Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

PELAJAR-PELAJAR TEKNOLOGI ELEKTRONIK


KOLEJ VOKASIONAL KANGAR, PERLIS

1.0 PENGENALAN

Asas kepada pendidikan adalah usaha untuk memperkukuhkan dan mengembangkan


semangat ingin tahu para pelajar. Oleh itu, sebelum menempuh alam pekerjaan para pelajar
dituntut untuk mengisi diri dengan ilmu pengetahuan. Ini adalah untuk mempersiapkan diri ke
arah perkembangan sains dan teknologi di samping sektor sosial dan ekonomi. Justeru itu
pendedahan awal perlu diberikan dalam meransang pendidikan pendedahan mengenai
kerjaya, kepentingan kerjaya, kelayakan dan keperluan kerjaya serta prospek kerjaya perlulah
dilaksanakan dengan segera agar tidak ketinggalan. Jelas sekali masih terdapat para pelajar
yang tidak tahu mengenai kerjaya yang bakal diceburi. Fenomena ini berlaku kerana
kurangnya maklumat dan pendedahan yang akan atau bakal diterima. Oleh itu, pelbagai
kaedah dirancang oleh guru bagi membuka mata dan minda para pelajar. Misalnya kuiz,
ceramah, seminar, pameran, lawatan sambil belajar dan sebagainya. Lawatan sambil belajar
ke Selangor selama empat (4) hari tiga (3) malam adalah sebagai satu penghargaan kepada
pelajar elektronik.

2.0 TUJUAN KERTAS KERJA

2.1 Memohon kebenaran menganjurkan lawatan sambil belajar .

2.2 Kertas cadangan ini disediakan adalah untuk memohon keizinan daripada pihak Tuan
Pengarah Kolej Vokasional Kangar untuk mengadakan program ini.

2.3 Memohon peruntukkan kewangan dari pihak Tuan untuk membantu pembiayaan
pengangkutan.

3.0 MATLAMAT

3.1 Melahirkan generasi yang berkualiti dan mempunyai kriteria-kriteria positif sebagai
pemangkin untuk menjana kecemerlangan pada masa hadapan.

3.2 Pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan di samping menambahkan pengalaman


baru di alam pekerjaan.

3.3 Supaya para peserta dapat menikmati keindahan semulajadi di negara kita.
4.0 OBJEKTIF

4.1 Memberi pendedahan dan pendekatan yang lebih luas kepada pelajar dalam
bidang hidraulik dan pnuematik.

4.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk menambahkan pengalaman dan


pengetahuan.

4.3 Memberi ruang kepada pelajar untuk berinteraksi secara sihat dan terkawal.

4.4 Pendedahan awal kepada para pelajar akan dapat membuka minda dan memberi
pengalaman berguna untuk membina diri menjadi insan yang cemerlang,
berfikiran kreatif, kritis dan aktif.

4.5 Mengeratkan ikatan silaturahim antara pelajar dan guru.

4.6 Meneruskan semangat setia kawan, daya saing, toleransi serta membuka minda
pelajar.

5.0 TARIKH DAN TEMPAT

5.1 Tarikh : 26 Ogos 2017 hingga 29 Ogos 2017


5.2 Tempat : Selangor dan Kuala Lumpur

6.0 SASARAN

6.1 Pelajar-pelajar Diploma Teknologi Elektronik


6.2 Seramai 38 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring (Senarai nama guru dan
pelajar seperti Lampiran 1)

7.0 TENTATIF PROGRAM

HARI PERTAMA (26/08/2017)


2.00 petang Berkumpul di Kolej Vokasional Kangar
2.30 petang Bertolak ke Wisma Belia, Kompleks MAYC.
11.00 malam Dijangka tiba (makan, rehat dan tidur)
HARI KEDUA (27/08/2017)
7.30 pagi Sarapan pagi
9.00 pagi Aktiviti Team Building di Taman Botani Negara Shah Alam, Bukit
Cherakah
12.30 tgh Solat dan makan tengahari
2.30 petang Petrosains KLCC
8.00 malam Makan malam
8.45 malam Taman KLCC - Melihat keindahan taman buatan dengan limpahan lampu
warna-warni
11.00 malam Wisma Belia (rehat dan tidur)

