Anda di halaman 1dari 13

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan

berkat serta keizinanNya saya dapat menyiapkan kajian ini pada masa yang telah

ditetapkan.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Baidi

Baddiri selaku mentor saya yang banyak membantu, membimbing dan memberi

tunjuk ajar serta kritikan untuk menyiapkan kajian ini. Tidak dilupakan juga Encik

Liew Chee Foh yang telah meluluskan tajuk kajian ini serta pengajar-pengajar Kolej

Sains Kesihatan Bersekutu yang telah banyak menyumbang ilmu dan sentiasa

memberikan sokongan moral sepanjang kajian ini dijalankan.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan

seperjuangan saya yang banyak memberi tunjuk ajar serta sudi menjadi responden

saya. Kajian ini tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa responden yang terdiri

daripada Pelatih PPP Ambilan Julai 2015. Kemudian saya juga ingin mengucapkan

ribuan terima kasih kepada Puan Masmuna Idayu selaku penyelaras yang telah

membantu dalam persediaan membuat kajian ini serta sokongan dan dorongan yang

diberikan.

Akhir sekali, ucapan terima kasih saya tujukan kepada ahli keluarga yang sentiasa

menyokong dari jauh tidak kira dari segi kewangan ataupun sokongan emosi

terutamanya ibu dan ayah saya. Tanpa mereka semua, saya tidak dapat melaksanakan

kajian ini.
ABSTRAK
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Stress sememangnya telah dikenalpasti sebagai satu punca kepada hampir semua

masalah yang wujud dalam kalangan pelajar terutamanya berkaitan dengan

pembelajaran mereka. Stress yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan

positif kepada pelajar dan dapat membantu minda dan tubuh kita untuk berfungsi

lebih baik serta menyumbang kepada kesihatan mental. Namun , stress yang tinggi

akan menyebabkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar serta menyumbang

kepada kesihatan mental yang tidak baik. Tahap stress paling tinggi di kalangan

pelajar adalah semasa membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Namun

menurut surat khabar Harian Metro 26 Feb 2017, gangguan mental yang

membelenggu masyarakat di negara ini terus menunjukkan peningkatan setiap tahun

malah ia mula menjangkiti pelajar sekolah.

Menurut American Istitute of Stress (2010) , tidak ada definisi yang pasti untuk

stress kerana setiap individu memiliki reaksi yang berbeza-beza terhadap stress yang

sama. Stress juga ditakrifkan sebagai satu keadaan yang resah, cemas, tegang dan

sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal (Kamus Dewan, 2005). Stress

merupakan sebahagian daripada kehidupan kita dan ia boleh mendatangkan kesan

positi (eustress) ataupun kesan negatif (distress).


Stress boleh menyebabkan pelbagai kesan yang tidak baik seperti penyakit jantung

(Rozanski, 1999), penyakit berjangkit (Biondiand, Zannion, 1997) dan penyakit

autoimun (Affleck et al., 1997). Menurut Maarof dan Hazlinda (2008) pula, dalam

kehidupan seharian, manusia sentiasa dengan tekanan-tekanan yang kadangkala

mencabar fungsi hidup mereka. Namun begitu, tekanan bukan hanya memberikan

impak yang negatif dalam kehidupan kita tetapi juga merupakan sumber penggerak

kepada tingkah laku yang lebih aktif dan produktif.

Terdapat pelbagai punca atau faktor yang boleh menyebabkan stress dalam

kalangan pelajar seperti beban tugasan yang terlalu banyak (Agolla dan

Ongori,2009). Saingan dari pelajar lain serta tekanan peperiksaan juga punca

berlakunya stress (Sahrain,2010; Zailinawati, 2009; Tamaki,2010). Selain itu,

menurut Yusof et al,. (2011) mengatakan bahawa kekurangan masa untuk ulangkaji,

markah rendah, kesukaran untuk memahami serta kekurangan kemahiran dalam

praktikal juga merupakan punca berlakunya stress dalam kalangan pelajar.

Oleh itu, cara mengatasi stress yang baik haruslah dipelajari oleh semua orang.

Hal ini bagi mengelakkan dari masalah kesihatan serta mental berlaku akibat tekanan

yang kuat serta berterusan. Lakukan senaman ringan atau beriadah, tenangkan minda

dengan bermain atau bercerita tentang masalah kepada orang yang kita percaya dan

memberikan ganjaran kepada diri sendiri merupakan contoh untuk mengurangkan

stress. Menurut Lake (2004), berurut dapat digunakan untuk relaksasi,

menghilangkan tekanan serta berseronok.


1.2 Pernyataan Masalah

Dewasa ini, tekanan ataupun stress banyak dibincangkan di media massa. Ramai

orang yang tidak dapat menangani stress mengambil jalan mudah seperti membunuh

diri. Penerimaan stress di kalangan pelajar adalah berbeza-beza. Terdapat pelajar

yang berupaya mengangani ataupun berhadapan dengan stress tanpa mengalami apa-

apa kesan fizikal, mental mahupun emosi yang negatif malah berupaya menukarkan

stress tersebut kepada sesuatu yang positif yang mampu untuk memotivasikan diri.

Namun terdapat juga pelajar yang tidak berupaya menguruskan stress dan mendapat

kesan negatif dan pelbagai lagi masalah kesihatan fizikal, mental serta emosi

( Romas dan Sharma, 2004).

Selain itu, stress juga boleh mengundang kepada kegagalan seseorang. Apabila

seseorang pelajar itu ditekankan dengan pelbagai tugasan ditambah lagi dengan

peperiksaan yang bakal menjelang, maka pelajar boleh mengalami tekanan yang

boleh menyebabkan kegagalan dalam peperiksaan dan menjurus kepada masalah

depressi. Hasil kajian Shaher (2009) menunjukkan bahawa stress boleh menjejaskan

pencapaian akademik pelajar universiti. Johari et al., (2009) turut mengatakan pelajar

yang menduduki peperiksaan mempunyai stress yang lebih tinggi berbanding mereka

yang tidak menduduki peperiksaan. Hal ini kerana mereka berasa takut untuk gagal,

takut untuk mendapat markah yang rendah, kekurangan masa untuk belajar serta

kuantiti topik untuk dipelajari terlalu banyak dalam masa yang singkat (Yusoff et al.

(2011).

Menurut Dr. Chee Kok Han melalui Utusan Online (10 Mac 2015), statistik

penghidap penyakit tekanan darah tinggi di Malaysia menunjukkan seramai 5.8 juta

rakyat mengalami penyakit ini dan angka ini sebenarnya semakin membebankan
sistem penjagaan kesihatan kita. Penyakit ini merupakan salah satu daripada kesan

daripada stress. Stress bukan sahaja memberikan kesan negatif kepada extrinsik

seseorang malah juga boleh menjejaskan kesihatan fizikal. Angrainni (2009)

mengatakan bahawa stress akan menyebabkan peningkatan resisten pembuluh darah

periferi lalu menyebabkan tekanan darah meningkat.

Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, hasil daripada kaji

selidik menunjukkan 14.4 peratus remaja berusia 16 hingga 19 tahun mengalami

masalah kesihatan mental disebabkan stress berbanding dengan golongan dewasa

yang mencatat 11.2 peratus kes. Kajian itu juga menunjukkan bahawa secara

keseluruhan, 11 peratus golongan muda berusia 16-24 tahun pernah terfikir untuk

membunuh diri (Dewan Siswa , April 2012 ). Hal ini menunjukkan bahawa stress

berupaya untuk membunuh dan merosakkan masa depan seseorang sekiranya tidak

ditangani dengan baik.

Pelajar yang terdedah dengan beban kerja yang berat dengan tekanan

peperiksaan akan mengubah tabiat mereka kepada yang lebih buruk seperti kurang

tidur, pemakanan tidak seimbang, meminum arak ataupun merokok untuk menangani

tekanan tersebut ( Sahraian 2010; Zailinawati 2009; Tamaki 2010). Pada pandangan

kita beban kerja dan peperiksaan itu bukanlah suatu tekanan yang besar namun bagi

seseorang yang menghadapi semua tekanan tersebut iainya amat besar ditambah lagi

dengan tekanan yang sedia ada di dalam kehidupan masing-masing contohnya seperti

masalah ekonomi keluarga ataupun masalah keluarga sendiri.


