Anda di halaman 1dari 13

FATWA SEBAGAI MEKANISME MENGAWAL AJARAN SYIAH: SATU

TINJAUAN LITERATUR

Sharifah Nor Ainnul Khairiyah Bt Syed Abdul Rahman & Mohd Al Adib
Samuri

Abstrak

Artikel ini membincangkan tentang fatwa negeri-negeri sebagai mekanisme kawalan


bagi ajaran Syiah di Malaysia. Kebelakangan ini terdapat banyak kes yang melibatkan
umat Islam yang terlibat dengan ajaran sesat ini. Ramai umat Islam mula bergerak
aktif secara persendirian atau berkumpulan dan terikut ajaran yang menyeleweng ini
sekaligus telah merosakkan aqidah dan syariat dalam kehidupan seorang muslim.
Objektif kajian ini adalah bagi mengenalpasti dan mengetahui mengenai ajaran Syiah
dan penyebarannya di Malaysia. Di samping itu, ia juga untuk meneliti sejauh mana
fatwa di setiap negeri di dalam Malaysia memainkan peranan dalam mengawal ajaran
Syiah ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif menerusi reka
bentuk analisis kandungan dan kajian kepustakaan. Kajian ini dikemukakan sebagai
sumbangan dan dijadikan panduan dalam menjadikan fatwa sebagai mekanisme yang
boleh mengawal ajaran Syiah. Ini juga bagi memastikan masyarakat Malaysia
terhindar daripada terjebak dengan virus Syiah serta mampu menjamin dan
melindungi akidah umat Islam seluruhnya.

Pengenalan

Sesungguhnya pegangan atau kepercayaan yang benar dan jitu serta mantap terhadap
Allah s.w.t menjadi teras Akidah Islamiah. Kepercayaan ini tumbuh subur dan segar
di dalam hati lalu mengerakkan akal kita untuk berfikir dan memandu tubuh kita
melakukan ibadah mengikut syariat yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. Itulah akidah
yang benar dan menjadi prinsip pegangan ke arah mencapai kesenangan dan
kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Akidah yang sahih serta mantap tidak akan sekali-kali menyekutukan Allah s.w.t
dengan menyamakanNya dengan makhlukNya. Inilah akidah Ahli Sunnah Wal Jamah
yang sebenar. Sesungguhnya mengingatkan orang Islam daripada golongan yang sesat
adalah satu kewajipan. Memberi peringatan mengenai orang yang menyelewengkan
ajaran agama dan melakukan pendustaan terhadap Allah s.w.t dan RasulNya
diutamakan.

Dalam menjaga sesebuah negara supaya terpelihara daripada anasir-anasir luar dan
pegangan terpesong, masyarakat Malaysia tidak lari daripada tergolong dalam
kumpulan ini. Mereka mendakwa bahawa ajaran sesat ini adalah benar dalam Islam
seterusnya menyebarkan kepada orang lain supaya ia dapat diajar dan diamalkan oleh
mereka. Menurut Bahagian Penyelidikan Cawangan Akidah Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia, sehingga 2009 lebih 55 kumpulan ajaran sesat di seluruh Malaysia telah
difatwakan dan diwartakan sebagai menyeleweng dan salah satunya adalah ajaran
Syiah.
84

Ajaran Syiah ini telah berkembang pada tahun 1979 di Malaysia. Antara negeri-negeri
yang terlibat dengan perkembangan ajaran ini ialah Selangor, Wilayah Persekutuan,
Kuala Lumpur, Kelantan, Johor, Perak dan Melaka.1 Syiah ini banyak menyeleweng
dalam beberapa sudut iaitu akidah, syariat dan umum.

Dalam konteks Malaysia yang mengamalkan sistem pengasingan kuasa, bidang kuasa
jenayah ini umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu bidang kuasa Persekutuan
dan bidang kuasa Negeri. Bagi orang-orang Islam di setiap negeri di Malaysia,
terdapat Akta atau Enakmen Jenayah yang tersendiri yang terpakai khusus kepada
mereka walaupun bentuk kesalahan dan hukumannya sangat terhad. Selain daripada
Akta atau Enakmen Jenayah, setiap negeri juga mempunyai fatwa-fatwa tersendiri
yang dikeluarkan mengikut Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat
Melayu negeri tersebut.

Artikel ini hanya memfokuskan kepada fatwa-fatwa mengenai ajaran Syiah.Tindakan


dan hukuman atas kesalahan jenayah ini telah difatwakan oleh lima buah negeri iaitu
Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Terengganu.
Majlis Penjelasan Akidah telah diadakan di Kuala Lumpur, Johor dan Perak pada
tahun 1999. Kursus Pemurniaan Akidah kepada Kader Syiah pada Ogos 1998 di
Kemunting Perak.2

Penyataan Masalah

Islam telah menjelaskan bahawa ajaran Syiah ini adalah satu ajaran yang dilarang
namun masih ada masyarakat Muslim di Malaysia masih mengamalkan ajaran ini.
Sekiranya dilihat daripada segi makna dalam Bahasa Arab, Syiah bermaksud cabang,
pecahan, ataupun sebahagian daripada sesuatu. Sekiranya dirujuk dalam Al-Quran
pula, terdapat beberapa ayat menyatakan, perkataan syiatihi (kaum), syiyai (umat),
dan syiya-a (berpuak-puak), iaitu dalam surah Al-Hijr, Al-Anam, Al-Qasas, As-Saffat,
dan Maryam.3