HARI KETIGA (28/08/2017)


7.30 pagi Sarapan pagi
8.30 pagi Lawatan Industri ke Kilang Roti (Gardenia Bakeries)
12.00 tgh Makan, solat dan rehat
2.00 petang Lawatan Industri ke Kilang Vitagen (Cotra Enterprise)
5.00 petang Aktiviti Bebas
8.00 malam Makan malam
8.45 malam City of Digital Light di I-City Shah Alam
11.00 malam Wisma Belia (rehat dan tidur)

HARI KEEMPAT (29/08/2017)


7.30 pagi Sarapan pagi (Check out)
9.00 pagi Aktiviti ke tempat ilmiah
Muzium Shah Alam
Kompleks Taman Seni Islam
Laman Seni 7
1.00 tgh Makan tengahari dan solat
2.00 petang Bertolak pulang ke Kolej Vokasional Kangar
11.00 malam Dijangka tiba di Kolej Vokasional Kangar

8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Tn. Hj Mohamad Zabidi bin Abdullah

Naib Pengerusi : Pn. Azizah binti Md Daud

Penyelaras : Pn. Nora binti Ariffin

Setiausaha : Pn. Suzana binti Saad

Bendahari : En. Muhammad Israr bin Halim

AJK Pengangkutan : En. Md Akhir bin Salleh


AJK Makanan : Pn. Rosnah binti Ismail @ Awang
: En. Salleh bin Ibrahim

AJK Disiplin : En. Noor Hafizie bin Azahari


: En. Muhammad Salihin bin Ahmad Azmil
: En. Che Azmi bin An

9.0 PERBELANJAAN

BIL PERKARA PERINCIAN JUMLAH


1. Makanan (sarapan pagi) Makan RM 4.00 x 42 orang x 3 hari RM 504.00
a. Peserta (38 orang)
b. Pengiring (4 orang)
2. Cenderahati RM 20.00 X 2 buah RM 40.00
(Diberikan kepada pihak
Industri)
3. Penginapan
a. 3 malam RM 30.00 X 3 mlm X 42 orang RM 3780.00
4. Pengangkutan
a. Bas Pergi balik (RM 1800 x 2) RM 3600.00
(Dibiayai oleh Kolej)

5. Aktiviti lawatan
Taman Botani RM 5.00 x 42 orang RM 210.00
Petrosains RM 15.00 x 42 orang RM 630.00

6. Kecemasan RM 296.00
JUMLAH RM 9060.00

10.0 SUMBER KEWANGAN

9.1 Kutipan dari pelajar dan guru (RM 120 x 42) - RM 5040.00
9.1 Sumbangan lain
Tabung Elektronik - RM 420.00
(Kutipan dari guru-guru elektronik)
Pengangkutan dibiayai oleh Kolej - RM 3600.00

JUMLAH - RM 9060.00
11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan, program ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Semoga pelajar dapat memanfaatkan program ini dengan sebaik
mungkin. Diharapkan segala aktiviti yang dirancang dapat mencapai matlamatnya dan dapat
memberi impak positif kepada pelajar dalam membangunkan diri secara amnya dalam menaikkan
imej Kolej Vokasional Kangar.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

------------------------------- -------------------------------
(SUZANA BINTI SAAD) (NORA BINTI ARIFFIN)
Setiausaha, Penyelaras,
Program Lawatan Sambil Belajar, Program Lawatan Sambil Belajar,
Unit Teknologi Elektronik, Kolej Vokasional Kangar,
Kolej Vokasional Kangar. Jalan Sekolah Derma,
01000 Kangar, Perlis.
H/P : 016-4332115

Diluluskan oleh :

---------------------------------------------------------
(HJ MOHAMAD ZABIDI BIN ABDULLAH)
Pengarah,
Kolej Vokasional Kangar,
Jalan Sekolah Derma,
01000 Kangar, Perlis

Anda mungkin juga menyukai