Anda di halaman 1dari 4

Melalui kerjasama serantau yang dilakukan antara negara ini, setiap

negara dapat bertukar-tukar pengetahuan dalam bidang pendidikan.


Ini dapat dilihatmelalui program-program yang dilakukan oleh ASA
ketika ianya masih berfungsi.Antara program yang dilakukan adalah
pertukaran tenaga pengajar antara ahlianggota. Pertukaran tenaga
pengajar di antara universiti contohnya, pertukarantenaga pengajar
antara Universiti Malaya dengan Universiti Filipina pada tahun1965.
ASA juga bercadang mengadakan kemudahan latihan dan
penyelidikanuntuk kepentingan bersama dan mepertingkatkan
pengajian tentang Asia Tenggara.

Kerjasama Dalam KebudayaanKerjasama dalam kebudayaan


dimulai dalam penubuhan ASA. DisebabkanNegara anggota ASA
merupakan negara yang hampir sama ataupun serumpun,maka,
kerjasama dalam bidang kebudayaan penting supaya negara
anggotadapat memahami kebudayaan masing-masing dan secara
tidak langsungmampu untuk meningkatkan tahap kepercayaan
antara negara anggota.Kerjasama dalm kebudayaan ini diteruskan
dalam SEAMEO. Walaupun SEAMEOmerupakan pertubuhan yang
lebih cenderung dalam bidang pendidikan, namun,tujuan utama
penubuhannya adalah menggalakkan kerjasama dalam
kalanganNegara Asia Tenggara dalam bidang pendidikan, sains dan
kebudayaan. Antaracontoh kerjasama dalam bidang kebudayaan ini
adalah pesta filem danpertunjukan kebudayaan ASEAN

I. Malaysia telah juga menyumbang dalam bidang pendidikan. Kerjasama


dalam bidang ini telah mewujudkan Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran
ASEAN (SEAMEO). Malaysia bersetuju membina Pusat Serantau untuk Sains
dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.
II. Malaysia telah memainkan peranan penting dalam membanteras
penyalahgunaan dadah. ASEAN telah mencadangkan Persidangan
Antarabangsa bagi Penyalahgunaan dadah dan Pengedaran Heroin (ICDAIT)
kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berjaya di adakan di Vienna
pada 1987. Persidangan ini telah di pengerusikan oleh Tun Dr Mahathir
Mohamad.
III. Dalam bidang kebudayaan Malaysia turut menjayakan festival
kebudayaan dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Disamping
berlaku pertukaran rancangan televisyen dan radio bagi merapatkan
hubungan sesama negara ASEAN.
IV. Malaysia berkerjasama dalam bidang sukan. Sukan SEA diadakan juga
untuk merapatkan hubungan dengan negara ASEAN dan Malaysia turut
beberapa kali menjadi tuan rumah untu sukan SEA.
V. Menubuhkan Majlis Bahasa Indonesia dan Malaysia (MBIB) padatahun
1972. MBIB kemudian bertukar menjadi Majlis Bahasa Brunei Darussalam-
Indonesia-Malaysia (MABIBM) pada tahun 1985 dengan tujuan
mangembangkan Bahasa Melayu, meningkatkan persaudaraan dan
meningkatkan perannan Bahasa Melayu dengan penyelarasan istilah, ejaan
dan sebutan

Kerjasama Politik
1. Untuk menjamin kestabilan politik dan keamanan negara serantau, konsep
ZOPFAN telah diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27
November 1971.

2. Matlamat penubuhannya ialah:

Memelihara keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara


dengan mengelak campur tangan daripada mana-mana pihak luar seperti
Rusia, Amerika Syarikat dan China dalam hal-hal di rantau ini.
Menyediakan saluran untuk menyelesaikan pertikaian yang berlaku di
Asia Tenggara secara aman dan bukan menggunakan kekerasan.
Mengelakkan penglibatan dalam pertikaian antara kuasa besar.
Memberi peluang kepada negara anggota untuk menentukan nasib
sendiri.

3. Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ) dibentuk pada 16 Disember 1987


untuk memastikan kawasan ASEAN bebas daripada ancaman senjata nuclear.

