Anda di halaman 1dari 21

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan

berkat serta keizinanNya saya dapat menyiapkan kajian ini pada masa yang telah

ditetapkan.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Baidi

Baddiri selaku mentor saya yang banyak membantu, membimbing dan memberi

tunjuk ajar serta kritikan untuk menyiapkan kajian ini. Tidak dilupakan juga Encik

Liew Chee Foh yang telah meluluskan tajuk kajian ini serta pengajar-pengajar Kolej

Sains Kesihatan Bersekutu yang telah banyak menyumbang ilmu dan sentiasa

memberikan sokongan moral sepanjang kajian ini dijalankan.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan

seperjuangan saya yang banyak memberi tunjuk ajar serta sudi menjadi responden

saya. Kajian ini tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa responden yang terdiri

daripada Pelatih PPP Ambilan Julai 2015. Kemudian saya juga ingin mengucapkan

ribuan terima kasih kepada Puan Masmuna Idayu selaku penyelaras yang telah

membantu dalam persediaan membuat kajian ini serta sokongan dan dorongan yang

diberikan.

Akhir sekali, ucapan terima kasih saya tujukan kepada ahli keluarga yang sentiasa

menyokong dari jauh tidak kira dari segi kewangan ataupun sokongan emosi

terutamanya ibu dan ayah saya. Tanpa mereka semua, saya tidak dapat melaksanakan

kajian ini.
ABSTRAK
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dewasa ini, stress seringkali diperkatakan di dalam media massa dan juga menjadi

luahan setiap pelajar. Stress sememangnya telah dikenalpasti sebagai satu punca

kepada hampir semua masalah yang wujud dalam kalangan pelajar terutamanya

berkaitan dengan pembelajaran mereka. Stress yang sederhana boleh menjadi suatu

bentuk dorongan positif kepada pelajar dan dapat membantu minda dan tubuh kita

untuk berfungsi lebih baik serta menyumbang kepada kesihatan mental. Namun ,

stress yang tinggi akan menyebabkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar serta

menyumbang kepada kesihatan mental yang tidak baik. Tahap stress paling tinggi di

kalangan pelajar adalah semasa membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan.

Menurut surat khabar Harian Metro 26 Feb 2017 yang bertajuk Masalah Gangguan

Mental mengatakan gangguan mental yang membelenggu masyarakat di negara ini

terus menunjukkan peningkatan setiap tahun malah ia mula menjangkiti pelajar

sekolah.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 1 dalam 4 individu

mengalami gangguan mental pada satu-satu ketika dalam kehidupan mereka. Selain

itu, menurut kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (2015) oleh Kementerian

Kesihatan Malaysia mendapati prevalen masalah kesihatan mental dalam kalangan

masyarakat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas adalah 29.2% (anggaran 4.2
juta). Kajian ini turut menunjukkan mereka yang berumur 16-19 tahun dan di

kalangan golongan yang berpendapatan rendah mengalami masalah kesihatan mental

yang paling tinggi.

Stress berasal dari bahasa Latin iaitu strictus dan telah diperkenalkan kepada

dunia oleh Hans Selye. Menurut American Istitute of Stress (2010), tidak ada definisi

yang pasti untuk stress kerana setiap individu memiliki reaksi yang berbeza-beza

terhadap stress yang sama. Namun, stress boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan

yang resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal (Kamus

Dewan, 2005). Stress merupakan sebahagian daripada kehidupan kita dan ia boleh

mendatangkan kesan positif (eustress) ataupun kesan negatif (distress).

Stress boleh menyebabkan pelbagai kesan yang tidak baik seperti penyakit jantung

(Rozanski, 1999), penyakit berjangkit (Biondiand, Zannion, 1997) dan penyakit

autoimun (Affleck et al., 1997). Menurut Maarof dan Hazlinda (2008) pula, dalam

kehidupan seharian, manusia sentiasa berdepan dengan tekanan-tekanan yang

kadangkala mencabar fungsi hidup mereka. Namun begitu, tekanan bukan hanya

memberikan impak yang negatif dalam kehidupan kita tetapi juga merupakan sumber

penggerak kepada tingkah laku yang lebih aktif dan produktif.

