Anda di halaman 1dari 5

PENDAHULUAN

Pendidikan Jasmani merupakan subjek teras di setiap sekolah yang mana ianya
tidak diabaikan kerana subjek ini melibatkan ketahanan fizikal dan mental malahan kita
juga boleh melibatkannya dengan pendekatan rohaniah. Namun bagaimana pula
dengan gerak kerja pendidikan jasmani di sekolah rendah yang kesemua pelajarnya
lingkungan 7 tahun hingga 12 tahun.
Lingkungan umur tersebut merupakan lingkungan untuk mempelajari sesuatu
yang baru. Ketika ini kanak-kanak suka akan sesuatu yang baharu malahan mereka
juga akan lebih dekat dengan alam jika dipupuk. Hal ini disebabkan pertumbuhan
mereka seiring dengan perkembangan otak dan minda mereka yang ingin mengenali
dunia.
Maka, oleh itu, permainan kecil amat sesuai untuk mereka kerana ianya tidak
melibatkan terlalu banyak pergerakan malahan ianya bertujuan untuk menyihatkan
tubuh badan dan otak selain ianya juga menyeronokkan. Aplikasi permainan kecil ini
melibatkan penggunaan bahan dan juga hanya menggunakan tempat yang sederhana
sahaja.
Setiap permainan kecil tersebut hendklah berasaskan TGFU iaitu Teaching
Games For Understanding. TGFU mempunyai empat asas yang mana telah diterokai
oleh Rod Thorpe dan David Bunker sekitar tahun 1970-an dan awal 1980-an.
Perkembangan penggunaan asas TGFU ini semakin berkembang hingga ke hari ini
setelah beberapa kajian dan sebab relevan dalam aplikasi TGFU.
Maka, pendidikan jasmani yang sesuai untuk kanak-kanak ialah permainan kecil.
Namun, permainan tersebut hendaklah berasaskan Teaching Games For
Understanding yang mana ianya boleh membantu pertumbuhan dan perkembangan
fizikal dan mental kanak.

PERMAINAN KECIL
1.
DEFINISI PERMAINAN KECIL
Permainan kecil amat penting dalam pertumbuhan kanak-kanak. Ianya merupakan hal
yang mnyeronokkan dan mencergaskan minda. Hal ini kerana program seperti
permainan kecil ini menolong dalam pembangunan kemahiran asas motor seperti
berlari dan melompat. Ianya juga meningkatkan daya kemahiran khusus sukan seperti
melontar, menangkap dan menyepak.
Tambahan pula, menurut Eisen (1998), kanak-kanak jika ditinggalakan bersendirian
dengan apa sahaja alat permaianan, mereka akan bermain dengan alat-alat tersebut.
Permainan kecil ini perlu diawasi oleh guru dan ianya juga berlaku dalam keadaan
berkelompok.

2. OBJEKTIF-OBJEKIF PERMAINAN KECIL

Terdapat tiga objektif utama yang telah disenaraikan oleh Bucher dan Thaxton (1979):
1. Objektif Pembangunan Kemahiran Motor.
Membangunkan kemahiran lokomotor.
Membangunkan kemahiran bukan lokomotor.
Membangunkan kemahiran pengawalan bola.
Membangunkan kecergasan fizikal.

2. Objektif Pembangunan Kognitif


Meningkatkan keupayaan mematuhi peraturan.
Menolong dalam pemahaman peraturan.
Menggalakkan kreativiti dan imaginasi.
Menambah perbendaharaan kata kanak-kanak.

3. Objektif Pembangunan Afektif-sosial.


Mempelajari hidup bersama dengan orang lain dalam situasi sosial.
Menggalakkan keadilan.
Menggalakkan mematuhi peraturan-peraturan.
Membangunkan semangat kesukanan yang baik.
Membangunkan kualiti kepimpinan.
Membangunkan semangat kerjasama.
CIRI-CIRI PENTING DALAM PERMAINAN KECIL
1. Memerlukan kemahiran-kemahiran asas.
2. Mengandungi peraturan-peraturan yang minimum.
3. Sedikit atau tiada alat yang digunakan.
4. Tudak menggunakan masa yang panjang.
5. Ruang permainan yang sederhana atau kecil.
6. Perjalanan permainan data diubahsuai.
7. Senang untuk dijalankan.

PENERANGAN 4 KATEGORI PERMAINAN KECIL BERASASKAN Tgfu

I. KATEGORI SASARAN (TARGET)


Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapat mata.
Contoh: bowling, memanah dan golf.

II. KATEGORI JARING/DINDING (NET/WALL)


Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding.
Mengumpul mata melalui menghantar ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek
tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang.
Contoh: badminton, squash dan ping pong.

III. KATEGORI SERANGAN ATAU PERTAHANAN


Permainan kecil jenis serangan adalah satu permainan yang memerlukan pemain untuk
melakukan serangan yang kerap dalam semua keadaan.dalam permainan ini
kebanyakan langkah yang digunakan adalah menyerang dalam pelbagai
posisi.permainan jenis ini memerlukan stamina yang tinggi bagi mengekalkan posisi
dan serangan semasa permainan.terdapat beberapa jenis permainan yang sering kita
main merupakan ketegori permainan serangan.
1.bolasepak
permaianan ini merupakan asas permaianan yang berstrategi dan mempunyai ciri-ciri
corak serangan.pemain akan melakukan serangan dari setiap penjuru untuk
menghasilkan jaringan.sementara pasukan lawan akan melakukan pertahanan bagi
menghalang pasukan lawan melakukan jaringan.
2.hoki
Permainan ini juga merupakan kategori permainan serangan dan pertahanan.namun
permainan ini memerlukan kayu atau stick hoki untuk membuat semua serangan.semua
gerakan atau serangan adalah memerlukan pemain untuk membuat pukulan serentak
dengan serangan.
3.sepak takraw
Permainan ini merupakan permainan tradisioanal yang merupakan kategori permainan
serangan.permainan ini adalah permainan gelaggang yang memerlukan pemain
sentiasa melakukan serangan atau pertahanan bagi memastikan bola tidak jatuh ke
kawasan kita.pemainan ini mengkehendaki serangan dilakukan arah gelanggang lawan
dan lawan hendaklah membuat pertahanan bagi mengelakkan lawan mendapat mata.

IV. KATEGORI MEMUKUL


Permainan katogori memukul adalah satu permainan yang berorientasikan pukulan
atau jenis-jenis pukulan.kebiasaannya permainan ini adalah menggunakan alatan
sebagai lat untuk memukul sebagi contoh permainan badminton.requet di gunakan
untuk memukul bulu tangkis.Terdapat juga permainan jenis pukulan yang tidak
menggunakan alatan seperti bola tampar.sukan ini adalah permainan yang
menggunakan kekuatan tangan keseluruhannya.Jadi permainan kecil untuk katogosi
pukulan juga adalah untuk sebgai tapak asas untuk memahirkan diri untuk
menggunakan tangan dalam mengawal pergerakan bola seperti bola tampar dan boleh
mengawal arah sasaran seperti permainan badminton yang dapat mengawal kekuatan
pukulan dan pusingan agar mudah mengawal pergerakan bola dalam permainan.Antara
sukan-sukan jenis memukul adalah seperti berikut:
1.Badminton
Adalah jenis permainan yang berorientasikan pukulan iaitu ianya perlu menggunakan
alatan untuk memukul sasaran.Alatan yang di gunakan ialah requet iaitu sejenis alat
untuk memukul bulu tangkis.