain (anak patung pent.), dan kemudian diajak
kanak-kanak kecil perempuan untuk bermain bersamanya. (Ibnu
Taimiyyah, Majmu al-Fatawa, 11/566)

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) menjelaskan,


Rasulullah S.A.W tidak menafikan perkataan Abu Bakar bahawa
nyanyian adalah seruling syaitan, dan dalam masa yang sama beliau
membenarkan kedua kanak-kanak perempuan tersebut disebabkan
keduanya masih belum dibebankan dengan beban syariat. Mereka
menyanyikan lagu-lagu badwi yang dinyanyikan ketika perang Buats,
yang menggambarkan keberanian dan semangat berperang. Dan
kemudiannya hari tersebut adalah pada hari raya (Ied). (Ibnul
Qayyim, Ighasatul Lahfan, m/s. 257)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) berkata,


Dalam hadis tersebut terdapat alasan dan penjelasan yang bertolak
belakang dengan apa yang dijangkakan oleh ash-Shiddiq (Abu Bakar),
bahawasannya mereka berdua (iaitu dua hamba kanak-kanak kecil
yang bernyanyi) melakukannya tanpa pengetahuan Rasulullah S.A.W.
Ini disebabkan, ketika Abu Bakar masuk, ia melihat beliau (Nabi) dalam
keadaan berselimut pakaiannya yang ia sangka sedang tidur. Maka
Abu Bakar pun cuba melarangnya berdasarkan apa yang ia fahami
secara zahir daripada Nabi S.A.W (bahawa nyanyian dan muzik adalah
dilarang). Maka kemudian Nabi S.A.W menjelaskan perkara tersebut
kepadanya, dan memberitahu tentang hukum yang berhubung dengan
hikmah yang terkandung dalam hari Ied, iaitu kegembiraan yang
disyariatkan. Maka, tidaklah perkara tersebut diingkari sebagaimana
ianya juga tidak dilarang (ditegah) ketika majlis pernikahan. (Ibnu
Hajar, Fathul Bari, 2/442)

Syaikh al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H) menjelaskan,


Dari pelajaran Rasulullah S.A.W dan hadis-hadis beliau yang banyak
menetapkan haramnya nyanyian dan alat muzik (kemudian aku

36
menyebutkan beberapa rujukan terdahulu, lalu meneruskan).
Sekiranya
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

bukan kerana Abu Bakar telah mengetahui hukum tersebut, dan


sekiranya bukan disebabkan beliau telah memahami persoalan ini,
tidak mungkin beliau berani mendahului Nabi S.A.W dalam melakukan
tegahan yang tegas tersebut. Hanya disebabkan Abu Bakar belum
mengetahui bahawa perbuatan (nyanyian dengan duff) yang dilarang
itu sebenarnya dibolehkan pada hari Ied (hari raya). Maka, Nabi S.A.W
pun menerangkan kepadanya dengan perkataan beliau:

Biarkan mereka berdua wahai Abu Bakar. (Kerana) setiap kaum


memiliki Hari Raya, dan sekarang adalah hari raya kita.

Sehingga tegahan Abu Bakar yang bersifat umum (dengan


menyatakan nyanyian sebagai seruling syaitan) tersebut tetap
diterima, disebabkan Nabi S.A.W menyetujuinya, namun beliau
memberi pengecualian untuk hari Ied, kerana pada ketika itu
dibolehkan dengan syarat-syarat tertentu yang disebutkan dalam
hadis. (al-Albani, Tahrim alat ath-Tharb, m/s. 109).

Beliau (Syaikh al-Albani) turut menyebutkan bahawa terdapat hadis-


hadis yang tegas mengharamkan gambar-gambar berupa makhluk
bernyawa (termasuk patung). Tetapi larangan (keharaman) tersebut
dikecualikan bagi kanak-kanak perempuan kecil untuk bermain
dengannya.

Perkara ini juga turut disebutkan oleh tokoh yang mengharuskan muzik
dengan dalil hadis Aisyah bersama hamba kanak-kanak tersebut iaitu
Ibnu Hazm dengan katanya,
Bagi kanak-kanak perempuan kecil secara khusus, dibolehkan
bermain-main dengan anak patung, namun tidak dibenarkan untuk
selain mereka. (al-Muhalla, 10/75)

Maka, begitu jugalah dengan soal nyanyian ini. Secara umumnya ia


adalah haram, tetapi dikhususkan keharusannya untuk kanak-kanak
perempuan termasuk hamba wanita (bukan untuk mana-mana lelaki

37
atau orang dewasa lainnya), alat muzik yang dibenarkan adalah duff
(rebana) tidak lebih dari itu, khusus dimainkan pada hari raya dan
majlis

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

pernikahan (walimah), dan di dalam nyanyian tersebut tidak


mengandungi kata-kata yang terlarang atau maksiat.

Al-Hafiz Ibnu Hajar telah menegaskan lebih awal tentang dibenarkan


memukul duff ketika majlis pernikahan dan tidak dengan alat muzik
selainnya. Berikut katanya,
Dan tidaklah kelaziman dibolehkan memukul duff (rebana) ketika
majlis pernikahan (walimatul urus) dan yang seumpama menunjukkan
turut dibenarkan memukul selain duff dari pelbagai alat-alat muzik
lainnya seperti uud (alat muzik bertali seperti gitar) dan yang
seumpamanya. (Fathul Bari, 3/371)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah memberi komentar


berkenaan lelaki yang bermain muzik dengan katanya,
(Setelah difahami) Bahawasanya bernyanyi, bermain rebana, dan
bertepuk tangan adalah perbuatan yang dikhususkan untuk
perempuan (kanak-kanak dan hamba wanita), maka para salaf (ulama
generasi awal) telah menamakan para lelaki yang melakukan perkara
tersebut sebagai pondan, dan mereka menamakan penyanyi
lelaki dengan
pondan, dan ini adalah perkataan yang masyhur daripada mereka.
(Majmu al-Fatawa, 11/565-566)

Berkenaan dalil dibenarkan mendengar nyanyian kanak-kanak


perempuan (atau hamba perempuan) di ketika majlis walimah, di
antaranya adalah sebagaimana atsar berikut,
Daripada Amir bin Sad, beliau berkata, Aku masuk menemui
Quradhah bin Kab dan Abu Masud al-Anshary radhiyallahu anhuma
dalam satu majlis pernikahan yang di situ terdapat kanak-kanak
perempuan yang sedang menyanyi. Maka aku berkata, Kamu berdua
adalah sahabat Rasulullah S.A.W dan termasuk ahli Badar. Dan perkara
ini dilakukan di sisi kamu berdua?

38
Maka salah seorang dari mereka menjawab, Duduklah sekiranya
engkau mahu dan dengarlah bersama kami. Atau pergilah sekiranya
engkau mahu. Sebenarnya Rasulullah S.A.W telah memberikan
rukhshah (keringanan) kepada kami mendengar hiburan di ketika
majlis pernikah-
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

an. (Hadis Riwayat an-Nasaai, Sunan an-Nasaai, 11/50 no. 3330. Al-
Hakim, al-Mustadrak, 2/201, no. 2752. Ibnu Abi Syaibah, al-Mushannaf,
4/192, no. 16662. Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani berkata, Disahihkan
oleh al-Hakim dan ath-Thabrani. Rujuk: Fathul Bari, 9/226)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani turut menyebutkan bahawa,


Mengumumkan pernikahan dengan duff (rebana atau kompang) dan
nyanyian adalah dibenarkan. (Fathul Bari, 9/203)

Perkara yang sama turut disebutkan oleh Imam an-Nawawi


rahimahullah,
Perkataan Rasulullah S.A.W, Ini adalah hari raya kita menunjukkan
bahawa memukul kompang arab (duff), hukumnya adalah harus
(dibolehkan) pada hari yang disyariatkan untuk bergembira iaitu
ketika hari raya, di majlis pernikahan (walimah), dan ketika berlakunya
khitan. (Syarah Shahih Muslim, 6/184)

Hadis berkenaan nyanyian ketika khitan, akan disebutkan pada hadis


seterusnya, daripada Aisyah radhiyallahu anha.

Terdapat komentar dari kalangan mereka yang berusaha


mengharuskan muzik secara umum di mana mereka mempersoalkan
kenapa pada hari raya nyanyian dengan alat muzik duff (rebana atau
kompang) ini tidak disebut sebagai seruling syaitan, tetapi pada hari
selainnya disebut seruling syaitan pula?

Persoalan ini dapat dijawab apabila kita memahami dalil-dalil yang


berbentuk umum dan khusus. Dan sebahagiannya menunjukkan
kekhususan berbentuk taabbudi tanpa perlu mempersoalkan. Yang

39
mana ia ditetapkan oleh nash atau dalil-dalil yang sahih dan bukan
berdasarkan akal atau hawa nafsu.

Perkara ini dapat dilihat melalui beberapa dalil dalam persoalan yang
lainnya juga. Jika dalam persoalan yang lain tersebut dapat kita terima,
kenapa dalam persoalan ini kita tidak boleh menerimanya?

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Sebagai contohnya, dalil yang memerintahkan supaya menegah anak-


anak dari bermain di luar rumah ketika waktu senja kerana waktu
tersebut adalah waktu syaitan berkeliaran. Adakah di sini menunjukkan
syaitan tidak ada ketika waktu yang lain? Begitu juga berkaitan patung
atau gambar makhluk bernyawa. Kenapa ia dilarang diletakkan atau
digantungkan di dalam rumah sehingga malaikat rahmat enggan
memasuki rumah apabila padanya ada perkara tersebut, tetapi dalam
masa yang sama dibenarkan sekiranya anak patung dijadikan sebagai
permainan kanak-kanak wanita?

Juga dalil berkaitan tegahan menjadi orang pertama masuk ke pasar


dan yang terakhir keluar dari pasar, yang mana pasar disebutkan
dalam hadis sebagai medan tempur syaitan. Adakah orang kedua dan
ketiga yang masuk ke pasar tidak apa-apa?

Dari sini menunjukkan adanya kekhususan dan keumuman yang


berkaitan dengan syaitan. Yang mana ketetapan dan kekhususannya
hanya dapat ditentukan berdasarkan dalil-dalil yang sahih. Lebih-lebih
lagi ianya merujuk kepada berkaitan persoalan perkara ghaib yang
tidak dapat ditentukan dengan semata-mata akal.

Seterusnya, hadis-hadis lain yang menjelaskan kekhususan dibolehkan


menyanyi dan memukul duff (kompang atau rebana) pada majlis
pernikahan dengan dinyanyikan atau dimainkan oleh hamba
perempuan kanak-kanak ini boleh juga dilihat dalam hadis-hadis yang
lain. Ini antaranya adalah sebagaimana yang diriwayatkan daripada ar-
Rubaiyyi Binti Muawwidz dalam Shahih al-Bukhari di mana ketika
beliau berkahwin, majlis walimah beliau dimeriahkan dengan nyanyian

40
dan pukulan duff oleh beberapa orang hamba perempuan kanak-
kanak. Dan pada ketika itu terdapat Nabi S.A.W yang
memerhatikannya. (Rujuk: Shahih al-Bukhari, Kitab an-Nikah, Bab:
Memukul Duff Ketika Majlis Pernikahan. Boleh juga merujuk hadis-hadis
yang seumpama dalam kitab Adab az-Zifaf oleh Syaikh al-Albani
rahimahullah)

Dengan ini jelaslah bahawa sebahagian hadis-hadis yang digunakan


oleh pihak tertentu untuk menghalalkan nyanyian secara umum,
sebenar
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

nya hadis-hadis tersebut bersifat khusus yang membenarkan nyanyian


untuk waktu tertentu yang bersifat khusus seperti majlis pernikahan
atau ketika hari raya, dan yang menyanyikannya adalah hamba wanita
atau kanak-kanak wanita. Dan alat muzik yang dibenarkan adalah duff
(kompang atau rebana) tidak lebih dari itu.

Manakala keumuman dalam perkara muzik ini, ianya adalah haram.


Ditunjukkan keharamannya berdasarkan dalil-dalil yang sahih di atas
kefahaman para ulama Ahlus Sunnah wal-jama'ah dari era awal Islam
lagi, dan bukannya dengan kefahaman ahli kalam, ahli sufi, dan
selainnya.

Dari sini tidak sepatutnya timbul persoalan bagaimana kanak-kanak


tersebut perlu menyanyi dan bilakah sesi-sesi latihan menyanyi
mereka. Kerana telah disebutkan dalam hadis yang penulis bawakan,
yang menyanyi tersebut bukanlah dari kalangan penyanyi atau mereka
yang pandai menyanyi. Dalam hadis-hadis tersebut pula turut
menyebutkan yang menyanyikannya adalah para hamba atau kanak-
kanak wanita dan bukan selainnya. Lebih-lebih lagi, nyanyian yang
mereka nyanyikan disandarkan kepada nyanyian (atau syair)
peperangan Buats yang pernah menjadi kebiasaan kaum Anshar
ketika era jahiliyyah. Maka,
sesiapa sahaja dari kalangan hamba perempuan atau kanak-kanak
perempuan adalah dibolehkan menyanyi pada waktu yang dibenarkan
tersebut tanpa perlu mencari penyanyi pula. Sekiranya penyanyi yang

41
dicari, maka ia sebenarnya telah terkeluar dari batas-batas kekhususan
yang dibenarkan.

Ini telah dijelaskan dalam tajuk sebelumnya berkaitan syair. Sekiranya


syair sahaja dilarang berlebih-lebihan dengannya, apatah lagi dalam
soal nyanyian dan muzik sehingga mahu dijadikan sebagai medan
pendapatan dan diadakan padanya majlis-majlis khusus pula?

Perlu kita ambil perhatian, terdapat sebahagian pihak yang membenar


kan nyanyian dan muzik dengan berdalilkan hadis Buraidah
radhiyallahu anhu berikut; Bahawasannya ada seorang hamba
wanita hitam yang

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

datang kepada Rasulullah S.A.W ketika beliau pulang dari sebuah


peperangan. Maka hamba tersebut berkata kepada beliau;

Sesungguhnya aku pernah bernadzar untuk memukul rebana di sisimu


sekiranya Allah mengembalikanmu dalam keadaan selamat.

Beliau berkata: Jika engkau telah bernadzar, maka lakukanlah. Dan


sekiranya engkau belum bernadzar, maka jangan lakukannya. Maka
dia pun mula memukulnya.

Lalu Abu Bakar masuk, dan beliau masih tetap memukulnya. Kemudian
masuk pula sahabat yang lain, dan beliau masih memukulnya. Lalu
Umar masuk, maka dia pun segera menyembunyikan rebananya
tersebut di sebalik punggungnya sambil menutupi dirinya.

Maka Rasulullah S.A.W berkata; Sesungguhnya syaitan benar-benar


takut kepadamu wahai Umar. Aku duduk di sini dan mereka ini masuk.
Ketika engkau pula masuk, maka ia pun melakukan apa yang ia
lakukan tadi. (Hadis Riwayat Ahmad, 38/93, no. 22989. Tahqiq Syaikh
Syuaib al-Arnauth: Isnadnya kuat daripada al-Husain. Dinyatakan oleh
al-Albani, Isnadnya sahih di atas syarat Muslim. Rujuk: as-Silsilah
ash-Shahihah, 4/183)

42
Yang sebenarnya dalam hadis Buraidah ini terdapat sebuah indikasi
atau isyarat yang menunjukkan tentang hukum asal haramnya muzik.
Isyarat yang dimaksudkan adalah,
Sekiranya engkau telah bernadzar, lakukanlah. Dan sekiranya engkau
belum bernadzar, maka jangan lakukan.

Perkataan tersebut menunjukkan bahawa pada asalnya perbuatan


tersebut adalah tidak dibenarkan. Perkataan ini menunjukkan bahawa
sebenarnya beliau tidak mahu mendengarnya. Tetapi kemudian beliau
membenarkannya kerana hamba wanita tersebut telah menadzarkan
nya kerana merasa sangat gembira dengan kepulangan Rasulullah
S.A.W dari peperangan dengan keadaan selamat. Beliau pun
membenarkan nadzar hamba perempuan tersebut yang pada asalnya
tidak dibenarkan
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

sebagai satu bentuk kekhususan bagi dirinya yang tidak boleh


dilakukan bagi selain daripada dirinya.

Syaikh al-Albani rahimahullah berkata,


Hadis ini telah menimbulkan kekeliruan bagi sebahagian pihak kerana
memukul duff (rebana atau kompang) selain dari waktu pernikahan
dan hari raya adalah kemaksiatan. Dan kemaksiatan itu tidak
dibenarkan dijadikan nadzar dan ditunaikan. Maka yang jelas bagiku,
nadzar yang dilakukan oleh hamba perempuan tersebut adalah
disebabkan kegembiraan kerana kepulangan beliau S.A.W dalam
keadaan selamat, sihat, dan menang. Nabi pun memaafkan penyebab
nadzarnya itu untuk kegembiraan tersebut. Perkara ini adalah sebagai
salah satu bentuk kekhususan bagi beliau S.A.W, bukan untuk seluruh
manusia. Sehingga tidak boleh dijadikan dalil bolehnya memukul
rebana di setiap kegembiraan. Sebab, tidak ada yang lebih
menggembirakan daripada kegembiraan yang disebabkan datangnya
Nabi S.A.W. (al-Albani, as-Silsilah ash-Shahihah, 4/142 dan Tahrim Alat
ath-Tharb, m/s. 124)

Dengan ini jelaslah bahawa hadis-hadis yang digunakan oleh pihak


tertentu untuk menghalalkan nyanyian secara umum, sebenarnya
hadis-hadis tersebut bersifat khusus yang membenarkan nyanyian

43
untuk waktu majlis pernikahan atau ketika hari raya, dan yang
menyanyikannya
adalah hamba perempuan atau kanak-kanak perempuan. Dan alat
muzik yang dibenarkan adalah duff, bukan selainnya.

Kemudiannya, perkara ini dikuatkan lagi dengan apa yang disebutkan


oleh Nabi S.A.W sendiri melalui hadis tersebut dengan katanya,
Sesungguhnya syaitan benar-benar takut kepadamu wahai Umar.

Perkataan ini disebutkan oleh Rasulullah S.A.W sebaik sahaja apabila


hamba perempuan tersebut melihat Umar, lalu segera menghentikan
pukulan duffnya dan menyembunyikannya dari pandangan Umar. Ini
menunjukkan kepada kita bahawa nyanyian dan pukulan rebana
tersebut adalah sesuatu yang buruk dan dibenci selain dari waktu-
waktu yang dikhususkan sebagaimana yang telah penulis sebutkan di
atas. Jadi,

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

bagaimana dengan nyanyian dan permainan alat-alat muzik lainnya


yang dimainkan lebih dari itu? Sudah tentu jauh lebih buruk lagi!