Terdapat pelbagai punca atau faktor yang boleh menyebabkan stress dalam

kalangan pelajar seperti beban tugasan yang terlalu banyak (Agolla dan

Ongori,2009). Saingan dari pelajar lain serta tekanan peperiksaan juga punca

berlakunya stress (Sahrain,2010; Zailinawati, 2009; Tamaki,2010). Selain itu,

menurut Yusof et al,. (2011) mengatakan bahawa kekurangan masa untuk ulangkaji,

markah rendah, kesukaran untuk memahami serta kekurangan kemahiran dalam

praktikal juga merupakan punca berlakunya stress dalam kalangan pelajar.


Di samping itu, masalah kewangan juga boleh menjadi faktor yang menyebabkan

stress dalam kalangan pelatih kerana kekurangan wang akan menghadkan sumber-

sumber ilmu pembelajaran yang diperlukan oleh seseorang pelatih atau pelajar untuk

menimba ilmu. Manusia juga memerlukan wang untuk mengurangkan tekanan

dengan berbelanja untuk memenuhi kehendak mereka. Pada ketika ini, negara kian

membangun dengan pesat. Hal ini menyebabkan banyak harga barangan meningkat

untuk menampung ekonomi negara sekaligus meningkatkan kos sara hidup

seseorang. Pelajar turut akan terjejas dengan hal ini. Menurut Yeap dan Low (2009),

status negara membangun dan urbanisasi menjadikan hidup masyarakat lebih

kompleks dan mengakibatkan terjadinya masalah-masalah berkaitan sosial, budaya

dan perubahan ekonomi.

Oleh itu, cara mengatasi stress yang baik haruslah dipelajari oleh semua orang.

Hal ini bagi mengelakkan dari masalah kesihatan serta mental berlaku akibat tekanan

yang kuat serta berterusan. Lakukan senaman ringan atau beriadah, menguruskan

masa dengan baik, tenangkan minda dengan bermain atau bercerita tentang masalah

kepada orang yang kita percaya dan memberikan ganjaran kepada diri sendiri

merupakan contoh untuk mengurangkan stress. Menurut Lake (2004), berurut dapat

digunakan untuk relaksasi, menghilangkan tekanan serta berseronok.


1.2 Pernyataan Masalah

Tekanan ataupun stress semakin banyak dibincangkan di media massa. Ramai orang

yang tidak dapat menangani stress mengambil jalan mudah seperti membunuh diri.

Penerimaan stress di kalangan pelajar adalah berbeza-beza. Terdapat pelajar yang

berupaya mengangani ataupun berhadapan dengan stress tanpa mengalami apa-apa

kesan fizikal, mental mahupun emosi yang negatif malah berupaya menukarkan

stress tersebut kepada sesuatu yang positif yang mampu untuk memotivasikan diri.

Namun terdapat juga pelajar yang tidak berupaya menguruskan stress dan mendapat

kesan negatif dan pelbagai lagi masalah kesihatan fizikal, mental serta emosi (Romas

dan Sharma, 2004).

Selain itu, stress juga boleh mengundang kepada kegagalan seseorang. Apabila

seseorang pelajar itu ditekankan dengan pelbagai tugasan ditambah lagi dengan

peperiksaan yang bakal menjelang, maka pelajar boleh mengalami tekanan yang

boleh menyebabkan kegagalan dalam peperiksaan dan menjurus kepada masalah

depressi. Hasil kajian Shaher (2009) menunjukkan bahawa stress boleh menjejaskan

pencapaian akademik pelajar universiti. Johari et al., (2009) turut mengatakan pelajar

yang menduduki peperiksaan mempunyai stress yang lebih tinggi berbanding mereka

yang tidak menduduki peperiksaan. Hal ini kerana mereka berasa takut untuk gagal,

takut untuk mendapat markah yang rendah, kekurangan masa untuk belajar serta

kuantiti topik untuk dipelajari terlalu banyak dalam masa yang singkat (Yusoff et al.

(2011).

