Anda di halaman 1dari 17

MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK

TAJUK 4

TEORI PENGENALAN SISTEM


Tajuk 4
AMALI PEMASANGAN SISTEM

4.0 Sinopsis

Dalam bahagian teori anda akan mempelajari pengenalan sistem bunyi berkaitan
peranan amplifier dan asas penggunaan mixer. Anda akan didedahkan dengan ciri-ciri
dan jenis-jenis amplifier, kuasa, pengendalian dan cara penggunaannya. Manakala bagi
mixer pula anda akan berpeluang meneroka fungsi butang-butang, lubang terminal serta
saluran-saluran yang berkaitan dengan mengadun bunyi.

Di bahagian amali pula anda akan didedahkan dengan cara pemasangan serta
pengendalian sistem bunyi termasuk amplifier, mixer, equalizer, mikrofon dan loud
speaker. Kaedah pemasangan sistem bunyi ini bergantung kepada tujuan dan situasi di
mana sistem ini digunakan.

4.1 Hasil Pembelajaran


1. Menghuraikan jenis-jenis dan peranan-peranan amplifier dalam menjana bunyi
audio
2. Mengaplikasikan teori sistem bunyi dalam pemasangan set peralatan sistem
bunyi

4.2 Kerangka Tajuk

PENGENALAN SISTEM PEMASANGAN SISTEM

Equalizer Mixer
Peranan Amplifier Asas
Penggunaan
Mikrofon Amplifier
Mixer

Loud
Speakers

141
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 4

TEORI TAJUK 4
PENGENALAN SISTEM
4.3 Peranan Amplifier

Amplifier adalah sebuah peranti elektronik yang dapat meningkatkan tenaga (power)
sesuatu signal. Alat amplifier memperoleh tenaga dari kuasa elektrik yang kemudiannya
mengawal output supaya selaras dengan bentuk input sesuatu signal dalam amplitud yang
lebar. Dalam erti kata lain sebuah amplifier membekalkan tenaga untuk meningkatkan output.

Terdapat beberapa jenis amplifier elektronik di antaranya adalah voltage amplifier, current
amplifier, transconductance amplifier, transresistance amplifier, power amplifier, pre amplifier
dan sebagainya.

Voltage Amplifier
Tenaga voltan input dijana menjadi
voltan output yang lebih besar
Galangan input tinggi dan galangan
output pula rendah

Current Amplifier
Menukar input arus letrik menjadi output
yang besar
Galangan input rendah dan galangan
output pula tinggi

Transconductance Amplifier
Memberi tindakbalas terhadap
perubahan input voltan dengan
menghantar perubahan output arus letrik

Transresistance Amplifier
Memberi tindakbalas terhadap perubahan
input arus letrik dengan menghantar
perubahan output arus letrik
Nama lain bagi amplifier ini ialah current-
to-voltage converter

142
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 4

Power Amplifier
Menjana signal audio bertenaga rendah
Frekuensi di antara 20 hingga 20 000
hz pada tahap pendengaran manusia
Sesuai bagi sistem speaker audio

Pre Amplifier
Membekalkan signal rendah bagi
penjanaan oleh power amplifier
Menggandakan tenaga voltan
Menguatkan lagi signal yang dihantar
menerusi kabel ke suatu alat lain tanpa
mengurangkan mutu bunyi (signal to
ratio SNR)

4.4 Asas penggunaan mixer

Terdapat beberapa takrifan tentang mixer. Ada yang menamakannya sebagai mixing
desk, atau console, namun panggilan tersebut adalah merujuk kepada alatan yang sama. Mixer
untuk audio mempunyai beberapa jumlah saluran (channel), di mana pada setiap saluran
mempunyai butang-butang (knob) yang sama. Jika sesebuah mixer mempunyai 12 saluran,
bermakna setiap saluran akan mempunyai butang-butang yang sama iaitu butang pre amp,
panning, EQ (equalizer), solo, mute, dan sebagainya.
Jika kita faham tentang fungsi dan kegunaan semua butang-butang di saluran 1, bererti
kita juga sudah faham untuk menggunakan kesemua butang-butang di saluran yang lainnya.
Ada dua jenis mixer yang biasanya digunakan, ia itu split mixer dan in line mixer. Kedua-duanya
mempunyai perbezaan dari segi fungsi penggunaan. Split mixer biasanya digunakan bagi
persembahan secara langsung (live sound), sementara in line mixer pula biasanya digunakan
dalam studio rakaman.

Split Mixer (Console)


Saluran (Channel) yang mengandungi jaluran butang-butang kawalan
termasuk lubang input, butang gain, hi, mid, lo, pan, aux, sub, kesan bunyi
(effect) dan fader
Fader warna merah L (left) R (right) mengawal total stereo dari mixer
Fader yang di sebelah kanan berfungsi untuk mengatur keluaran (output)
terakhir daripada mixer.

143
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 4

Saluran Butang Fader


(Channel) LR

Rajah 4.1: Split Mixer

In Line Mixer
Knob di atas saluran masing-masing yang mengatur signal yang akan
dihantar ke alat perakam

Butang/Knob

Rajah 4.2: In Line Mixer

Kebiasaannya sesebuah alat mixer mempunyai jenama dengan kod yang khas. Sebagai
contoh sebuah alat mixer berjenama Allen & Heath mixer 16x4x2.

BUTIRAN DISKRIPSI
Allen & Heath Jenama alat mixer
16 Alat mixer mempunyai input sebanyak 16 saluran
4 Terdapat sebanyak 4 saluran sub group
2 Semua saluran boleh disalurkan ke output stereo kiri dan kanan (L & R)

144
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 4

Butang output
Butang sub 1
1

Saluran (Channel) Saluran sub group


Rajah 4.3: Saluran (channel)

Sebuah saluran sub group boleh mengawal output dari beberapa saluran.
Sebagai contoh, saluran trumpet (12), trombone (13), saksafon (14) dan
baritone (15) boleh disalur ke SUB 1 hanya dengan menekan butang sub 1 di saluran
masing-masing.

Dengan menggunakan saluran sub group, seorang juru adun hanya perlu menaikkan
atau menurunkan satu fader di SUB 1 untuk mengawal bunyi semua saluran yang dipilih.
Di dalam sebuah mixer terdapat beberapa bahagian yang mempunyai fungsi-fungsi
yang tertentu. Pada rajah bahagian mixer berikut, kita akan dapat lihat tiga input yang
ditandakan dengan A,B dan C.

Input mikrofon XLR

Bahagian A
Input untuk mikrofon
Menggunakan kabel jenis konektor XLR (canon
jack)
Signal yang berada pada mic level, arus letriknya
adalah 0,1 V dan +4dB.

Rajah 4.4: Konektor XLR

Rajah 4.5: Bahagian Mixer A B C

145
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 4

Bahagian B
Input untuk line in bagi alat muzik
Bermain pada tahap line , atau melebihi
tahap mic
Tahap Line bermain di sekitar 1 V dan -10
dB
Rajah 4.6: Jack mono
Kabel menggunakan konektor jack audio
Terdapat dua jenis Jack ia itu mono dan
stereo
Nama teknikal jack mono ialah TS
(Tip Sleeve)
Nama teknikal jack stereo ialah TRS
(Tip Ring Sleeve)
Rajah 4.7: Jack stereo

Input mikrofon
jack

Bahagian C
Input Insert (INS) untuk sambung kabel signal
processor ke suatu channel seperti compressor
Menggunakan kabel jenis konektor TRS dan TS
Masukkan kedua-dua konektor ke input dan output
compressor tersebut

Input Insert

Rajah 4.8: Insert

Rajah 4.9: Bahagian Mixer A B C

146
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 4

Bahagian D
Input Direct Out (DIR) digunakan untuk salur keluar
signal audio bagi kegunaan lain seperti merakam atau
sambungan ke alat efek (Effect devices)
Menggunakan kabel jenis konektor TRS
Disambungkan ke soundcard dan ke komputer

Bahagian E
Butang Gain atau Trim (SENS)
Input Sensitiviti (SENS) digunakan untuk mencari
headroom bagi mengelakkan masalah noise atau
distortion pada mutu audio
Disambungkan ke soundcard dan ke komputer

Rajah 4.10: Bahagian Mixer D, E, F dan G
.

Bahagian F
Butang High Pass Filter (HPF) menapis frekuensi
tinggi yang masuk sahaja
Frekuensi rendah (low) akan terpotong. Rajah 1.16
menunjukkan frekuensi 100Hz dipotong
HPF ini digunakan untuk vokal bagi mengurangi
dengungan atau feedback

Rajah 4.11: Frekuensi HPF

147
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 4

Bahagian G
Butang Equalizer (EQ) mengatur frekuensi dengan
memboost atau memotong frekuensi pada bunyi audio.
Low Frekuensi (LF)
Sweep EQ (MID) di mana kita boleh memilih beberapa
frekuensi yang akan dipotong atau ditambah
Fixed EQ di mana frekuensi LF dan HF telah ditetapkan
Rajah 4.12:
Bahagian Mixer G

Bahagian H
Butang Auxiliary (AUX) ialah output untuk mengirim
signal dari mixer ke speaker monitor
Biasanya aux ini digunakan bagi persembahan pentas
atau kegunaan alat seperti kesan bunyi (effect)
Pre Aux bermaksud signal tidak melalui EQ. Walau
butang frekuensi pada EQ telah diubah tetapi tidak
mempengaruhi signal Rajah 4.13:
Bahagian Mixer H
Post EQ bermaksud butang frekuensi yang diubah
akan memberi kesan kepada signal yang dihantar

Bahagian I
Butang Panoramic (PAN) berfungsi untuk
menentukan stereo image atau hala bunyi audio
keluar di speaker
Biasanya aux ini digunakan bagi persembahan pentas
atau kegunaan alat seperti kesen bunyi (effect)
PAN ini boleh digunakan untuk menghantar signal ke
jalur SUB/BUS/GROUP
Rajah 4.14:
Bahagian Mixer I

148
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 4

Bahagian J
Butang Pre Fader Listen (PFL) untuk mendengar
sesuatu channel sahaja. Nama lain SOLO
Jika fader dinaikkan tidak akan mengubah kekuatan
bunyi audio secara keseluruhan
Tekan butang PFL untuk mendengar audio melalui
hedfon
Sangat berguna untuk persembahan secara langsung

Rajah 4.15:
Bahagian Mixer J

Terdapat alat mixer yang


telah dilengkapi dengan amplifier
serta processor seperti equalizer dan
reverberation. Pengendalian dan
pemasangannya memudahkan pengguna.
Hanya memerlukan dua kabel mono untuk
menghubungkan ke dua belah speaker.

Rajah 4.16: Powered Mixer

Ada juga terdapat alat mixer


yang dilengkapi dengan amplifier dan
speaker beserta processor seperti equalizer dan
reverberation. Selain mudah dikendalikan, alatan ini
mudah alih serta ringkas penggunaanya.

Rajah 4.17: Powered Mixer


dan Speaker

149
AMALI TAJUK 4
PEMASANGAN SISTEM AUDIO

Monitor Speaker
Loud Speaker Amplifier speaker Amplifier Speaker Loud Speaker

Amplifier monitor

Mikrofon
Crossover
Compressor

Equalizer

Reverb

Amplifier Gitar D I Box Mixer Console

Rajah 4.18: Rangkaian Asas Sistem Audio


MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 4

4.5 Pemasangan kabel sistem audio

Pemasangan kabel mixer ke amplifier

Alat Mixer Alat Amplifier

Output Kanan
Input Kiri
Output Kiri

Input Kanan

Rajah 4.19: Pemasangan alat Mixer dan Amplifier

Pemasangan kabel amplifier ke speaker

Output Kiri

Output Kanan

Input Speaker Input Speaker


Kiri Kanan

Rajah 4.20: Pemasangan alat Amplifier ke Speaker

151
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 4

Pemasangan kabel mikrofon dan alat muzik ke mixer

Input Mic

Input Line

Rajah 4.21: Pemasangan Alat Mikrofon dan Alat Muzik ke Mixer

Pemasangan kabel alat equalizer ke mixer

Input Kiri
Input Kanan

Output Kanan

Output Kiri

152
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 4

Atau dipasang dengan cara di bawah

Jack mono
Output

Jack mono
Input

Jack Stereo
Insert

Rajah 4.22: Alat Equalizer dan Alat Muzik ke Mixer

Pemasangan kabel alat equalizer ke crossover Crossover

Fungsi alat crossover


adalah untuk
membahagikan frekuensi
tinggi dan rendah kepada
beberapa speaker yang
Output Kanan boleh menampung
frekuensi bass atau treble