1.3 Objektif Kajian
1.3.1 Objektif am : Mengkaji tahap pengetahuan tentang faktor-faktor stress

dalam kalangan pelatih Diploma Pembantu Pegawai Perubatan Ambilan Julai

2015.
1.3.2 Objektif kajian :
I ) Mengenalpasti sosiodemografi pelatih PPP Ambilan Julai 2015.
II ) Mengkaji tahap pengetahuan mengenai faktor-faktor menyebabkan stress

dalam kalangan pelatih PPP Ambilan Julai 2015.


III ) Mencadangkan langkah-langkah untuk meningkatkan tahap pengetahuan

responden tentang faktor-faktor menyebabkan stress dalam kalangan pelatih

PPP Ambilan Julai 2015.

KAJIAN KEPUSTAKAAN
Anggraini (2009) mengatakan bahawa stress akan meningkatkan resisten pembuluh

darah periferi dan boleh menyebabkan hipertensi.

Asmawati dan Siva (2002)- tekanan dipercayai menjadi penyebab utama penyakit

jantung koronori, kanser, masalah paru-paru, kemalangan dan bunuh diri.

Beban stress yang terlalu banyak akan menyebabkan kemurungan dan penyakit

fizikal ( MacGeorge, Samter dan Giliban, 2005)

Definisi:

Menurut American Institute of Stress (2010), tidak ada definisi yang pasti untuk

stress kerana setiap individu akan memiliki reaksi yang berbeza terhadap stress yang

sama. Stress bagi seorang individu belum tentu stress bagi individu yang lain.

Maria Diana (2011) mengatakan tekanan juga boleh didefinisikan sebagai tindak

balas emosi yang tidak spesifik terhadap desakan sama ada yang sebenar atau yang

diimaginasikan.

Hans Seyle ( 1976) mendefinisikan tekanan sebagai gerak balas fizikal badan

terhadap permintaan sama ada permintaan positif atau negatif. Apabila terdapat

permintaan, maka terdapat reaksi daripada badan.

Stress merupakan satu tindakan respon oleh seseorang individu. Apabila individu

tersebut mengalami pelbagai bebanan hidup dan akhirnya mencetuskan stress ia

disebut sebagai stressor. ( Feldman, 2009)


Melalui kajian oleh Mohd Awang, Dollard dan Wine Field (2010) mendapati

majoriti responden yang dikaji (77%) bersetuju kadar tekanan telah meningkat baru-

baru ini.

Menurut Maarof dan Hazlinda (2008), dalam kehidupan seharian, manusia

sentiasa berhadapan dengan tekanan-tekanan yang kadangkala mencabar fungsi

hidup mereka. Namun begitu, tekanan bukan hanya memberikan impak yang negatif

dalam kehidupan kita malah merupakan sumber penggerak kepada tingkah laku yang

lebih aktif dan produktif.

Kajian yang dilakukan oleh Angolla dan Ongori (2009) terhadap pelajar

prasiswazah di University of Botswana menunjukkan bahawa bebanan akademik,

ketidakcukupan sumber, rendah tahap motivasi, pencapaian akademik yang rendah

dan berterusan, bilik kuliah yang padat dan keadaan yang tidak dijangka ketika

mendapatkan pekerjaan selepas graduat adalah pendorong kepada stress dalam

kalangan pelajar.

Stress juga boleh disebabkan oleh situasi pembelajaran terutamanya menjelang

peperiksaan, ketika menunggu keputusan peperiksaan dan pertambahan kerja dalam

kursus yang diambil (Pfeiffer, 2011)


Kebanyakkan pelajar ingin mengekalkan pencapaian akademik yang baik dan

persaingan hebat ini memberi kesan stress kepada pelajar untuk mencapai matlamat

mereka ( Mastura et al., 2007)

Kehidupan sebagai pelajar di kampus, kehidupan sebagai individu yang akan

melangkah ke alam dewasa, alam mencari pekerjaan, konflik pasangan atau rakan,

serta stressor yang berkaitan dengan pencapaian akademik juga merupakan punca

berlakunya stress dalam kalangan pelajar ( Shaher, 2009)

Hasil kajian daripada Joseph dan Henry (2009), stress merupakan hal yang sering

dibincangkan di persekitaran akademik dan masyarakat. Dalam kalangan pelajar

pula, tempat yang sering mencetuskan stress dalam kehidupan mereka adalah tempat

pengajian seperti kolej dan universiti.

