Anda di halaman 1dari 9

1.

0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)


SAINS TAHUN 5

BAHAGIAN A (30 Soalan)


TAHAP TAKSONOMI
NO TOPIK SOALAN OBJEKTIF JUMLAH
1 2 3 4 5 6
Menyiasat Alam Kehidupan 1
1
(Mikroorganisma)
Menyiasat Alam Kehidupan 1
2
(Mikroorganisma)
Menyiasat Alam Kehidupan 1
3
(Mikroorganisma)
Menyiasat Alam Kehidupan 1
4
(Kemandirian Spesies)
Menyiasat Alam Kehidupan 1
5
(Kemandirian Spesies)
Menyiasat Alam Kehidupan 1
6
(Kemandirian Spesies)
Menyiasat Daya & Tenaga 1
7
(Eletrik)
Menyiasat Daya & Tenaga 1
8
(Tenaga)
Menyiasat Alam Kehidupan 1
9 (Rantai dan Siratan
Makanan)
Menyiasat Alam Kehidupan 1
10 (Rantai dan Siratan
Makanan)
Menyiasat Daya & Tenaga 1
11
(Cahaya)
Menyiasat Daya & Tenaga 1
12
(Cahaya)
Menyiasat Daya & Tenaga 1
13
(Haba)
Menyiasat Daya & Tenaga 1
14
(Haba)
Menyiasat Daya & Tenaga 1
15
(Eletrik)
Menyiasat Daya & Tenaga 1
16
(Tenaga)
Menyiasat Daya & Tenaga 1
17
(Eletrik)
1
Menyiasat Daya & Tenaga 1
18 (Tenaga)

Menyiasat Alam Bahan 1


19
(Asid dan alkali)
Menyiasat Alam Bahan 1
20
(Asid dan alkali)
Menyiasat Alam Bahan 1
21
(Asid dan alkali)
Menyiasat Alam Bahan 1
22
(Keadaan Jirim)
Menyiasat Alam Bahan 1
23
(Perubahan Keadaan Jirim)
Menyiasat Bumi Dan Alam 1
24 Semesta
(Buruj)
Menyiasat Bumi Dan Alam 1
25 Semesta
(Bumi, Bulan dan Matahari)
Menyiasat Alam Bahan 1
26
(Keadaan Jirim)
Menyiasat Bumi Dan Alam 1
27 Semesta
(Bumi, Bulan dan Matahari)
Menyiasat Dunia Teknologi 1
28
(Kekuatan dan Kestabilan)
Menyiasat Dunia Teknologi 1
29
(Kekuatan dan Kestabilan)
Menyiasat Dunia Teknologi 1
30
(Kekuatan dan Kestabilan)
JUMLAH SOALAN
7 7 7 4 3 2 30

2
2.0 ITEM UJIAN OBJEKTIF

1. Soalan : Aras Pengetahuan

Karnivor ialah haiwan yang makan

I. Rumput
II. Daging
III. Ikan
IV. Buah

A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV

Jawapan : C

2. Soalan : Aras Pemahaman

Rajah 4 Menunjukkan lalat

Rajah 4

Antara berikut, yang manakah disebabkan oleh lalat ?

A. Campak
B. Selesema
C. Pereputan gigi
D. Keracunan makanan

Jawapan : D

3
3. Soalan : Aras Aplikasi

Rajah 11 menunjukkan suatu siratan makanan.

Burung
Ular
Tumbuhan
Belalang
Helang
Kambing

Rajah 11

Apakah yang akan mengurangkan populasi belalang ?

I. Menanam lebih banyak tumbuhan


II. Membiak lebih banyak burung
III. Membunuh kambing
IV. Membunuh ular

A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV

Jawapan : D

4. Soalan : Aras Analisis

Antara berikut, yang manakah faktor yang menyebabkan kejadian siang dan
malam ?

A. Bumi yang berputar pada paksinya


B. Bulan yang berputar pada paksinya
C. Bulan yang bergerak mengelilingi bumi
D. Bumi yang beredar mengelilingi matahari

Jawapan : A

4
5. Soalan : Aras Sintesis

Seorang budak lelaki menutup suis lampu dengan tangan basah. Antara berikut,
ramalkan yang manakah mungkin berlaku ?