Output Kiri Input Kanan

Input Kiri

Rajah 4.23: Pemasangan alat Equalizer ke crossover

153
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 4

Pemasangan kabel alat crossover ke amplifier dan speaker

Output Lo

Output Mid

Output Hi

Input Hi

Input Hi

Speaker High
Speaker High Range kanan
Range kiri

Input Mid
Input Mid

Speaker Mid Speaker Mid


Range kiri Range kanan

Input Lo

Input Lo

Speaker Low Speaker Low


kiri kanan

Rajah 4.24: Pemasangan alat Crossover ke Amplifier dan Speaker


154
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 4

Pemasangan kabel alat compressor ke mixer

Jack mono Jack mono


Output Input

Jack Stereo
Insert

Rajah 4.25: Pemasangan alat Compressor ke Mixer

Compressor

Alat compressor ini berfungsi untuk menstabilkan signal sesuatu bunyi. Jika
sesuatu signal itu menjadi terlalu kuat sehingga terjadinya kesan distortion maka
alat compressor ini akan menurunkan signal tersebut menjadi stabil semula.
Jika signal bunyi terlalu lembut maka compressor dapat meningkatkan bunyi
tersebut menjadi lebih jelas. Pada asasnya terdapat 4 jenis kawalan compressor
ia itu ratio, threshold, attack dan release.

155
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 4

Pemasangan kabel alat reverb ke mixer

Output kiri Input kanan

Output kanan Input kiri

Return kanan

Return kiri Aux send 1

Aux send 2
Rajah 4.26: Pemasangan alat Reverb ke Mixer

Reverberation

Reverberation direka dengan cara rambang, bergandaan dan adunan bunyi atau
signal secara berulangan. Apabila pengulangan-pengulangan ini berkurangan dari segi
kepadatan, sebenarnya jumlah pengulangan tersebut bertambah. Reverberation atau
kesan gema dapat meningkatkan tahap signal dan memantapkan kepadatan bunyi
secara purata, selain meluaskan ruang dimensi serta memberikan keseronokan dalam
pengalaman mendengar.

CATATAN
Sistem pemasangan sistem audio berbeza mengikut jenis perlatan
dan cara penggunaannya. Jika alat mixer telah dilengkapi dengan
equalizer, reverb atau alat-alat processor yang lain, maka tidak
perlulah alat-alat tersebut dipasang atau disambungkan lagi

156
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 4

Rumusan

Pengetahuan tentang peranan dan fungsi alatan sistem audio seperti amplifier dan
mixer boleh membantu guru menggunakan serta mengendalikan alatan tersebut dengan
sepenuhnya. Alatan audio yang terdapat di sekolah atau yang digunakan pada majlis-majlis
tertentu boleh dikawal dengan baik jika kita peka dengan kuasa ampifier serta jenis mixer yang
digunakan. Supaya bersesuaian dengan keluasan dewan, keperluan majlis atau konsert,
pengendalian alatan audio memerlukan latihan serta tahap pengetahuan sistem yang mantap.
Terdapat juga alat mixer yang dilengkapi dengan amplifier, equalizer dan reverberation.
Menggunakan power amplifier dan mixer memerlukan kaedah pemasangan yang betul
bersama alatan lain seperti equalizer, mikrofon, speaker, dan lain-lain alatan tambahan. Kita
tidak mahu majlis atau acara persembahan terganggu dengan kelemahan sistem audio yang
dipasang. Kabel-kabel yang digunakan juga perlulah bersesuaian dengan terminal input dan
output sesuatu alatan, samada menggunakan jack jenis mono atau stereo bergantung kepada
komponen khas yang terdapat pada alatan tersebut.

Latihan Tambahan

1. Lakarkan sebuah gambarajah lengkap pemasangan sistem audio di dewan sekolah anda.
Peralatan yang anda perlu sediakan adalah seperti berikut:
a) Mixer
b) Amplifier
c) Equalizer
d) Speaker
e) Mikrofon
f) Kabel-kabel

2. Huraikan masalah-masalah gangguan bunyi pada sistem audio yang biasanya berlaku dalam
sesuatu majlis yang sedang berlangsung. Kenal pasti punca-punca setiap masalah tersebut
dengan mencadangkan langkah-langkah bagi mengatasinya.

Bacaan Tambahan

1. Williams, David Brian and Webster, Peter Richard. Experiencing Music Technoloy, 2nd.
ed. Schirmer, Belmont CA: Wadsworth Group/Thompson Learning, 1999. R. Alten,

2. R. Alten, Stanley. Audio in Media: The Recording Studio. Belmont: Wadsworth


Publishing Company, 1999.

3. Auralia 4: Ear Training - Perfect Pitch Software for Windows and Mac, 2013.
http://www.risingsoftware.com/auralia/

4. Music Ace. Harmonic Vision, Software that Brings Music to Life, 2013.
http://www.harmonicvision.com/index.htm

157