Sebagaimana yang telah penulis jelaskan bahawa keumuman dalam


perkara muzik ini, ianya adalah haram. Ditunjukkan keharamannya
berdasarkan dalil-dalil yang sahih di atas kefahaman dan perkataan
para ulama Ahlus Sunnah wal-Jama'ah dari era awal Islam lagi
(terutamanya generasi para sahabat ridwanullah alaihim ajmain).

3 Hadis Tentang Bencana Muzik.

Hadis Riwayat Imam at-Tirmidzi dalam Sunannya, daripada Imran B.


Hushain. Beliau berkata;
Bahawasannya Rasulullah S.A.W bersabda, Akan ada dalam kalangan
umatku ini nanti kejadian tanah runtuh (atau ditenggelamkan), hujan
batu, dan kutukan sehingga diubah wajah. Maka berkata seorang
lelaki di antara kaum muslimin (iaitu dari kalangan sahabat Nabi), Bila
ia akan berlaku wahai Rasulullah?

44
Beliau menjawab; Apabila telah muncul (berleluasa) penyanyi (artis)
wanita, alat-alat muzik, dan al-khamr (arak) telah diminum. (Hadis
Riwayat at-Tirmidzi, Shahih Sunan at-Tirmidzi, 5/212, no. 2212. Ibnu
Abid-Dunya, Dzammul Malahi, 1/2. Abu Amru ad - Daani, as -
Sunanul-
Waaraditau fil Fitan, 39/1, 40/2. Ibnun Najjar, Dzail Tarikh Baghdad,
18/252)[2]

Juga diriwayatkan daripada Sahl B. Saad. Beliau berkata;


Bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda, Akan berlaku di akhir
zaman nanti bencana berbentuk kejadian tanah runtuh (atau
ditenggelamkan), hujan batu, dan kutukan sehingga diubah wajah.
Ada yang bertanya, Bila ia berlaku wahai Rasulullah? Rasulullah
menjawab, Apabila telah muncul (berleluasa) alat-alat muzik, artis-
artis wanita, dan al-khamr (arak) dihalalkan. (Hadis Riwayat ath-
Thabrani, al-Mujam al-Kabir, 6/150, no. 5810. Al-Haitsami berkata,
Hadis riwayat ath-Thabrani, padanya terdapat Abdillah B. Abiz
Zinaad yang padanya terdapat kelemahan (dhaif)

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

manakala para perawi salah satu dari dua jalur adalah perawi kitab
sahih. Rujuk: Majma az-Zawaid, 8/20, no. 12589)

Hadis riwayat Ibnu Abid Dunya. Rasulullah S.A.W bersabda,


Akan terjadi pada umat ini bencana berbentuk tanah runtuh (atau
tenggelam), hujan batu, dan kutukan sehingga diubah wajah (pada
manusia). Iaitu apabila mereka telah meminum khamr (arak),
mengambil para artis wanita, dan memainkan alat-alat muzik. (as-
Suyuthi, al-Jami ash-Shaghir, 2/258, no. 7720. Beliau berkata,
diriwayatkan oleh Ibnu Abid Dunya dalam Dzam al-Malahi daripada
Anas. Dinilai sahih oleh al-Albani berdasarkan keseluruhan jalurnya.
Rujuk: as-Silsilah ash-Shahihah, 5/236, no. 2203)

4 Hadis daripada Abu Malik al-Asyary radhiyallahu anhu.

Beliau berkata;

45
Rasulullah S.A.W bersabda, Benar-benar akan ada orang-orang
daripada umatku yang meminum al-khamr (arak) yang mana mereka
menamakannya dengan selain namanya. Mereka berhibur dengan
muzik dan (alunan suara) artis wanita, maka Allah akan
membenamkan mereka ke dalam bumi dan Dia akan mengubah
bentuk sebahagian mereka menjadi kera dan babi. (Hadis Riwayat al-
Bukhari, Tarikh al-Kabir, 1/305, no. 967. Ibnu Majah, 12/26, no. 4010.
Hadis ini dinilai sahih oleh
Syaikh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibnu Majah, Misykah al-Mashabih,
ash-Shahihah, dan Tahrim Alat ath-Tharb)

5 - Daripada Abdullah bin Abbas beliau berkata, Telah bersabda


Rasulullah S.A.W, Sesungguhnya Allah telah mengharamkan ke atas
diriku (atau telah mengharamkan) khamr (arak), judi, al-kuubah
(sejenis alat muzik), dan setiap perkara yang memabukkan adalah
haram.

6 - Hadis daripada Nafi maula Ibnu Umar radhiyallahu


anhuma.

Beliau berkata; Bahawasanya Ibnu Umar pernah terdengar suara


seruling yang ditiup oleh seorang penggembala. Maka beliau pun
meletakkan kedua jarinya di kedua telinganya (untuk menyumbat
atau menutup)
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

sambil membelokkan untanya dari jalan tersebut (menghindari suara


tersebut).

Ibnu Umar berkata, Wahai Nafi, adakah kamu masih


mendengarnya?. Maka aku berkata, Ya. Maka beliau terus berlalu
sehingga aku berkata,

Aku tidak mendengarnya lagi. Maka Ibnu Umar pun melepaskan


tangannya (dari kedua telinganya) dan kembali ke jalan tersebut
sambil berkata, Aku melihat Rasulullah S.A.W ketika mendengar suara
seruling, beliau melakukannya demikian. (Hadis Riwayat Ahmad,
8/132, no. 4535 dan 9/25, no. 4965. Tahqiq Syaikh Syuaib al-Arnauth:

46
Hadis hasan, isnadnya hasan. Diriwayatkan juga oleh Abu Dawud dan
al-Ajurri dalam Tahriimun Nard wasy-Syatran wal Malaahi)[4]

Ada sebahagian pihak yang menggunakan hadis ini untuk


membolehkan mendengar alat muzik. Mereka memberi alasan bahawa
sekiranya mendengar suara seruling itu haram, maka Ibnu Umar tentu
tidak akan membiarkan Nafi untuk mendengarnya. Apa yang
dilakukan oleh Ibnu Umar hanya merupakan sebahagian daripada
sikap wara yang ada dalam dirinya.

Pendalilan mereka tersebut telah pun dijawab oleh para ulama. Imam
as-Suyuthi, sebagaimana disebutkan dan dinukilkan oleh al-Adzim
Abadi dalam Aunul Mabud, beliau berkata,

Hadis ini tidak menunjukkan sama sekali tentang bolehnya


mendengar muzik, kerana perkara yang dilarang adalah dengan tujuan
mendengar (al-istimaa: mendengar dengan sengaja). Bukan pada
kedudukan sampainya suara pada telinga kita (terdengar tanpa
kehendak - yang adakalanya kita tidak mampu menghindarinya).
Perkara tersebut tidak termasuk perkara yang dibebankan kepada
manusia (taklif). (Rujuk: Aunul Mabud, Kitab al-Adab, 13/182)

Sekiranya Ibnu Umar (salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang


memiliki keutamaan) yang terdengar bunyi muzik secara tidak sengaja
sahaja telah melakukan tindakan menutup telinga, maka
bagaimana
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

pula kepada mereka yang mendengar muzik dan memainkannya


dengan sengaja sambil bersuka-ria dengannya? Bagaimana dengan
mereka yang mendengar muzik dengan alat-alat muzik yang jauh lebih
hebat pada zaman ini?

7 Hadis daripada Abdullah B. Amr.

Beliau berkata; Bahawasanya Nabi S.A.W melarang khamr (arak), judi,


al-kuubah (alat muzik seperti gendang), dan al-ghubaira (sejenis
minuman keras). Beliau juga bersabda, Dan setiap yang memabukkan

47
adalah haram. (Hadis Riwayat Abu Daud, 10/110, no. 3200. Al-Baihaqi,
Sunan al-Baihaqi al-Kubra, 10/221, no. 20781. Juga diriwayatkan oleh
Imam Ahmad, al-Musnad, 11/12, no. 6478. Diniai sahih oleh al-Albani
dan sahih lighairihi oleh Syuaib al-Arnauth)

8 Hadis daripada Qais B. Said B. Ubadah.

Beliau berkata, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda;


Sesungguhnya Tuhanku mengharamkan ke atasku al-khamr (arak), al-
kuubah (alat muzik), al-qinin (alat muzik bertali seperti gitar), dan
juga ke atas kamu al-
ghubaira (sejenis minuman keras)... (Hadis Riwayat Ahmad, 24/229,
no. 15481. Dinilai hasan lighairihi oleh Syuaib al-Arnauth)

10 Hadis daripada Jabir B. Abdullah.

Beliau berkata; Nabi S.A.W memegang tangan Abdurrahman B. Auf,


beliau datang bersama Nabi S.A.W kepada anaknya (Ibrahim). Nabi
mendapati anaknya itu telah meninggal dunia, maka Nabi mengambil
nya dan meletakkan di pangkuannya dan Nabi menangis.
Abdurrahman berkata kepadanya, Kamu menangis? Bukankah
engkau melarang untuk menangis? Nabi menjawab, Tidak, tetapi aku
melarang dari suara yang bodoh yang tidak berguna, iaitu suara ketika
datangnya musibah, menampar-nampar muka, mengoyak-ngoyak
baju, dan suara nyaring syaitan (nyanyian). (Hadis Riwayat at-
Tirmidzi, 4/128, no. 926. At-Tirmidzi berkata, Hadis ini hasan. Dinilai
hasan oleh Ibnul Qayyim dan al-
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Albani. Al-Hafiz Ibnu Hajar mendiamkannya dalam Fathul Bari (3/174)


menunjukkan isyarat beliau menerima hadis ini)

Perbezaan di Antara Nyanyian (al-Ghinaa) Dengan Melagukan


(at-Taghanni) al-Quran

Hadis-hadis berkaitan saranan melagukan dan memperindahkan


bacaan al-Quran antaranya adalah sebagaimana berikut;

48
Rasulullah S.A.W bersabda (daripada Abu Hurairah ra); Allah S.W.T
sama sekali tidak mengizinkan sesuatu yang diizinkan kepada Nabi-
Nya, iaitu melagukan (memperindahkan suara) ketika membaca al-
Quran.

Dan bertanya seorang sahabat (kepada Abu Hurairah, beliau


menjawab), Maksud mengeraskan (memperdengarkan) suara dengan
indah adalah di ketika membaca al-Quran. (Hadis Riwayat al-Bukhari,
Kitab: Fadhail al-Quran, 15/433, no. 4635)

Rasulullah S.A.W bersabda; Bukan daripada kalangan kami mereka


yang tidak melagukan (memperindahkan) suara ketika membaca al-
Quran. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 23/55, no. 6973)

Bukan daripada kalangan kami mereka yang tidak melagukan


(memperindahkan) suara ketika membaca al-Quran. Maka
ditanyakan kepada Abi Mulaikah, Wahai Abu Muhammad, tahukah
engkau, bagaimana sekiranya seseorang itu suaranya tidak bagus?

Beliau menjawab; Dia perlu berusaha memperbaiki (membaguskan)


suaranya sedaya-upaya.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W; Segala sesuatu itu memiliki hiasan,


dan hiasan al-Quran itu adalah dengan suara yang indah. (Hadis
Riwayat ath-Thabrani, Mujam al-Awsath, 7/293, no. 7531. Al-Haitsami
menyatakan, Dalam sanadnya ada Ismail B. Amru al-Bajali, ianya
dhaif. Rujuk: Majmu az-Zawaid, 7/354, no. 11705).

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Sabda Rasulullah S.A.W; Baikilah (baguskanlah) suara kamu dengan


al-Quran. (Hadis Riwayat ath-Thabrani. Lihat Majmu az-Zawaid oleh
al-Haitsami, 7/353, no. 11702, dan beliau menyatakan, Diriwayatkan
oleh ath-Thabrani dengan dua sanad, salah satunya ada Abdullah B.
Harras yang ditsiqahkan oleh Ibnu Hibban, kemungkinan beliau (Ibnu
Hibban) tersilap, dan ianya didhaifkan (dilemahkan) oleh al-Bukhari
dan selainnya, manakala perawi lainnya adalah perawi sahih.)

49
Al-Munawi menyebutkan; Makna hadis ini adalah: Bacalah dan
keraskanlah (perdengarkan) suara ketika membaca al-Quran. (Faidhul
Qadir, 3/512)

Daripada Abdurrahman B. Saaib, beliau berkata, Aku mendengar


Rasulullah S.A.W bersabda;
Sesungguhnya al-Quran diturunkan dengan kesedihan, apabila kamu
membacanya, maka berusahalah untuk bersedih, dan indahkanlah
suara kamu ketika membacanya, sesiapa yang tidak memperindahkan
suaranya ketika membaca al-Quran, maka dia bukan daripada
kalangan kami. (Hadis Riwayat Ibnu Majah, 4/235, no. 1327. Al-
Baihaqi, Syuabul Iman, 2/388, no. 2147. Dinilai dhaif oleh al-Albani
dalam Dhaif Sunan Ibnu Majah, 1/99, no. 1327)

Syaikh Dr. Abdussalam Muqbil al-Majidi hafizahullah menyimpulkan


(menguatkan) tentang makna at-Taghanni () atau
memperindahkan bacaan al-Quran. Katanya;

Maknanya adalah mengelokkan (melagukannya dengan lembut),


menyanyikannya (dengan alunan yang baik), menghiasi bacaan, dan
melembutkannya, bersesuaian dengan kaedah (disiplin bacaan) yang
dimaklumi, kerana bahawasanya ia akan lebih meresap ke dalam hati
dan lebih mujarab mengubati hati yang sakit. Ini adalah pendapat yang
diambil oleh Imam asy-Syafii dan para pengikutnya serta kebanyakan
daripada ulama, begitu juga dengan para ahli ilmu lainnya. (Rujuk: Dr.
Abdussalam Muqbil al-Majidi, Izhab al-Hazan wa Syifa ash-Shadr as-
Saaqiim al-Manhaj Nabawi fii Taliim al-Qurani, m/s. 287).

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Syaikh Dr. Abdussalam Muqbil al-Majidi hafizahullah menyebutkan


bahawa nada yang boleh digunakan ketika tilawah (membaca al-
Quran) adalah:

1. Menjaga hukum-hukum tajwid dan rukun-rukun tartil tanpa


melampaui batasnya.

50
2. Mengekalkan keadaan al-Quran berdasarkan keadaan tahzin,
khusyu, dan ikhbat.

3. Tidak menambah huruf yang bukan daripada al-Quran, seperti


menambah alif atau memanjangkan harakat yang asalnya perlu dibaca
pendek, ini disebut oleh ulama sebagai tamthith (berlebih-lebihan).

4. Tidak memotong-motong (memendekkan) ketika membaca


lafaz yang sepatutnya dibaca panjang, atau memotong huruf layn (),
atau huruf yang bertasydid (), seperti pengurangan tasydid
(bacaan yang perlu sedikit ditekan) pada kalimah Zurriyati ().. dan
selainnya.

5. Tanpa berlebih-lebihan dalam lahn (), kerana tujuan


memperindahkan bacaan al-Quran adalah untuk mentadabburinya
(memahami, menghayati, mengambil pelajaran). Jika tujuannya
adalah
selain daripada perkara tersebut, maka hati pembaca dan
pendengarnya telah terfitnah, kerana dia sebenarnya bukan ingin
mendengar al-Quran, tetapi hanya mahu mendengar lagu sahaja.

6. Tidak ghuluw (berlebih-lebihan) dalam mengambil atau


menggunakan lagu sehingga mencari asas-asas lagu daripada
nyanyian orang-orang yang lalai. Dan menjadi fitnah tersendiri dari
maksud asalnya. Menghabiskan segala keperluannya, dan
mengeluarkannya dari tabiat seorang manusia.

Ibnu al-Jazairi menyatakan (tentang melagukan al-Quran);


Sebagai pelengkap, tanpa perlu membebani diri, dengan ucapan atau
nada yang lembut tanpa memaksa - maksa. (Rujuk: Dr.
Abdussalam

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Muqbil al-Majidi, Izhab al-Hazan wa Syifa' ash-Shadr as-Saaqiim al-


Manhaj Nabawi fii Taliim al-Qurani, m/s. 308-309)

51
Makna lahn ( )di sini adalah merujuk suara melagukan al-Quran
dengan nada yang teratur, tersusun rapi, indah tanpa alat muzik
sebagaimana yang telah difahami dengan bahasa orang-orang masa
ini. Lahn adalah lagu, menarji suara, dan melagukannya.

Imam al-Munawi rahimahullah (952H-1031H) menjelaskan;


Ini adalah apabila melagukan al-Quran tidak diambil berdasarkan
disiplin al-Quran dan meninggalkan kaedah atau sistem penghayatan
dalam perkataan dan huruf, maka ini mematikan tujuan asalnya dan
hukumnya menjadi makruh (dibenci). Apa yang diada-adakan oleh
mutakallifun (orang-orang yang tersilap dan berlebih-lebihan dalam hal
ini) dengan memperkenalkan beberapa kaedah al-Wazan (timbangan
nada atau nota-nota nyanyian) dan muzik, lalu mereka mengambil al-
Quran (Kalam Allah) dan melagukan dengannya, ini adalah bidah
yang sangat buruk lagi keji. Maka, para pendengar wajib menegahnya
dan para pembaca al-Quran perlu menjauhinya. (Rujuk: al-Munawi,
Faidhul Qadir, 4/90)

Kesimpulannya, melagukan al-Quran adalah dibenarkan (malah


disunnahkan) dengan tujuan memperindahkan bacaan, dan melagukan
yang dibenarkan adalah dengan menekuni disiplin-disiplin bacaannya
seperti tajwid dan tartil, tanpa berlebih-lebihan serta tidak
melagukannya sebagaimana nyanyian yang biasa dilakukan
(sebagaimana nada nyanyian orang-orang fasiq) yang diketahui secara
umum. Dan yang dimaksudkan dengan memperindahkan bacaan itu
sendiri adalah dengan mengikuti serta menyempurnakan bacaan al-
Quran berdasar kan disiplin-disiplinnya. Ditambah pula, al-Quran itu
dibaca dengan nada kesedihan dan perasaan takutkan Allah.

Dapat difahami bahawa melagukan al-Quran adalah dengan mengikuti


disiplin-disiplin al-Quran itu sendiri. Manakala nyanyian secara umum,
ianya adalah bebas dengan mengikuti nota-nota muzik dan nada
seni

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

suara berdasarkan genre muzik atau nyanyian hasil rekaan masing-


masing.

52
Dari itu, peruntukkanlah suara-suara kita supaya membaca al-Quran
dan bukan untuk menyanyikan lagu-lagu atau muzik yang merupakan
syiar orang-orang kafir dan syiar kefasikan. Ini adalah sebagaimana
hadis yang disebutkan di atas tadi (iaitu),

... mengeraskan (memperdengarkan) suara dengan indah adalah di


ketika membaca al-Quran. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab: Fadhail
al-Quran, 15/433, no. 4635)

Disebutkan daripada perkataan sebahagian ilmuan;


Sebahagian orang yang berilmu berkata kepada muridnya, Adakah
kamu menghafal al-Quran?

