Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INDIVIDU

NAMA PELAJAR : IRFAN IZZUDDIN BIN MOHD JAWALI

PROGRAM : PISMP AMBILAN JANUARI 2014

NAMA PROJEK/AKTIVITI : CERAMAH SOLAT KEM BESTARI SOLAT

TEMPOH PELAKSANAAN : 4 OGOS 2017 (JUMAAT) | 10.00 11.30 PAGI

OBJEKTIF :

Projek ini dilaksanakan supaya mahasiswa pendidik dapat:


1. Merancang, melaksana projek/aktiviti yang telah dipersetujui oleh pihak sekolah.
2. Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah dalam pelbagai situasi.
3. Meningkatkan kefahaman murid tentang bacaan dan rukun solat.
4. Memupuk kecintaan murid terhadap amalan solat.

STRATEGI PELAKSANAAN:

1. Saya telah melaksanakan perbincangan/sesi kolaborasi bersama mentor (guru


pembimbing) saya untuk sesi internship kali ini tentang projek yang bersesuaian
dengan tahap murid serta yang bersesuaian dengan mata pelajaran major saya.
2. Keputusan untuk melaksanakan projek ini berdasarkan bidang major saya iaitu
Pendidikan Islam di samping membantu Panitia Pendidikan Islam melaksanakan
Kem Bestari Solat Fasa 2 yang diadakan di sekolah ini.
3. Pembinaan bahan ceramah yang menarik iaitu paparan Powerpoint yang
menunjukkan bacaan dan pergerakan solat dilaksanakan agar murid mendapat
gambaran jelas tentang isi ceramah.
4. Pemilihan video-video yang sesuai juga turut dilakukan untuk diselitkan dalam
ceramah agar murid tidak menjadi bosan dan jemu sepanjang ceramah.
TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti

Taklimat perjalanan Kem Bestari Solat oleh Ustazah


8.00 PAGI
Sahibah

8.25 PAGI Pembahagian kumpulan

8.30 PAGI LDK bermula

10.00 PAGI Ceramah Solat Kem Bestari Solat Bermula

11.30 PAGI Amali Solat

12.00 TENGAH HARI BERSURAI

REFLEKSI :

1) Kekuatan Projek / Aktiviti

Melalui pemerhatian saya, pelaksanaan projek ini dapat meningkatkan kefahaman


murid terhadap bacaan dan pergerakan yang mesti dilakukan dalam solat. Ini dapat
membantu meneguhkan pengetahuan sedia ada murid yang telah didapati dan dipelajari
semasa pelaksanaan LDK di mana semasa LDK dijalankan, fasilitator-fasilitator telah
memberikan input yang sama seperti apa yang disampaikan di dalam ceramah dalam
kumpulan peserta kem yang lebih kecil. Sesi ceramah pula hanya mengulang dan
memberikan maklumat yang sama kepada peserta dalam kumpulan yang lebih besar secara
teori sahaja sebelum peserta kem melaksanakan amali di akhir program.

Selain itu, melalui pelaksanaan projek yang berunsurkan ceramah ini juga telah
banyak mengajar saya serta melatih diri saya dalam usaha untuk berdiri sendiri bagi
menghasilkan sesuatu aktiviti kecil bersama warga sesebuah institusi. Bukan itu sahaja,
tahap sosial dan kemahiran komunikasi saya juga dapat ditingkatkan secara tidak langsung
apabila saya melaksanakan sesi kolaborasi bersama mentor/guru pembimbing saya serta
perbincangan bersama guru-guru lain yang memberikan pandangan dan cadangan untuk
memastikan projek ini berjalan lancar. Secara tidak langsung, tahap keyakinan diri saya juga
dapat ditingkatkan.
Kekuatan lain yang mungkin boleh digarisbawahi di sini ialah dari segi pengurusan
masa semasa ceramah dijalankan. Masa yang diperuntukkan selama satu jam setengah
berjaya diisi dan digunakan dengan sebaiknya. Semua isi kandungan ceramah tentang
bacaan solat dan pergerakannya dapat disampaikan dalam masa yang ditetapkan. Justeru,
sesi ceramah turut dihabiskan tepat pada waktunya yang memberi ruang kepada sesi amali
solat untuk berjalan tanpa gangguan dan seterusnya memastikan keseluruhan perjalanan
program Kem Bestari Solat ini lancar dan berjaya.

Melalui pelaksanaan projek/aktiviti Ceramah Kem Bestari Solat ini juga, telah banyak
memberi pendedahan kepada saya tentang cara mengurus dan mengawal murid semasa
sesuatu aktiviti atau projek berjalan. Selain itu, saya juga telah banyak menimba ilmu baru
tentang cara atau prosedur menulis kertas kerja, mencari sumber kewangan,
membahagikan tugas, merancang masa dan sebagainya yang berkaitan pengurusan
sesuatu aktiviti projek. Seterusnya segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi melalui
amali ini akan dapat saya aplikasikan semasa bertugas sebagai guru sebenar nanti.