Dalam Al-Mishbah Al-Murir disebutkan bahawa perkataan Asy-Syiah bererti pengikut


dan pendukung. Semua orang yang bersepakat pada suatu urusan juga dipanggil Syiah
istilah Syiah ini menjadi sebutan bagi kelompok tertentu. Dengan demikian, dapatlah
dikatakan bahawa Syiah dari sudut bahasa bereti golongan, pengikut, pembantu,
pendukung dan sebagainya.4 Pengertian Syiah secara istilah berkaitan erat dengan
fasa-fasa perkembangan mereka dan tahap-tahap keyakinan mereka. Hal ini dapat

1
Dr.Engku Ahmad Zaki, Ajaran Sesat Di Sebalik Lipatan Sejarah Islam, Mustread Sdn Bhd, Selangor,
2013, hlm. 132
2
Dr.Engku Ahmad Zaki, Ajaran Sesat Di Sebalik Lipatan Sejarah Islam, Mustread Sdn Bhd, Selangor,
2013, hlm.132
3
Sabaruddin Hussein, Yahudi Syiah dan Dajal Penyebar Fitnah, Pemesong Akidah, Pts Islamika Sdn
Bhd, Selangor, 2014, hlm.85.
4
Prof. Dr. Ali Muhammad Ash-Shalabi, Khawarij dan Syiah dalam Timbangan Ahlu Sunnah Wal
Jamaah, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta, 2007, hlm. 138
85

difahami kerana prinsip-prinsip keyakinan Syiah dan pemikirannya terus berubah dan
berkembang.5

Ia dianggap sebagai kelompok terbesar yang melanggar beberapa seksyen dalam Akta
atau Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah. Ajaran salah atau sesat menurut Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ialah :

Sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam
yang mendakwa ajaran atau amalan yang dibawanya itu adalah ajaran Islam
atau berdasarkan kepada ajaran Islam, sedangkan pada hakikatnya ajaran atau
amalan yang dibawa itu bertentangan dengan ajaran Islam yang berdasarkan
kepada Al-Quran dan As-Sunnah serta bercanggah dengan aqidah dan syariat
Islam.

Dipercayai ajaran sesat telah muncul di Malaysia pada awal abad ke 19 di Kampung
Seronok, Seberang Perai, Pulau Pinang. Ia dikenali sebagai Ajaran Taslim yang
diasaskan oleh Hj. Mohammad bin Shafie atau lebih dikenali sebagai Hj. Ahmad
Matahari.6

Di Selangor, ajaran sesat yang mula bertapak adalah ajaran Ahmadiah atau juga
dikenali sebagai ajaran Qadiani bertempat di Jeram, Kuala Selangor pada tahun 1930-
an. Ajaran ini telah difatwakan oleh para ulama seluruh dunia sebagai terkeluar dari
ajaran Islam. Setersnya misalnya, 25 ajaran sesat teah difatwakan sesat dan 23 masih
dalam siasatan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 8 ajaran didapati masih aktif
manakala 17 lagi tidak aktif. (sumber diperoleh daripada Unit Aqidah, Bahagian
Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor).

Berdasarkan pernyataan-pernyataan di atas, ia masih menunjukkan bahawa ajaran


sesat ini masih bergerak aktif di Malaysia dan yang kerap berlaku masalah pada masa
sekarang adalah ajaran Syiah. Ajaran ini semakin menular di Malaysia dan banyak
jenayah yang berlaku melibatkan golongan daripada ajaran ini.

Di Malaysia, setiap negeri mempunyai Majlis Fatwa Negeri masing-masing di mana


fungsi fatwa ini adalah untuk memberikan penjelasan hukum syarak bagi sesuatu
masalah sebagai jawapan bagi sesiapa yang bertanya, baik secara persendirian atau
berjemaah. Ia juga adalah ketentuan hukum yang dijelaskan oleh mufti dalam
menjawab sesuatu permasalahan atau penjelasan mengenai sesuatu hukum walaupun
tidak ada pertanyaan khas mengenainya.

Fatwa mengenai Syiah ini telah diperbincangkan dalam kesemua negeri di Malaysia
dan ini menunjukkan bahawa isu ini sangat dititikberatkan supaya ia tidak tersebar
dengan lebih luas lagi. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang diadakan pada 2 dan 3
Mei 1996 di Langkawi bersetuju beberapa perkara antaranya ialah menetapkan

5
Prof. Dr. Ali Muhammad Ash-Shalabi, , 2007, hlm. 139
6
Amir Husin Mohd Nor, Amir Fazlim Yusoff dan Muhammad Nazir Alias, Kesalahan Jenayah
Aqidah Menurut Kerangka Perundangan di Malaysia, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2010, hlm.70
86

bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang
berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak.