Murid menjawab, Tidak. Syaikh berkata, Betapa malangnya wahai


orang yang mencari ilmu, tetapi tidak menghafal al-Quran. Jadi,
kepada apakah dia akan dapat memperindahkan suaranya? Kepada
apa dia dapat melagukan suaranya? Dan adakah dia dapat bermunajat
kepada Tuhannya yang maha Tinggi? (asy-Syariah al-Islamiyyah, m/s.
318. Dinukil
daripada: Dr. Abdussalam Muqbil al-Majidi, Izhab al-Hazan wa Syifa'
ash-Shadr as-Saaqiim al-Manhaj Nabawi fii Taliim al-Qurani, m/s. 290)

Untuk memahami kaedah-kaedah melagukan bacaan al-Quran


berdasarkan skop dan konteksnya yang dibenarkan, penulis sangat
mencadangkan agar merujuk kepada buku Izhab al-Hazan wa Syifa'
ash-Shadr as-Saaqiim al-Manhaj Nabawi fii Taliim al-Qurani, tulisan
dan susunan Dr. Abdussalam Muqbil al-Majidi hafizahullah. Buku ini
juga telah diterjemahkan dan beredar di pasaran.

Di antara kaedah melagukan al-Quran yang dibahaskan oleh penulis


buku tersebut adalah persoalan tarji, tartil, tajwid, lahn, al-ghinaa, at-
thaganni, syair, tarannum, tazyin, at-tadwir, tahqiq dan hadr, serta
yang lainnya yang berkaitan dengan persoalan al-Quran bermula dari
latar-belakang penurunannya, sejarahnya, hukum-hakamnya, huruf-
hurufnya,
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

53
dan qiraatnya, malah lebih luas lagi cakupan perbahasan buku ini
sebenarnya.

Perkataan Para Ulama Ahlus Sunnah wal-Jamaah Tentang


Nyanyian (al-Ghina) dan Muzik

Setelah kita memahami dalil-dalil yang menunjukkan pengharaman


nyanyian dan muzik dari al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W,
berikut kita lihat pula penegasan pengharamannya berdasarkan
perkataan para ulama ahlus sunnah wal-jamaah.

1- Sahabat Nabi, Ibnu Masoud radhiyallahu anhu berkata,

Sebagaimana disebutkan oleh Ibrahim an-Nakhai rahimahullah (Tabiin


yang tsiqah);
Nyanyian (al-Ghina) itu menumbuhkan kemunafikan di dalam hati.
(Atsar Riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Baihaqi al-Kubra, 10/223, no.
20795. Syuabul Iman, 4/279, no. 5100. Ibnu Abi Syaibah, al-
Mushonnaf, 6/310, no. 21545. Dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani. Sila
lihat perincian Syaikh al-Albani dalam Tahrim Alat ath-Tharb, m/s. 145)

2 Sahabat Nabi, Utsman bin Affan radhiyallahu anhu


berkata,

Sesungguhnya aku telah bersembunyi dari Rab-ku selama sepuluh


tahun. Dan aku adalah orang keempat dari empat orang yang terawal
masuk Islam. Aku tidak pernah bernyanyi dan berangan-angan...
(Hadis Riwayat ath-Thabrani, al-Mujam al-Kabir, 1/85, no. 124)[6]

3 Sahabat Nabi, Abdullah B. Umar radhiyallahu anhuma,

Ibnu Umar radhiyallahu anhu pernah lalu kepada suatu kaum yang
sedang melakukan ihram di mana bersama mereka ada seorang lelaki
yang sedang bernyanyi. Maka Ibnu Umar berkata kepada mereka,
Ketahuilah, semoga Allah tidak mendengar doa kamu. (Diriwayatkan
oleh Ibnul Jauzi, Talbis Iblis, m/s. 209. al-Baihaqi, Sunan al-Baihaqi al-
Kubra, 5/68, no. 8961)

54
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Abdullah B. Dinar berkata,

Aku pernah keluar bersama-sama dengan Abdullah B. Umar ke


sebuah pasar. Kemudian beliau melihat seorang hamba perempuan
kecil (kanak-kanak) sedang menyanyi. Beliau pun berkata, Sekiranya
syaitan meninggalkan seseorang, sudah tentu ia akan meninggalkan
hamba wanita ini. (Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adab al-Mufrad, Bab:
al-Ghinaa wa al-Lahwu, 1/274, no. 784. Dinilai hasan oleh al-Albani)

Hadis ini menunjukkan maksud bahawa syaitan tidak perlu lagi


bersusah payah untuk mengganggu hamba wanita tersebut, kerana ia
telah pun bergelumang dengan sesuatu yang diharamkan lagi disukai
syaitan.

Disebutkan dalam al-Muhalla oleh Ibnu Hazm dan Nail al-Authar oleh
asy-Syaukani:

Ketika ada seorang lelaki datang ke Madinah dengan membawa


beberapa orang hamba wanita, ia singgah di rumah Abdullah B. Umar
radhiyallahu anhuma. Di antara para hamba tersebut terdapat
seorang hamba wanita yang pandai memukul rebana (kompang).
Datanglah
seseorang untuk membelinya, tetapi dia tidak berminat kepada mana-
mana pun dari hamba-hamba wanita tersebut. Sehinggalah kemudian
lelaki tersebut pun pergi bertemu dengan Abdullah B. Jafar, lalu
menawarkannya kepada Abdullah B. Jafar. Abdullah B. Jafar pun
menyuruh hamba wanita tersebut, Ambillah rebana. (manakala
menurut satu riwayat lain, ambillah gitar[7]). Maka hamba wanita
tersebut pun mengambilnya dan memainkannya sambil menyanyi.
Sehinggalah Abdullah B. Umar pun berkata;

Cukuplah sudah seharian kamu bermain dengan seruling syaitan.


Maka Abdullah B. Jafar pun membelinya. (Ibnu Hazm, al-Muhalla,
9/63. Ibnu Hazm mensahihkannya dan dipersetujui oleh al-Albani)

55
Dapat diperhatikan bahawa perkataan Ibnu Umar menunjukkan
bahawa nyanyian adalah seruling syaitan. Cuma mungkin Abdullah B.
Jafar membelinya walaupun hamba wanita tersebut adalah
seorang
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

yang pandai menyanyi dengan menggunakan duff (rebana) tanpa


ditegah oleh Ibnu Umar adalah kerana nyanyian seorang hamba
wanita dengan menggunakan rebana tidak menjadi kesalahan apabila
dimainkan ketika majlis walimah (majlis pernikahan) dan hari raya
(Ied). Namun, pada waktu selainnya, ia adalah termasuk seruling
syaitan sebagaimana disebutkan sendiri oleh Ibnu Umar dalam hadis
tersebut.

Maka, tidak sepatutnya timbul alasan bahawa Abdullah B. Jafar


membeli hamba wanita tersebut kerana dia pandai menyanyi lalu
menjadikan riwayat ini sebagai dalil halalnya nyanyian dan alat muzik.
Kerana hal ini perlu difahami dengan fiqh yang cermat dan teliti. Lebih-
lebih lagi dalil pengharaman nyanyian dan muzik telah dijelaskan di
atas dengan bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Wallahu alam.

4 Sahabat Nabi, Abdullah B. Abbas radhiyallahu anhuma


beliau berkata,

Duff itu haram, alat muzik (al-maaazif) itu haram, al-kuubah itu
haram, dan seruling itu haram. ( Diriwayatkan oleh al-Baihaqi,
Sunan al-Kubra,
10/222, no. 20789. Isnadnya sahih sebagaimana dijelaskan oleh Syaikh
al-Albani, Tahrim Alat ath-Tharb, m/s. 92)

Atsar ini merujuk alat-alat muzik yang wujud pada ketika itu. Dan
pernyataan Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma ini menunjukkan alat-
alat muzik tersebut adalah haram secara umum.

5 Perkataan Ummul Mukminuun Aisyah radhiyallahu anha,

Ummu Alqamah menceritakan;

56
Bahawasanya sepupu-sepupu perempuan Aisyah melaksanakan
khitan. Mereka kesakitan disebabkan khitan tersebut. Lalu ada dari
kalangan mereka meminta kepada Aisyah, Bolehkah kami
mengundang orang yang dapat menghiburkan mereka?

Aisyah berkata, Boleh. Maka mereka pun menjemput seorang lelaki


(si Fulan) untuk menyanyi. Kemudian datanglah Aisyah
menghampiri
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

mereka di rumah tersebut dan beliau melihatnya sedang menyanyi


sambil melenggok-lenggokkan kepala. Aisyah berkata, Uhh, syaitan!
Keluarkan dia! Keluarkan dia! Keluarkan dia! (Hadis Riwayat al-
Bukhari, Adabul Mufrad, 1/427, no. 1247. al-Baihaqi, Sunan al-Kubra,
10/223. Dinilai hasan oleh al-Albani, Tahrim Alat ath-Tharb, m/s. 131
dan Shahih Adabul Mufrad)

6 Khalifah Umar bin Abdil Aziz rahimahullah (salah seorang


Tabiin, dan merupakan seorang pemimpin yang terkenal
dengan kebaikan pada zamannya),

Imam al-Auzai rahimahullah berkata,


Umar bin Abdil Aziz (Khalifah Umar B. Abdil Aziz) pernah menulis
surat kepada Umar bin al-Walid yang di di antara isi kandungannya
adalah:

. Perbuatanmu yang memperkenalkan alat muzik merupakan suatu


bentuk kebidahan dalam Islam. Dan benar-benar aku telah berniat
untuk mengutus seseorang kepadamu untuk memotong rambut
kepalamu dengan cara yang kasar. (Diriwayatkan oleh an-Nasai,
Sunan
al-Kubra, 3/45, no. 4437. Abu Nuaim, al-Hilyah, 5/270 dengan sanad
yang sahih. Disebutkan juga oleh Ibnu Abdil Hakam dalam Siratu
Umar, 154-157 dengan panjang lebar. Juga oleh Abu Nuaim, 5/309
dari jalan yang lain dengan ringkas. Lihat: al-Albani, Tahrim Alat ath-
Tharb, m/s. 119)

57
Selain itu, Umar B. Abdul Aziz juga turut memerintahkan kepada
orang yang mendidik anak-anaknya supaya mengajar untuk membenci
alat-alat muzik,

Hendaklah di antara yang terawal mereka fahami dari pelajaranmu


adalah membenci alat-alat muzik yang awal datangnya daripada
Syaitan, dan akhirnya mengundang kemurkaan Allah yang maha
pemurah. Kerana aku pernah mendengar sebahagian orang yang
dipercayai dari kalangan ulama bahawa menyaksikan persembahan
muzik dan mendengar nyanyian, serta menyanyikannya dapat
menimbulkan kemunafikan dalam hati, sebagaimana air
menumbuhkan rumput - rumput. Demi Allah, menghindari perkara
tersebut dengan
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

menjauhi tempat-tempat tersebut lebih mudah bagi orang yang


berakal daripada menanamkan kemunafikan dalam hatinya. (Ibnul
Jauzi, Talbis Iblis, m/s. 209. Syaikh al-Albani berkata di dalam Tahrim
Alat ath-Tharb, Diriwayatkan oleh Ibnu Abid Dunya dalam Dzamm al-
Malahi, 6/1. Melalui jalan yang sama oleh Abu al-Faraj Ibnul Jauzi, m/s.
250.)

7 Tabiin, Said B. al-Musayyib rahimahullah dengan katanya,

Sesungguhnya aku benar-benar membenci nyanyian (al-ghina) dan


menyukai rojaz (sejenis syair). (Diriwayatkan oleh Abdurrazzaq ash-
Shanani, al-Mushannaf, 11/6, no. 19743. 11/266, no. 20506. Syarhus
Sunnah al-Baghawi, 6/253. Dinyatakan sahih oleh al-Albani, Tahrim Alat
ath-Tharb, m/s. 101)

8 Imam Mazhab, Imam Abu Hanifah rahimahullah,

Imam Ibnul Jauzi rahimahullah berkata,


Telah mengkhabarkan kepada kami Hibatullah bin Ahmad al-Hariry,
daripada Abu ath-Thayyib ath-Thabary, beliau berkata:
Adalah Abu Hanifah membenci nyanyian dan membenarkan minuman
nabiz (sejenis wine yang boleh memabukkan). Beliau menyatakan
bahawa mendengar lagu sebagai suatu yang berdosa. Dan begitulah

58
mazhab seluruh penduduk Kuffah seperti Ibrahim (an-Nakhai), asy-
Syabi, Hammad, Sufyan ats-Tsauri, dan selainnya. Tidak ada
perbezaan di antara mereka mengenai perkara tersebut. Dan tidak
diketahui pula perbezaan pendapat terhadap perkara yang sama di
kalangan penduduk Bashrah dalam soal kebencian dan larangan
mengenai perkara tersebut. (Ibnul Jauzi, Talbis Iblis, m/s. 205)

9 Imam Mazhab, Malik bin Anas rahimahullah,

Syaikh al-Albani rahimahullah menyebutkan;


Abu Bakar al-Khallal meriwayatkan dalam al-Amru bi al-Maazif, m/s.
32, begitu juga dengan Ibnul Jauzi dalam Talbis Iblis, m/s. 244 dengan
sanad yang sahih daripada Ishaq B. Iyas ath-Thobba (seorang yang
dipercayai daripada perawi imam Muslim) bahawa beliau menyatakan,
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Aku pernah bertanya kepada Malik bin Anas berkenaan nyanyian yang
dibenarkan oleh Ahlul Madinah (penduduk Madinah)? Maka beliau
menjawab, Bahawasanya perkara tersebut bagi kami hanya dilakukan
oleh orang-orang yang fasiq. (Demikian perkataan Imam Malik)

Al-Khallal juga meriwayatkan dengan sanad yang sahih daripada


Ibrahim Ibnul Mundzir (penduduk Madinah yang terpercaya, salah
seorang guru Imam al-Bukhari), bahawasanya beliau pernah ditanya,
Adakah kamu mengizinkan nyanyian?

Beliau menjawab: Kami berlindung kepada Allah! Yang melakukan


perkara tersebut dari kalangan kami hanyalah orang-orang yang
fasiq. (Rujuk: al-Albani, Tahrim Alat ath-Tharb, m/s. 99-100)

Imam al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H) menukilkan,


Adapun Malik B. Anas (rahimahullah), bahawasanya beliau melarang
menyanyi dan mendengarnya. Kemudian beliau menyatakan,
Itu adalah mazhab seluruh penduduk Madinah. (al-Qurthubi, al-Jami
li Ahkamil Quran, 14/55)

Adapun perkataan Ibnu ath-Thohir al-Qaisaraani bahawa adanya ijma


penduduk Madinah yang menyatakan bolehnya muzik, ianya adalah

59
tertolak (mardud). Telah dinukil daripada Imam al-Auzai bahawa beliau
menganggap perkataan yang membolehkan muzik yang berasal dari
penduduk Madinah, ia adalah merupakan ketergelinciran ulama yang
wajib ditinggalkan dan dilarang dari mengikutinya.

Syaikh ath-Thawaari hafizahullah mengulas tentang wujudnya


kelompok yang membolehkan muzik di Madinah pada zaman Imam
Malik dengan katanya;
Tahqiq (penjelasan) bagi masalah ini, bahawa memang telah
ditemukan daripada kalangan penduduk Madinah yang berfatwa
bolehnya nyanyian (al-ghina), iaitu daripada kalangan orang yang
fatwanya tidak boleh dijadikan sebagai sandaran. Perkara ini telah
diisyaratkan oleh adz-Dzahabi ketika menyebutkan biografi Yusuf B.
Yaqub B. Abi Salamah al-Majisyun[8],
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Aku (adz-Dzahabi) berkata, Penduduk Madinah membolehkan


nyanyian, mereka dikenali sebagai orang yang suka mendengarnya.
Disebutkan bahawa hamba-hamba wanita yang ada dalam rumahnya
memainkan alat-alat muzik.

Kemudian beliau (Syaikh ath-Thawari) mengulas, Fatwa ini


bersesuaian dengan hawa nafsu orang-orang fasiq di Madinah. Mereka
menganggapnya baik sehingga terjadilah ia sebagai salah satu sifat
(karektor) mereka. Dan ia jelas bertentangan dengan pendapat fuqaha
Madinah. Oleh kerana itulah Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah
rahimahullah berkata,

Pendapat yang membolehkan muzik bukanlah pendapat fuqaha


Madinah dan para ulamanya, tetapi itu hanyalah perkara yang diada-
adakan oleh orang - orang fasiq di sana. (Rujuk: Ahmad B. Hussein
al-
Azhari, an-Nuur al-Kasaaf fii Bayaan Hukum al-Ghinaa, m/s. 14-15,
Maktabah Syamilah)

10 Imam Mazhab, Imam asy-Syafii rahimahullah (Wafat:


204H),

60
Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H) berkata;
Imam asy-Syafii rahimahullah berkata, Nyanyian adalah perkataan
yang dibenci dan menyerupai kebathilan. Sesiapa yang suka (selalu)
menyanyikan lagu, maka dia adalah orang yang bodoh dan
kesaksiannya tidak boleh diterima pakai, dan asy-Syafii sangat
membenci at-Taghbir (nyanyian orang sufi yang mengajak kepada
zuhud sambil memukul-mukul sejenis alat daripada kayu).

Ath-Thabari berkata, Para ulama dari pelbagai wilayah telah


bersepakat (ijma) tentang dibencinya nyanyian dan larangannya.
Hanya Ibrahim B. Saad dan Ubaidillah al-Anbari yang keluar dari
kesepakatan ini...

Para tokoh dari kalangan sahabat (pengikut) asy-Syafii rahimahullah


tidak menyukai nyanyian malah melarangnya, tiada perbezaan di
antara yang terdahulu ataupun yang terkemudian. Manakala ulama
besar mutaakhirin juga turut mengingkari nyanyian. Di antaranya
adalah Abu
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Thayyib ath-Thabari, beliau memiliki buku berkenaan larangan dan


haramnya nyanyian (al-ghinaa).

