Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

PROGRAM GOTONG ROYONG KECERIAAN PRASEKOLAH PEARL,


SK LUNG MANIS 2017

Pendahuluan

Prasekolah Pearl SK Lung Manis akan mengadakan program gotong-royong keceriaan bagi
tahun 2017. Semua ahli Permuafakatan Prasekolah bersama-sama guru dan pembantu pengurusan
murid akan membersihkan kawasan prasekolah serta memulihara tanaman bunga dan
mempertingkatkan kebersihan serta keceriaan kawasan Prasekolah Pearl, SK Lung Manis, Sandakan.

1.0 Objektif
1.1 Merapatkan silaturrahim sesama ahli Permuafakatan Prasekolah Pearl SK Lung Manis 2017
1.2 Memberi peluang kepada semua ahli Permuafakatan Prasekolah Pearl untuk bekerjasama
dengan dengan lebih optimum.
1.3 Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan prasekolah agar lebih terjamin
keselamatan murid-murid sewaktu belajar.

2.0 Kumpulan Sasaran


Semua ahli Permuafakatan Prasekolah Pearl, SK Lung Manis, Sandakan

3.0 Rasional Menjayakan Program


3.1 Membantu menceriakan kawasan Prasekolah Pearl, SK Lung Manis, Sandakan.
3.2 Memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, bersih dan
harmoni untuk anak-anak prasekolah belajar.

4.0 Justifikasi
Semua ahli Permuafakatan Prasekolah Pearl, SK Lung Manis dapat bekerjasama menyediakan suasana
yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke prasekolah demi
menimba ilmu.

5.0 Lokasi Cadangan


Kawasan Prasekolah Pearl, SK Lung Manis, Sandakan.

6.0 Tarikh Perlaksanaan


20 Mei 2017 (Sabtu)

7.0 Struktur Organisasi Permuafakatan Prasekolah Pearl, SK Lung Manis, Sandakan

Penasihat : En. Kamarulariffin Bin Mohamed Zabil


Pengerusi : Pn. Junaida Binti Gunawan
Naib Pengerusi : Pn. Masnoratiqah Binti Syahrul
Setiausaha : Pn. Cecilia Bte Ambrose Linsua (Guru Prasekolah)
Bendahari : Pn. Sharifah Binti Sahran (Pembantu Pengurusan Murid)
Pn. Masni Binti Baba

Ahli Jawatankuasa :

1. Haslinda Binti Samsul


2. Roslinda @ Hastina Bt John

8.0 Tentatif Program :

MASA AKTIVITI
07.30 pagi Berkumpul di kawasan Prasekolah Pearl SK Lung Manis, Sandakan.
07.40 pagi Taklimat Gotong Royong dan pembahagian lokasi
08.00 pagi Gotong Royong bermula
10:30 pagi Berkemas/membersihkan alatan/diri
10.45 pagi Rehat
11.05 pagi Jamuan Ringan (Semua ahli membawa makanan dan minuman untuk
makan bersama)
12.05 tengahari Bersurai
9.0 ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN DAN SUMBER KEWANGAN

Bil. Bahan Kuantiti Anggaran Harga(RM)

1. Bijih Benih/ Anak Pokok 10 jenis anak pokok RM10 x 10 = RM 100.00

2. Baja dan Racun - RM 21.00

3. Tanah Subur 4 karung x RM50.00 RM 50 x 4 = RM 200.00

4. Pasu Bunga (24 buah x RM11.00) RM264.00

5. Cat Dinding (Pink dan 4 tin x RM160.00 RM640.00


Biru)

6. Cat Pelaka (7 warna) 7 buah x RM28.00 RM196.00

7. Roller Cat 5 buah x RM15.80 RM79.00

Jumlah keseluruhan = RM 1,500.00

9.2 SUMBER KEWANGAN

Diperolehi daripada pihak prasekolah dan segala bentuk sumbangan daripada semua ahli
Permuafakatan Prasekolah Pearl, SK Lung Manis, Sandakan.
9.0 Penutup

Program Gotong Royong Keceriaan Prasekolah Pearl, SK Lung Manis, Sandakan diharapkan
dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak terutama dari
semua ahli Permuafakatan Prasekolah Pearl, SK Lung Manis, Sandakan. Semoga rancangan ini dapat
membantu menceriakan prasekolah agar mencapai slogan "prasekolahku, rumahku".

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,

_________________________________ ________________
(CECILIA BTE AMBROSE LINSUA) (MARNA SIRAN)
SETIAUSAHA, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
PERMUAFAKATAN PRASEKOLAH PEARL SK LUNG MANIS, SANDAKAN
SK LUNG MANIS, SANDAKAN

DISAHKAN OLEH,

___________________________________________
(KAMARULARIFFIN BIN MOHAMED ZABIL)
GURU BESAR
SK LUNG MANIS, SANDAKAN
6.0 TANAMAN HERBA YANG DIPILIH

6.1 Serai Makan (Cymbopogon citratus)

Serai kerap digunakan dalam masakan dan juga dalam pembuatan minyak wangi. Batang dan
daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati. Secara
keseluruhannya, semua bahagian di serai amat berguna untuk kehidupan seharian. Manfaat serai untuk
kesihatan adalah boleh menurunkan tekanan darah, mengatasi masalah perut, penahan sakit semulajadi,
detoksifikasi, melegakan sengugut, agen pencegah kanser, mencantikkan kulit dan berkhasiat sebagai
diuretic.