Menurut Dr. Chee Kok Han melalui Utusan Online (10 Mac 2015), statistik

penghidap penyakit tekanan darah tinggi di Malaysia menunjukkan seramai 5.8 juta

rakyat mengalami penyakit ini dan angka ini sebenarnya semakin membebankan
sistem penjagaan kesihatan kita. Penyakit ini merupakan salah satu daripada kesan

daripada stress. Stress bukan sahaja memberikan kesan negatif kepada extrinsik

seseorang malah juga boleh menjejaskan kesihatan fizikal. Angrainni (2009)

mengatakan bahawa stress akan menyebabkan peningkatan resisten pembuluh darah

periferi lalu menyebabkan tekanan darah meningkat.

Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, hasil daripada kaji

selidik menunjukkan 14.4 peratus remaja berusia 16 hingga 19 tahun mengalami

masalah kesihatan mental disebabkan stress berbanding dengan golongan dewasa

yang mencatat 11.2 peratus kes. Kajian itu juga menunjukkan bahawa secara

keseluruhan, 11 peratus golongan muda berusia 16-24 tahun pernah terfikir untuk

membunuh diri (Dewan Siswa , April 2012 ). Hal ini menunjukkan bahawa stress

berupaya untuk membunuh dan merosakkan masa depan seseorang sekiranya tidak

ditangani dengan baik.

Pelajar yang terdedah dengan beban kerja yang berat dengan tekanan

peperiksaan akan mengubah tabiat mereka kepada yang lebih buruk seperti kurang

tidur, pemakanan tidak seimbang, meminum arak ataupun merokok untuk menangani

tekanan tersebut ( Sahraian 2010; Zailinawati 2009; Tamaki 2010). Pada pandangan

kita beban kerja dan peperiksaan itu bukanlah suatu tekanan yang besar namun bagi

seseorang yang menghadapi semua tekanan tersebut iainya amat besar ditambah lagi

dengan tekanan yang sedia ada di dalam kehidupan masing-masing contohnya seperti

masalah ekonomi keluarga ataupun masalah keluarga sendiri.


1.3 Objektif Kajian
1.3.1 Objektif am : Mengkaji tahap pengetahuan tentang faktor-faktor stress

dalam kalangan pelatih Diploma Pembantu Pegawai Perubatan Ambilan Julai

2015.
1.3.2 Objektif spesifik :
1.3.2a ) Mengenalpasti sosiodemografi pelatih PPP Ambilan Julai 2015.
1.3.2b) Mengkaji tahap pengetahuan mengenai faktor-faktor menyebabkan

stress dalam kalangan pelatih PPP Ambilan Julai 2015.


1.3.2c) Mencadangkan langkah-langkah untuk meningkatkan tahap

pengetahuan responden tentang faktor-faktor menyebabkan stress dalam

kalangan pelatih PPP Ambilan Julai 2015.

1.4 Persoalan Kajian

1.4.1 Apakah sosiodemografi pelatih PPP Ambilan Julai 2015?

1.4.2 Apakah tahap pengetahuan pelatih PPP Ambilan Julai 2015 mengenai

faktor-faktor stress?

1.4.3 Apakah cara terbaik untuk meningkatkan pemahaman pelatih PPP Ambilan

Julai 2015 mengenai faktor stress?

1.5 Justifikasi Kajian

Rasional kajian ini dibuat adalah berdasarkan pelatih yang ditamatkan latihan,

kes pelatih lewat hadir ke kelas, pelatih yang diturunkan semester, ponteng kelas,
pengambilan ubat-ubatan terlarang, merokok dan meminum alkohol dalam

kalangan pelatih Institusi-Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia

terutamanya Pelatih Pembantu Perubatan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota

Kinabalu.

1.6 Definisi Operational


1.6.1 Tahap Pengetahuan : Merujuk kepada pengetahuan yang dimiliki dalam

pelbagai situasi dan aspek. Dalam kajian ini, tahap pengetahuan mengenai stress

dalam kalangan pelatih akan diuji untuk menilai sejauh mana pengetahuan

mereka tentang stress yang dialami.


1.6.2 Pelatih Pembantu Perubatan Ambilan Julai 2015 : Merujuk kepada

pelatih yang memulakan latihan pada Julai 2015.