Ini adalah pendapat para ulama Syafiiyah dan kalangan ahli ibadah di
antara mereka. Dan yang memberi keringanan hukum berkenaan
dengan alat-alat muzik hanyalah kalangan ulama terkemudian di
antara mereka yang sedikit ilmunya dan lebih terpengaruh dengan
hawa nafsunya. Berkata para fuqaha (ahli fiqh) dari para sahabat
kami, Sumpah seseorang penyanyi dan penari tidak boleh diterima
pakai. Hanya kepada Allah kita memohon taufiq. (Ibnul Jauzi, Talbis
Iblis, m/s. 205-206)

Imam asy-Syafii rahimahullah berkata;


Aku temui di Iraq (ketika beliau hendak meninggalkan Iraq pen.),
sesuatu yang disebut sebagai at-Taghbir, yang direka oleh orang-
orang
zindiq yang menjauhkan umat Islam daripada al-Quran. (Ibnul Jauzi,
Talbis Iblis, m/s. 205. Ibnu Taimiyyah, Majmu al-Fatawa, 11/569)

61
At-Taghbir ialah syair-syair (nyanyian) yang mengandungi galakkan
bersifat zuhud terhadap dunia (menjauhi dunia dan mencintai agama)
yang dinyanyikan oleh para penyanyi, manakala sebahagian yang
hadir bertindak memukul alat seperti kayu pada besi (sebagai alat
muzik) atau batu dengan mengikuti irama lagunya. (Rujuk: Ahmad B.
Hussein al-Azhari, an-Nuur al-Kasaaf fii Bayaan Hukum al-Ghinaa, m/s.
15)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah menjelaskan setelah menyebutkan


perkataan Imam asy-Syafii tersebut;
Apa yang disebutkan oleh asy-Syafii rahimahullah bahawa perbuatan
tersebut merupakan hasil ciptaan para zindiq yang berasal daripada
seorang imam yang ahli dalam ilmu ushul dalam Islam. Kerana pada
dasarnya, tidak ada yang mempromosi dan menganjurkan nyanyian
melainkan orang-orang zindiq, seperti Ibnu Rawandi, al-Farabi, Ibnu
Sina, dan yang seperti mereka, sebagaimana yang disebutkan oleh
Abdurrahman as-Sulami dalam Masalah as-Sama daripada Ibnu
Rawandi. (Majmu al-Fatawa, 11/570).

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Dalam kitabnya - al-Umm, Imam asy-Syafii rahimahullah menegaskan


bahawa,
Seorang lelaki yang menyanyi dan menjadikannya sebagai pekerjaan,
adakalanya ia diundang dan adakalanya ia didatangi sehingga ia
dikenali dengan gelaran penyanyi, juga seseorang wanita (yang seperti
itu), maka tidak diterima sumpah persaksiannya. Kerana menyanyi
termasuk permainan yang dibenci. Tetapi, adalah yang lebih tepat,
sesiapa sahaja yang melakukannya, maka ia disebut sebagai dungu
(bodoh) dan mereka termasuk orang yang sudah tiada harga diri (jatuh
maruahnya). (asy-Syafii, al-Umm, 6/209)

11 Imam Mazhab, Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat:


241H).

62
Abdullah B. Ahmad B. Hanbal berkata, Aku pernah mendengar ayahku
(Ahmad bin Hanbal) mengulas tentang seorang lelaki yang
kebetulan
melihat (beberapa alat muzik seperti) thanbur, uud, thabla (gendang),
atau yang serupa dengannya, maka apa yang harus beliau lakukan
dengannya? Beliau berkata;
Apabila alat-alat tersebut disembunyikan, maka jangan (engkau
rosakkan). Tetapi apabila alat-alat tersebut dipertontonkan, maka
hendaklah dirosakkan. (Ibnul Jauzi, Talbis Iblis, m/s. 133)

Abdullah B. Ahmad B. Hanbal pernah bertanya kepada ayahnya (Imam


Ahmad) tentang nyanyian. Maka beliau menjawab;
Ia memahatkan kemunafikan di dalam hati dan tidak disukai...
(Diriwayatkan oleh Abdullah B. Ahmad, Masaail Ahmad B. Hanbal,
1/316, no. 1175)

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah telah menyebutkan bahawa;


(Imam Ahmad rahimahullah) telah menegaskan kebenaran untuk
merosakkan alat-alat muzik seperti gendang dan seumpamanya
apabila alat-alat muzik tersebut dipersembahkan secara terbuka dan
ada kemampuan untuk melakukannya. (Ibnul Qayyim, Ighatsatul
Lahfan, m/s. 230).

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Secara umumnya, pendapat keempat-empat imam mazhab dalam


persoalan ini (alat-alat muzik) telah pun disebutkan oleh Syaikhul Islam
Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) sebagaimana berikut;
Berdasarkan Imam ke-empat-empat mazhab bahawasanya
keseluruhan alat muzik adalah haram sebagaimana telah tsabit
(ditetapkan) di dalam Shahih al-Bukhari dan selainnya. (Majmu al-
Fatawa, 11/576)

12 Syuraih al-Qadhi rahimahullah (Wafat: 235H).

Syaikh al-Albani rahimahullah menyebutkan;

63
Abu Hushain menceritakan bahawa ada seorang lelaki yang
memecahkan thanbur (sejenis alat muzik bertali seperti gitar)
kepunyaan seorang lelaki lainnya. Orang tersebut pun mengadukan
persoalan tersebut kepada Syuraih, tetapi Syuraih tidak memutuskan
adanya jaminan ganti rugi kepadanya. Diriwayatkan oleh Ibnu
Abi Syaibah
dalam al-Mushannaf, 7/312, no. 2375, sanadnya sahih. Al-Baihaqi,
6/101. Dan al-Khallal, m/s. 26, di mana setelah itu beliau menyatakan,
Hanbal pernah menceritakan, Aku pernah mendengar Abu Abdillah
menyatakan, Itu adalah perbuatan mungkar, sehingga beliau tidak
memberikan sebarang keputusan pengadilan.

Abu Abdillah tersebut adalah Imam Ahmad. Turut diriwayatkan oleh


Abu Daud dalam al-Masail, m/s. 279.

13 Imam asy-Syabi (Amir B. Syarahil) rahimahullah.

Syaikh al-Albani rahimahullah menyebutkan;


Diriwayatkan oleh Ismail B. Abi Khalid, bahawa beliau membenci hasil
pendapatan (gaji) para penyanyi.
Beliau mengatakan: Aku tidak mahu mengambilnya. Diriwayatkan
oleh Ibnu Abi Syaibah, 7/9, no. 2203 dengan sanad yang sahih.

14 Imam Ibnu Abdil Bar rahimahullah (Wafat: 463H).

Abu Umar bin Abdil Barr (Ibnu Abdil Barr) rahimahullah menjelaskan;
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Termasuk usaha-usaha yang haram ialah riba, hasil pelacuran,


makanan haram, rasuah, upah ratapan, hasil nyanyian, hasil
perdukunan (tukang tilik), peramal bintang, serta permainan yang
bathil. (Ibnu Abdil Barr, al-Kaafi fil Fiqh Ahli al-Madinah al-Maliki,
1/444. al-Qurthubi, al-Jami li Ahkamil Quran, 7/3)

15 Imam Ibnush Shalah rahimahullah (Wafat: 643H).

Syaikh al-Albani rahimahullah menyebutkan;

64
Ibnush Shalah rahimahullah berkata dalam fatwanya ketika ditanya
tentang orang-orang yang menghalalkan nyanyian dengan rebana dan
seruling, dengan tarian, dan tepuk tangan, serta mereka yang
menganggapnya sebagai perkara yang halal yang dapat mendekatkan
diri kepada Allah,

Maka, beliau rahimahullah pun menjawab;


Benar-benar mereka telah berdusta atas nama Allah S.W.T. Mereka
mengikuti orang-orang bathiniyyah mulhid (atheis) dengan perkataan
mereka. Mereka juga telah menyelisihi ijma kaum muslimin. Sesiapa
yang menyelisihi ijma mereka, maka baginya adalah seperti yang
dinyatakan oleh Allah Taala;

Dan sesiapa yang menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya,


dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami
biarkan dia hanyut dalam kesesatan yang telah dilakukannya dan Kami
masukkan ia ke dalam Jahanam, dan Jahanam itu adalah seburuk-
buruk tempat kembali. (Surah an-Nisaa, 4: 115). (Rujuk: Tahrim Alat
ath-Tharb, m/s. 170)

16 Muhaqqiq mazhab Hanbali, Imam Ibnu Qudamah


rahimahullah (Wafat: 620H).

Beliau menyatakan;
Alat-alat muzik ada tiga jenis (pada zamannya pen.), pertamanya:
yang diharamkan, iaitu alat muzik yang dipukul atau digesek, al-autar
(yang bertali), alat yang ditiup, al-mazamir dan seluruhnya yang
sama
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

jenis dengannya seperti al-udd (gitar), thanbur, al-mizafah, rebab,


dan seumpamanya. Maka sesiapa yang terus-menerus mendengarnya,
maka persaksiannya ditolak (tidak boleh diterima). (Ibnu Qudamah,
al-Mughni, 23/182)

17 Imam Abu Bakar ath-Thurthusi rahimahullah (Wafat:


520H).

65
Beliau pernah diajukan pertanyaan berkenaan keadaan orang-orang
yang membaca sebahagian ayat al-Quran (dari kelompok sufi),
kemudian dikumandangkan kepada mereka rangkap-rangkap syair,
maka mereka pun menari dan berdendang, memukul rebana dan
rebab... adakah dibolehkan untuk turut bersama-sama mereka?

Beliau pun menjawab;


Mazhab sufi adalah mazhab yang bathil dan sesat. Islam hanyalah
kitabullah dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Adapun menari dan
mengolah
perasaan adalah perkara pertama yang direka-reka oleh sahabat-
sahabat Samiri ketika Samiri membina untuk mereka sebuah patung
anak lembu yang berbentuk jasad (lembu) yang mengeluarkan suara.
Mereka pun menari-nari di sekelilingnya dan saling berdendang
dengannya riang gembira. Tarian adalah agama orang-orang kafir dan
para penyembah anak lembu. Sedangkan majlis Nabi Shallallahu alaihi
wa Sallam dan para sahabat beliau adalah majlis ketika kepala-kepala
mereka seolah-olah dihinggapi burung kerana kekhusyukkan mereka
(tekun dan khusyu). Maka, sepatutnya bagi para penguasa dan wakil-
wakilnya supaya melarang orang-orang seperti ini agar tidak
melakukannya atau hadir di masjid dan seumpamanya. Tidak
dihalalkan bagi orang yang beriman kepada Allah dan hari kiamat
untuk turut serta bersama mereka, juga tidak boleh untuk menolong
mereka dalam kebathilan. Inilah mazhab Malik, asy-Syafii, Abu
Hanifah, dan Ahmad serta kaum muslimin lainnya. (Rujuk: al-
Qurthubi, al-Jami li Ahkamil Quran (Tafsir al-Qurthubi), 11/238.
Muhammad al-Amin asy-Syanqithi, Adhwaul Bayan, 4/88. al-Albani,
Tahrim Alat ath-Tharb, m/s. 168)

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

18 - Imam al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H).

Beliau berkata;
Para ulama dari pelbagai wilayah telah bersepakat (ijma) bahawa
sangat dibenci dan dilarangnya muzik. Hanya Ibrahim B. Saad dan

66
Ubaidullah al-Anbari sahaja yang menyelisihi al-jamaah. Rasulullah
S.A.W telah bersabda, Hendaklah engkau tetap mengikuti as-
Sawaadul Azham (al-jamaah). Sesiapa yang memisahkan diri dari al-
jamaah lalu mati, maka matinya adalah mati jahiliyyah. (al-Qurthubi,
al-Jami li Ahkamil Quran, 14/56)

Syaikh Abdul Aziz B. Bazz rahimahullah (Wafat: 1420H) berkata;


Ibrahim B. Saad dan Ubaidullah B. al-Hasan al-Anbari termasuk
atbaa at-tabiin yang tsiqah. Kemungkinan yang dinukil daripada
mereka berdua berkenaan dibolehkan mendengar nyanyian adalah
nyanyian yang sifatnya sedikit dan mengajak kepada zuhud terhadap
dunia serta mendorongnya kepada akhirat. Berprasangka bahawa
keduanya mendengar muzik yang diharamkan sebagaimana yang
diriwayatkan
daripada Abdullah B. Jafar B. Abi Thalib radhiyallahu anhu bahawa ia
mendengar nyanyian dan membeli penyanyi-penyanyi wanita perlu
diarahkan kepada bentuk nyanyian yang sedikit dan yang tidak
memalingkan manusia dari kebenaran serta tidak menjatuhkan mereka
dalam kebatilan. Lebih-lebih lagi, Ibnu Umar dan al-Hasan al-Bashri
rahimahullah telah mengingkari perkara tersebut ke atasnya.

Dan telah kita fahami daripada kalangan ahli ilmu dan ahli iman,
bahawa kebenaran lebih berhak untuk diikuti. Tidak boleh menyelisihi
al-jamaah lalu mengambil pendapat-pendapat yang ganjil (syazd)
tanpa hujah. Bahkan wajib memupuk pendapat-pendapat tersebut
kepada makna yang lebih baik selagi ada cara. Lebih-lebih lagi mereka
adalah para ulama yang wajib untuk kita berbaik sangka kepadanya
kerana telah dikenali ketaqwaan dan keimanan mereka. (Majmu
Fatwa Ibn Bazz, 3/421, Susunan: Muhammad B. Saad asy-Syuwair)

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

19 Ibnu Hajar al-Haitsami rahimahullah (Wafat: 974H).

Syaikh Ahmad B. Hussein al-Azhari menyebutkan;

67
Ibnu Hajar al-Haitsami rahimahullah menukil ijma berkaitan haramnya
alat-alat muzik, beliau berkata, Sesiapa yang menukil adanya
perselisihan (khilaf) dalam persoalan ini, maka dia telah keliru atau
telah dikuasai hawa nafsunya sehingga menjadikannya tuli dan buta.
(Kaffur Riaa, m/s. 124. Rujuk: Ahmad B. Hussein al-Azhari, an-Nuur al-
Kasaaf fii Bayaan Hukum al-Ghinaa, m/s. 18)

20 Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat:


728H):

Beliau berkata;
Maka sesiapa yang memainkan alat-alat muzik tersebut yang
padanya disertai keyakinan melaksanakan agama dan bertaqarrub
kepada Allah, maka tidak diragukan lagi kesesatan dan
kebodohannya. (Majmu al-Fatawa, 11/576)

Perkara ini banyak dapat dilihat di sekeliling kita di mana mereka


menggunakan muzik atau nyanyian atas nama nasyid Islami dengan
alasan dan tujuan pentas dakwah mengajak kepada agama.

Sebelumnya, beliau juga menyebutkan bahawa,


Alat muzik adalah khamar (pengkhayal atau candu) bagi jiwa. Ia
mampu mempengaruhi jiwa (memabukkan jiwa) dengan lebih
berkesan berbanding gelas-gelas minuman keras. (Ibnu Taimiyyah,
Majmu al-Fatawa, 10/417)

Di halaman yang lain beliau menjelaskan;,


Oleh kerana itu, dapat kita lihat bahawa orang-orang yang biasa
mendengarnya dan merasa kenyang dengannya, tidak tertarik untuk
mendengar al-Quran dan tidak gembira dengannya. Ia tidak merasa
terkesan ketika mendengar ayat-ayat al-Quran sebagaimana ia
merasakan ketika mendengar rangka-rangkap lagu. Malah apabila
mereka mendengar al-Quran, mereka mendengarnya dengan hati
yang lalai (sambil lewa) dan lisan yang kosong (gurauan). Tetapi,
apabila
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

68
mereka mendengar tepukan dan tiupan muzik, maka bingitlah seluruh
suara, berhentilah seluruh pergerakkan dan tunduklah seluruh jiwa.
(Ibnu Taimiyyah, Majmu al-Fatawa, 11/568)

21 Imam al-Baghawi rahimahullah (Wafat: 510H).

Syaikh Ahmad B. Hussein al-Azhari menyebutkan;


Fatwa daripada al-Baghawi rahimahullah menyatakan haramnya
menjual seluruh jenis alat muzik dan kebathilan, contohnya seperti
gendang, seruling, dan seluruh jenis alat muzik. Kemudian beliau
rahimahullah berkata,

Apabila sebuah gambar (makhluk bernyawa) telah diconteng, dan


alat-alat permainan muzik telah diubah dari sifat asalnya, maka boleh
dijual bahan-bahan asasnya sama ada yang terbina dari perak, kayu,
atau selainnya. (Ahmad B. Hussein, an-Nuur al-Kaasaf fii Bayan
Hukum al-Ghinaa, m/s. 16)

22 Syaikh Dr. Bakr B. Abdillah Abu Zaid rahimahullah.

Beliau berkata;
Dan kami menegaskan di sini, Bahawasanya zikir dan doa dengan
cara nyanyian, dengan lirik yang disertai pukulan alat musik,
melantunkan syair, tepuk tangan - semua itu adalah perbuatan bidah,
sangat menjijikkan dan perbuatan yang buruk. Lebih buruk daripada
melanggar batas-batas dalam berzikir dan berdoa. Siapa sahaja yang
melakukan perkara tersebut atau sebahagian daripadanya wajib untuk
segera melepaskan diri darinya, tidak menjadikan dirinya tunduk
kepada hawa nafsu dan bisikan syaitan. Sesiapa sahaja yang melihat
sebahagian daripada perkara tersebut wajib mengingkarinya. Sesiapa
sahaja di antara kaum muslimin yang memiliki keupayaan wajib
mencegahnya, mencela pelakunya, memberi pencerahan kepadanya,
dan menjelaskan kedudukan keadaan tersebut menurut kaca mata
agamanya. (Rujuk: Isham B. Abdil Munim al-Marri, al-Qaul al-Mufid fii
Hukmul an-Nasyid Maa Fatawa lil Ulama al-Ashr, m/s. 65: saaid.net).

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

69
Adapun berkenaan apa yang disebutkan oleh Dr. Yusuf al-Qadhawi
bahawa terdapat banyaknya riwayat yang tsabit yang menunjukkan
para sahabat dan tabiin mendengar muzik serta membenarkan untuk
mendengarnya, maka sebenarnya perkara tersebut adalah sangat
diragui dan sukar diterima sama sekali.

Malah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah melakukan sesuatu yang aneh dan
kurang amanah. Kerana apabila hadis al-Bukhari di dalam Shahih al-
Bukhari yang jelas sahih, beliau telah berusaha sedaya-upaya
mendhaifkan dan menafikan keabsahannya dengan pelbagai cara.
Tetapi, apabila beliau membawakan riwayat-riwayat yang disandarkan
kepada para sahabat berkenaan nyanyian (yang menyokong kehendak
beliau), beliau tidak pula melakukannya sebagaimana beliau telah
lakukan ke atas hadis riwayat al-Bukhari tadinya. Beliau hanya
menukilkan begitu sahaja tanpa penjelasan yang ilmiyah akan
darjatnya sama sekali.