6.2 Serai Wangi (Cymbopogon nardus)

Serai wangi mempunyai bau yang sangat wangi dan aroma yang kuat. Ia mempunyai banyak
khasiat untuk tubuh badan kita. Seperti melegakan kesakitan otot atau sendi kita, ianya juga digunakan
secara tradisional sebagai anti septic, malah sangat aktif untuk mencegah badan kita dari pelbagai jenis
penyakit. Serai wangi dapat membantu mengurangkan lebihan air dalam badan serta bagus untuk
penghadaman yang lancar. Ianya juga dapat membantu kita dalam membuang angin dalam badan kita.
Malah bukan setakat itu sahaja serai wangi juga dapat membantu pemulihan kulit yang rosak menjadi
sihat dan bersih. Serai wangi juga amat penting bagi ibu-ibu yang sedang berpantang dengan
membalutkannya dengan besi atau batu panas dengan cara bertungku untuk mengecutkan rahim yang
masih bengkak dan memecahkan darah yang masih beku agar keluar dengan lancar. Ianya juga bagus
untuk sakit otot, dan urat saraf yang sakit ataupun lemah.
6.3 Kunyit (Curcuma longa)

Nutrien yang paling menarik dalam kunyit ialah Curcumin kerana ia dapat memerangi
KANSER dan penyakit Alzheimer. Nutrien curcumin di dalam kunyit ditugaskan sebagai agen anti-
radang yang sangat baik. Selain daripada curcumin, kunyit mengandungi paras yang tinggi zat besi dan
sederhana tahap vitamin B6 dan kalium. Semua vitamin dan mineral adalah sebahagian daripada diet
yang sihat dan seimbang. Agen antiseptik dan antibakteria semula jadi, berguna dalam pembasmian
luka dan terbakar.

6.4 Lengkuas (Alpinia galanga)

Lengkuas biasa digunakan di dalam masakan, namun terdapat banyak khasiat lengkuas yang
sangat baik untuk tubuh badan. Di antaranya ialah, melancarkan peredaran darah, meredakan radang,
meredakan cirit-birit, mencegah dan mengubati tumor, menyembuhkan rhematic atau sakit limfa serta
terdapat di dalam produk penambah selera makan.

6.5 Oregano (Origanum vulgare)


Daun oregano adalah sebuah tumbuhan herbal yang biasanya digunakan untuk penambah perisa
masakan di negara-negara Eropah seperti Itali, Turki, Portugis, Amerika latin, Spanyol. Rasa yang
tajam pada daun ini membuat oregano banyak diburu oleh chef di seluruh dunia, dan biasanya daun ini
ditambahkan pada masakan seperti daging panggang, telur, sup, teh, pizza, dan masakan lainnya.
Walau bagaimanapun, daun oregano ini mempunyai manfaat yang sangat baik untuk tubuh badan iaitu,
sebagai agen antioksida, anti bakteria, melancarkan pencernaan, meningkatkan kesihatan jantung serta
menjadi agen detoksifikasi tubuh dan membantu hati untuk mempercepatkan proses pengeluaran
toksin.

6.6 Daun Sirih (Piper betle)

Daun sirih sudah dikenali sebagai tumbuhan herba yang banyak khasiat dan digunakan didalam
perubatan tradisional. Ianya selalu digunakan untuk merawat sakit gigi, gusi berdarah atau bengkak,
bau mulut dan ulser mulut. Selain itu ia digunakan untuk merawat keputihan, mengatasi masalah
menstruasi, merawat luka melecur, mengurangkan gatal-gatal pada kulit, mengatasi sembelit dan
bersifat antioksida.

6.7 Ulam Raja ( Cosmos Caudatus )


Ulam raja bukan sekadar enak dimakan tetapi tumbuhan herba ini juga kaya dengan pelbagai
khasiat. Antara khasiat utama ulam raja ini adalah membebaskan toksin dalam badan dan menguatkan
tulang, meremajakan kulit dan merencat bakteria merbahaya.

8.0 ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN DAN SUMBER KEWANGAN

Bil. Bahan Kuantiti Anggaran Harga(RM)

1. Bijih Benih/ Anak Pokok 7 jenis x 2 anak RM10 x 7 x 2 = RM 140.00


pokok

2. Baja dan Racun - RM 100

3. Tanah Subur 10 karung RM 50 x 10 = RM 500.00

4. Pasu - RM630.00

5. Tayar Terpakai 6 biji Derma dari pihak Estate

6. Bangku Kayu Terpakai 8 biji Derma dari pihak Estate

7. Batu Bulat Reflexologi 2 karung Derma dari pihak Estate


(Batu Sungai)

Jumlah keseluruhan = RM 1,000.00

8.1 SUMBER KEWANGAN

Akaun sekolah

Sumbangan dari pihak berkenaan


9.0 PENUTUP :

Dengan segala perancangan yang telah diatur dan disusun mengikut kronologi masa, adalah
dengan itu diharapkan agar projek Taman Herba SK Lung Manis ini dapat dijadikan kenyataan. Segala
komitmen daripada semua pihak juga amat dialu-alukan agar proses pelaksanaan Taman Herba ini
dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Pastinya, Taman Herba SK Lung Manis ini akan menjadi
ikon baru di sekolah ini seterusnya dapat mewujudkan satu landskap yang kemas, bersih dan ceria.
Semoga taman ini juga akan dapat menarik murid mempelajari pelbagai jenis tanaman herba dan dapat
menyediakan iklim kondusif untuk memastikan kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik
dan pembinaan modal insan yang berguna pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai