Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENGENALAN

Karya sastera sama ada traditional atau pun moden, kedua duanya memainkan
peranan yang penting dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat melalui sajak, pantun,
puisi, cerpen, novel dan sebagainya. Sesebuah karya satera yang indah susur galurnya,
kepelbagaian gaya bahasanya seta penuh dengan elemen estetika amat penting untuk
melahirkan sebuah karya yang dapat diselami maksud penyampaiannya sama ada secara
tersurat ataupun tersirat.

Tiga persoalan utama untuk mengangkat dan meletakkan sastera pada kedudukannya yang
hak serta memperlihatkan perkembangannya yang sihat ialah yang pertama, fenomena seni itu
sendiri, kedua fenomena sosial dan ketiga, keterampilan kesusasteraan. Ia juga dapat
memartabatkan diri sasterawan dan karyanya sekaligus(Shahnon Ahmad, 2006).

Fenomena seni merupakan intipati untuk menjadikan sesebuah karya itu kreatif.
Keremehan dalam menerapkan elemen estetika dalam sesebuah karya, menjadikannya
hambar, koosng, hilang seninya dan tidak bermakna kerana mesej yang ingin disampaikan
oleh penulis tidak dapat diselami oleh pembaca dengan baik. Penyampaian terbaik bagi
sesebuah karya yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan,, penulis perlu melalui
pelbagai kepayahan, ketelitian, penyelidikan yang berterusan, pengalaman yang dikutip di
setiap penjuru alam serta daya keupayaan berimaginasi dan kreativiti yang tinggi. Keunikan
sesebuah karya sastera terletak pada nilai estetika ini kerana tanpanya didalam diri seorang
sasterawan, karya tersebut tidak membawa apa apa makna signifikan. Martabat karya itu
juga tidak wujud dan menyebabkan ianya dipandang enteng dan remeh oleh masyarakat.

Seperti fenomena seni, fenomena sosial juga memerlukan ilmu yang mendalam,
pengalaman yang diterokai, keperitan akal yang gemar berhujah dalam mencari kebenaran
serta keyakinan diri yang tinggi. Ini kerana karya yang dihasilkan bukanlah karya tiruan atau
diciplak tetapi karya karya ini memepunyai ketulenannya dari segi gaya bahasa yang
pelbagai, kecanggihan dalam penyusunan jalan cerita, liku liku serta cabaran yang dilalui
bagi menghasilkan sebuah karya sastera yang menyampaikan mesej kebenaran melalui
kesusasteraan.

Penghasilan karya yang terbaik juga melalui keterampilan kesasterawanan. Jati diri
sasterawan memainkan peranan yang penting kerana identitinya itu sendiri menonjolkan
keperibadiannya, gaya hidup serta pembawaannya dalam berkarya. Kita dapat melihat
kelemahan serta kekuatan daya kreativiti, imaginasi serta daya sensitiviti seseorang penulis
dalam menentukan sejauh mana penulis dapat menjiwai karyanya. Pembaca yang bijak
menyelami sesebuah karya, tidak hanya menerima ia sebagai sebuah teks semata mata,
tetapi berada bersama sama dengan penulis didalam liku liku perjalanan cerita tersebut.

Setiap karya mempunyai kelemahan dan kekuatannya. Namun begitu, kepentingan


mesej yang ingin disampaikan oleh penulis melalui karyanya tidak boleh dipandang remeh
kerana kadang kala mereka membawa kita selami realiti kehidupan yang cuba kita selindungi.
Walaupun terdapat karya- karya yang menggunakan gaya bahasa yang begitu sinis sekali dan
mendapat kritikan yang hebat dari pelbagai pihak, tetapi itulah realiti yang perlu diberi
perhatian sewajarnya oleh kita semua.
2.0 PEMILIHAN KARYA SASTERA

Saya telah memilih sebuah karya sastera moden dalam bentuk sebuah novel iaitu Tok Guru
karya Shahnon Ahmad (1988) untuk digunakan dalam analisis mengenai pemikiran yang cuba
digarapkan oleh pengarang ini didalam novelnya. Novel ini sering dijadikan kajian kerana
bersangkut paut dengan pengalaman sasterawan negara, Shahnon Ahmad sepanjang
penglibatan beliau dalam al Arqam sehingga beliau keluar dari pertubuhan tersebut dan
mengarang novel ini sebagai meluahkan perasaan serta pengalaman beliau dalam bentuk
coretan.

2.1 SINOPSIS TOK GURU

Novel Tok Guru mengisahkan kehidupan sebuah keluarga yang terdiri daripada
Mamak Merican, Mami Yam, Mumdas, Cumbi dan Mirasa yang menjadikan agama Islam
sebagai tunggak dalam kehidupan mereka sekeluarga. Mereka ini berguru dengan seorang
alim yang bergelar Tok Guru. Kelazimannya, Tok Guru akan menghadirkan diri di rumah
Mamak sekeluarga setiap malam Jumaat untuk mengajar mereka mengenai ilmu agama Islam
dengan lebih mendalam dari segi ilmu ilmu tasawwuf, fardu ain, fiqh dan Usuluddin.

Sejak kehadiran Tok Guru, kehidupan Mamak sekeluarga telah berubah jauh sekali
dan mereka menghayati ajaran Tok Guru dengan mendalam sekali sehingga Mamak menjadi
begitu taksub dengan Tok Guru. Beliau memasang niat dan angan angan untuk menjadi
pendakwah dengan menjejaki kehidupan seperti Tok Guru, kehidupan Nabi dan Kehidupan
para Ulama dengan meramaikan zuriat kerana menurut Tok Guru meramaikan zuriat juga
merupakan satu ibadah. Mami pula mula menyedari bagaimana peranannya untuk menjadi
seorang isteri yang soleha manakala Cumbi mula memasang angan angan untuk menjadi
seorang isteri yang soleha kepada kekasih hatinya, Mubarak.

Oleh kerana ketaksubannya itu, Mamak telah menyampaikan hasratnya untuk


berkahwin lagi satu dan menyuruh Mami supaya mencari calon isteri untuknya. Namun
begitu, Mami tidak sanggup dan terus bertemu dengan Tok Guru. Tok Guru begitu bijak
memainkan peranan memujuk Mami dan akhirnya tercapai juga hasrat Mamak untuk
berkahwin lagi satu. Dia berkahwin dengan adik Tok Guru sendiri, Rabiatunadawiyyah iaitu
seorang janda yang mempunyai seorang anak.
Namun kerakusan Mamak tidak berhenti setakat itu dimana beliau menyatakan
hasratnya untuk berkahwin dua orang lagi sekaligus. Segala urusan mencari diserahkan
kepada Mami dengan alasannya yang biasa didengar oleh Mami iaitu untuk meramaikan
zuriat. Akhirnya beliau berkahwin dengan dua orang janda iaitu Zeenab Bibi dan Chumchum.
Maka berlakulah ketidakadilan dalam sistem giliran bermalam apabila isteri yang lebih muda
menerima giliran yang lebih dari isteri isteri yang tua.

Cumbi yang menyimpan hasrat untuk berkahwin dengan kekasih hatinya mendapat
halangan yang keras dari ayahnya. Mamak tidak berkenan dengan Mubarak kerana
keluarganya yang tidak berlatarbelakangkan agama. Malah Mamak menyarankan agar Cumbi
berkahwin dengan Tok Guru dan menjadi isterinya yang keempat kerana bagi Mamak,
sekiranya Cumbi berkahwin dengan Tok Guru, dia akan masuk ke syurga. Cumbi yang pada
mulanya membantah, akhirnya berkahwin juga dengan Tok Guru. Malahan sistem giliran
bermalam Tok Guru juga memberatkan kepada isterinya yang lebih muda iaitu Cumbi.
3.0 PENDEKATAN KRITIKAN SASTERA

Kritikan amat penting bagi sesebuah karya sastera kerana dari kritikan kita dapat lihat
apa yang disampaikan oleh pengarang didalam karya sasteranya itu mampu membuka mata
masyarakat ataupun tidak. Karya yang baik mampu memberi impak yang besar kepada
pembaca dan sedikit sebanyak memberi ruang kepada masyarakat untuk menilai apa yang
cuba disampaikan oleh pengarang. Ketajaman pena seorang pengarang terletak pada
ketajaman imaginasi dan kreativitinya yang bersandarkan pada pengalaman, penyelidikan
serta ketelitiannya dalam menghasilkan sebuah karya yang berkualiti.

Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan oleh para kritikawan untuk
menilai hasil karya pengarang pengarang. Antaranya ialah pendekatan formalistikas,
pendekatan struktural, prinsip dan kaedah pendekatan moral/agama dan pendekatan sosiologi.
Bagi tujuan menganalisis karya Shahnon Ahmad ini, saya memilih pendekatan sosiologi
kerana sasterawan negara ini banyak melahirkan karya karyanya berdasarkan pengalaman
serta sesuatu yang berhubung kait dengan kehidupan beliau. Sebagai contoh, karya Tok Guru
ini dihasilkan setelah beliau keluar dari pertubuhan al Arqam dan beliau meluahkan apa yang
dirasainya sepanjang bersama dengan jemaah didalam novel ini.

W.S Hudson menjelaskan bahawa sastera tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat kerana
sastera tidak akan menjadi agung sekiranya tidak menjelajah alam masyarakat serta alam
kehidupan manusia sedalam dalamnya (Harun Jaafar, 2009).

Pendekatan sosiologi menekankan tiga aspek iaitu yang pertama, melihat secara luas sosiologi
sasterawan yang menghasilkan sesebuah karya. Kehidupan yang dilalui serta pengalaman
yang diperolehi oleh sasterawan menjadi tunjang kepada terhasilnya sesebuah karya kerana
dirinya lebih hampir dengan masyarakat disekelilingnya. Aspek yang kedua, melihat pada
pengaruh dan sifat yang terdapat dalam diri seorang pengarang kerana pengarang akan
melahirkannya menggunakan mata penanya untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat.
Ketiga, pendekatan sosiologi melihat pada pengaruh institusi kesusasteraan terhadap
perkembangan sastera. Pada tahun 40an dan 50an, ramai penulis yang memilih untuk
meluahkan coretan mereka dalam bentuk cerpen kerana lebih mudah berbanding karangan
karangan yang berat kerana untuk menyesuaikan dengan kehendsak pembaca yang rata
ratanya tidak ramai yang berpelajaran.
4.0 ANALISIS NOVEL TOK GURU

Shahnon Ahmad didalam Perjalananku Sejauh Ini : Sebuah Autobiografi ada


menyatakan bahawa kedua dua novelnya iaitu Tok Guru dan Ummi & Abang Syeikhul
memaparkan konsep poligami yang selaras dengan tuntutan Islam (Shahnon Ahmad, 2000).
Beliau juga ada menyatakannya didalam Setitis Embun Semarak Api dimana novel Tok
Guru mencerminkan kebahagian didalam berpoligami kerana Tok Guru mampu memberi
kebahagian dan kesejahteraan kepada isteri isteri beliau terutama Cumbi yang pada mulanya
keberatan untuk berkahwin dengan Tok Guru tetapi akhirnya hidup bahagia bersama
(Shahnon Ahmad, 2006).

Namun begitu, setelah dikaji dan dibuat analisis, didapati novel ini lebih
mencerminkan penyelewengan yang berlaku dalam poligami. Analisis ini dilakukan mengikut
empat aspek utama yang terdapat didalam novel ini. Aspek yang pertama adalah mengenai
konsep keadilan dalam berpoligami, yang kedua penyelewengan dan diskriminasi, ketiga
agama Islam digunakan sebagai penyelindung maksud tersembunyi untuk memenuhi
kehendak diri dan yang keempat, ketaksuban seseorang itu terhadap orang yang mempunyai
ilmu agama yang tinggi tanpa melihat ketulusan hatinya dalam berdakwah.

4.1. Konsep Keadilan dalam berpoligami

Didalam karya ini, kita dapat lihat ketidakadilan yang berlaku dalam sistem poligami
Tok Guru dan juga Mamak melalui penyusunan jadual giliran bermalam bersama sama
dengan isteri isteri mereka. Dalam berdakwah dan memberi nasihat, Tok Guru menasihati
supaya Mamak berlaku adil kepada isteri isterinya kelak. Namun begitu, Tok Guru sendiri
mengatur jadual giliran bermalam yang sama sekali tidak adil kepada isteri isterinya. Giliran
bermalam mengikut hak yang sepatutnya hanya berjalan untuk beberapa ketika sahaja dan
kemudiannya isteri yang tua mula dipinggirkan dan isteri yang muda mendapat keutamaan.

Jadual Giliran Bermalam Tok Guru Jadual Giliran Bermalam Mamak


Musalmah ( 3 ) MamiYam ( 2 )
Mariyah ( 3 ) Rabiatunadawiyyah ( 3 )
Romlah ( 7 ) Zeenab Bibi ( 10 )
Cumbi ( 15 ) Chumchum ( 11 )
Percayalah Mami kepada Nana ini. Nana pun bukan larat sangat, tapi bila teringatkan
sunnah Nabi dan ingin beribadat dalam semua jurusan, termasuk jurusan kahwin empat,
Nana pun hendak kahwin empatlah. Nana sudah tua juga. Biarlah Nana kumpul pahala
banyak-banyak dengan apa cara sekali pun. Cara kahwin empat dan memberi giliran yang
adil adalah diantara keadilan yang sebaik-baiknya. Itu adalah satu ujian kepada Nana.
Kalau Nana tak jaga giliran, Nana berdosa. Kalau Nana jaga giliran , nah, Nana dapat
pahala.

[ Shahnon Ahmad, 1988 : 179]

Dialog di atas adalah seperti yang diucapkan oleh Mamak kepada isterinya, Mami.
Kata kata Mamak itu jauh sekali dengan apa yang dipraktisnya setiap malam berhubung
dengan soal giliran bermalam dimana isteri yang paling muda mendapat giliran yang lebih
berbanding isteri yang lebih tua. Ini menunjukkan Mamak tidak mempraktikkan sistem
poligami sepetimana yang dituntut dalam Islam.

Ooi Eng Lye (2005:184) berpendapat bahawa ......Wanita dalam Tok Guru....sebenarnya
mereka menentang ketidakadilan di kalangan pengamal poligami....

Namun begitu, pendapat ini sukar diterima kerana pada akhirnya wanita tetap menjadi
mangsa penindasan dan menguntungkan kaum lelaki (Mohd Zariat, 2008:10). Seperti watak
Cumbi yang menyatakan hasrat kepada ayahnya untuk berkahwin dengan kekasih hatinya,
Mubarak. Namun begitu, Mamak menentang keras niat anaknya itu. Isterinya, Mami pula
seorang yang patuh pada suaminya dan walaupun dia kasihan dengan anaknya tetapi dia tidak
mampu untuk melawan kata kata Mamak dan menenangkan hati anaknya setelah dipaksa
oleh Mamak supaya berkahwin dengan Tok Guru. Akhirnya dengan kerelaan, Cumbi pun
berkahwin dengan Tok Guru.

Keadilan dalam berpoligami amat penting kerana Islam sendiri menyuruh


umatnya berlaku adil terhadap isteri isterinya. Seperti yang terdapat didalam surah Al-
Nisa:3 dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap anak anak yatim, maka
kahwinilah wanita wanita yang kamu senangi, dua, tiga atau empat, tetapi jika takut tidak
dapat berlaku adil, (terhadap isteri isteri), maka kahwinilah seorang sahaja....yang
demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.

Ayat Al Quran ini menuntut umat Islam supaya berlaku adil apabila berpoligami
agar keadilan dapat ditegakkan dan isteri isteri mendapat hak yang sama rata. Menurut
ulama, keadilan yang disyaratkan dalam ayat 3 itu adalah didalam perkara perkara seperti,
tempat tinggal, makanan, minuman, pakaian, giliran bermalam dan seterusnya, iaitu perkara
madhi (zahir dan material) (Sofian Ahmad, 2009).

4.2. Penyelewengan dan Diskriminasi

Penyelewengan dan diskriminasi dalam novel Tok Guru ini dapat dilihat dikaji dengan
teliti kerana pada akhirnya, kaum lelaki yang mendapat untung manakala kaum wanita
ditindas oleh suami masing masing. Hal init terjadi kepada isteri isteri tua Tok Guru dan
juga Mamak. Ini kerana, apabila tiba pada pembahagian giliran bermalam, ternyata isteri yang
tua mendapat jumlah bermalam yang terlalu sedikit dan jauh berbeza dengan isteri isteri
yang lebih muda. Ini munujukkan penyelewengan yang telah dilakukan oleh Tok Guru dan
juga pengikutnya, Mamak.

Adalah lebih jelas daripada analisis ini bahawa poligami dalam Tok Guru hadir
sebagai satu praktik perkahwinan Islam yang membuka ruang yang luas kepada berlakunya
deskriminasi dan ketidakadilan dalam perhubungan antara gender (Mohd Zariat, 2008:11).

Kalau Mamak tak adil, Mamak yang berdosa. Mamak mesti adil kepada Mami. Adil dalam
soal luar dan juga soal rohaniah. Bermalam pun mesti ada jadual, mesti ikut giliran. Mamak
mesti jaga giliran itu kalau mahu adil. Kalau Mamak tak tahu jaga giliran, bala akan
menimpa Mamak kerana itu berdosa juga. Itu kalau dua orang isteri.Kalau tiga atau empat,
giliran mesti jaga betul-betul. Panjang juga Tok Guru memberi keterangan hal jadual dan
giliran itu..................

[ Shahnon Ahmad, 1988 : 45 ]

Dialog di atas diucapkan oleh Tok Guru kepada Mamak. Tetapi setelah dibuat analisis,
ternyata Tok Guru seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan. Tok Guru sendiri
melakukan penyelewengan apabila giliran isteri -isterinya tidak dipenuhi seperti yang dituntut
oleh Islam bagi tiap tiap lelaki yang berpoligami. Ini jelas menunjukkan watak Protoganis
seperti Tok Guru sebenarnya memberi gambaran penyelewengan yang paling ketara dalam
berpoligami sehingga menjadi ikutan pengikut setianya, Mamak. Isteri Mamak iaitu Mami
misalnya merupakan seorang isteri yang taat dan patuh pada suami. Dia tidak berani
membantah keinginan Mamak untuk berkahwin lain kerana takut diceraikan dan tanpa dia
sedar apa yang dilakukan oleh suaminya itu adalah satu bentuk diskriminasi dan penindasan
terhadap wanita.

Melalui kajian Mohd Zariat, (2008:11) menunjukkan persepsi bahawa amalan perkahwinan
Islam dalam novel Tok Guru membuka ruang kepada diskriminasi dan penyelewengan
poligami meskipun Shahnon Ahmad membuat kenyataan bahawa poligami dalam novelnya
itu sejajar dengan kehendak agama Islam seperti yang dinyatakan didalam autobiografinya.

4.3. Menggunakan Agama untuk Kepentingan Diri

Setelah dianalisis novel ini, keinginan Mamak untuk berkahwin lain bukanlah kerana
hendak mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh agama tetapi lebih kepada memenuhi
keperluan nafsunya dan sikapnya lebih terburu buru untuk mengikut jejak Tok Guru.
Setelah beristeri dua, Mamak bersikap lebih tamak dan ingin beristeri tiga dan empat
sekaligus. Dia juga menggunakan helah ingin meramaikan zuriat agar dapat melahirkan
pendakwah yang hebat bagi memujuk Mami supaya membenarkan dia berkahwin lagi.
Namun begitu, motifnya jelas dapat dilihat apabila dia menyatakan hanya inginkan ladang
ladang yang subur untuk menternak dan sekiranya ladang itu tandus, dia akan menceraikan
isterinya itu dengan cara baik. Ternyata amalan poligami Mamak tidak mengikut syariat yang
sepatutnya.

Kalau tak ada janda beranak banyak pun, cukup dengan janda tanpa anak saja dengan
syarat ladangnya masih subur. Mami barangkali tahu memilih tanah ladang yang subur
kerana melihat raut muka dan air muka pun tentu sudah dapat menentukan sama ada tanah
itu tandus atau terpugar: kontang atau lemah, gersang atau berbaja. Kalau tanah ladang itu
kemudiannya diketahui gersang atau tandus atau kontang, aku terpaksa ceraikanlah dengan
baik hati. Penceraian dengan cara begitu dituntut juga. Buat apa simpan tanah tandus dan
gersang.

[ Shahnon Ahmad, 1988 : 190]

Menurut Sofian Ahmad (2009), Poligami diizinkan dengan maksud untuk membela nasib
janda dan anak yatim supaya mereka mendapat perlindungan yang sewajarnya.
Walaubagaimanapun, watak Mamak menunjukkan bahawa tujuannya berpoligami bukanlah
untuk melindungi janda dan anak yatim tetapi lebih kepada keperluan nafsunya semata
mata.

Hal ini juga dapat dilihat pada diri Tok Guru yang menggunakan ilmu agama yang
dimilikinya pada jalan yang tidak betul. Ini kerana setiap malam Jumaat, beliau lebih banyak
menyentuh soal soal perkahwinan. Hal ini telah disedari oleh Cumbi, anak Mamak.

Dulu pun bukan aku tidak sedar. Gelagat Tok Guru seimbas pun aku sudah dapat
menangkap hajat Tok Guru. Dia selalu kerling kepada aku bila selesai memberi salam. Bukan
aku tidak sedar. Waktu menadah tangan minta doa yang panjang pun, Tok Guru asyik kerling
saja kepada aku. Memang Tok Guru itu gatal orangnya.

[ Shahnon Ahmad, 1988 : 235 ]

Berdasarkan petikan di atas, ternyata Tok Guru menunjukkan sifat dirinya yang sebenar dan
tujuannya menghadirkan diri setiap malam Jumaat di rumah Mamak. Ditambah pula dengan
kepercayaan Mamak yang tidak berbelah bagi padanya memberi peluang pada Tok Guru
untuk mencapai misinya memiliki Cumbi. Syed Syeikh al Hadi menyatakan bahawa wanita
perlu diberi kebebasan untuk memilih pasangan hidup kerana kahwin paksa akan
mendatangkan keburukan.

(S. Ali Yasir, 1983:5)menerangkan konsep yang betul dalam meyebarkan ajaran Islam
serta tidak mempergunakan ilmu yang dimiliki untuk kepentingan diri sendiri. Menyebarkan
ajaran Islam perlulah di landasan yang benar kerana sekiranya terdapat kepincangan, maka
Islam akan dipandang remeh oleh sesetengah pihak. Inilah yang berlaku seperti watak Tok
Guru yang berpengetahuan agama yang luas tetapi telah menggunakan ilmu yang dimiliknya
dengan tujuan dan niat yang terpesong kerana beliau lebih gemar menyentuh soal soal
perkahwinan.

4.4. Ketaksuban Terhadap Orang Alim

Watak Mamak jelas sekali menunjukkan ketaksubannya terhadap Tok Guru. Ini dapat
dianalisis apabila dia mula merubah corak pemakaiannya mengikut Tok Guru. Malahan beliau
juga mengikut jejak Tok Guru yang telah beristeri tiga, untuk beristeri lagi satu setelah
mendapat nasihat dari Tok Guru supaya meramaikan zuriat kerana meramaikan zuriat
merupakan satu ibadah. Kerakusan Mamak dapat dilihat setelah beliau meminta Mami untuk
mencari calon isteri kepadanya dan kemudiannya menambah bilangan kepada tiga dan empat
sekaligus hanya kerana ingin menjadi seperti Tok Guru yang punya ramai zuriat. Namun,
Mamak tidak menyedari bahawa Tok Guru sendiri tidak mengingati anak anaknya dan
bagaimana boleh Tok Guru mendidik anak anaknya dengan baik? Ketaksuban Mamak
terhadap Tok Guru ditambah lagi apabila dia mencadangkan agar anaknya Cumbi berkahwin
dengan Tok Guru supaya mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.