Atas sebab itu, Syaikh Ahmad al-Azhari tampil membantah tindakan Dr.
Yusuf al-Qaradhawi tersebut dengan perkataannya;
Sesungguhnya orang-orang yang membolehkan muzik secara mutlak
daripada kalangan ulama terdahulu seperti Ibnu Hazm atau daripada
kalangan orang-orang masa kini seperti al-Qaradhawi, mereka berdalil
dengan beberapa atsar mauquf daripada sebilangan sahabat
(berdasarkan dakwaan mereka) bagi membolehkan muzik. Ini
merupakan hasil sikap kontroversi yang sangat aneh. Orang-orang
yang menghalalkan muzik tersebut mencari-cari jalan untuk menolak
hadis al-Bukhari, menghukumi sanad dan matannya sebagai
mutdhthorib, kemudian mereka tidak pula melakukan perkara yang
sama ketika mentakhrij atsar-atsar yang mereka jadikan dalil daripada
sebilangan sahabat bahawa mereka membenarkan muzik. Sepatutnya
mereka melakukan perkara yang sama terhadap perawi-perawi yang
ilmunya di bawah al-Bukhari. Aku meminta supaya Dr. Yusuf al-
Qaradhawi mentakhrij sekurang-kurangnya satu sanad sahaja dari
riwayat-riwayat tersebut dalam fatwanya dengan disertakan
penjelasan kesahihannya! Aku memberi peringatan kepada beliau
dengan riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim daripada Abdullah
Ibnul Mubarak bahawa beliau menyatakan, Sanad itu termasuk
daripada agama,

70
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

sekiranya tiada sanad, nescaya setiap orang bebas untuk berkata apa
sahaja. (Ahmad B. Hussein al-Azhari, an-Nuur al-Kasaaf fii Bayaan
Hukum al-Ghinaa, m/s. 34)

Syaikh Dr. Soleh Fauzan al-Fauzan hafizahullah ketika membuat


semakkan ke atas kitab al-Qaradhawi, al-Halal wal Haram, beliau
mengatakan;

Ini adalah dakwaan daripada al-Qaradhawi dan kami memintanya


supaya menyebutkan sanad-sanad yang sahih sampai kepada para
sahabat dan tabiin tersebut, dengan menetapkan kesahihan terhadap
apa yang beliau sandarkan kepada mereka. (Soleh B. Abdullah al-
Fauzan, al-Ilam bi Naqdi Kitab al-Halal wal Haram, m/s. 60: Edisi e-
Book)

Selain itu, mereka dari kalangan yang berusaha keras menghalalkan


nyanyian dan muzik mengambil pula perkataan Imam asy-Syaukani
dalam Nail al-Authar sebagai dalil. Perkara ini perlu dinilai semula
berkenaan keabsahan sandaran yang digunakan oleh Imam asy-
Syaukani tersebut sendiri.

Perkataan Imam asy-Syaukani rahimahullah yang dimaksudkan adalah


sebagaimana berikut;

Penduduk Madinah dan golongan yang sependapat dengan mereka


dari kalangan ulama Zhahiriyyah dan kelompok Sufi berpendapat
adanya keringanan dalam persoalan simaa (nyanyian) walaupun
dengan diiringi ud (alat muzik bertali) dan yara (seruling). Dan al-
Ustaz Abu Manshur al-Baghdadi asy-Syafii dalam bukunya tentang
persoalan simaa meriwayatkan bahawa Abdullah B. Jafar
berpendapat tidak mengapa dengan nyanyian dan beliau
membenarkan hamba-hamba perempuannya untuk memainkan muzik
manakala ia sendiri mendengar apa yang dinyanyikan oleh mereka
dengan alat musik yang dimainkan nya. Ini terjadi pada zaman Amirul
Mukminin Ali (Ali B. Abi Thalib). Abu Manshuur juga meriwayatkan

71
perkara yang serupa dengan itu daripada al-Qadhi Syuraih, Said B. al-
Musayib, Atha B. Abi Rabah, az-Zuhri, dan asy-Syabi.

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Telah berkata al-Imam al-Haramain dalam an-Nihayah dan Ibnu Abid


Damm yang menukil adanya penetapan dari kalangan muarrikhin
bahawasanya Abdullah bin az-Zubair memiliki hamba yang
memainkan ud. Dan bahawasannya Ibnu Umar masuk menemuinya di
mana di sisinya terdapat ud, lalu Ibnu Umar berkata, Apa ini wahai
sahabat Rasulullah? Lalu Ibnu az-Zubair mengambil untuknya. Lalu
Ibnu Umar merenungkannya dan berkata, Ini adalah mizan
(timbangan) orang Syam. Ibnu az-Zubair berkata, Yang akan
menimbang akal.

Dan diriwayatkan oleh al-Hafiz Abu Muhammad B. Hazm dalam


risalahnya tentang persoalan nyanyian dengan sanad sampai kepada
Ibnu Sirin, beliau berkata, Sesungguhnya ada seorang lelaki yang
datang ke Madinah bersama hamba-hamba perempuannya, lalu ia
menemui Abdullah bin Umar. Di antara hamba-hamba tersebut ada
yang berkemahiran memukul (alat muzik). Datanglah seorang lelaki,
lalu si pemilik hamba menawarkan hamba-hamba perempuan tersebut
kepadanya (untuk dijual), namun lelaki tersebut tidak berkenan
dengan mereka. Tetapi kemudian ia berkata, Pergilah engkau kepada
seseorang yang sama berurus-niaga seperti kamu. Ia berkata,
Siapakah
dia? Orang itu menjawab, Abdullah B. Jafar. Lalu lelaki pemilik
hamba tersebut pun pergi menawarkannya kepada Abdullah B. Jafar.
Lalu Abdullah memerintahkan salah seorang hamba tersebut dan
berkata, Ambillah uud. Hamba perempuan tersebut pun mengambil
nya lalu bernyanyi. Maka Abdullah B. Jafar membelinya. Kemudian
beliau mendatangi Ibnu Umar hingga akhir kisah.

Dan diriwayatkan pula oleh penulis kitab al-Aqd al-Allamah al-Adib


Abu Umar al-Andalusi, bahawasannya Abdullah bin Umar pernah
masuk menemui Abdullah B. Jafar. Lalu beliau mendapatinya bersama
seorang hamba wanita di kamarnya dengan ud. Abdullah B. Jafar
berkata kepada Ibnu Umar, Apakah engkau menganggap perkara

72
tersebut tidak mengapa? Beliau pun menjawab, Tidak mengapa. al-
Mawardi meriwayatkan daripada Muawiyyah dan Amru B. al-Ash
bahawasannya mereka berdua mendengar ud di sisi Ibnu Jafar...
(Rujuk: Nail al-Authar, 9/100-101. Maktabah ad-Dawah al-Islamiyyah).

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Kemudian Imam asy-Syaukani menyebutkan nama-nama yang


berkaitan yang membolehkan muzik dan nyanyian dengan menukil
perkataan Ibnu an-Nahwi. Ini adalah sebagaimana berikut:

Telah berkata Ibnu an-Nahwi dalam al-Umdah, Dan telah diriwayatkan


tentang diharuskan (dibolehkan) nyanyian dan mendengarnya dari
sekelompok sahabat dan tabiin. Dari kalangan sahabat:

Umar sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abdil Barr dan selainnya,


Utsman sebagaimana dinukil oleh al-Mawardi dan penulis kitab al-
Bayan dan ar-Rafii, Abdurrahman B. Auf sebagaimana diriwayatkan
oleh Ibnu Abi Syaibah, Abu Ubaidah B. al-Jarrah sebagaimana
diriwayatkan oleh al-Baihaqi, Saad B. Abi Waqqash sebagaimana
diriwayatkan oleh Ibnu Qutaibah, Abu Masud al-Anshari sebagaimana
diriwayatkan oleh al-Baihaqi, Bilal, Abdullah B. Arqam, Usamah B. Zaid
sebagaimana diriwayatkan juga oleh al-Baihaqi, Hamzah sebagaimana
dalam kitab ash-Shahih, Ibnu Umar sebagaimana diriwayatkan oleh
Ibnu Thahir, al-Barra B. Malik sebagaimana diriwayatkan oleh Abu
Nuaim, Abdullah B. Jafar sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu
Abdil Barr, Abdullah B. az-
Zubair sebagaimana dinukil oleh Abu Thalib al-Makki, Hassan
sebagaimana diriwayatkan oleh Abu al-Farj al-Ashbahani, Abdullah B.
Amru sebagaimana diriwayatkan oleh az-Zubair B. Bakkar, Qaradhah
B. Kab sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Qutaibah, Khawat B.
Jubair, Rabbah B. al-Mutarif sebagaimana diriwayatkan oleh penulis
kitab al-Aghani, al-Mughirah B. Syubah sebagaimana dihikayatkan
oleh Abu Thalib al-Makki, Amru B. al-Ash sebagaimana dihikayatkan
oleh al-Mawardi, Aisyah dan ar-Rabi sebagaimana terdapat dalam
Shahih al-Bukhari dan selainnya.

Dari kalangan tabiin:

73
Said B. al-Musayib, Salim B. Abdillah B. Umar, Ibnu Hassan, Kharijah
B. Zaid, Syuraih al-Qadhi, Said B. Jubair, Amir asy-Syabi, Abdullah B.
Abi Atiq, Atha B. Abi Rabbah, Muhammad B. Syihab az-Zuhri, Umar
bin Abdil Aziz, dan Sad bin Ibrahim az-Zuhri.

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Adapun dari kalangan yang mengikuti mereka tidak terhitung


jumlahnya, di antaranya adalah imam yang empat, Ibnu Uyainah, dan
jumhur Syafiiyyah. (Rujuk: Nail al-Authar, 8/101-102. Maktabah ad-
Dawah al-Islamiyyah)

Sebenarnya apa yang diutarakan oleh Imam asy-Syaukani ini dapat


dijawab dari beberapa sudut. Pertamanya dari aspek kesahihan
sandaran dan riwayat yang masih tidak dapat dipastikan, sekaligus
menimbulkan keraguan. Keduanya, sebahagian dari apa yang
disebutkan oleh beliau tersebut ternyata jelas bertentangan dengan
riwayat-riwayat yang telah dijelaskan kesahihannya. Ini adalah
sebagaimana yang telah penulis bentangkan sebelumnya.

Ini dapat dilihat contohnya berkenaan sandaran beliau kepada para


sahabat seperti Utsman, Ibnu Umar, dan Aisyah. Kemudian kepada
para tabiin seperti Said B. al-Musayyib, Syuraih al-Qadhi, Said B.
Jubair, Atha B. Rabbah, dan Umar B. Abdil Aziz.

Seterusnya penisbahan dan penyandaran beliau kepada imam yang


empat dan jumhur ulama Syafiiyyah. Ini begitu jelas sekali
bertentangan dengan hakikat sebenar yang dapat kita lihat dari apa
yang telah penulis bentangkan sebelumnya.

Dari itu, berhujah dengan apa yang disebutkan oleh Imam asy-
Syaukani ini sama sekali amat sukar untuk diterima dan sangat-sangat
diragukan keabsahannya untuk masa ini.

Ini adalah sebagaimana yang ditegaskan oleh Syaikh al-Albani


rahimahullah dalam bantahannya ke atas golongan yang bersusah-
payah menghalalkan muzik. Beliau berkata;

74
Beliau (Imam asy-Syaukani) menukil dari sebahagian pihak bahawa ia
membentangkan pelbagai pendapat ulama salaf (generasi awal) yang
membolehkan nyanyian dan muzik. Beliau berbicara panjang lebar
dalam persoalan yang tiada faedahnya. Kerana pendapat-pendapat
tersebut kebanyakannya tidak memiliki sandaran, besar ataupun kecil.
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Bahkan sebahagian riwayat tersebut bertentangan pula dengan


pendapat yang benar (sahih) daripada mereka sendiri, dan sebahagian
di antaranya diragui bentuk lafaznya sebagaimana nanti akan
dijelaskan hasil penelitiannya. (al-Albani, Tahrim Alat ath-Tharb, m/s.
98)

Dengan ini jelaslah bahawa:

1 Nyanyian (al-ghinaa) itu secara umumnya adalah sangat dibenci


(sekurang-kurangnya), dan muzik (al-Maazif) itu adalah haram.
Melainkan sekiranya dilakukan oleh kanak-kanak wanita (bukan
selainnya seperti lelaki atau orang dewasa) dengan lirik (perkataan)
yang baik (bukan maksiat) di ketika majlis pernikahan dan hari raya
(bukan waktu selainnya), manakala alat muzik yang dibenarkan untuk
itu hanyalah duff (rebanaa tau kompang) bukan selainnya.

2 Para ulama Ahlus Sunnah generasi awal dari kalangan sahabat,


tabiin, dan ulama yang mengikuti mereka dengan baik
sangat
membenci muzik dan nyanyian. Dan secara umumnya mereka
bersepakat dalam mengharamkannya berdasarkan dalil-dalil yang
sahih.

3 Adapun syair, ianya dibenarkan selagi mana tidak mengandungi


unsur-unsur yang dilarang agama dan kita tidak disibukkan serta
diasyikkan dengannya.

Bolehkah Menggunakan Muzik Untuk Berdakwah?

75
Setelah jelas akan haramnya muzik di sisi Islam, maka hendaklah kita
berusaha sedaya-upaya untuk meninggalkannya. Dan dengan ini juga,
jelaslah bahawa tidak boleh menggunakannya sebagai sarana di dalam
berdakwah.

Manhaj (prinsip) di dalam berdakwah adalah bersifat tauqifiyyah. Ianya


telah dijelaskan oleh al-Quran, as-Sunnah dan sirah Rasul-Nya. Kita
tidak boleh mengadakan sesuatu pun dari diri kita sendiri.

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Allah Subhanahu wa Taala telah berfirman,


Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan
pelajaran yang baik serta bantahlah mereka dengan cara yang baik.
(Surah an-Nahl, 16: 125)

Pengertian hikmah di sini adalah dengan merujuk kepada petunjuk as-


Sunnah dan kesesuaiannya terhadap situasi. Manakala yang baik di sini
adalah apa yang dipandang baik dari sudut agama. Bukanlah yang
baik di sini merujuk kepada akal dan pemikiran kita semata.

Katakanlah, Inilah jalan (agama)-ku, aku dan orang-orang yang


mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang
nyata. (Surah Yusuf, 11: 108)

Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh tauladan


yang baik bagimu. (Surah al-Ahzaab, 33: 21)

Muzik telah pun wujud sejak era Nabi Muhammad S.A.W bersama para
sahabatnya, namun sedikitpun mereka tidak menggunakannya sebagai
salah satu bentuk sarana untuk berdakwah. Bahkan mereka mencela
muzik itu sendiri berdasarkan apa yang ditunjukkan dari riwayat-
riwayat yang sahih lagi jelas.

Syaikh Jamal B. Furaihan al-Haritsi hafizahullah menyebutkan dan


meringkaskan perkataan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah
(Wafat: 728H) berkenaan seseorang yang menjadikan nasyid

76
(nyanyian) sebagai suatu kaedah atau sarana dalam mendakwahi
orang ramai. Berikut adalah nukilan daripada Syaikhul Islam Ibnu
Taimiyyah:

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah ditanya tentang sekumpulan orang yang


berkumpul dan bersepakat untuk melakukan dosa besar yang
berbentuk pembunuhan, rompakan, mencuri, meminum arak, dan
yang seumpama nya. Kemudian ada seorang Syaikh yang telah
dikenali sebagai orang yang baik dan mengikuti sunnah berhasrat
untuk mencegah mereka daripada perbuatan tersebut. Tetapi tidak ada
jalan lain baginya melainkan dengan menggunakan nasyid yang
dengannya mereka
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

berkumpul untuk tujuan tersebut. Perkara tersebut dilakukan dengan


duff (rebana atau kompang) tanpa diiringi dengan bunyi alat muzik dan
merupakan nyanyian dengan syair-syair yang dibenarkan tanpa diserta
kan dengan alunan seruling. Ketika syaikh tersebut melakukannya,
sebahagian daripada mereka pun bertaubat. Orang yang dahulunya
tidak pernah solat, gemar mencuri, dan tidak pernah mensucikan
dirinya pun kemudiannya menjadi orang yang wara terhadap perkara-
perkara yang tidak baik (syubhat). Mereka menunaikan kewajiban
agama dan meninggalkan apa yang dilarang. Adakah
memperdengarkan nyanyian dengan cara seperti ini dibenarkan bagi
Syaikh tersebut dengan alasan maslahah (hasil kebaikan) sebagaimana
tersebut?

Beliau (Ibnu Taimiyyah) pun menjawab:


Segala puji hanya milik Allah Tuhan seluruh alam. Sesungguhnya Allah
Azza wa Jalla telah mengutus Nabi Muhammad S.A.W dengan
membawa petunjuk dan agama yang benar. Allah Azza wa Jalla telah
menyempurnakan agama ini untuk beliau dan umatnya serta Allah
Azza
wa Jalla memerintahkan kepada hamba-Nya untuk mengembalikan
sesuatu yang mereka perselisihkan dalam urusan agama mereka
kepada apa yang dibawa oleh Nabi yang diutus. Sesiapa yang
berpegang teguh dengan al-Kitab dan as-Sunnah, maka ia tergolong
wali Allah yang bertaqwa, golongan-Nya yang beruntung dan tentera-

77
Nya yang pasti menang. Ulama salaf (generasi terdahulu) seperti Imam
Malik dan selainnya menyatakan bahawa as-Sunnah itu seperti bahtera
Nabi Nuh. Orang yang menaikinya akan selamat, manakala orang yang
tertinggal akan tenggelam...

... Sekiranya kamu telah memahami perkara ini, maka ketahuilah pula
bahawa dengannya Allah Azza wa Jalla memberikan petunjuk kepada
orang-orang yang sesat, membimbing orang-orang yang menyimpang
dan memberikan taubat kepada orang-orang yang melakukan maksiat
melalui Rasul yang Dia utuskan, iaitu dengan al-Kitab dan as-Sunnah.
Sekiranya telah jelas, maka kami katakan kepada orang yang
bertanya:

Sesungguhnya Syaikh yang berhasrat mahukan orang-orang yang


berkumpul tadi supaya bertaubat dari dosa-dosa besarnya, tetapi
tidak
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

dapat melaksanakan hasratnya melainkan dengan menggunakan cara


bidah sebagaimana yang telah disebutkan, ini semua menunjukkan
bahawa Syaikh tersebut jahil (bodoh lagi tidak mengerti) jalan-jalan
syari yang dengannya akan bertaubat para pelaku maksiat ataupun
beliau sendiri yang tidak mampu melaksanakannya. Sesungguhnya
rasul, sahabat, dan tabiin telah berdakwah kepada orang-orang yang
lebih teruk lagi daripada mereka sama ada kepada orang-orang kafir,
fasiq, atau pelaku maksiat dengan jalan-jalan yang syari yang telah
menjadikan mereka tidak memerlukan lagi jalan-jalan bidah lainnya.
(Sekian ringkasan nukilan dari Majmu al-Fatawa, 11/620-624).