Seterusnya, memperakukan pindaan kepada semua Undang-undang Negeri yang


berhubung dengan hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif Hukum Syarak atau
Undang-undang Islam dengan Hukum Syarak atau Undang-undang Islam yang
ertinya Undang-undang Islam yang berasaskan pengangan Ahli Sunnah Wal Jamaah
dari segi aqidah, syariah dan akhlak. Manakala penyebaran apa-apa ajaran yang lain
daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.7

Berkenaan fahaman Syiah, Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri antaranya, Wilayah


Persekutuan8 dan Pulau Pinang9 serta Negeri Selangor10 telah mewartakan bahawa
ajaran dan fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan
Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menjadi ancaman kepada perpaduan umat, keutuhan
agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara. Fahaman dan ajaran Syiah perlu
disekat keseluruhannya dan berkembang berdasarkan percanggahannya dengan
aqidah, syariah dan lain-lain.

Keputusan Fatwa Negeri Sembilan11 dan Ahli Majlis Fatwa Negeri Melaka serta
Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman12 setelah mengkaji, bersetuju sebulat
suara membuat ketetapan bahawa ke arah membendung pengaruh Syiah di Malaysia
dengan menetapkan hendaklah mengikut undang-undang Islam dan ajaran Islam yang
berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak
dan memperakukan bahawa ajaran Islam selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah
adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan dengan yang demikian penyebaran
apa-apa ajaran lain selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang serta
penerbitan, penyiaran dan penyebaran melalui buku, risalah, filem, video atau dengan
apa-apa cara lain pun yang berkaitan dengan ajaran yang bertentangan dengan
pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.

Keputusan Ahli Majlis Fatwa Negeri Johor13 pada 9 Januari 2012 pula telah
menetapkan bahawa umat Islam di Negeri Johor hendaklah mengikut undang-undang
dan ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahlis Sunnah Wal Jamaah dari segi
aqidah berpandukan mazhab Al-Asyairah dan Al-Maturidiah, Syariah berpandukan
mazhab Syafie. Fahaman dan Ajaran ini perlu disekat keseluruhannya dari
berkembang di negeri ini berdasarkan terdapat beberapa pencanggahan di dalam
fahaman tersebut sama ada dari sudut Aqidah, Syariah dan Akhlaq. Oleh itu, mana-
mana orang Islam atau kumpulan adalah dilarang berpegang kepada ajaran-ajaran dan

7
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-di-malaysia [31 Oktober 2013]
8
www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/membendung-pengaruh-syiah-di-malaysia-0 [31 Oktober 2013]
9
www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-mengenai-fahaman-syiah-0 [31 Oktober 2013]
10
www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-tentang-fahaman-syiah [31 Oktober 2013]
11
www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/ke-arah-membendung-pengaruh-syiah-di-malaysia [31 Oktober
2013]
12
www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/membendung-pengaruh-syiah-di-malaysia-2 [31 Oktober 2013]
13
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/membendung-pengaruh-syiah-0 [31 Oktober 2013]
87

fahaman tersebut kerana ia bertentangan dengan pegangan Ahlis Sunnah Wal Jamaah
dan sesiapa yang mengingkari Fatwa ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah
seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

Keputusan fatwa negeri Perak14 pula pada 4 Januari 2012 mengenai ajaran dan
Fahaman Syiah didapati bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang
menjadi teras pegangan masyarakat Islam di Perak berdasarkan kepercayaan dan
perbuatan.

Keputusan Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis15 pada 20 Februari 2012 telah menetapkan
bahawa ajaran dan fahaman Syiah adalah suatu ajaran yang bercanggah dan
menyalahi ajaran Islam yang sebenar. Para penganutnya dikira sesat dan boleh
terkeluar dari Islam. Fahaman ini perlu disekat keseluruhannya daripada berkembang.
Oleh itu, umat Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman ajaran
dan fahaman Syiah, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah,
mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan apa-apa aktiviti
ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan serta aktiviti-aktiviti
lain yang bertujuan untuk menghidup, menyebar dan mengembangkan ajaran ini serta
dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem,
rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-
apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lembing, rajah atau tanda-tanda yang
boleh mengaitkan ajaran atau fahaman Syiah dengan ajaran Islam yang sebenar.

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang16 Kali Ke-6 tahun
2011, pada 30 Disember 2011 mengenai Hukum Berpegang Dengan Ajaran Syiah
telah memutuskan hukum berpegang dengan ajaran Syiah adalah diharamkan untuk
diamal dan disebarkan di negeri ini disebabkan fahaman dan ajaran ini adalah
bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan ahli sunnah wal jamaah.

Umat Islam di negeri Terengganu17 hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang
berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak.
Keputusan pada 2 September 1997, bahawasanya menurut Seksyen 26 (3) Enakmen
Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan
telah perkenan supaya fatwa yang terkandung di dalam ini disiarkan dalam Warta.

Oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi di bawah Seksyen
25, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, Jawatankuasa Fatwa Majlis
Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini membuat dan mengeluarkan
fatwa bahawa umat Islam di negeri Terengganu hendaklah hanya mengikut ajaran
Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariah
dan akhlak serta penerbitan-penerbitan dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem,

14
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-mengenai-pengharaman-ajaran-dan-fahaman-syiah-
di-negeri-perak-darul-ridzuan [31 Oktober 2013]
15
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/ajaran-atau-fahaman-syiah [31 Oktober 2013]
16
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-berpegang-pada-ajaran-syiah [31 Oktober 2013]
17
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/membendung-pengaruh-syiah-di-malaysia-1 [31 Oktober
2013]
88

video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan
pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.

