Anda di halaman 1dari 5

Pembelajaran Abad 21

Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad 21 telah banyak diperkatakan bagi
memenuhi keperluan dan harapan pendidikan masa kini. Kaedah konvensional "chalk and talk"
semata-mata dilihat memerlukan anjakan kepada kaedah yang lebih dinamik dan kreatif, sesuai
dengan teknologi yang ada sekarang.

Pembelajaran Abad 21

Pelaksanaan pengajaran berdasarkan KSSR dan KSSM adalah merupakan penanda aras
keberkesanan pendidikan abad 21 seperti yang dihasratkan Kementerian Pendidikan Malaysia mulai
tahun 2014, selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013 - 2025)

Timeline Pelaksanaan Pembelajaran Abad 21 di Malaysia


Kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam Pembelajaran Abad 21
1. Kemahiran maklumat dan komunikasi
2. Kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah
3. Kemahiran interpersonal dan arah kendiri

6 Ciri Guru Abad ke-21

10 Ciri Pembelajaran Abad 21

Bagi memastikan proses pembelajaran berlangsung dengan lebih kondusif dan sesuai dengan
keperluan Pembelajaran Abad 21, sedikit perubahan bilik darjah perlu dilakukan.

Contoh susunatur bilik darjah abad ke 21

Susunatur kelas perlu diberi perhatian dengan fungsi yang lebih menyokong dan menggalakkan
pembelajaran bersifat kolaboratif. Secara tak langsung membolehkan kemahiran komunikasi
pelajar diasah ke tahap yang boleh meyerlahkan lagi kemahiran berfikir mereka.

Contoh lain susunatur kelas abad 21

Contoh RPH Pembelajaran Abad 21


Bagi menggalakkan penyertaan murid semasa di dalam bilik darjah juga, beberapa Tool Kits
Pembelajaran Abad 21 boleh digunakan, antaranya adalah
Contoh penggunaaan traffic light semasa sesi pdp

1. Parking Lot
2. Traffic Light
3. Hand Signal
4. Papan Ganjaran
5. Exit Ticket

... dan banyak lagi...

Konsep 4C dalam Pembelajaran Abad 21

Ciri-ciri Pembelajaran Abad 21 juga adalah berteraskan kepada konsep 4C


1. Komunikasi

2. Pemikiran Kritis
Bagaimana Mengajar Pelajar Untuk Berfikir Secara KBAT?
Teknik Penyoalan Yang Baik
Ciri-ciri Soalan Item KBAT
Contoh Kata Tugas Soalan KBAT
3. Kolaborasi

4. Kreativiti

Bagi membolehkan kemahiran-kemahiran ini dipertingkatkan dalam pdp, maka beberapa strategi
boleh digunapakai semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Gallery Walk merupakan strategi Pembelajaran Abad 21 yang paling popular

Selain itu anda boleh rujuk juga link di bawah bagi melihat lebih banyak lagi strategi-strategi yang
menggalakkan Pembelajaran Abad 21

1. 10 Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad 21


2. Gallery Walk sebagai strategi Pembelajaran Abad 21
3. 3 Stray 1 Stay sebagai Strategi Pembelajaran Abad 21
4. Flipped Classroom

Boleh juga rujuk playlist video Youtube di bawah untuk lebih 10 Strategi P&P Abad 21.
Cabaran Pembelajaran Abad 21 adalah dalam menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Selain itu, cabaran utama juga adalah bagaimana guru-guru
menggunakan pelbagai sumber sokongan teknologi serta maklumat bagi melaksanakan pdp yang
efektis dan berkualiti serta relevan dengan perkembangan semasa.

Untuk semua guru Malaysia, Selamat Maju Jaya!

Beri Nilai