1.6.3 Stress : Satu keadaan yang resah, cemas, tegang, dan sebagainya akibat

tekanan mental dan fizikal. Stress yang sering dihadapi oleh Pelatih Pembantu

Perubatan adalah tentang peralihan ke jurusan pengajian yang baru, masalah

dalam pembelajaran dan suasana yang baru.


1.6.4 Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu : Merupakan lokasi di

mana tempat kajian dijalankan untuk mendapatkan responden bagi memenuhi

objektif kajian.

1.7 Teori Konseptual Kajian

Faktor-faktor :

Beban Kerja Stress

Masa Terhad

Kewangan
Rajah 1.1 : Teori Konseptual

Berdasarkan rajah di atas, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan stress

antaranya ialah beban kerja, masa yang terhad, kewangan, masalah keluarga dan

sebagainya. Akan tetapi, hanya beberapa faktor utama seperti yang ditunjukkan di

dalam rajah akan dibincangkan di dalam kajian ini.

Beban kerja sememangnya suatu masalah yang besar bagi semua orang tidak

kiralah pelajar mahupun pekerja. Dalam kajian ini, beban kerja bagi pelajar atau

pelatih akan dibincangkan dengan lebih terperinci. Hal ini kerana, pelajar kolej

biasanya diberikan banyak tugasan untuk membantu dalam pelajaran mereka

sehingga ada diantara mereka yang tidak dapat menerima semuanya. Adakalanya

kerja pelatih yang sepatutnya disiapkan dalam tempoh 1 bulan disingkatkan kepada 1

minggu. Pelatih juga seringkali menangguhkan kerja mereka sehingga kerja mereka

terkumpul lalu menyebabkan beban kerja yang banyak dan boleh menyebabkan

stress yang tinggi.

Kemudian, masa yang terhad juga salah satu faktor utama yang selalu

menyebabkan stress dalam kalangan pelatih. Hal ini kerana ramai diantara mereka

yang tidak pandai menguruskan masa. Mereka akan mendahulukan kehendak seperti

bermain permainan video, menonton wayang dan sebagainya sehinggakan

kekurangan masa untuk membuat kerja serta keperluan mereka yang lain. Di

samping itu, mereka tidak mengutamakan suatu pekerjaan yang penting dahulu

malah mereka membuat pekerjaan yang senang yang menyebabkan mereka tidak
sempat untuk melakukan pekerjaan tersebut. Seperti yang diperkatakan tadi para

pelatih sering menangguhkan kerja sehingga menyebabkan kerja tertangguh dan

tidak cukup masa untuk melakukan suatu kerja. Para pelatih juga mempunyai

masalah lain seperti pengurusan hal peribadi, perlu ke kuliah dan mengulangkaji

pelajaran. Kesemua perkara ini memakan masa yang banyak dalam masa harian kita.

Akhirnya, sekiranya pelatih mempunyai tahap mengetahuan yang tinggi tentang

pengurusan masa maka hal ini tidak menjadi suatu faktor yang menyebabkan stress.

Selain itu, pelatih juga mempunyai masalah dari segi kewangan. Walaupun mereka

mendapat elaun setiap bulan namun elaun itu berkemungkinan tidak mencukupi

untuk kehidupan harian mereka. Hal ini kerana mereka perlu membayar yuran-yuran

yang terdapat dikolej seperti yuran makan dan sebagainya. Para pelatih juga

mempunyai masalah lain yang memerlukan duit seperti membaiki gadget telefon

bimbit yang juga penting dalam kehidupan harian zaman sekarang. Namun sekiranya

mereka mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi tentang pengurusan kewangan

maka hal ini tidak menjadi suatu masalah untuk mereka.

1.8 Limitasi Kajian


Antara limitasi yang dijangkakan ialah tempoh masa yang terhad sebanyak 12

bulan. Pemilihan responden yang spesifik juga sukar diperoleh dan terdapat

responden yang kurang faham soalan. Disamping itu, kekurangan sumber rujukan

seperti jurnal, buku dan lain-lain mengenai tajuk dan tempoh pencetakan akan

menyulitkan sedikit dalam usaha menyiapkan kajian.


1.9 Isu Etika

Kajian yang dijalankan di kawasan yang dipilih iaitu Kolej Sains Kesihatan

Bersekutu Kota Kinabalu atas kebenaran yang diperolehi melalui Ketua Program

Diploma Pembantu Perubatan dan Pengarah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota

Kinabalu. Surat keizinan dalam menjalankan kajian dibuat bagi memudahkan urusan

pengkaji dalam menjalankan kajian ini.

1.10 Penutup

Sebagai kesimpulannya, Bab 1 ini menyatakan tentang pengenalan kajian yang

dijalankan dengan teori yang berkaitan. Tajuk yang dipilih ialah mengkaji tahap

pengetahuan mengenai faktor-faktor menyebabkan stres dalam kalangan Pelatih PPP

Ambilan Julai 2015. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui sejauh mana

tahap pengetahuan mereka tentang stres dan faktor yang menyebabkan stres.

Pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan, teori konseptual, justifikasi kajian,

definisi operational, limitasi kajian dan isu etika turut dinyatakan didalam bab ini.

BAB 2

KAJIAN KEPUSTAKAAN

.....

Anggraini (2009) mengatakan bahawa stress akan meningkatkan resisten pembuluh

darah periferi dan boleh menyebabkan hipertensi.


Asmawati dan Siva (2002)- tekanan dipercayai menjadi penyebab utama penyakit

jantung koronori, kanser, masalah paru-paru, kemalangan dan bunuh diri.

Beban stress yang terlalu banyak akan menyebabkan kemurungan dan penyakit

fizikal ( MacGeorge, Samter dan Giliban, 2005)

Definisi:

Menurut American Institute of Stress (2010), tidak ada definisi yang pasti untuk

stress kerana setiap individu akan memiliki reaksi yang berbeza terhadap stress yang

sama. Stress bagi seorang individu belum tentu stress bagi individu yang lain.

Maria Diana (2011) mengatakan tekanan juga boleh didefinisikan sebagai tindak

balas emosi yang tidak spesifik terhadap desakan sama ada yang sebenar atau yang

diimaginasikan.

Hans Seyle ( 1976) mendefinisikan tekanan sebagai gerak balas fizikal badan

terhadap permintaan sama ada permintaan positif atau negatif. Apabila terdapat

permintaan, maka terdapat reaksi daripada badan.

Stress merupakan satu tindakan respon oleh seseorang individu. Apabila individu

tersebut mengalami pelbagai bebanan hidup dan akhirnya mencetuskan stress ia

disebut sebagai stressor. ( Feldman, 2009)


Melalui kajian oleh Mohd Awang, Dollard dan Wine Field (2010) mendapati

majoriti responden yang dikaji (77%) bersetuju kadar tekanan telah meningkat baru-

baru ini.

Menurut Maarof dan Hazlinda (2008), dalam kehidupan seharian, manusia

sentiasa berhadapan dengan tekanan-tekanan yang kadangkala mencabar fungsi

hidup mereka. Namun begitu, tekanan bukan hanya memberikan impak yang negatif

dalam kehidupan kita malah merupakan sumber penggerak kepada tingkah laku yang

lebih aktif dan produktif.

Kajian yang dilakukan oleh Angolla dan Ongori (2009) terhadap pelajar

prasiswazah di University of Botswana menunjukkan bahawa bebanan akademik,

ketidakcukupan sumber, rendah tahap motivasi, pencapaian akademik yang rendah

dan berterusan, bilik kuliah yang padat dan keadaan yang tidak dijangka ketika

mendapatkan pekerjaan selepas graduat adalah pendorong kepada stress dalam

kalangan pelajar.