Maka, lihatlah wahai para saudara yang mulia akan jalan-jalan bidah
ini dan bandingkannya dengan jalan-jalan yang telah ditempuh oleh
sebahagian pendakwah dan kelompok pada masa ini yang mereka
namakannya sebagai kaedah dakwah melalui sukan bola, muzik
nasyid, drama atau lakonan, dan mereka mengatasnamakannya
kepada Islam... (Rujuk: Dr. Soleh B. Abdullah al-Fauzan, al-Ajwibah al-
Mufiidah an
Asilatil Manahij al-Jadidah, nota kaki no. 34)

78
Terapi Serta Rawatan Terhadap Penyakit Ketagihan Nyanyian
dan Muzik

1 Sentiasa beristighfar dan bertaubat kepada Allah dengan ikhlas,


penuh penyesalan, insaf, dan berusaha sedaya-upaya meninggalkan
nyanyian dan muzik.

Allah Subhanahu wa Taala berfirman,


Dan (juga) orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau
menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah, lalu memohon
ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat
mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak
meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui.
(Surah Ali Imran, 3: 135)

2 Menjauhkan diri dari mendengar dan bermain muzik. Serta


berusaha menjauhi perkara-perkara dan tempat-tempat yang boleh
mendorong kepadanya seperti berita - berita para artis ( penyanyi
dan pemuzik ),
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

televisyen (melainkan sekiranya benar-benar perlu dan terhindar dari


perkara maksiat), radio, karnival-karnival hiburan, pusat-pusat muzik,
dan pusat-pusat membeli-belah (yang kini kebanyakannya sering
dipenuhi muzik) tanpa sebarang keperluan.

3 Memperbanyakkan atau menyibukkan diri dengan mengingati


Allah (berzikir) dan mentadabbur al-Quran.

Allah Subhanahu wa Taala berfirman,


Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk
tunduk hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang
telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-
orang yang sebelumnya telah diturunkan al-Kitab kepadanya,
kemudian berlalulah masa yang panjang kepada mereka lalu hati
mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah
orang-orang yang fasiq.
(Surah al-Hadid, 57: 16)

79
4 Sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dengan
memenuhi segala tuntutan agama yang wajib dan menambah dengan
amal-amal yang soleh atas dasar ilmu dan ittiba (mengikuti as-
Sunnah). Sikap komited kita terhadap amal-amal kebaikan mampu
menjadi benteng yang kuat dalam usaha-usaha menjauhi perkara-
perkara yang maksiat. Lama-kelamaan dengan sendirinya ia mampu
melahirkan sebuah perasaan benci dan tidak suka terhadap perkara-
perkara yang telah sedia dilarang oleh Allah S.W.T.

5 Memperbanyakkan doa dengan memohon kekuatan, petunjuk, dan


hidayah kepada Allah S.W.T agar kita tidak dikembalikan kepada
kemungkaran bergelumang dengan muzik.

6 Menuntut ilmu yang syari. Kerana dengan ilmu yang syarilah kita
akan dapat membezakan mana yang baik dan buruk buat diri kita.
Dengan ilmu hati-hati kita menjadi lebih damai dan tenteram. Dengan
ilmu jugalah ia akan mendorong kita untuk melakukan kebaikan dan
meninggalkan pelbagai perkara yang buruk lagi tidak bermanfaat
serta

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

yang dibenci oleh Allah. Sekaligus ia membimbing kita kepada jalan


yang diredhai menuju syurga Allah yang kekal lagi bahagia.

Rasulullah S.A.W bersabda,


Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan
memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum
berkumpul di salah sebuah rumah Allah (masjid) untuk membaca
Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan
ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi
mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat
yang berada di sisi-Nya. (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)

7 Memilih rakan-rakan atau sahabat-sahabat yang soleh dan baik


akhlaknya sebagai teman pergaulan.

80
Allah Subhanahu wa Taala berfirman,
Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang
menyeru Rabb-Nya di pagi dan malam hari dengan
mengharap
keredhaan-Nya. Dan janganlah kedua matamu berpaling daripada
mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini. Dan janganlah
kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari
mengingati Kami, serta yang mengikuti hawa nafsunya, dan adalah
keadaannya itu melampaui batas. (Surah al-Kahfi, 18: 28)

Dengan adanya teman yang baik dan soleh, insyaAllah keinginan


terhadap perkara-perkara yang buruk dapat ditinggalkan dengan lebih
mudah. Ini kerana dengan adanya suasana yang baik dan soleh,
keburukan serta maksiat akan lebih sukar untuk berlaku. Perasaan
akan menjadi lebih aman, terjaga, malu, dan tenteram. Sebaliknya,
semangat, kekuatan, dan dorongan untuk melakukan kebaikan akan
lebih tinggi.

8 Berusaha meletakkan minat atau kecenderungan kepada perkara-


perkara yang lebih bermanfaat. Terutamanya perkara ilmu syari
seperti hadir ke majlis-majlis ilmu dan menanamkan minat mengumpul
buku serta suka membaca tulisan para ulama. Atau mungkin boleh
juga membaca maklumat - maklumat lainnya dari perkara-perkara
yang berfaedah dan
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

tiada larangan seperti berkaitan alam, tumbuh-tumbuhan (botani),


ternakan, pertanian, sains, teknologi, dan seumpamanya.

9 Menghiburkan diri dengan perkara-perkara atau kerja-kerja yang


bermanfaat yang diredhai dan tidak dibenci oleh Allah S.W.T. Ini
termasuklah seperti amalan riadah keluar bertani (atau berkebun),
pergi bersiar-siar melihat keindahan alam ciptaan Allah untuk
menghiburkan hati, memelihara dan bermain dengan haiwan yang
dibenarkan, keluar melancong, membaca buku-buku atau kisah-kisah
para Nabi dan ulama, menonton dokumentari haiwan, atau yang lain
seumpamanya.

81
Menanamkan minat suka membaca adalah sangat baik dari sudut
usaha-usaha peningkatan ilmu dalam diri. Membaca buku-buku sirah
para Nabi dan kisah-kisah para ulama yang sahih pula adalah antara
sikap yang terpuji dan sebahagian dari maklumat penting yang perlu
diketahui oleh setiap muslim. Ini sekaligus dapat mengelakkan kita dari
menyibukkan diri mengambil tahu biografi dan maklumat para tokoh
yang tidak bermanfaat seperti para artis, para penyanyi, pemuzik,
dan
seumpamanya. Dalam masa yang sama, pelbagai contoh, tauladan,
dan manfaat yang baik dapat kita ambil melalui peribadi seorang Nabi
dan para ulamanya.

Allah Subhanahu wa Taala telah berfirman;


Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh tauladan
yang baik bagimu. (Iaitu) bagi mereka yang mengharap (rahmat) Allah
dan (kedatangan) hari kiamat, dan dia banyak mengingati Allah.
(Surah al-Ahzaab, 33: 21)

Manakala Rasulullah S.A.W bersabda,


Sesungguhnya para ulama itu adalah pewaris para Nabi. Dan para
Nabi itu tidaklah mewariskan dinar mahu pun dirham. Namun, mereka
mewariskan ilmu. Maka, sesiapa yang mengambil ilmu tersebut, benar-
benar dia telah mendapat bahagian yang sangat besar.
(Hadis Riwayat Abu Daud, 49/10, no. 3157).

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Ini dapat difahami bahawa dengan menekuni keperibadian dan


keilmuan para ulama itu akan mampu membantu kita menghayati
agama dengan lebih baik dari sudut kefahaman terhadap aqidah dan
akhlak. Ini boleh dihayati melalui warisan tinggalan mereka berupa
karya-karya agung yang berisi penjelasan al-Quran dan as-Sunnah.
Sekaligus sebaliknya, tidaklah kita disibukkan dengan tokoh-tokoh artis
serta pelbagai bentuk hiburan yang tidak bermanfaat lagi sia-sia
seperti nyanyian dan muzik.

82
10 Mendengar bacaan al-Quran oleh para qari yang baik. Disamping
memperbaiki, menyemak, dan memperbanyakkan bacaan serta
hafalan terhadap ayat-ayat suci al-Quran itu sendiri. Di samping itu,
boleh juga menambahkan usaha-usaha memahami ayat demi ayat al-
Quran berdasarkan tafsiran para ulama.

11 Mendengar rakaman kuliah-kuliah ilmu yang syari lagi


bermanfaat. Kuliah-kuliah dalam bentuk rakaman mp3, VCD, CD
(Audio), DVD, dan lain-lain kini boleh diperolehi dengan mudah. Selain
rakaman bacaan al-Quran, rakaman rakaman kuliah ini juga
mampu menjadi alternatif
kepada drama, filem, nyanyian dan muzik di ketika berada dalam
perjalanan (dalam kenderaan seperti kereta), ketika di bilik tidur, ketika
duduk bersantai bersama-sama keluarga, dan sebagainya.

Wallahu alam...

Nota Kaki:

[1]. Terdapat sebahagian pihak yang mendakwa bahawa hadis al-


Bukhari tersebut terputus sanadnya dan tidak bersambung sanadnya
di antara al-Bukhari dengan Shodaqah B. Khalid. Dan mereka juga
berkata bahawa Imam al-Bukhari tidak mendengar secara langsung
hadis ini daripada Hisyam B. Ammar. Perkara ini telah disebutkan oleh
Ibnu Hazm, dan kemudiannya pada masa ini diikuti pula antaranya
oleh Muhammad al-Ghazali dan Dr. Yusuf al-Qaradhawi.

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Apa yang dilontarkan oleh Ibnu Hazm tersebut sebenarnya telah


disangkal oleh Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) dan
para ulama lainnya sebagaimana berikut:

Pertamanya:

Bahawasanya al-Bukhari telah bertemu dengan Hisyam B. Ammar dan


mendengar daripadanya, di mana apabila al-Bukhari menyebutkan,

83
Berkata Hisyam, maka ianya adalah sama taraf atau kedudukannya
dengan perkataan beliau apabila menyatakan, Daripada Hisyam B.
Ammar.

Kedua:

Jika sekiranya beliau (al-Bukhari) tidak mendengar daripada Hisyam B.


Ammar, sudah tentu Imam al-Bukhari tidak akan menyebutkannya
dengan lafaz jazm (lafaz yang pasti dan tegas) melainkan apabila
beliau telah mengetahui secara pasti bahawa Syaikhnya (gurunya)
tersebut memang menyampaikan hadis tersebut. Ini sering berlaku
kerana banyaknya perawi yang meriwayatkan hadis tersebut
daripadanya dan
ia telah sedia maklum. Manakala al-Bukhari adalah seorang yang
sangat jauh dari tuduhan pemanipulasi hadis (mudallis).

Ketiga:

Beliau mencantumkan hadis tersebut dalam kitab sahihnya dan beliau


menjadikan hadis tersebut sebagai hujjah di bawah satu bab.
Sekiranya hadis tersebut tidak sahih, sudah tentu beliau tidak akan
meletakkannya demikian. Tanpa diragui, hadis tersebut adalah sahih.

Keempat:

Walaupun Imam al-Bukhari telah menggunakan lafadh muallaq, tetapi


beliau telah menyebutkannya dengan shighah jazm (tegas) dan bukan
dengan shighah tamridh (tidak tegas). Sekiranya Imam al-Bukhari
masih tidak dapat memastikan atau hadis tersebut tidak memenuhi
syarat hadis
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

sahih menurut beliau, sudah tentu beliau akan menyebutkan, Telah


diriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W, Telah disebutkan daripada
Fulan, atau yang seumpama dengannya. Namun apabila beliau
berkata, Telah bersabda Rasulullah S.A.W atau Telah berkata Fulan,
bermakna beliau telah memastikan dengan tegas dan menyandarkan
riwayat tersebut kepadanya. Dan di sini, beliau (Imam al-Bukhari) telah

84
menyatakan dengan tegas hadis ini kepada Hisyam. Maka bermakna
hadis ini adalah sahih menurut kriteria yang beliau tetapkan.

Kelima:

Jika sekiranya kita menolak hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-
Bukhari ini atas sebab sanadnya yang terputus, maka ia masih tetap
jelas sahih lagi bersambung (sahih muttashil) sanadnya melalui
riwayat selain daripadanya. (Rujuk: Ighatsaul Lahfan, m/s. 260. Tahdzib
Sunan Abi Daud wa Idhohi Musykilatihi, 2/227. Tahrim Alat ath-Tharb,
m/s. 82. Ahmad B. Hussein al-Azhari, An-Nuur al-Kasaaf fii Bayaan
Hukum al-Ghinaa, m/s. 25)

Al-Hafizh Abu Amru Ibnu Sholah berkata dalam Kitab Ulumul Hadits,
Tidak perlu dipedulikan lagi alasan yang diutarakan oleh Ibnu Hazm
az-Zhahiri dalam menolak riwayat al-Bukhari daripada hadis Abu Amir
atau Abu Malik al-Asyary... kerana al-Bukhari telah meriwayatkannya
dan menyatakan dalam riwayatnya,

Hisyam bin Ammar berkata... kemudian beliau menyebutkan


sanadnya. Ibnu Hazm mendakwa sanad ini terputus di antara al-
Bukhari dengan Hisyam, lalu dijadikannya sebagai bantahan terhadap
hujah pengharaman alat muzik (al-maaazif). Namun beliau
sebenarnya telah keliru (tersilap) dalam masalah ini dari beberapa
sudut. Hadis ini adalah hadis sahih dan maruf, bersambung sanadnya
bertepatan dengan syarat hadis sahih. (Dinukil dari: an-Nuur al-Kaasaf
fii Bayan Hukum al-Ghinaa wa al-Maazif, m/s. 25)

Al-Hafiz al-Iraqi rahimahullah ketika mentakhrij hadis tersebut, beliau


menjelaskan;

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Kebiasaannya hadis-hadis yang muallaq terputus sanadnya dari


pangkal sanad sehingga kepada yang meriwayatkannya. Hadis
muallaq memiliki beberapa bentuk yang telah difahami. Dan hadis ini
tidak termasuk ke dalamnya. Kerana Hisyam B. Ammar adalah guru al-

85
Bukhari. Al-Bukhari mengambilnya sebagai hujah dalam kitab
sahihnya. (al-Mughni an Hamlil Asfaar, 2/271)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) berkata


ketika mengkritik perkataan Ibnu Hazm,

Dan perkataan Ibnu Hazm ini adalah salah kerana beliau kurang
teliti. (Fathul Bari, 10/52)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata,

Hadis berkenaan alat-alat muzik telah sahih diriwayatkan oleh al-


Bukhari dalam kitab sahihnya secara muallaq dengan sighah jazm
(lafaz yang tegas dan pasti), bersesuaian dengan syarat beliau. (al-
Istiqamah, m/s. 294)

Hadis tersebut juga telah jelas diriwayatkan secara bersambung dalam


kitab yang lain. Ini adalah sebagaimana berikut,

[Pertama] - Dalam riwayat Ibnu Hibban, hadis tersebut secara jelas


diriwayatkan secara bersambung (bukan muallaq):

Telah mengkhabarkan kepada kami al-Husain bin Abdillah al-


Qaththaan beliau berkata: Telah menceritakan kepada kami Hisyam bin
Ammar beliau berkata: Telah menceritakan kepada kami Shodaqah bin
Khalid beliau berkata: Telah menceritakan kepada kami Ibnu Jaabir
beliau berkata: Telah menceritakan kepada kami Athiyyah bin Qais
beliau berkata: Telah menceritakan kepada kami Abdirrahman bin
Ghunm beliau berkata: Telah menceritakan kepada kami Abu Aamir
atau Abu Maalik al-Asyary bahawasannya mereka berdua telah
mendengar Rasulullah S.A.W bersabda,

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Akan ada di kalangan umatku suatu kaum yang akan menghalalkan


sutera, khamr, dan alat-alat muzik (al-maaazif). (Rujuk Shohih Ibnu
Hibban, 15/154, no. 6754. Syaikh Syuaib al-Arnauth turut
mensahihkan hadis ini dalam Tahqiqnya ke atas Shohih Ibnu Hibban)

86
Sanad ini sama dengan sanad Imam al-Bukhari dan disebutkan secara
bersambung kepada Hisyaam bin Ammar oleh Imam Ibnu Hibban
daripada al-Husain bin Abdillah Al-Qaththaan (iaitu dengan memakai
shighah, Haddatsanaa Hisyaam bin Ammar). al-Husain bin Abdilah
al-Qaththaan ini adalah perawi yang tsiqah (dipercayai) lagi haafiz
(kuat hafalannya). (Rujuk: Siyar Alam an-Nubala, 14/287)

[Kedua] - Diriwayatkan secara bersambung oleh ath-Thabrani:

Telah menceritakan kepada Muhammad B. Yazid B. Abdush Shomad


ad-Dimasyqi, telah menceritakan kepada kami, Hisyam B. Ammar.
Telah mengkhabarkan kepada kami Shodaqah B. Khalid, telah
mengkhabar kan kepada kami Ibn Jaabir, telah mengkhabarkan
kepadaku Athiyah B. Qais al-Kilaabi, telah mengkhabarkan kepadaku
Abdurramahn B. Ghunm, telah mengkhabarkan kepadaku Abu
Amir atau Abu Malik,
demi Allah beliau tidak membohongiku, bahawasanya aku mendengar
Rasulullah S.A.W bersabda;

Akan ada di kalangan umatku suatu kaum yang akan menghalalkan


sutera, khamr, dan alat-alat musik (al-maaazif). (Musnad asy-
Syamiyyin, 1/338, no. 588)

Ath-Thabrani berkata dalam al-Mujam al-Kabir 3/319, no. 3417,


demikian juga Dalaj dalam Musnad al-Muqilin (1-2/2) yang
daripadanya adz-Dzahabi mengambil riwayat. Mereka berdua berkata,
Musa B. Sahal al-Juni al-Bashri menceritakan kepada kami, beliau
berkata, Hisyam B. Ammar telah menceritakan sebuah riwayat kepada
kami, iaitu sebagaimana dalam riwayat al-Bukhari. Dan melalui jalur
ath-Thabrani diriwayatkan oleh adh-Dhiya al-Maqdisi dalam Muwafaqat
Hisyam B. Ammar, 37/1-2.

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Musa adalah seorang perawi yang dapat dipercayai lagi hafiz.


Disebutkan biografinya dalam Siyar Alam an-Nubala, 14/261.
Ditambah lagi dengan Dalaj (Muhammad B. Ismail B. Mahran

87
al-Ismaili) iaitu seorang perawi yang dapat dipercayai lagi hafiz (yang
kuat hafalannya). Bukan al-Ismaili penyusun al-Mustakhraj.