Mesyuarat Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan18
yang bersidang pada 30 Mei 1995 telah membincangkan fatwa mengenai golongan
ajaran Syiah. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan bahawa
umat Islam di Kelantan hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan
pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak. Ini adalah
kerana ajaran Syiah jelas menyeleweng dari segi aqidah, syariah dan akhlak.

Kedua, menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan


Perlembagaan Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi
persekutuan dan negeri negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan
peganganAhli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak.

Ketiga, memperakukan pindaan kepada semua undang-undang negeri yang


berhubungan dengan hukum syarak bagi menyelaraskan takrif (hukum syarak) atau
(undang-undang Islam) ertinya undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli
Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak serta ajaran Islam yang lain
daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum
syarak dan undang-undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran
yang lain daripada pegangan ahli-ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.
Menetapkan bahawa penerbitan, penyebaran dan penyiaran apa-apa buku, risalah,
filem, video dan lain-lain yang berkaitan dengan ajaran Islam yang bertentangan
dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.

Muzakarah Jawatankuasa (Fatwa) Perundingan Hukum Syarak Negeri Sabah19 yang


bersidang pada 26 Julai 1996 dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sarawak20
pada 23 November 1996 juga membuat penetapan seperti negeri Kelantan mengenai
ajaran Syiah ini.

Berdasarkan kesemua fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh semua negeri di Malaysia


ini, dapatlah disimpulkan bahawa kesemua negeri bersepakat dalam menolak dan
menentang ajaran Syiah ini seluruhnya kerana ia ternyata bercanggah dengan ajaran
Islam yang sebenar. Kesepakatan ini dapat dilihat dari setiap sudut bukan sahaja
penyebaran dan ajaran, tetapi juga dalam penggunaan kehidupan seharian seperti
aspek penerbitan, penyiaran, aktiviti seharian dan lain-lain. Ini adalah untuk
menyelamatkan umat Islam daripada terpesong dan terjerumus kea rah kesesatan.

Tinjauan Literatur

Ajaran Syiah bukanlah sesuatu yang asing lagi di negara kita. Masyarakat Malaysia
juga cakna terhadap ajaran sesat yang semakin berleluasa ini. Walau bagaimanapun,
tidak dinafikan terdapat beberapa sumber rujukan yang membincangkan tentang isu

18
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-mengenai-ajaran-syiah [31 Oktober 2013]
19
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/mengenai-syiah [31 Oktober 2013]
20
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/ke-arah-membendung-pengaruh-syiah-di-sarawak [31
Oktober 2013]
89

Syiah di Malaysia. Namun kajian-kajian berkenaan hanya banyak menyentuh


mengenai latar belakang Syiah itu sendiri, menyingkap bagaimana penyebarannya
boleh terjadi dan rata-rata undang-undang yang membincangkan mengenai kesalahan
jenayah aqidah secara keseluruhannya dan tiada yang lebih menjurus kepada Syiah itu
sendiri.

Penulis banyak membuat rujukan melalui buku hasil tulisan Amir Husin Mohd Nor,
Amir Fazlim Yusoff dan Muhammad Nazir Alias21 yang mana buku ini lebih
menfokuskan kepada jenayah aqidah di Malaysia. Ia juga memberikan penerangan
mengenai peruntukan undang-undang berkaitan dengan kesalahan jenayah aqidah,
isu-isu penguatkuasaan, pendakwaan dan penghakiman terhadap kesalahan itu serta
analisa kes-kes yang berkaitan. Penulisan ini juga lebih meluas dengan melihat
kesemua akta dan enakmen bagi setiap negeri di Malaysia dan isu Syiah juga ada
disentuh tetapi tidak terlalu banyak dan tidaklah terlalu difokuskan.

Menurut penulisan Sabaruddin Hussein22 berpendapat bahawa kewujudan Syiah di


Malaysia adalah disebabkan ajaran Syiah ini adalah seakan-akan dengan ajaran Ahli
Sunnah wal Jamaah yang mana masyarakat ada yang tidak berani menafikan
kesesatan Syiah itu malah begitu mudah terikut-ikut dan berani menyebarkan kepada
umat Islam yang lain.

Dalam karya Dr. Muhammad Thalib23 pula lebih menjurus kepada akidah imamah
Syiah dalam tinjauan Islam serta penghinaan Syiah itu sendiri terhadap Islam yang
mana lebih menekankan kepada penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w, para nabi,
ahlul bait, putera puteri nabi s.a.w dan lain-lain lagi. Penulisan ini lebih menjurus
kepada bagaimana Syiah itu wujud dan peringkat-peringkat penyebarannya berlaku.

Perbincangan yang seakan sama juga telah dinukilkan dalam penulisan Dr. Abd Aziz
Hj. Hanafi24 yang mendiskusikan kelahiran Syiah, kitab-kita suci bagi penganut
Syiah dan pengaruh unsur-unsur asing dalam pembentukan aliran Syiah. Apa yang
berbeza dalam penulisan ini adalah penulis membincangkan mengenai mutah25 dan
khumus.26 Dalam perbincangan mutah bagaimana pengaplikasian mutah di kalangan
penganut Syiah dan hukum hakam ke atasnya manakala topik khumus pula, penulis
membincangkan isu kedudukan dan hukum khumus itu sendiri.

