Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
6. Tempat Pembentangan
Makmal Komputer
7. Sinopsis:
Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu mengajar
kanak-kanak berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan budak bodoh, budak lembam
dan yang seumpamanya. Dapatan pengarang, terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik
sewaktu dibangku sekolah akhirnya membesar sebagai taukeh, tuan punya syarikat
ataupun majikan kepada pelajar yang pintar sewaktu dibangku sekolah. Pengarang juga
menjustifikasikan kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan kepintaran berfikir. Ramai
individu yang berjaya pada hari ini merupakan individu yang mahir berfikir.
Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik
darjah seperti menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan
divergen, memuji murid, memberi ganjaran, guru menjadi pembimbing, mendorong kreativiti,
jangan menjadi diktaktor, toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik, mempelbagai
rangsangan dan mempelbagai teknik menyoal.
Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir menggunakan
kaedah infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap teknik-teknik yang
dianjurkan disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru dapat memahami dan
menggunakan teknik tersebut sewaktu mengajar.
Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
guru gunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi
menarik. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang berbagai-bagai ragam dan karenah.
Guru juga perlu tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat membantu para
guru menentukan kaedah paling sesuai yang akan digunakan sewaktu mengajar. Oleh itu
pendekatan kreatif perlu untuk mengekang permasaalahan ini.
Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Lukman
mengajak anaknya turun ke lapangan dengan menderai seekor keldai. Di akhir kembara
mereka, Lukman menerangkan tentang sifat manusia yang akan sentiasa mencari kesalahan
orang lain walau dalam apa jua situasinya..
Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah dan
perlu ditangani dengan bersabar dan kreatif.
........................................................ ........................................................
(HELMEY BIN AWANG ) (ABD AZIZ BIN JAMALUDIN)