A. Lecuran
B. Kebakaran
C. Kejutan eletrik
D. Renjatan eletrik

Jawapan : C

6. Soalan : Aras Penilaian

Antara yang berikut, yang manakah mempengaruhi kekuatan sesuatu struktur?

I. Luas tapak struktur


II. Bahan yang digunakan
III. Ketinggian struktur
IV. Cara struktur itu dibina

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

Jawapan : C

5
Esei Refleksi

Tugasan penilaian dan pentaksiran ini merupakan tugasan subjek major


kami pada Semester 6. Tugasan ini adalah berkaitan dengan proses penilaian
dan pentaksiran dalam pengajian sains. Sebelum kami keluar untuk menjalankan
praktikum selama 8 minggu, soalan tugasan telah diberikan kepada kami.
Pensyarah pembimbing kami iaitu En. Redzuan Bin Mustapha telah memberikan
taklimat dan kemudian beberapa susulan untuk perubahan telah dilakukan pada
soalan bagi memenuhi syarat tugasan.

Tugasan berkaitan dengan mencari maklumat berkenaan proses


pentaksiran, alat penilaian dan bentuk-bentuk pentaksiran, penilaian kemahiran
proses sains dan kemahiran saintifik yang mana ia dijalankan disekolah pada
ketika ini. Tugasan pertama ialah mencari maklumat bagi mengenalpasti apakah
konsep pentaksiran, Taksonomi Bloom, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), jenis dan
kaedah penilaian, pembinaan item ujian serta penilaian kemahiran proses sains
dan sikap saintifik dalam pengajaran dan pembelajaran sains.

Apabila saya dan pasangan saya Asrul Hafiz memulakan tugasan ini,
kami telah mengenalapsti bagaimanakah cakupan dan ruang lingkup tajuk
tugasan dan pemberatan tugasan ini. Jadi, merujuk kepada soalan yang telah
diberikan oleh Pensyarah Pembimbing kami En.Ridzuan bin Mustapha, kami
telah meneliti beberapa perkara yang seharusnya ada dalam tugasan
berpasangan kami.

Tugasan berpasangan yang kami perlu lakukan ialah melakukan peta


minda bagi setiap perkara yang berkaitan dengan pentaksiran. Ia meliputi,
konsep pentaksiran, Taksonomi Bloom, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), jenis dan
kaedah penilaian, pembinaan item ujian serta penilaian kemahiran proses sains
dan sikap saintifik dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Peta minda
tersebut disusuli dengan penerangan berkenaan setiap perkara yang dinyatakan.

6
Kemudian, bagi tugasan individu saya telah meminta bantuan guru di
sekolah tempat saya menjalankan pratikum yang mana saya cuba mendapatkan
gambaran yang jelas berkenaan Jadual Spesifikasi Ujian dan proses penilaian
yang dijalankan disekolah. Namun, saya hanya mampu mendapatkan maklumat
berkenaan JSU yang mana saya perolehi dari laman sesawang sekolah lain.
Kemudian, saya telah bekerjasama dengan seorang guru cemerlang sains
daripada SK Chica Menyabong untuk mendapatkan gambaran berkenaan JSU
Sains yang sebenar.

Situasi pada hari ini, guru disekolah tidak lagi diberikan kuasa untuk
menggubal soalan bagi ujian sumatif dan ujian bulanan (UBB). Ini kerana Majlis
Guru-Guru Besar (MGB) telah ditauliahkan untuk mengeluarkan soalan ujian
dan guru tidak lagi membina soalan ujian seperti dulu. Saya lihat disini, hanya
guru-guru yang mempunyai pengalaman sahaja mempunyai kemahiran dalam
membina item soalan dan ujian yang standard. Kemudian, kebanyakan guru
baru atau guru yang ada di sekolah ketika ini bukan dari kalangan guru yang
mempunyai kepakaran dalam membina item soalan.

Kita dapat lihat dari segi pro dan kontranya, yang mana membina item
ujian merupakan satu kepakaran yang sangat teliti. Ini kerana, bermula dari
membina JSU, kemudian merangka bentuk soalan yang perlu diteliti setiap item
yang dibina. Pembinaan item ujian merujuk kepada aras Taksonomi Bloom bagi
mengenalpasti tahap soalan, aras soalan dan standard soalan yang dibina.