21
Amir Husin Mohd Nor, Amir Fazlim Yusoff dan Muhammad Nazir Alias, 2010, hlm.67
22
Sabaruddin Hussein, Yahudi Syiah dan Dajal Penyebar Fitnah, Pemesong Akidah, Pts Islamika Sdn
Bhd, Selangor, 2014, hlm.116.
23
Dr. Muhammad Thalib, Syiah Menyingkap Pemesongan Fahaman Islam, Bumi Restu Creative Sdn
Bhd, Johor, 2013, hlm 67.
24
Dr. Abd Aziz Hj.Hanafi, Kenapa Meninggalkan Syiah?, t.t.p, t.t, hlm.161
25
Nikah mutah ialah nikah yang mengehadkan tempoh masa tertentu dalam akad nikah seperti seorang
lelaki berkata kepada wali perempuan: kahwinkan aku dengan anak perempuan kamu selama
sebulan. Nikah mutah adalah tidak sah bagi Ahli Sunnah tetapi sah bagi pandangan Syiah.
26
Khumus adalah hasil rampasan perang yang dibahagikan kepada lima bahagian iaitu satu perlima
kepada Rasulullah, satu perlima kepada kaum kerabat Nabi s.a.w daripada Bani Hasyim, Bani Muttalib
dan Bani Abdul Manaf, satu perlima kepada anak-anak yatim, satuu perlima kepada orang-orang
miskin dan satu perlima kepada ibnu sabil iaitu musafir yang memerlukan bantuan.
90

Topik yang sama juga telah ditulis oleh Sayid Husain Al-Musawi27 dalam karyanya
yang membincangkan hal mutah dan khumus serta kitab-kitab samawi bagi orang-
orang syiah. Penulis juga membincangkan mengenai pandangan Syiah terhadap
Ahlu Sunnah dan pengaruh kekuatan asing dalam pembentukan Syiah.

Hasil karya Dr. Ihsan Ilahi Dhahir28 juga membincangkan mengenai kelahiran Syiah
dengan menceritakan setiap peringkat kewujudan Syiah itu sendiri dan isu-isu yang
timbul pada zaman tersebut. Seterusnya penulisan mengenai orang-orang Syiah dan
Al-Quran yang mane mereka telah membuat perubahan ke atas Al-Quran beserta
contoh dan dalil-dalilnya. Penulis menambah lagi dengan topik pembohongan oleh
orang-orang Syiah serta tragedi-tragedi yang berlaku pada zaman tersebut.

Karya Prof. Dr. H. AbuBakar Aceh29 juga membincangkan isu dan topik yang sama
dengan Dr. Ihsan Ilahi Dhanir dengan membentangkan sejarah kejadian dan
perkembangan Syiah tetapi lebih banyak menceritakan sejarah Nabi Muhammad
s.a.w dan Saidina Ali r.a beserta keturunannya. Penulis juga membincangkan
mengenai Quran dan Hadith, Ijtihad serta Taqlid berdasarkan peringkat-peringkatnya.
Topik yang terakhir membincangkan mengenai pendapat empat mazhab mengenai
Syiah.

Dalam penulisan Mengungkap Hakikat Syiah karya Abdullah Al-Mushili30 lebih


banyak membahaskan isu-isu dan permasalahan dalam golongan Syiah seperti
taqiyah31 pada orang-orang Syiah, akidah-akidah Syiah terhadap dan kaum
Muslimin, kecaman Syiah terdapat empat imam mazhab, pandangan orang Syiah
yang berlebihan terhadap para imam dan sebagainya. Ternyata penulisan ini lebih
banyak membincangkan isu-isu golongan syiah tanpa menumpukan pada satu topik
sahaja.

Dalam buku Apa itu Syiah hasil karya Prof. Dr. H.M Rasjidi32 pula lebih kurang
sama seperti penulisan-penulisan di atas yang mana lebih menjurus kepada latar
belakang kewujudan Syiah itu sendiri tetapi ia ditambah dengan perbincangan
mengenai fiqih Syiah beserta contohnya. Dalam teori dasar fiqih Syiah sama dengan
dasar fiqih Ahlus Sunnah. Yakni bersandarkan Quran dan Sunnah nabi tetapi

27
Sayid Husain Al-Musawi, Mengapa Saya Keluar dari Syiah?, CV Pustaka Al-Kautsar, Jakarta,
2002
28
Dr.Ihsan Ilahi Dhanir. Virus Syiah : Sejarah Alienisme Sekte. Darul Falah, Jakarta, 2002, hlm.25.
29
Prof. Dr. H. AbuBakar Aceh, Perbandingan Mazhab Syiah Rasionalisme Islam, C.V. Ramadhani,
Semarang, 1972, hlm.3.
30
Abdullah Al-Mushili, Mengungkap Hakikat Syiah Agar Anda Tidak Terpedaya, Pt Darul Falah,
Jakarta, 2009, hlm.
31
Taqiyah bermaksud perlindungan dengan maksud bahawa seseorang itu melindungi keselamatan dan
kehormatan diri dan hartanya daripada bahaya musuh dengan menyembunyikan sesuatu dan
melahirkan apa yang berlainan dengan hakikat yang tersembunyi di dalam hati. Dengan kata lain
taqiyyah ialah tindakan berpura-pura atau hipokrit kerana terpaksa.
32
Prof. Dr. H.M Rasjidi, Apa Itu Syiah? Al-Hidayah Pulications, Selangor, 2014
91

berlainan atas beberapa sebab seperti pada usul dan furu, tidak menerima ijma
umum sebagai dasar legislasi, menentang qiyas dan sebagainya.33