2) Kelemahan Projek / Aktiviti

Ceramah Kem Bestari Solat ini turut mempunyai beberapa kelemahan yang perlu
diberi perhatian agar dapat diperbaiki dan dibaikpulih supaya ceramah seumpama ini dapat
berjalan dengan lebih baik dan berjaya pada masa hadapan. Antaranya ialah kelemahan
saya sendiri yang kurang berpengalaman mengendalikan ceramah sebegini ramai.
Pengalaman yang cetek kadang-kadang menyebabkan saya agak kekok dalam
mengendalikan karenah peserta yang kadang-kadang mengganggu perjalanan ceramah
saya.

Antara kelemahan yang paling ketara di dalam pelaksanaan ceramah ini ialah
kawalan peserta yang sangat kurang memuaskan. Peserta didapati bermain-main sesama
sendiri, bercakap-cakap, bergerak bebas dan bermain-main dengan pancaran cahaya
projektor yang digunakan seterusnya merencatkan ceramah yang berlangsung. Walaupun
ditegur berkali-kali bahkan ada yang dimarahi, para peserta tetap tidak mengendahkan
teguran yang telah dibuat. Walaupun begitu, ceramah tetap diteruskan dan berjalan seperti
biasa agar dapat dihabiskan pada masa yang ditetapkan.

Saya kira, keadaan dewan yang sangat sempit dan tidak selesa turut mempengaruhi
suasana ceramah yang agak hambar dan mengganggu tumpuan murid terhadap sesi
ceramah. Bahkan, saya pasti murid yang berada di belakang tidak dapat melihat paparan
daripada projektor dengan jelas dan akhirnya menyebabkan mereka bermain-main sesama
mereka dan akhirnya menyebabkan kebisingan di dalam dewan. Pada hari tersebut hujan
telah turun menyebabkan suasana agak suram, gelap dan beberapa tingkap dewan yang
tercabut tidak dapat menahan tempias hujan yang masuk ke dalam dewan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Memandangkan aktiviti yang melibatkan murid-murid tahap 1 yang masih belum


matang dan tidak dapat fokus pada sesuatu perkara pada masa yang lama, aktiviti-aktiviti
yang melibatkan pergerakan dan permainan wajar diadakan untuk memastikan tumpuan
murid kekal bersama dengan penceramah sepanjang sesi ceramah diadakan. Maka
perancangan ceramah mesti berserta dengan perancangan untuk diadakan aktiviti yang
bersesuaian untuk dimasukkan semasa ceramah.

Guru-guru yang berkelapangan perlu membantu mengawal murid yang bising dan
bermain-main semasa ceramah berlangsung agar murid dapat memberi perhatian serta
fokus terhadap ceramah. Kawalan yang agak kurang menyebabkan murid-murid sering
bermain dan bercakap-cakap sesama mereka yang akhirnya berlaku kebisingan yang
mengganggu perjalanan ceramah. Ceramah yang terganggu akan menyebabkan objektif
tidak tercapai.

Sesi kuiz dan teka teki juga mungkin boleh diadakan untuk menarik perhatian murid-
murid. Soalan-soalan yang sesuai dang semestinya berkaitan dengan isi ceramah boleh
dilontarkan kepada para peserta untuk mereka jawab. Cadangan ini dapat memastikan
penceramah mempunyai hubungan langsung dengan peserta dan menjadikan sesi ceramah
adalah perhubungan dua hala, bukan hanya sehala daripada penceramah kepada murid-
murid sahaja.

Adalah lebih baik jika masa ceramah dapat dipendekkan kepada satu jam sahaja
berbanding satu jam setengah yang pada pandangan saya agak lama. Masa yang terlalu
lama akan menyebabkan murid jemu dan tidak terkawal. Satu jam bagi saya mencukupi
untuk semua isi ceramah disampaikan kepada peserta dan masa selebihnya boleh
diperuntukkan untuk aktiviti-aktiviti lain yang bersesusaian dengan Kem Bestari Solat yang
diadakan di sekolah.
KESIMPULAN

Kesimpulannya projek Ceramah Solat Kem Bestari Solat ini telah mencapai objektif
yang telah ditetapkan walaupun terdapat kekurangan-kekurangan yang telah disebutkan
sebelum ini. Namun murid telah mendapat input dan pengisian yang berjaya disampaikan
dengan jayanya dan saya berharap mereka dapat menjadikan solat sebagai amalan hidup.

Projek ini juga telah memberikan pengalaman yang berguna kepada saya dalam
melaksanakan internship pada kali ini. Mengetahui cara-cara untuk berkomunikasi,
merancang dan melaksanakan sesuatu perkara bersama-sama semua pihak yang berkaitan
adalah penting dan sangat membantu saya membina keyakinan diri sebagai seorang guru.

SEBELUM SESI CERAMAH

SEMASA SESI CERAMAH