[Ketiga] - Diriwayatkan secara bersambung oleh al-Ismaili:

Al-Ismaili dalam al-Mustakhraj Ala ash-Shohih, demikian juga melalui


jalur riwayat al-Baihaqi dalam Sunannya, 10/221 menyatakan, al-
Hasan B. Sufyan telah menceritakan kepada kami, beliau berkata,
Hisyam B. Ammar telah menceritakan kepada kami (dengan hadis
yang sama).

Al-Hasan B. Sufyan (dari Khurasan Naisabur) adalah seorang perawi


yang hafiz dan mantap hafalannya, termasuk guru Ibnu Khuzaimah
dan Ibnu Hibban serta para hafiz lainnya. Biografinya disebutkan dalam
Siyar Alam an-Nubala, 14/157, 162, dan dalam Tazkiratul Huffaz.

Masih terdapat empat perawi lain yang mendengar daripada Hisyam,


dikeluarkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Taghliq at-Taliq, 5/17-19.
(Rujuk: al-Albani, Tahrim Alat ath-Tharb, m/s. 39-41)

Selain itu, Syaikh Ahmad B. Hussein al-Azhari menjelaskan,

Abu Nuaim telah meriwayatkan secara bersambung dalam kitab al-


Mustakhraj ala Kitab Shohih wa al-Baihaqi (10/221). Dan Ibnu Asakir
di dalam at-Tarikh (19/79) dari beberapa jalur daripada Hisyam B.
Ammar. Dan diriwayatkan juga oleh al-Hasan B. Sufyan dalam
Musnadnya. Juga Abu Bakr al-Ismaili dalam al-Mustakhraj dan Abu
Dzar al-Harawi perawi kitab sahih serta banyak lagi dari selainnya.
(Ahmad B. Hussein, an-Nuur al-Kaasaf fii Bayan Hukum al-Ghinaa wa
al-Maazif, m/s. 26)

Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyatakan bahawa Hisyam B. Ammar adalah


perawi yang dhaif, dan begitu pula Malik B. Abu Maryam lebih teruk
lagi. Ibnu Hazm pernah berkata mengenainya, Tidak diketahui
(majhul) siapakah dia? Imam azd-Dzahabi telah berkata, Dia tidak
dikenali.
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

88
Ahmad B. Hussein al-Azhari memberikan penjelasan terhadap
penyataan tersebut sebagaimana berikut,

Ibnu Hazm rahimahullah berkata dalam risalahnya, Kemudian


sanadnya sampai kepada Abu Amir atau Abu Malik, tidak diketahui
siapa dia Abu Amir ini?

Ini dapat disanggah bahawa para sahabat radhiyallahu anhum secara


umum semuanya adalah tsiqah, sama ada yang diketahui atau pun
tidak.

Ucapan Ibnu Hazm, Tidak diketahui siapa Abu Amir ini menunjukkan
bahawa Abu Amir majhul (tidak diketahui) menurut Ibnu Hazm. Dan
menurut mazhabnya, beliau tidak menerima hadis orang-orang yang
dikategorikan sahabat Nabi sehingga disebut namanya dan diketahui
keutamaannya. Menurutnya, Abu Amir tidak memiliki kriteria tersebut.
Jadi, cacatnya riwayat ini menurut beliau (Ibnu Hazm) adalah
kerana
adanya perawi yang masih diperselisihkan sama ada ia termasuk
perawi yang dikenali atau tidak, bukan permasalahan nama sahabat
tersebut.

Sebahagian ulama telah menjawab syubhat ini, dengan memilih


riwayat yang menyebut, Daripada Abu Malik.

Imam al-Bukhari sendiri di dalam Tarikhnya telah memilih bahawa


riwayat ini daripada Abu Malik di mana beliau berkata,

Riwayat ini difahami daripada Abu Malik al-Asyary... berasal daripada


riwayat Malik B. Abi Maryam daripada Ibnu Ghunm daripada Abu Malik,
tanpa sebarang keraguan.

Berkata Ibnu Hajar di dalam Kitab Tahzib at-Tahzib: Hadis ini daripada
Abu Malik.

Walau bagaimanapun keadaanya, para ahli ilmu telah menetapkan


ketsiqahan seluruh sahabat Nabi Radhiyallahu anhum. Sahabat Nabi

89
adalah tsiqah, sama ada diketahui namanya ataupun tidak,
diketahui
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

gelarannya ataupun tidak, ia tetap tsiqah dan diterima riwayatnya. Ini


merupakan mazhab majoriti ahli ilmu. (Ahmad B. Hussein, an-Nuur al-
Kaasaf fii Bayan Hukum al-Ghinaa wa al-Maazif, m/s. 27-28)

Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 784H) berkata dalam Kitab al-


Muqizhah,

Di antara contoh perbezaan dua orang hafiz adalah salah seorang


menyebut seorang perawi tsiqah pada satu sanad lalu yang lain
menggantikannya dengan perawi tsiqah yang lain, atau salah seorang
berkata: Daripada seorang lelaki, manakala yang lain mengatakan:
Daripada fulan, ia menyebut nama perawi yang masih samar tadi. Ini
tidaklah merosakkan kesahihan hadis. (Rujuk: adz-Dzahabi, al-
Muqidzah fii Ilmu Mushtholahul Hadits, m/s. 10. Lihat juga: Ahmad B.
Hussein, an-Nuur al-Kaasaf fii Bayan Hukum al-Ghinaa wa al-Maazif,
m/s. 27-28)

Al-Hafiz Ibnu Hajar menyebutkan dalam Taghliqut Taliq dengan


katanya,
Hadis ini adalah sahih, tiada kecacatan dan tiada kelemahan. Abu
Muhammad Ibnu Hazm telah melemahkan hadis ini disebabkan
terputusnya sanad di antara al-Bukhari dengan Shodaqah B. Khalid,
juga kerana wujudnya perbezaan pendapat tentang nama Abu Malik.
Dan sebagaimana yang kita lihat, bahawa aku telah menyentuh tidak
kurang dari sembilan riwayat daripada Hisyam B. Ammar secara
bersambung, di antaranya seperti al-Hasan B. Sufyan, Abdan, Jaafar
al-Firyabi, yang kesemuanya adalah hafiz yang mantap. Adapun
perbezaan pendapat berkenaan gelaran sahabat, maka seluruh
sahabat adalah para perawi yang adil. (Ibnu Hajar, Taghliqut Taliq ala
Shohih al-Bukhari, 5/22)

Beliau turut menegaskan dalam Fathul Bari dengan katanya, Keraguan


dalam menentukan nama seseorang sahabat tidaklah memberi kesan
yang negatif. Ibnu Hazm telah melemahkan hadis dengan sebab

90
tersebut (kerana ada sahabat Nabi yang tidak dikenali). Dan pendapat
beliau itu adalah tertolak. (Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari,
10/24)

Keraguan dalam menentukan nama seseorang sahabat tidaklah


memberi kesan yang negatif sebagaimana dijelaskan dalam ilmu hadis.
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Maka, tidak perlu mengambil kira pendapat mereka yang melemahkan


hadis yang menggunakan alasan tersebut. Apatah lagi bahawa sahabat
tersebut adalah Abu Malik al-Asyaari, yang merupakan seorang
sahabat Nabi yang terkenal. (Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari,
10/55)

Berkenaan Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan mereka yang mendhaifkan hadis


tersebut atas alasan dhaifnya Hisyam B. Ammar, maka perkara ini
disentuh dan diulas oleh Ahmad B. Hussein al-Azhari dengan katanya,

Tidak ada seorangpun yang mendhaifkan hadis al-Maazif (alat-alat


muzik) tersebut yang diriwayatkan oleh al-Bukhari atas alasan dhaifnya
Hisyam B. Ammar melainkan Syaikh Yusuf al-Qaradhawi di mana
beliau berkata,

Hadis ini, walaupun terdapat dalam Shohih al-Bukhari, ia adalah hadis


yang muallaq, bukan riwayat yang musnad (berkait) lagi bersambung
sanadnya. Oleh sebab itulah, Ibnu Hazm menolak hadis ini
dengan
alasan keterputusan sanadnya. Selain muallaq, mereka juga
menyebut kan, Sesungguhnya sanad dan matannya tidak selamat
dari kegoncangan (idhthorib). Sanadnya bermasalah disebabkan
Hisyam B. Ammar (Sila lihat: al-Mizan dan Tahzib at-Tahzib), begitu
ramai ahli hadis yang mendhaifkannya.

(Kemudian Ahmad B. Hussein berkata) Alasan ini sangat lemah sekali...


sekaligus menunjukkan kelemahan beliau (al-Qaradhawi) dalam ilmu
hadis. Kerana hadis ini telah diriwayatkan daripada jalan lain selain
Hisyam. Dan al-Bukhari pula tidak meriwayatkan melainkan daripada
perawi yang tsiqah.

91
Al-Bukhari tidak meriwayatkan daripada seorang perawi sehinggalah
beliau mengetahui kesahihan hadisnya.

Syaikh Abdurrahman al-Faqih hafizahullah berkata,

Apabila kita mengatakan ketersambungan sanad riwayat di antara al-


Bukhari dengan Hisyam, maka itulah yang benar lagi tepat.
Dalam
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

keadaan ini, hadis tersebut sahih, Hisyam B. Ammar walaupun ada


sedikit komentar terhadapnya, al-Bukhari telahpun terlebih dahulu
menyaring (meneliti) hadis-hadis perawi yang seperti itu keadaannya
dan beliau tidak meriwayatkan kesemua hadis-hadisnya. Berikut
terdapat nukilan yang sangat penting daripada Imam al-Bukhari
rahimahullah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam at-Tirmidzi di
dalam kitab al-Illal al-Kabir,

Aku bertanya kepada Muhammad (al-Bukhari) tentang Daud B.


Abdillah yang meriwayatkan hadis daripada Ibnu Judan, beliau
berkata, Ia adalah perawi muqaribul Hadis. Muhammad (iaitu al-
Bukhari) berkata, Abdul Karim Abu Umayyah muqaribul Hadis dan
Abu Masyar al-Madiini Najih maula Bani Hasyim adalah perawi dhaif,
aku tidak meriwayatkan satu hadis pun daripadanya dan aku tidak
menulis hadisnya. Setiap perawi yang aku tidak dapat memilih sama
ada sahih atau dhaif hadisnya, maka aku tidak meriwayatkan
daripadanya dan aku tidak menulis hadisnya. Aku tidak menulis
hadis Qais B. ar-Rabi.
(Rujuk: at-Tirmidzi, al-Illal al-Kabir, 2/978. Dan Hamzah Adib, as-
Saamiraai, m/s. 394. Dinukil daripada Ahmad B. Hussein, an-Nuur al-
Kaasaf fii Bayan Hukum al-Ghinaa wa al-Maazif, m/s. 29)

Berkenaan kritikan terhadap Hisyam B. Ammar, Imam adz-Dzahabi


rahimahullah menjelaskan di ketika menyebut biografinya,

92
Berkata Abu Bakar al-Marwadzi: Ahmad B. Hanbal (Imam Ahmad)
mengulas Hisyam B. Ammar dengan katanya, Orang yang kurang
akal, lemah.

Aku katakan (Imam adz-Dzahabi),

Adapun perkataan Imam Ahmad tentangnya, Kurang akal adalah


disebabkan telah sampai kepada beliau bahawa Hisyam berkata dalam
khuthbahnya, Segala puji bagi Allah Taala yang muncul kepada
makhluk-Nya melalui makhluk-Nya.

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Ucapan seperti ini tidak sepatutnya dilontarkan, walaupun maknanya


benar. Akan tetapi, kaum hululiyah dan wehdatul wujud berhujah
dengan ucapan ini. Tiada nukilan yang sampai kepada kita bahawa
Allah Taala muncul kepada sesuatu melainkan kepada gunung
Thursina dan menjadikannya hancur berderai. Dan berkenaan
munculnya Allah Taala kepada Nabi Muhammad S.A.W masih
diperselisihkan dan telah diingkari oleh Aisyah radhiyallahu anha dan
ditetapkan oleh Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma. Namun
kesimpulannya, perkataan di antara ulama yang setaraf boleh jadi
mungkin benar, dan mungkin salah. Tidak membukanya lebih baik
daripada menyebarkannya. Hanya sahaja, apabila para ulama yang
sezaman telah sepakat atas kedhaifan seseorang perawi, maka
perkataan mereka boleh dijadikan pegangan, Wallahu alam... (Rujuk:
adz-Dzahabi, Siyar Alam an-Nubala, 11/427 dan 432)

Berikut disebutkan mutabaah (sokongan/penguat) Hisyam bin Ammar


dan Shodaqah bin Khalid:

Hadis Hisyam bin Ammar (dan gurunya: Shodaqah bin Khalid) yang
muttashil sahih (bersambung dan sahih) tersebut juga mempunyai
mutabaah dari Abdul Wahhab bin Najdah daripada Bisyr bin Bakr.
Riwayat tersebut terdapat dalam Sunan Abi Dawud secara muttashil
(bersambung) sebagaimana berikut:

93
Telah menceritakan kepada kami Abdil Wahhab bin Najdah: Telah
menceritakan kepada kami Bisyr bin Bakr, daripada Abdirrahman bin
Yazid bin Jabir: Telah menceritakan kepada kami Athiyyah bin Qais,
beliau berkata: Aku mendengar Abdurrahman bin Ghunm al-Asyary
beliau berkata: Telah menceritakan kepadaku: Abu Amir atau Abu
Malik demi Allah beliau tidak membohongiku bahawasannya beliau
telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda;,

Akan ada di kalangan umatku satu kaum yang akan menghalalkan


zina, sutera - (perawi berkata): dan beliau menyebutkan satu
perkataan. Kemudian Nabi S.A.W meneruskan, Sebahagian daripada
mereka yang lain diubah menjadi kera dan babi sehingga hari kiamat.
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Susunan sanad hadis tersebut adalah:

- Abdul Wahhab bin Najdah

- Bisyr bin Bakr

- Abdurrahman bin Yazid bin Jabir

- Athiyyah bin Qais

- Abdurrahman bin Ghunm

- Abu Amir atau Abu Malik al-Asyary

- Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam

Hadis di atas tidak menyebutkan lafaz atau perkataan al-maazif


(alat-alat muzik). Tetapi telah disebutkan oleh perawi dengan lafaz, (
) dan beliau menyebutkan satu perkataan. Makna
perkataan ini dijelas
kan dalam riwayat yang lain oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Taghliqut
Taliq dan al-Ismaili dalam al-Mustakhraj daripada Abdurrahman bin
Ibrahim yang dikenali dengan ad-Duhaim. ad-Duhaim berkata, Telah
menceritakan kepada kami Bisyr bin Bakr: Telah menceritakan kepada
kami Ibnu Jabir, daripada Athiyyah, dan seterusnya {
... }. Kemudian menyebutkan hadis,

94
... Yang menghalalkan zina, sutera, khamr (arak), alat-alat muzik (al-
maazif).

Mutabaah (sokongan) yang lain adalah Isa bin Ahmad al-Asqalani


yang diriwayatkan oleh Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyqi (19/196)
daripada al-Hafiz Abi Said al-Haitsam B. Kulaib asy-Syaasyii
daripadanya (Isa B. Ahmad al-Asqalani).

Untuk mutabaah seterusnya tentang Athiyah B. Qais (yang dinyatakan


ketsiqahannya oleh seluruh hafiz hadis yang menulis biografinya) dan
Ibrahim B. Abdil Hamid B. Dzi Himayah, Syaikh al-Albani telah
menjelas kannya secara panjang lebar dalam rangka menjawab
dakwaan
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

daripada mereka yang cuba melemahkan hadis ini dari pelbagai sudut.
Kepada yang berminat boleh membuat rujukan kepada buku beliau
(Syaikh al-Albani rahimahullah) berjudul Tahrim Alat ath-Tharb.

Syaikh al-Albani telah memberi komen kepada mereka yang bersusah-


payah dan berusaha keras mahu melemahkan hadis ini dengan
katanya,

Orang-orang yang melemahkan hadis-hadis sahih yang disebut tadi


sebenarnya telah menyebarkan aibnya sendiri dengan secara nekad
melemahkan hadis al-Bukhari ini dari setiap jalur riwayat dan riwayat-
riwayat yang menyertainya dengan menggunakan pelbagai ungkapan
yang menyimpang dan aneh, yang tidak mungkin keluar dari mulut
orang yang takut kepada Allah, atau setidak-tidaknya malu di hadapan
orang ramai. Dalam ungkapannya tersebut sangat jelas pembohongan
dan penyelewengannya ke atas kaedah-kaedah ilmiyah serta prinsip
para pengkritik dari kalangan penghafal (huffaz) hadis umat ini.
Mereka
lebih mendahulukan kejahilannya daripada ilmu para ulama... (al-
Albani, Tahrim Alat ath-Tharb, m/s. 43)

Ibnu Hazm juga berpendapat bahawa hadis ini mudhtharib dari sisi
matan (teksnya) kerana beberapa alasan,

95
Pertama: Diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam kitab Sahih-nya
dengan lafaz, Yastahilluuna (menghalalkan), manakala dalam Kitab
Tarikh-nya pula tanpa lafaz tersebut.

Kedua: Imam Ahmad dan Ibnu Abi Syaibah serta yang lainnya
meriwayatkannya dengan lafaz: Layasyrabanna unaasun min ummati
al-khamr.

Ketiga: Disebutkan di dalamnya lafaz, Yastahilluunal hira dikatakan


bahawa lafaz ini dibaca dengan huruf haa dan raa tanpa titik, dan
diriwayatkan juga dengan huruf khaa dan zay dengan titik.

[1]Syaikh Ahmad B. Hussein al-Azhari mengeluarkan bantahannya


kepada pendapat tersebut dengan katanya,
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Tidak mungkin kita nyatakan hadis ini sebagai mudhtharib melainkan


sekiranya semua riwayat yang saling bertentangan itu sama kuatnya,
dan tidak mungkin lagi dapat dilakukan tarjih atau penggabungan di
antara jalur-jalur sanadnya.

Hakikatnya, hadis yang kita bahas ini tidaklah demikian. Kerana


seluruh kontroversi yang ditimbulkan tersebut boleh ditarjih (dipilih
mana yang paling tepat) atau digabungkan. Sekurang-kurangnya kita
katakan bahawa lafaz tersebut merupakan tambahan daripada perawi
tsiqah yang tidak bertentangan, maka wajib diterima. Kemudian Imam
al-Bukhari tidak begitu mengutamakan persoalan matan dalam kitab
Tarikh-nya. Kerana bukan itu yang menjadi fokus kitab tersebut. Berapa
banyak hadis yang diringkaskan lafaznya, beliau hanya mencantumkan
sekadar keratan kecilnya sahaja. Kemudian riwayat dengan lafaz
tersebut tidak sama kekuatannya dengan riwayat yang memiliki
lafaz, Yastahilluuna,
wallahu alam. (Ahmad B. Hussein, an-Nuur al-Kaasaf fii Bayan Hukum
al-Ghinaa wa al-Maazif, m/s. 28)

[2]. Imam at-Tirmidzi menyatakan hadis tersebut dengan


perkataannya,

96
Hadis ini telah diriwayatkan daripada al-Amasy daripada
Abdirrahman B. Saabith daripada Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam
secara mursal. Dan hadis ini adalah hadis gharib.