Menurut laporan di dalam laman sesawang Bahagian penyelidikan Cawangan Aqidah


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sehingga 2009 lebih 55 kumpulan ajaran
sesat di seluruh Malaysia telah difatwakan dan diwartakan sebagai menyeleweng dan
salah satu daripadanya adalah Syiah.34 Penulis juga menggunakan buku yang
berkaitan dengan ajaran sesat kerana Syiah adalah tergolong dalam kumpulan ajaran
sesat. Menurut penulisan Zanirah Mustafa, Maznah Wan Omar, Ahmad Yumni Abu
Bakar dan Amir Husin Mohd Nor,35 ajaran Syiah telah muncul pada tahun 1979 dan
tempat yang berkembang adalah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Kelantan, Johor, Perak dan Melaka. Karya ini lebih menfokuskan mengenai
penyelewengan ajaran ini dari segi aqidah, syariat dan juga umum dan tiada sebarang
penjelasan mengenai tindakan undang-undang terhadap ajaran Syiah ini.36

Dalam karya Dr. Engku Ahmad Zaki37 membincangkan mengenai ajaran sesat yang
berlaku di Malaysia yang mana setiap jenis ajaran sesat diterangkan secara ringkas
dan tidak begitu mendalam. Penulis juga ade menyentuh sedikit mengenai Syiah
tetapi tidak begitu mendalam dan apa yang terkandung mengenai Syiah itu adalah
sama seperti perbahasan di dalam karya sebelum ini. Secara puratanya, karya ini
hanya membincangkan tentang setiap kategori ajaran sesat itu secara ringkas.

Ustaz Ku Muhammad dan Asmadi b. Ku Mohd Saad38 juga menyentuh aspek ajaran
sesat secara mendalam di dalam karya mereka. Ia banyak membincangkan mengenai
ciri-ciri, sejarah, teknik penyebaran, faktor-faktor dan sebagainya di dalam ajaran
sesat itu sendiri. Menurut penulis, sehingga kini setiap buah negeri di Malaysia
terdapat ajaran-ajaran sesat yang disebarkan secara senyap-senyap dan ada kalanya
mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh kecil tempatan dan jumlah ajaran sesat ini
telah bertambah dari masa ke semasa. Ajaran Syiah adalah salah satu faktor
berkembangnya ajaran sesat di negara ini dan hasil penelitian ini telah ditemui oleh
Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM).39

33
Prof. Dr. H.M Rasjidi, 2014, hlm. 46-67
34
Amir Husin Mohd Nor, Amir Fazlim Yusoff dan Muhammad Nazir Alias, Kesalahan Jenayah
Aqidah Menurut Kerangka Perundangan di Malaysia, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2010, hlm.71
35
Zanirah Mustafa, Maznah Wan Omar, Ahmad Yumni Abu Bakar dan Amir Husin Mohd Nor,
Fenomena Ajaran Sesat dan Peruntukan Undang-Undang di Malaysia, Penerbit UiTM, Selangor, 2013
36
Zanirah Mustafa, Maznah Wan Omar, Ahmad Yumni Abu Bakar dan Amir Husin Mohd Nor, 2013,
hlm.27-29
37
Dr.Engku Ahmad Zaki, Ajaran Sesat Di Sebalik Lipatan Sejarah Islam, Mustread Sdn Bhd,
Selangor, 2013, hlm.130-133
38
Ustaz Ku Muhammad dan Asmadi b. Ku Mohd Saad, 20 Hujjah Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Vs
Akidah Sesat, Pustaka Al-Ehsan, Selangor,2010.
39
Ustaz Ku Muhammad dan Asmadi b. Ku Mohd Saad, ,2010, hlm.83-84
92

Dalam penulisan Akidah Pemahaman dan Perpecahan Umat Sepanjang Zaman oleh
Dr.Engku Ahmad Zaki,40 penulis membincangkan mengenai apa itu yang
dimaksudkan dengan Syiah dan bagaimana Syiah itu wujud. Aliran-aliran dalam
Syiah juga turut dibincangkan di mana terdapat empat golongan aliran Syiah dan ia
berpecah kepada pelbagai aliran iaitu aliran Gholiyah, aliran Rafidhah, aliran
Zaidiyah dan Syiah Imamiyah dan setiap satunya dibahaskan dengan ringkas dan
padat. Golongan Syiah mempunyai lima prinsip utama yang perlu diyakini oleh
setiap penganutnya iaitu Al-Tauhid, Al-Adl, Al-Nubuwwah, Al-Imamah dan Al-
Maad.41 Secara keseluruhannya, penulis banyak membincangkan mengenai akidah
dan bukan sahaja syiah yang dibahaskan malah banyak lagi ajaran-ajaran lain yang
turut diutarakan.