Pembinaan item ujian haruslah selari dengan JSU yang dibina. Tidak
semestinya soalan harus menjadi terlalu mudah dan terlalu sukar untuk dijawab
oleh murid. Saya ingin merujuk kepada soalan UPSR yang baru sahaja menutup
tirai pada minggu lepas, saya mendapati setiap soalan yang dibina merupakan
soalan yang seimbang dan tidak begitu sukar dan tidak juga begitu mudah. Ia
adalah salah satu contoh item pengujian yang baik.

Item pengujian yang baik haruslah meliputi setiap aspek yang ingin dinilai.
Tidak semestinya ia merujuk kepada satu tahap iaitu pengetahuan dan
pemahaman sahaja. Pelbagai variasi bentuk soalan membentuk satu

7
pengelasan yang mana kita dapat lihat hasilnya kelak, samada ia harus
merangkumi semua aspek, sebahagian atau khusus kepada satu aspek sahaja.

Item pengujian yang baik harus mempunyai ciri-ciri seperti keakuran,


ketepatan dan kejelasan serta kesesuaian. Ia bukanlah satu pembinaan yang
mana mengikut sedap, tetapi ia adalah satu penghasilan item yang kita
sebutkan sebagai item yang baik.

Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:


Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang
diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.
Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat
penilaian atau pengadilan

Jadi, sebagai seorang guru, kefahaman dalam menentukan apakah


matlamat sebenar dalam melakuskan proses pentaskiran melalui ujian adalah
satu perkara yang harus dilaksanakan dengan teliti. Tidak semestinya item ujian
yang mudah adalah yang tidak baik dan item ujian yang sukar adalah yang baik.
Hakikatnya, pembinaan item soalan yang menepati matlamat pentaksiran yang
sebenar adalah yang terbaik.

Situasi penilaian disekolah sedang dan bakal berubah. Merujuk kepada


proses pelaksanaan kurikulum baru iaitu Kurikulum Sepadu Sekolah Rendah
(KSSR) yang mana sedang dijalankan sejak tahun lalu. Ketika ini, murid tahun
dua dan satu menggunakan penilaian individu bagi setiap aktiviti yang mereka
lakukan. Contohnya, pada hari tersebut guru melakukan aktiviti membaca dan
selepas itu guru akan menilai pengajaran mereka pada hari tersebut untuk
dimasukkan kedalam data murid.

Perangkaan KSSR adalah bertujuan untuk menilai murid melalui potensi


kendiri dari semasa ke semasa. Ia adalah penilaian yang berterusan dan
merangkumi keseluruhan aspek yang ingin dinilai. Guru berperanan sebagai
pendidik dan kemudian sebagai panel penilai murid. Daripada penilaian dapatlah
guru merangka strategi untuk membantu murid yang lemah atau menambah baik

8
kualiti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru dapat melihat
perkembangan yang murid tampilkan semasa dalam sesi penilaian.

Pada pandangan saya, proses pentaksiran dan penilaian yang dijalankan


merupakan satu proses yang menjadi medium untuk guru melihat hasil
pengajaran dan pembelajaran yang telah disampaikan. Namun, bagi
melaksanakan satu pentaksiran dan penilaian, pelbagai aspek yang harus
diambil kira bagi memastikan ia tidak terpesong dari landasan yang kita
rencanakan.

Kini saya telah jelas apabila berbicara berkenaan pentaksiran dan


penilaian, maka saya mampu untuk menyatakannya. Saya juga bersa bertuah
kerana pendedahan yang sebegini memberikan nilai tambah kepaa saya untuk
mengetahui lebih dekat lagi berkenaan penilaian dan pentaksiran di sekolah.

Semoga, apa yang telah saya pelajari ini akan membantu saya dalam
berhadapan dengan situasi yang sebenar di sekolah kelak. Saya berharap, agar
saya dapat menggunakan ilmu yang saya perolehi ini untuk digunakan pada
masa akan datang. Mungkin saya juga boleh berkongsi pengetahuan dan
pengalaman saya bersama rakan-rakan untuk tujuan kebaikan bersama.

Anda mungkin juga menyukai