Tok Guru! Mengapa pula tidak dengan Tok Guru.Tok Guru masih ada lagi satu tanah ladang
untuk ditanam dan Tok Guru belum miliki mana-mana tanah ladang lagi. Mengapa Cumbi
tidak jadi saja tanah ladang itu untuk Tok Guru tanam benihnya. Tok Guru orang alim, orang
bertakwa, orang kuat mujahadat dan Tok Guru juga lebih tahu mengatur giliran malam.

[ Shahnon Ahmad, 1988 : 147 ]

Mami setujukah kalau Cumbi kita jadi isteri keempat Tok Guru?

[ Shahnon Ahmad, 1988 : 1

Nana tak suka budak itu. Cumbi mesti ikut Nana dalam soal ini kerana Cumbi masih belum
tahu memilih peladang. Mami pun mesti ikut Nana. Nana kata Tok Guru, Tok Gurulah

[ Shahnon Ahmad, 1988 : 153 ]

Tentang Cumbi. Mamak rasa-rasa hendak serahkan saja kepada Tok Guru, Kalau Tok Guru
sudi. Moga-moga selamat Cumbi dalam dunia dan akhirat bila ada di bawah payung Tok
Guru

[ Shahnon Ahmad, 1988 : 215 ]

Petikan petikan di atas jelas sekali menunjukkan ketaksuban Mamak terhadap Tok Guru.
Kesemuanya lebih jelas apabila penglihatan Mamak dikaburi dengan kebaikan Tok Guru yang
menjodohkan adiknya, Rabiatunadawiyyah sebagai isterinya nombor dua. Mamak terlalu
taksub dengan Tok Guru yang dianggapnya sebagai seorang alim, warak dan penuh dengan
ilmu agama serta menjadi rujukan kepada dia dan keluarganya. Padahal, melalui jadual giliran
bermalam sudah menunjukkan sifat sebenar Tok Guru serta kunjungannya ke rumah Mamak
setiap malam Jumaat apabila Tok Guru lebih gemar menyentuh isu isu yang berkaitan
tentang hal hal perkahwinan berbanding hal- hal agama yang lebih meluas.
5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, setiap coretan pengarang akan tersimpan seribu erti kepada pembaca.
Mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang lazimnya sentiasa mendapat kritikan dan
pandangan daripada masyarakat umum dan ahli ahli sarjana. Sebagai contoh, Novel Tok
Guru ini banyak memperlihatkan kepincangan dalam sistem poligami yang diamalkan oleh
Tok Guru dan Mamak. Kepincangan ini bukanlah salah bagi mereka untuk beristeri empat
tetapi kerana ketidakadilan yang telah mereka lakukan dalam berpoligami yang dapat dikesan
dalam karya ini.

Karya dan masyarakat memang tidak dapat dipisahkan. Kerana adanya masyarakat
maka terhasillah karya yang sentiasa menyampaikan mesej mesej yang berkesan dan
sentiasa mendapat pandangan dan kritikan dari pelbagai pihak. Namun, mata pena pengarang
tidak akan sesekali tumpul selagi jiwa, minda dan tenaga masih mampu bekerja dalam
menghasilkan karya yang terbaik dan berkualiti utnuk hidangan pembaca.

(3202 patah perkataan)


RUJUKAN

1. Shahnon Ahmad, 1988. Tok Guru.

2. Shahnon Ahmad, 2006 . Perjalananku Sejauh Ini : Sebuah Autobiografi. Pulau


Pinang: Pustaka Shahnonahmad

3. Shahnon Ahmad, 2006. Setitis Embun Semarak Api. Selangor: Dasar Cetak (M) Sdn
Bhd

3. Di petik dari S.Ali Yasir. Di Balik Poligami Rasulullah S.A.W,Pustaka Nasional


PTE LTD Singapura, 1983:5

4. Website.Source:http://bicarasastera.blogspot.com/.4,Julai 2011

5. Website.Source:http://www.ukm.my/penerbit/akademika/jademik-74-01-
abstrak.html,4 Julai 2011

6. Website,Source:http://journalarticle.ukm.my/630/1/akademika74%5B01%5D.pdf,4
Julai 2011
Analisis Pemikiran Penulis