Kertas kerja yang dibentangkan oleh Ustaz Asri Yusof42 dalam Prosiding Seminar
Ahli Sunnah dan Syiah Imamiyyah membincangkan mengenai bahayanya syiah
kepada aqidah, syariah, akhlak, ummah dan negara. Setiap topik perbincangan yang
dibentangkan terdapat dalil-dalil beserta contoh yang bertepatan. Secara
keseluruhannya kertas kerja ini hanya memfokuskan mengenai faktor dan impak
terhadap lima cabang tadi sahaja dan tiada sebarang perbincangan yang berhubungkait
dengan undang-undang terhadap golongan syiah.

Ahmad Faidzurrahim dan Haji Mohd Alwi Al-Azhari43 dalam karya mereka
membincangkan mengenai Syiah, penulis hanya menyentuh mengenai asal usul Syiah
serta pegangan golongan tersebut. Tiada sebarang perbahasan mengenai undang-
undang atau hukuman yang dibahaskan di dalam karya ini.Prof. Dr. Ali Muhammad
Ash-Shalabi44 pula menyentuh mengenai Syiah dari aspek perkembangan, sikap dan
akidah Syiah itu sendiri dalam karyanya. Penulisan ini lebih banyak mendetailkan
mengenai Syiah itu sendiri serta akidah golongan mereka. Dalam buku hasil penulisan
Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni,45 beliau lebih menskopkan kajian beliau mengenai
Syiah dari aspek politik yang menjelaskan mengenai teori, kritikan dan konsep.
Ternyata dalam kedua-dua karya ini tiada penulisan berbentuk undang-undang
disentuh dan dibincangkan.

Seterusnya, perbincangan mengenai era sejarah kemunculan fahaman Syiah,


perjuangan Khomeini serta akidahnya. Terdapat juga pandangan dan pendapat Ulama
berkaitan akidah dan fahaman Syiah diselitkan di dalam karya Syiekh Abu

40
Dr.Engku Ahmad Zaki , Akidah Pemahaman dan Perpecahan Umat Sepanjang Zaman, Mustread
Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 2012.
41
Dr.Engku Ahmad Zaki, 2012, hlm.29-34
42
Ustaz Asri Yusof. Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak, Ummah dan Negara. Prosiding
Seminar Ahli Sunnah dan Syiah Imamiyyah : Aspek Persamaan dan Perbezaan. Pusat Pengajian
Umum Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1993, hlm. 1-39
43
Ahmad Faidzurrahim dan Haji Mohd Alwi Al-Azhari. Soal Jawab Akidah Muslimin. Hijjaz Records
Publishing. Selangor. 2014
44
Prof. Dr. Ali Muhammad Ash Shalabi. Khawarij dan Syiah Dalam Timbangan Ahlu Sunnah Wal
Jamaah. Pustaka Al-Kautsar. Jakarta, 2007.
45
Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni. Agenda Politik Syiah. PTS Millennia Sdn Bhd. Selangor,2013
93

Muhammad Musanna46 ini seperti pendapat daripada Imam Malik r.a, Imam Syafie,
Ibnu Hazam, Imam Ahmad Hambali dan ramai lagi dan keseluruhannya menentang
ajaran ini. Buku ini juga mendedahkan komplot Syiah yang berpegang kepada akidah
Syiah dan kesesatan fahaman Khomeini.

Dr. Musa Al-Musawi47 dalam penulisannya pula keseluruhannya adalah


mendiskusikan mengenai sistem imam dan khalifah dalam Syiah serta amalan-amalan
yang diamalkan oleh golongan ini seperti mutah, jama dua sembahyang,
penyelewengan Al-Quran dan lain-lain lagi. Hasil penulisan beliau juga lebih kurang
sama dengan penulisan Syeikh Muhammad Abdul Sattar At-Tunisawi48 dimana karya
beliau keseluruhannya adalah juga menjelaskan mengenai amalan-amalan golongan
Syiah serta disokong dengan dalil-dalil serta hujah-hujah.

Melalui tinjauan yang dibuat oleh penulis, belum terdapat penulisan berkaitan dengan
tajuk kajian ini dijalankan di Malaysia khususnya kajian yang menelusuri fatwa-fatwa
mengenai ajaran dan fahaman Syiah. Justeru itu, wajarlah penulis membuat kajian
mengenai isu ini bagi memperlihatkan kepentingan fatwa dan menjadikan ia sebagai
mekanisme mengawal ajaran syiah ini.

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan di atas, setiap negeri haruslah mengeluarkan fatwa yang


kemas dan jitu bagi menjamin negeri tersebut lebih mantap dalam setiap aspek
kesalahan jenayah aqidah ini. Kes-kes yang berkaitan dengan ajaran sesat ini
bilangannya semakin meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu, golongan ini tidak
boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa hukuman yang setimpal. Bagi menangani
permasalahan ini, pihak berkuasa agama seperti Jabatan Mufti, Jabatan Agama Islam
serta Bahagian penguatkuasaan dan Pendakwaan harus bekerjasama dalam
membanteras gejala ini. Fatwa ini boleh dijadikan mekanisme penting dalam
menjamin kesejahteraan masyarakat dan sekiranya mekanisme ini dapat diaplikasikan
dengan jayanya, maka negara ini akan lebih aman daripada sebarang permasalahan
dan gejala aqidah sesat dapat dibendung supaya ia tidak menular di kalangan
masyarakat.