Stress juga boleh disebabkan oleh situasi pembelajaran terutamanya menjelang

peperiksaan, ketika menunggu keputusan peperiksaan dan pertambahan kerja dalam

kursus yang diambil (Pfeiffer, 2011)

Kebanyakkan pelajar ingin mengekalkan pencapaian akademik yang baik dan

persaingan hebat ini memberi kesan stress kepada pelajar untuk mencapai matlamat

mereka ( Mastura et al., 2007)


Kehidupan sebagai pelajar di kampus, kehidupan sebagai individu yang akan

melangkah ke alam dewasa, alam mencari pekerjaan, konflik pasangan atau rakan,

serta stressor yang berkaitan dengan pencapaian akademik juga merupakan punca

berlakunya stress dalam kalangan pelajar ( Shaher, 2009)

Hasil kajian daripada Joseph dan Henry (2009), stress merupakan hal yang sering

dibincangkan di persekitaran akademik dan masyarakat. Dalam kalangan pelajar

pula, tempat yang sering mencetuskan stress dalam kehidupan mereka adalah tempat

pengajian seperti kolej dan universiti.

Mastura et al (2007) mengatakan bahawa kolej ataupun universiti merupakan

persekitaran unik yang sering kali menuntut pelajar menyeimbangkan peranan dan

tugasan yang perlu dilaksanakan. Apabila pelajar gagal dalam menyiapkan tugasan

mereka dengan sempurna, maka mereka akan mengalami stress.

Menurut Yeap dan Low (2009), tahap pengetahuan kesihatan mental sangat rendah

di kalangan masyarakat Malaysia .

Laurence, Williams dan Eiland (2009) melakukan kajian terhadap 453 graduan, 25

peratus daripadanya dilaporkan mengalami simptom depresi. Kajian ini

menunjukkan peperiksaan, perasaan takut untuk gagal, kekurangan masa, kurang

keyakinan diri dan kurang masa untuk beriadah telah menyumbang kepada tahap

stress yang lebih tinggi.

Kurikulum telah lama dikenalpasti sebagai penyebab atau faktor penting dalam

perkembangan stress dimana faktor peperiksaan dan akademik adalah penyebab

stress paling ketara (Johari et al., 2009)


Terlalu banyak yang hendak dipelajari, kekurangan waktu untuk ulangkaji, markah

rendah, kekurangan perasaan ingin melakukan dengan baik, kekurangan kemahiran,

beban kerja yang terlalu banyak, dan kesukaran untuk memahami apa yang dipelajari

semasa dalam kelas merupakan faktor yang menyebabkan stress (Yusoff et al., 2011)

Menurut Radman et al., (2011), terdapat beberapa punca berlakunya stress dalam

kalangan pelajar iaitu bimbang tentang masa depan, masalah kewangan, masalah

interpersonal, masalah keluarga, masalah dengan rakan sebilik, dan kesukaran untuk

mencari sokongan atau bantuan dari keluarga disebabkan ahli keluarga yang jauh

dari tempat pengajian.

Menurut Baldassin et al., (2008) , jantina, kekurangan sokongan keluarga, sejarah

peribadi tentang depresi juga merupakan faktor berlakunya stress.

Menurut Sahrain (2010); Zailinawati (2009); Tamaki (2010), pelajar perubatan

selalunya terdedah dengan beban kerja yang banyak dengan saingan dari pelajar yang

lain serta tekanan peperiksaan dan hal ini menunjukkan pelbagai perubahan dalam

kehidupan harian mereka seperti meminum alkohol, merokok, kurang tidur dan

pemakanan tidak seimbang untuk mengurangkan stres dan tekanan akademik.

Pelajar tahun pertama selalunya lebih cenderung untuk mendapat stress yang tinggi

disebabkan suasana atau keadaan yang baru menyebabkan mereka cuba untuk

menyesuaikan diri. ( Dyrbye et al., 2006)


Hunt dan Einsenberg (2010) , menerangkan dengan ringkas bahawa epidemiologi

mengenai masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar universiti adalah sangat

umum, walaubagaimanapun punca sebenar pelajar-pelajar ini mengalami masalah

mental masih kurang jelas.

Yeap dan Low (2009) mengatakan status negara membangun dan urbanisasi

menjadikan hidup masyarakat lebih kompleks dan mengakibatkan wujudnya

masalah-masalah berkaitan sosial,budaya dan perubahan ekonomi. Kesemua masalah

ini mewujudkan gaya hidup tidak sihat dan tekanan yang boleh menyebabkan

masalah kesihatan yang lain.