Hadis di atas semua perawinya tsiqah, kecuali Abdullah B. Abdil


Quddus. al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani berkata tentangnya,

Shoduq, tertuduh sebagai seorang Rafidhah, dan banyak salah. Jarh


(celaan) terhadap Abdullah B. Abdil Quddus ini tidak menjadi masalah
kerana banyaknya mutabaah.

Adapun kemursalan al-Amasy, maka perkara tersebut telah


disambung oleh Abu Amru ad-Daani (40/2) melalui jalan Hammad bin
Amru dengan lafaz yang sama. Namun Hammad ini adalah seorang
yang matruk (ditinggalkan hadisnya) yang kedudukannya lebih rendah
daripada Abdullah B. Abdil Quddus. Sementara itu, riwayat al-
Amasy
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

memiliki mutabaah terlebih dahulu daripada Laits B. Abi Sulaim yang


dikenali dengan kelemahannya sebagaimana diriwayatkan oleh ad-
Daani (37/2, 39/1).

Mutabaah lain adalah sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Abid Dunya


(2/2), Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Ismail, beliau
berkata: Telah menceritakan kepada kami Jarir, dari Abban B. Taghlab,
dari Amru bin Murrah, dari Abdirrahman bin Saabith beliau berkata:
Telah bersabda Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam ... kemudian dia
menyebutkan hadisnya. Hadis tersebut adalah hadis mursal sahih,
seluruh perawinya adalah tsiqah yang diguna-pakai oleh Imam Muslim,
kecuali Ishaq bin Ismail. Ia adalah ath-Thalaqany, yang merupakan
guru Abu Dawud. Beliau (Abu Dawud) menyebutkan, Tsiqah. Begitu
pula yang dikatakan oleh ad-Daruquthni dan Utsman bin Khurrazadz,
Tsiqatun tsiqah (amat sangat dipercayai).

97
Mutabaah lain adalah daripada Ibnu Abi Syaibah (15/164/19391),
Daripada Waki bin Abdillah bin Amru bin Murrah, daripada ayahnya
(Amru bin Murrah), dengan lafaz yang sama.

Masih banyak mutabaah yang lain sebagaimana disebutkan oleh


Syaikh al-Albani dalam Tahrim Alat ath-Tharb dan Silsilah ash-Shahihah
yang membawa hadis ini kepada status sahih.

[3]. Diriwayatkan oleh Qais bin Habtar an-Nahsyaly daripada Ibnu


Abbas radhiyallahu anhuma. Daripada Qais ini diriwayatkan dalam
dua jalur:

Pertamanya, daripada Ali bin Badzimah () : Telah


menceritakan kepadaku Qais bin Habtar an-Nahsyaly daripada Ibnu
Abbas. Direkodkan oleh Ahmad, Abu Dawud, al-Baihaqi, Abu Yala, Ibnu
Hibban, Abul Hasan ath-Thuusi, dan ath-Thabrani dari jalan Sufyan bin
Ali bin Badziimah, beliau berkata: Telah berkata Sufyan: Aku berkata
kepada Ali bin Badzimah: Apa yang dimaksudkan dengan al-
Kuubah? Beliau menjawab: Gendang.

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

Keduanya, daripada Abdil Karim al-Jazry ( ) daripada


Qais bin Habtar dengan lafaz:

Sesungguhnya Allah telah mengharamkan kepada mereka khamr


(arak), judi, dan al-kuubah (iaitu gendang). Dan kemudian beliau
Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda,

Setiap perkara yang memabukkan adalah haram. Direkodkan oleh


Imam Ahmad dalam al-Musnad dan al-Asyribah, ath-Thabrani dalam al-
Mujam al-Kabiir, dan al-Baihaqi.

Sanad hadis ini adalah sahih melalui dua jalur Qais. Qais telah
diberikan tautsiq oleh Abu Zurah dan Yaqub dalam al-Marifah (3/194),
Ibnu Hibban (5/308), an-Nasai dan al-Hafiz Ibnu Hajar dalam at-Taqrib
serta dan diringkas oleh Imam adz-Dzahabi dalam al-Kaasyif terhadap

98
penyebutan tautsiq an-Nasai tersebut ( dan ia menyetujuinya ).
Oleh
sebab itu, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkannya sebagaimana
komentar nya dalam al-Musnad (Imam Ahmad bin Hanbal) pada dua
tempat.

[4]. Abu Ali al-Lului berkata: Aku mendengar Abu Dawud berkata: ini
adalah hadis munkar. Namun penilaian Abu Dawud tersebut disanggah
oleh Muhammad Syamsul Haq al-Adzim Abadi (penyusun Syarah
Sunan Abi Daud) dengan perkataannya,

Begitulah yang dikatakan Abu Dawud. Dan tidak diketahui dari sisi
mana kemungkaran hadis ini. Para perawi hadis ini keseluruhannya
tsiqah, dan tidak bertentangan dengan riwayat orang yang lebih tsiqah
daripadanya. (Rujuk: Aunul Mabud Syarah Sunan Abi Daud, Kitab al-
Adab, 13/182,)

Hadis ini disahihkan oleh Syamsul Haq Adhim Abadi dalam Aunul
Mabud, Imam as-Suyuthi melalui nukilan dalam Aunul Mabud, Syaikh
al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud, dan dihasankan oleh Syaikh
Syuaib al-Arnauth dalam semakkannya ke atas al-Musnad Imam
Ahmad.

Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama (Mari Berkongsi siri 19)

[5]. Hadis Riwayat Abu Daud, Sunan Abi Daud, Bab: Istihbab at-Tartil fiil
Qiraah (Tuntutan mentartilkan bacaan al-Quran), 4/269, no. 1258.
Sunan al-Baihaqi al-Kubra, 2/54, no. 2257. Ath-Thabrani, al-Mujam al-
Kabir, 5/34, no. 4514. Al-Haitsami menyatakan, Diriwayatkan oleh ath-
Thabrani, dan para perawinya tsiqah. Rujuk: Majma az-Zawaid,
7/353, no. 11703. Tahqiq al-Albani: Isnadnya hasan sahih. Rujuk:
Shahih Sunan Abi Daud, 5/212, no. 1322.

[6]. Al-Haitsami berkata, Diriwayatkan oleh ath-Thabrani daripada


gurunya al-Miqdam B. Daud, dan ia dhaif. Berkata pula Ibnu Daqiq
al-Ied dalam al-Imam, Beliau adalah tsiqah. Rujuk: Majma az-
Zawaid, 9/98.

99
[7]. Syaikh al-Albani rahimahullah merajihkan, ia adalah rebana (duff)
dan bukannya gitar (al-ud) sebagaimana dalam kitabnya, Tahrim Alat
ath-Tharb.

[8]. Imam adz-Dzahabi rahimahullah berkata,

Ibnu Main berkata, Kami pernah mendatangi Yusuf B. al-Majisyun lalu


beliau meriwayatkan hadis kepada kami. Hamba-hamba perempuan di
rumahnya yang lain pada ketika itu sedang memukul alat muzik. Aku
(adz-Dzahabi) katakan, Penduduk Madinah memberikan rukhshah
(kelonggaran) dalam soal nyanyian. Dan mereka memang dikenali
sebagai orang-orang yang longgar dalam persoalan ini. (Siyar Alam
an-Nubala, 8/372. Tahdzib at-Tahdzib, 11/430)

Al-Khalili berkata, Beliau (Yusuf B. al-Majisyun) dan saudara-saudara


lelakinya memberikan rukhshah (kelonggaran) dalam persoalan
simaa. (Tahdzibut Tahdzib, 11/430)

Yusuf B. al-Majisyun, nama lengkapnya adalah Yusuf B. Yaqub B. Abi


Salamah al-Majisyun, Abu Salamah al-Madani - seorang yang tsiqah
(Wafat: 185H), merupakan perawi al-Bukhari dan Muslim dalam Sahih-
nya. (Lihat biografi beliau dalam Tahdzibul-Kamal, 32/479-482 no.
7166. Siyar Alam an-Nubala, 8/371-373)
Melazimi Manhaj Para Sahabat Dalam Beragama, Murnikan Akidah Hingga Ke Akhir Hayat
(Mari Berkongsi siri 19)

Ibnu Main berkata ketika mengulas tentang Ibnul Majisyun, Tsiqah.


Dalam riwayat yang lain, Soleh. Dalam riwayat yang lain, Tidak
mengapa dengannya.

Dari sini kita dapat lihat bahawa Ibnu Main tidak menggugurkan
kriteria al-adalah (sifat adil selaku perawi hadis) terhadap Ibnul
Majisyun dalam periwayatan hadis walaupun beliau membolehkan
mendengar nyanyian dan alat-alat muzik. Wallahu alam.

Walau bagaimanapun keadaannya, perbezaan seperti ini perlu


dikembalikan kepada dalil-dalil al-Quran dan as-Sunnah. Dan ianya
adalah sebagaimana yang telah penulis jelaskan. Diperkuatkan pula

100
dengan penegasan para ulama yang lainnya yang lebih dipercayai
bermula dari kalangan para sahabat dan seterusnya.

*********************

Murnikan Aqidah Hingga ke Akhir Hayat

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Mereka yang beriman, dan


tidak mencampuradukkan iman dengan kezaliman (syirik), mereka
itulah orang yang mendapat keamanan dan mereka itu orang-orang
yang mendapat petunjuk. (Surah Al-Anam ayat 82).

Ibnu Katsir dalam mentafsirkan ayat di atas ini telah mengemukakan


hadis berikut : Jarir bin Abdullah r.a berkata, kami keluar bersama Nabi
s.a.w.. Dan ketika keluar dari kota Madinah tiba-tiba ada seorang
berkenderaan cepat menuju kearah kami. Lalu Rasulullah s.a.w.
berkata, Mungkin kenderaan itu menuju kita.

Maka sampailah orang itu dan memberi salam, kami menjawab salam
nya, lalu bertanya kepadanya, Anda datang dari mana?

Murnikan Akidah Hingga Ke Akhir Hayat (Mari Berkongsi siri 19)

Dari daerah anak keluargaku. Jawabnya.

Ke mana tujuanmu?

Menemui Rasulullah. Jawabnya.

Bersabda Nabi s.a.w. Anda sedang berhadapan dengannya.

Lalu ia berkata, Ya Rasulullah, ajarkan kepadaku apakah iman itu?

Jawab Nabi s.a.w. yang bermaksud, Menyaksikan bahawa tiada Tuhan


kecuali Allah, dan Nabi Muhammad itu utusan Allah. Dan mendirikan

101
solat, mengeluarkan zakat, puasa dalam bulan Ramadhan dan berhaji
ke Baitullah.

Berkata ia, Aku telah mengakui itu.

Tiba-tiba kaki untanya masuk ke dalam lubang tikus, dan jatuhlah unta
itu, maka ia jatuh tersungkur kepalanya sehingga mati. Maka
Rasulullah s.a.w. bersabda kepada sahabatnya, Sambutlah orang itu!

Maka cepat-cepat melompat Ammar bin Yasir dan Hudzaifah bin


Alyamaan dan langsung mendudukkan orang itu, lalu berkata
keduanya, Ya Rasulullah, dia dah mati.

Maka Rasulullah berpaling muka daripadanya, kemudian bersabda


pada kedua sahabat itu, Apakah kalian tidak melihat aku berpaling
muka, kerana aku melihat ada dua malaikat sedang memasukkan
makanan daripada buah-buahan Syurga ke dalam mulutnya, maka aku
ketahui bahawa ia mati kelaparan.

Kemudian sabdanya pula, Ini termasuk dari mereka yang difirmankan


Allah : Mereka yang beriman dan tidak mencampur adukkan imannya
dengan syirik. (Ayat yang disebutkan di atas).

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda, Rawatlah saudaramu!


Apakah Agama Ini Akan Berkurang (Dihina) Sedang Aku Masih Hidup (Mari Berkongsi siri 19)

Maka kami mandikannya serta mengkafan jenazah dan kami


kebumikan. Kemudian datang Nabi s.a.w., dan duduk di tepi kubur lalu
bersabda, Buatlah lahat dan jangan membuat lubang di tengah kubur,
tabad (lubang pinggir) itu untuk kami dan lubang tengah untuk selain
kami.

Pengajarannya :

Berdasarkan sirah di atas dapatlah kita mengambil pengajaran bahawa


orang yang beriman di saat-saat akhir kematiannya, bertanyakan
tentang iman dan membuat pengakuan bahawa ia tetap istiqamah
dengan iman. Dari itu kita mestilah sentiasa murnikan aqidah kita dan

102
jangan dicampuradukkan dengan kesyirikan kepada Allah s.w.t. Walau
dalam keadaan genting sekalipun mesti istiqamah dan berpegang
teguh kepada aqidah Tauhid dan Rukun Iman dan tidak sedikit pun
merasa ragu-ragu.

**********************

Apakah agama ini akan berkurang (dihina)


sedangkan aku masih hidup?

Islamkah Aku?

Ketauhidan umat Islam saat ini, nyaris hilang. Malaysia adalah negara
yang majoriti penduduknya beragama Islam. Bahkan dalam Rukun
Negara yang merupakan Dasar Negara, yang pertama menyebutkan
Ketuhanan Yang Maha Esa. Namun kenyataannya banyak yang hidup
tidak sesuai tuntunan Islam, sedikit yang benar-benar merasa ada
Tuhan Yang Maha Esa.

Kerana sesungguhnya rakyat Malaysia memeluk Islam bukan kerana


kesedaran akan tetapi kerana keturunan atau warisan dari nenek
moyangnya. Asalkan orang tua beragama Islam maka anak yang lahir
terus dianggap beragama Islam. Sementara sedikit sekali orang tua
yang
Apakah Agama Ini Akan Berkurang (Dihina) Sedang Aku Masih Hidup (Mari Berkongsi siri 19)

mengerti apa yang seharusnya dilakukan agar agama Islam itu benar-
benar menjadi sebuah pedoman menjalani hidup bukan sekadar
agama untuk status dalam Rukun Negara.

Kebanyakan orang Islam yang ditanya, apa buktinya jika kamu


Islam? Ia akan menjawab:-

1. saya bersyahadat bahwa tiada Tuhan selain Allah dan


Muhammad adalah utusan Allah.

103
2. kerana saya solat, Islam berarti Selamat. Jika seseorang telah
berkomitmen masuk Islam seharusnya ia juga konsisten
terhadap segala konsekuensi sebagai seorang muslim.
Menyelamatkan orang-orang di sekitarnya, orang tua, keluarga,
saudara, teman, tetangga dari kemunkaran terhadap Islam.
Namun sayang sedikit sekali yang menyedari ini sejak awal.

Ketika seseorang bersumpah bahwa Tiada Tuhan Selain Allah dan


Muhammad adalah utusan Allah namun dalam kehidupannya ia tidak
pernah merasa Allah itu ada, tidak pernah merasa segala sesuatunya
Allah yang jamin, merasa sentiasa diawasi Allah maka sama ertinya ia
tidak pernah bersyahadat. Ketika semua tingkah lakunya tidak seperti
yang diajarkan Allah dalam Al-Quran atau berdasarkan sunah Rasul
SAW, maka ia sudah terkeluar dari syahadat yang diucapkan.
Menghafal Al-Quran dan Hadits itu adalah mulia, namun hafal sahaja
tanpa ada bukti dalam kehidupan seharian sama sahaja seper
berbohong.

Seseorang menjadikan solat sebagai bukti bahwa ia Islam adalah


amat dangkal. Kerana solat sendiri amat banyak tingkatannya. Solat
kerana ria, solat yang hanya kerana malapetaka, sholat kerana ikhlas
dan mengharap redha Allah, solat yang ditunggangi syaitan, dan lain-
lain. Jikalau solat itu mampu mencegah seseorang berbuat munkar dan
menuai banyak kebaikan, inilah bukti solat yang diajarkan oleh Islam.
Ketika solat mampu membuat seseorang tidak kikir, mudah
mengeluarkan sedekah, sering membantu meringankan beban
saudara, teman atau tetangga, inilah solat yang berpahala, yang
sekaligus dicintai Allah.
Apakah Agama Ini Akan Berkurang (Dihina) Sedang Aku Masih Hidup (Mari Berkongsi siri 19)

Jika kita merasa telah solat tapi masih berasuah, mengambil hak
orang lain, membiarkan tetangga kelaparan, teman maksiat dibiarkan
tanpa diperingatkan, orang tua yang telah uzur disia-siakan, saudara
yang yatim tidak juga dibantu. Untuk apa solat yang setiap hari
dilakukan tersebut?

Jadi mari kita sebagai muslim kembali bermuhasabah diri, sudah


benarkah solat kita membuktikan bahwa kita Islam?

104
Jika sudah.. jangan merasakan kenikmatan pahala solat seorang diri,
buka fikiran orang lain untuk menyedari hal ini, sehingga solatnya juga
menjadi solat yang benar, berpahala dan mententeramkan hati.
.

Bagi yang belum masih ada waktu, mari segera membaiki diri, baiki
amalan kita. Kerana ingatlah hanya amal soleh kitalah yang menyertai
kita hingga hari akhir, bukan harta yang kita mililki saat ini, bukan
orang yang kita cintai dan mencintai kita.

Harta dan anak adalah perhiasan dunia, tetapi amalan-amalan yang


kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya disisi Tuhanmu.(Al-Kahfi :
46)

Waallahu alam bishowab

********************

Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat kita manfaatkan bersama untuk
mendekat kan diri kita kepada Allah swt. Kongsikanlah bersama orang
tersayang kerana pesan Nabi saw: Sampaikan dariKu walaupun satu ayat .
Tempatkanlah diri kita sebagai penyambung tugasan Nabi saw dalam amar
maaruf nahi mungkar untuk dijadikan bekalan ketika mengadap Allah
azzawajalla. Jika perlu, perbanyakkanlah untuk dikongsikan agar dapat
dimanfaatkan seramai mungkin... Bertekadlah untuk menjadi pewaris
Nabi saw selagi hayat masih ada. Insya Allah jika diizinkan Allah kita akan
bertemu lagi dalam Mari Berdiskusi : Siri 20 . Sekiranya pembaca
mempunyai artikel untuk dimuatkan, sila e-mail kan ke
ramsyah13@yahoo.com agar dapat kita kongsikan bersama.

105

Anda mungkin juga menyukai