Rujukan

Abdullah Al-Mushili. Mengungkap Hakikat Syiah Agar Anda Tidak Teperdaya.


2009. Jakarta : Pt Darul Falah.

Abul Hasan Ali Al-Hasani An-Nadwi. Dua Wajah Saling Menentang Antara Ahlu
Sunnah Dan Syiah. 1987. Surabaya: Pt. Bina Ilmu.

Ahmad Faidzurrahim. Darah Syiah Membongkar Pengkhianatan dan Kezaliman


Syiah. 2013. Kuala Lumpur : Darul Taklim.

46
Syiekh Abu Muhammad Musanna. Syiah Komplot Tawan Dunia. Pustaka Al Ehsan. Selangor, 2013
47
Dr Musa Al Musawi. Dedah Fahaman Syiah.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 1998
48
Syeikh Muhammad Abdul Sattar At-Tunisawi. Batilnya Akidah Syiah. Inteam Publishing Sdn Bhd.
Kuala Lumpur, 2013.
94

Ahmad Faidzurrahim & Haji Mohd Alwi Al-Azhari. Soal Jawab Akidah Muslimin.
2014. Selangor : Hijjaz Records Publishing.

Amir Husin Mohd Nor, Amir Fazlim Yusoff & Muhammad Nazir Alias.2010.
Kesalahan Jenayah Aqidah Menurut Kerangka Perundangan di Malaysia.
Bangi : Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Dr. Abd Aziz Hj. Hanafi. Kenapa Aku Meninggalkan Syiah?

Dr. Engku Ahmad Zaki. Ajaran Sesat Di Sebalik Lipatan Sejarah Islam. 2013.
Selangor: Must Read Sdn Bhd

Dr. Engku Ahmad Zaki. Akidah : Pemahaman & Perpecahan Umat Sepanjang
Zaman. 2012. Kuala Lumpur: Must Read Sdn Bhd.

Dr. Ihsan Ilahi Dhahir. Virus Syiah: Sejarah Alienisme Sekte. 2002. Jakarta : Darul
Falah

Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni. Agenda Politik Syiah. 2013. Selangor : PTS
Milennia Sdn Bhd.

Dr. Mohd Sani Badron. Sikap Anti-Mazhab Beberapa Pengamatan. 2011. Kuala
Lumpur: Penerbit Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Dr. Muhammad Thalib. Syiah Menyingkap Pemesongan Fahaman Islam. 2013.


Johor: Bumi Restu Creative Sdn Bhd.

Dr. Musa Al-Musawi. Dedah Fahaman Syiah. 1998. Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia.

Prof. Dr.Ali Muhammad Ash-Shalabi. Khawarij dan Syiah Dalam Timbangan Ahlu
Sunnah Wal Jamaah. 2007. Jakarta. Pustaka Al-Kautsar.

Prof. Dr. H. M. Rasjidi. Apa itu Syiah? 2014. Selangor: Al-Hidayah Publications.

Prof. Dr H. Abubakar Aceh. PerbandinganMazhab Syiah Rasinalisme dalam Islam.


1972. Semarang : C.V. Ramadhani

Sabaruddin Hussein. Yahudi, Syiah dan Dajal Penyebar Fitnah, Pemesong Akidah.
2014. Selangor: Pts Islamika Sdn Bhd.

Said Hawa. Fahaman Khomeini. 2013. Kedah : Pustaka Darussalam.

Sayid Husin Al-Musawi. Mengapa Saya Keluar dari Syiah?. T.t. Jakarta Timur : Cv
Pustaka Al-Kautsar.

Syeikh Muhammad Abdul Sattar at-Tunisawi. Batilnya Akidah Syiah. 2013. Kuala
Lumpur : Inteam Publishing sdn Bhd.

Syiekh Abu Muhammad Musanna. Syiah Komplot Tawan Dunia. 2013. Selangor :
Pustaka Al-Ehsan.
95

Ustaz Asri Yusof. 1993. Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak, Ummah
dan Negara. Prosiding Seminar Ahli Sunnah dan Syiah Imamiyyah : Aspek
Persamaan dan Perbezaan. Bangi : Pusat Pengajian Umum Universiti
Kebangsaan Malaysia

Ustaz Ku Muhammad Asmadi b. Ku Mohd Saad. 20 Hujjah Akidah Ahli Sunnah Wal
Jamaah Vs Akidah Sesat. 2010. Selangor: Pustaka Al-Ehsan.

Zanirah Mustafa, Maznah Wan Omar, Ahmad Yumni Abu Bakar & Amir Husin
Mohd Nor. Fenomena Ajaran Sesat dan Peruntukan Undang-Undang di
Malaysia. 2013. Selangor: Penerbit UiTM.

Anon. 1993. Pengaruh Syiah Harus Disekat. Utusan Malaysia, 25 Februari 1993.

Anda mungkin juga menyukai