Yorgason et al., (2008) menyatakan pelajar yang mengalami masalah tekanan

mental lebih cenderung untuk mengetahui dan menggunakan perkhidmatan yang

sedia ada.

Britz and Pappas (2010) mengatakan lebih daripada 50 peratus daripada pelajar

James Madison University mengalami tahap stress yang tinggi. Penyebab utama

berlakunya stress dalam kalangan pelajar ialah beban tugasan yang terlalu banyak,

tekanan sosial dan pengurusan masa yang tidak baik.

Kajian Tajularipin et al.(2009) menunjukkan 29 peratus daripada pelajar mengalami

stress sederhana dan terdapat perbezaan besar diantara jantina, kawasan pendalaman

atau bandar, latar belakang ibu bapa dan cara ibu bapa mereka mengajar mereka.
BAB 3

METADOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Untuk menjalankan sesuatu kajian, kaedah yang bersesuaian perlu digunakan dalam

menghasilkan kajian yang berkualiti. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,

metodologi bermaksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan

dalam sesuatu kegiatan. Metodologi ini digunakan haruslah bersesuaian dengan


objektif penyelidikan yang dijalankan. Cara ini merupakan suatu hal yang penting

dalam melakukan penyelidikan bagi mendapatkan maklumat yang sahih. Tujuan

metodologi digunakan dalam kajian adalah untuk menghasilkan bukti yang boleh

menyokong sesuatu kajian.

3.2 Metodologi kajian yang digunakan

Dalam kajian ini, beberapa kriteria telah digunakan untuk mendapatkan responden.

Antaranya ialah :

3.2.1 Reka bentuk kajian

Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah secara Non-experimental iaitu descriptive

research design dipilih dalam reka bentuk kajian ini.

3.2.2 Tempat kajian

Tempat kajian adalah berdasarkan di mana kajian tersebut dijalankan. Kebiasaannya

tempat kajian adalah tempat responden kajian. Sebelum memulakan kajian ini, surat

kelulusan perlu disertakan. Dalam kajian ini, tempat kajian adalah Kolej Sains

Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu dengan keizinan dari Pengarah kolej.

3.2.3 Populasi Kajian

Populasi merupakan suatu bilangan dan jenis responden yang dipilih untuk

menjalankan kajian ini. Dalam kajian ini, Pelatih Diploma Pembantu Perubatan
Ambilan Julai 2015 merupakan responden. Populasi pelatih Diploma Pembantu

Perubatan Ambilan Julai 2015 adalah seramai 137 orang namun hanya 30 orang

sahaja yang diperlukan untuk menjadi responden dalam kajian ini.

3.2.4 Tempoh Masa Kajian

Tempoh masa kajian merupakan satu tempoh yang diambil untuk menyiapkan

sesuatu kajian. Untuk memudahkan kajian dijalankan, penggunaan Gantt Chart

diguna untuk menyusun masa yang sistematik untuk melaksanakan kajian. Tempoh

yang ditetapkan untuk menyiapkan kajian ini adalah bermula dari Mei 2017 hingga

Mei 2018.

3.2.5 Sampel

Persampelan merupakan bilangan responden yang terlibat dalam mewakili bilangan

populasi tempat kajian dijalankan. Saiz sampel yang dipilih adalah seramai 30 orang

pelatih. Sampel adalah terdiri daripada pelatih PPP Ambilan Julai 2015. Ia

dibahagikan kepada 20 orang responden lelaki dan 10 orang responden perempuan.

Kaedah pemilihan sampel adalah secara Simple Random Sampling kerana sampel

yang menjawab soalan adalah berbeza mengikut jantina, jurusan pengajian dan

bangsa.

3.2.6 Reka Bentuk Instrumen


Reka bentuk instrumen merupakan suatu alat pengukur bagi mendapatkan maklumat

yang terperinci daripada responden dalam suatu kajian. Reka bentuk instrumen yang

digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan Borang Soal Selidik yang telah

disediakan setelah berbincang dengan mentor berdasarkan pencarian literature untuk

dijawab oleh responden. ........

Anda mungkin juga menyukai