4. ASEAN mengamalkan pendirian bersama dalam isu politik seperti


pencerobohan Vietnam di Kemboja, iaitu tentera Vietnam harus berundur dari
Kemboja dan rakyatnya diberi peluang untuk menentukan nasib negara
mereka sendiri.

Kerjasama Ekonomi
Kerjasama ekonomi dari tahun 1967 hingga 1976 boleh dikatakan lembab
kerana tiada aktiviti dijalankan pada peringkat ASEAN. Kerjasama ekonomi
bermula setelah beberapa perjanjian seperti Perjanjian Persahabatan dan
Kerjasama (Treaty of Amity and Cooperation) dan Perisytiharan Pakatan
ASEAN (Declaration of ASEAN Concord) ditandatangani pada tahun 1976 di
Bali semasa Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan ASEAN pertama.
Antara kerjasama ekonomi negara-negara anggota ASEAN adalah seperti
berikut:
Melaksanakan projek-projek perindustrian seperti:
Projek Baja Urea ASEAN di Indonesia
Projek Baja Urea ASEAN di Malaysia
Projek Fabrikasi Tembaga ASEAN di Filipina
Projek Vaksin Hepatitis B ASEAN di Singapura
Projek Garam Batuan-Abu Soda ASEAN di Thailand
Mengadakan usaha sama perindustrian ASEAN.
Mengadakan Skim Pelengkapan Perindutrian ASEAN, misalnya dalam
bidang automotif.
Mewujudkan Peraturan Perdagangan Istimewa 1977 untuk
meningkatkan perdagangan antara negara anggota. Keistimewaan yang
diberikan termasuk kontrak kuantiti jangka panjang, perolehan istimewa
oleh entiti kerajaan, pelonggaran langkah-langkah bukan tarif dan
perluasan tarif istimewa.
Mengadakan kerjasama dalam sektor kewangan
Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council) ditubuhkan untuk
menyelaras kegiatan bank-bank perdagangan di rantau ASEAN
Syarikat Kewangan ASEAN ditubuhkan untuk memberikan kemudahan
kewangan kepada negara-negara yang terlibat dalam projek-projek
uasaha sama ASEAN.
Mengadakan kerjasama dalam bidang komunikasi
Pemasangan kabel laut ASEAN menghubungkan negara anggota
Mengasaskan Skim Pertukaran Berita Televisyen
Mengiktiraf lessen pemandu di rantau ASEAN
Mengadakan kerjasama dalam sektor makanan dan pertanian
Penubuhan Pusat Perancangan Pembangunan Pertanian ASEAN sebagai
bank data mengenai masalah pertanian
Penubuhan Plant Quarantine Traning Centre and Institute di Serdang
Mengadakan dialog dengan negara-negara maju
Mewujudkan Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga yang menggalakkan
pembangunan dalam bidang perdagangan, perlancongan, pengangkutan
dan perhubungan seperti:
IMT-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand)
IMS-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Singapura)
BIMP-EAGA (Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-
Malaysia-Filipina)

Kerjasama Sosial dan Kebudayaan
Tabung Kebudayaan ASEAN diwujudkan untuk mengeratkan hubungan
antara negara ASEAN melalui aktiviti kebudayaan seperti Pesta Filem ASEAN
dll.
Penubuhan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM).
Tujuan penubuhan adalah seperti berikut:
Mengembangkan Bahasa Melayu supaya setaraf dengan bahasa moden
Meningkatkan semangat persaudaraan di antara negara anggota
Meningkatkan peranan Bahasa Melayu sebagai alat perhubungan yang
lebih luas
Pembentukan Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara
(SEAMEO)
Menggalakkan kerjasama dalam bidang ilmu pengetahuan
Menganjurkan projek berikut;
Pusat Kajian Bahasa Inggeris di Singapura (RELC)
Pusat Pembaharuan dan Teknologi di Filipina (INNOTECH)
Pusat Pendidikan Serantau bagi Pendidikan Sains dan Matematik
(RECSAM) di Pulau Pinang.

Anda mungkin juga menyukai