Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN SPELLING BEE


DAN NYANYIAN SOLO

ANJURAN BERSAMA:

PEJABAT PENDIDIKAN
DAERAH KUALA KANGSAR
1 PENDAHULUAN

Program ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam


kalangan murid prasekolah. Ianya akan dapat membantu murid meningkatkan
tahap keyakinan diri mereka untuk mengharungi masa hadapan yang lebih
mencabar seiring era globalisasi.

2 MATLAMAT

Menyebar dan memupuk minat murid terhadap Bahasa Inggeris.

3 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan kebolehan mengeja dan menyanyi di dalam Bahasa Inggeris.

3.2 Mengembangkan kemahiran penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan


murid terutamanya dari segi komunikasi (verbal expression).

3.3 Memperkayakan murid dengan pelbagai kosa kata Bahasa Inggeris.

3.4 Meningkatkan tahap keyakinan murid untuk menggunakan Bahasa Inggeris


dan semangat daya saing yang sihat.
4 SASARAN / PENYERTAAN

Murid prasekolah dari 4 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan 6 buah Sekolah
Kebangsaan.

5 TEMPAT / MASA

Dewan Arena SK Muzwin pukul 8.00 pagi.

6 PELAKSANAAN

6.1 Tarikh yang dirancangkan pada hari Sabtu, 23 September 2017.


6.2 Dilaksanakan di peringkat daerah secara menyeluruh.

7 JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN

Penaung : Tuan Haji Syed Mahizan bin Syed Hashim


Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar
Penasihat : Pn. Rosida bt Ibrahim
Penolong PPD Prasekolah/Permata
Penyelaras : Pn. Nor Azliyani bt Yahya
Setiausaha : Cik Norhawariah bt. Muhammad
Bendahari : Pn. Noor Dalila bt. Daud

AJK KERJA

Pendaftaran : SJKC Liman


Juruacara : SK Pos Poi
Siaraya : SK Talang
Fotografi : SK Sayong
Hadiah dan cenderahati : SK Sultan Idris II
Dokumentasi : SK Sungai Siput
Jamuan : SK Raja Muda Musa
Persiapan pentas/backdrop : SK Muzwin

8 SIJIL DAN HADIAH

8.1 Semua peserta akan diberikan sijil penyertaan dan hadiah.


8.2 Hadiah pertama, kedua dan ketiga diberikan mengikut kategori.
9 BELANJAWAN

9.1 Anggaran belanjawan adalah seperti berikut:

Perkara Hadiah Hadiah Hadiah Hadiah Jumlah


Pertama Kedua Ketiga Saguhati

Spelling Bee RM 50.00 RM 40.00 RM 30.00 **RM 70.00 RM 190.00

Solo Singing RM 50.00 RM 40.00 RM 30.00 **RM 70.00 RM 190.00

Makanan/minuman RM 7.00 x 75 orang RM 525.00

Cenderamata 4 orang hakim RM 45.00

Runcit RM 50.00

ANGGARAN PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 1000.00

** Hadiah saguhati diberikan kepada semua peserta (tujuh orang) yang tidak
mendapat tempat pertama hingga ketiga.

10 SUMBER
Tenaga : Guru-guru prasekolah yang terlibat dan guru Bahasa Inggeris
Kewangan : PPD Kuala Kangsar

11 PENUTUP

Program ini diharapkan dapat berjalan dengan lancar melalui kerjasama semua
pihak yang bakal bersama-sama menjayakan pertandingan ini. Pertandingan ini
mampu melahirkan murid-murid yang terlatih dan cemerlang dalam mata pelajaran
Bahasa Inggeris pada masa akan datang. Kerjasama semua pihak didahului
dengan ucapan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

( NORHAWARIAH BT MUHAMMAD ) (PUAN ROSIDA BT IBRAHIM)

Setiausaha Program Penolong PPD Prasekolah/ Permata


PPD Kuala Kangsar

Anda mungkin juga menyukai