Mastura et al (2007) mengatakan bahawa kolej ataupun universiti merupakan

persekitaran unik yang sering kali menuntut pelajar menyeimbangkan peranan dan

tugasan yang perlu dilaksanakan. Apabila pelajar gagal dalam menyiapkan tugasan

mereka dengan sempurna, maka mereka akan mengalami stress.

Menurut Yeap dan Low (2009), tahap pengetahuan kesihatan mental sangat rendah

di kalangan masyarakat Malaysia .

Laurence, Williams dan Eiland (2009) melakukan kajian terhadap 453 graduan, 25

peratus daripadanya dilaporkan mengalami simptom depresi. Kajian ini

menunjukkan peperiksaan, perasaan takut untuk gagal, kekurangan masa, kurang

keyakinan diri dan kurang masa untuk beriadah telah menyumbang kepada tahap

stress yang lebih tinggi.


Kurikulum telah lama dikenalpasti sebagai penyebab atau faktor penting dalam

perkembangan stress dimana faktor peperiksaan dan akademik adalah penyebab

stress paling ketara (Johari et al., 2009)

Terlalu banyak yang hendak dipelajari, kekurangan waktu untuk ulangkaji, markah

rendah, kekurangan perasaan ingin melakukan dengan baik, kekurangan kemahiran,

beban kerja yang terlalu banyak, dan kesukaran untuk memahami apa yang dipelajari

semasa dalam kelas merupakan faktor yang menyebabkan stress (Yusoff et al., 2011)

Menurut Radman et al., (2011), terdapat beberapa punca berlakunya stress dalam

kalangan pelajar iaitu bimbang tentang masa depan, masalah kewangan, masalah

interpersonal, masalah keluarga, masalah dengan rakan sebilik, dan kesukaran untuk

mencari sokongan atau bantuan dari keluarga disebabkan ahli keluarga yang jauh

dari tempat pengajian.

Menurut Baldassin et al., (2008) , jantina, kekurangan sokongan keluarga, sejarah

peribadi tentang depresi juga merupakan faktor berlakunya stress.

Menurut Sahrain (2010); Zailinawati (2009); Tamaki (2010), pelajar perubatan

selalunya terdedah dengan beban kerja yang banyak dengan saingan dari pelajar yang

lain serta tekanan peperiksaan dan hal ini menunjukkan pelbagai perubahan dalam

kehidupan harian mereka seperti meminum alkohol, merokok, kurang tidur dan

pemakanan tidak seimbang untuk mengurangkan stres dan tekanan akademik.

Pelajar tahun pertama selalunya lebih cenderung untuk mendapat stress yang tinggi

disebabkan suasana atau keadaan yang baru menyebabkan mereka cuba untuk

menyesuaikan diri. ( Dyrbye et al., 2006)


Hunt dan Einsenberg (2010) , menerangkan dengan ringkas bahawa epidemiologi

mengenai masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar universiti adalah sangat

umum, walaubagaimanapun punca sebenar pelajar-pelajar ini mengalami masalah

mental masih kurang jelas.

Yeap dan Low (2009) mengatakan status negara membangun dan urbanisasi

menjadikan hidup masyarakat lebih kompleks dan mengakibatkan wujudnya

masalah-masalah berkaitan sosial,budaya dan perubahan ekonomi. Kesemua masalah

ini mewujudkan gaya hidup tidak sihat dan tekanan yang boleh menyebabkan

masalah kesihatan yang lain.

Yorgason et al., (2008) menyatakan pelajar yang mengalami masalah tekanan

mental lebih cenderung untuk mengetahui dan menggunakan perkhidmatan yang

sedia ada.

Britz and Pappas (2010) mengatakan lebih daripada 50 peratus daripada pelajar

James Madison University mengalami tahap stress yang tinggi. Penyebab utama

berlakunya stress dalam kalangan pelajar ialah beban tugasan yang terlalu banyak,

tekanan sosial dan pengurusan masa yang tidak baik.

Kajian Tajularipin et al.(2009) menunjukkan 29 peratus daripada pelajar mengalami

stress sederhana dan terdapat perbezaan besar diantara jantina, kawasan pendalaman

atau bandar, latar belakang ibu bapa dan cara ibu bapa mereka mengajar mereka.

Anda mungkin juga menyukai