Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

SAMBUTAN NISFU SYAABAN

TARIKH:
8 MEI 2017(ISNIN)

TEMPAT:
TAPAK PERHIMPUNAN SK SULAIMAN

ANJURAN:
MUSOLLA AS-SYAKIRIN
DENGAN KERJASAMA UNIT BINA
INSAN SK SULAIMAN
SAMBUTAN NISFU SYAABAN
PERINGKAT SEKOLAH 2017/1438H

Tarikh : 8 Mei 2017 (Isnin)


Masa : 7.50- 8.00 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan SK Sulaiman

PENDAHULUAN

Nisfu Syaaban adalah antara tarikh-tarikh yang penting dalam takwim Islam. Di
dalamnya banyak kelebihan dan manfaat sekiranya kita melipat ganda usaha dalam
beribadah dan berbuat kebajikan.Pada nisfu Syaaban ini kita disarankan berpuasa
dan berbuat kebajikan bagi menyambut dan membuat persediaan dengan
kedatangan Ramadhan. Dalam masa 15 hari lagi umat Islam akan menyambut
kedatangan Ramadhan yang sikenali sebagai Bulan Keberkatan

RASIONAL

Membuat persediaan untuk menyambut kedatangan ramadhan ini amat penting ,


samada dari segi fizikal mahupun mental. Membiasakan diri dengan berpuasa sunat
dan bersedekah akan membuatkan kita terbiasa melakukannya pada Bulan
Ramadhan.Bagi yang belum menggantikan puasa Ramadhan yang ditinggalkan ,
maka ini adalah pecutan terakhir untuk mereka melunaskan hutang kepada Allah.

OBJEKTIF

1. Dapat menghidupkan syiar Islam.


2. Dapat mengetahui dengan lebih jelas apa sebenarnya Nisfu Syaaban.
3. Dapat menzahirkan kecintaan terhadap Islam dengan menekankan kewajipan
serta melakukan sunnah Rasulullah

3. SASARAN
Semua murid, guru dan kakitangan sokongan SK Sulaiman

4. LOKASI AKTIVITI
Tapak Perhimpunan , SK Sulaiman
5. TARIKH SAMBUTAN
8 Mei 2017 (Isnin)

6. PENGISIAN PROGRAM

1. Risalah Nisfu Syaaban (Tampal di setiap kelas)


2. Tazkirah Nisfu Syaaban

7. JAWATANKUASA SAMBUTAN

Penasihat : Pn. Arbina binti Abdul Rahman


(Guru Besar, SK Sulaiman)

Pengerusi : Puan Zahidah binti Daud


(GPK HEM, SK Sulaiman)

Naib Pengerusi : En. Zihan bin Mohd Zaki


(GPK Pentadbiran, SK Sulaiman)

: Ustaz Alhisam bin Ahmad


(GPK Kokurikulum, SK Sulaiman)

Penyelaras : Ustazah Norizan bt Mohamed Ariffin


Program

8. JAWATANKUASA KECIL

PERKARA JAWATANKUASA TUGASAN

Pengacara Majlis Guru bertugas mingguan Mempengerusikan acara pagi.

Edaran Risalah Menyediakan risalah untuk edaran kelas


Ustaz Suffian Asthauri
Ustaz Roszaidi bin Mohamed Menyampaikan tazkirah di perhimpunan pagi
Penceramah
Rashid
9. PENUTUP
Harapan panitia Pendidikan Islam agar program ini dapat mencapai objektif
sebagaimana yang dirangka, seterusnya meneruskan agenda pengisian rohani secara
berterusan kepada semua murid.

Selain itu murid-murid juga diharap mengambil iktibar dan pengajaran


seterusnya memperaktikkan amalan-amalan seharian berteraskan al-Quran dan as-
Sunnah dengan menjadikan Nisfu Syaaban sebagai sebahagian daripada tarikh-tarikh
penting dalam islam

Disediakan oleh : Diluluskan oleh,

_____________________________ _________________________
(NORIZAN BINTI MOHAMED ARIFFIN) (PN. ZAHIDAH BINTI DAUD)
Penyelaras Nisfu Syaaban GPK Hal Ehwal Murid,
SK Sulaiman SK Sulaiman