Anda di halaman 1dari 8

TRANSAKSI DALAM SISTEM MUAMALAT DI MALAYSIA

Pengenalan.
Menurut Muhammad Wasitho Abu Fawas dalam kajiannya Memahami Rukun Dan Syarat Sahnya
Jual Beli (2016) menjelaskan bahawa pada asasnya hukum bermuamalah atau berjual beli adalah
perkara yang dihukumkan sebagai mubah atau diperbolehkan sebagaimana yang telah disepakati
oleh jumhur ulama dalam kitab-kitab mereka. Perkara ini bertepatan dengan sebuah kaedah
fiqhiyyah yang berbunyi Al-Ashlu Fil Asy-ya-i Wal Ayani Al-Ibahatu. Kaedah ini berlandaskan
beberapa dalil syari, di antaranya adalah firman Allah Azza wa Jalla:



Maksudnya: Dialah (Allah) Yang Menciptakan Segala Apa Yang Ada Di Bumi Untukmu. (Surah
Al-Baqarah. 2: 29)

Di samping itu, amalan berjual beli (perdagangan) adalah termasuk dalam kategori muamalah yang
digalakkan oleh Islam serta perkara dihalalkan oleh Allah, sebagaimana firman-Nya:


Maksudnya: Dan Allah Telah Menghalalkan Jual Beli. (Surah Al-Baqarah 2: 275).

Berdasarkan kepada ayat-ayat ini, maka para ulama mengemukakan sebuah kaedah fiqh bahawa
seluruh bentuk muamalah dan jual beli berasaskan kepada hukum asalnya adalah dibolehkan
kecuali muamalah serta jual beli yang dilarang oleh Allah SWT dan Rasul-Nya, iaitu setiap
transaksi jual beli yang tidak memenuhi syarat sahnya atau terdapat larangan dalam unsur jual-beli
tersebut. Semasa proses transaksi tersebut, maka salah satu rukun yang mengesahkan proses jual
beli adalah Ijab dan Kabul. Ijab dan Kabul merupakan salah satu rukun akad yang melambangkan
kerelaan kedua-dua belah pihak dalam melakukan transaksi. Ulama silam telah membincangkan
mengenai syarat-syarat berkaitan ijab dan kabul dalam akad-akad konvensional secara terperinci.
Kini, selari dengan perkembangan dalam kehidupan manusia, corak ijab dan kabul dalam transaksi
muamalat juga turut berubah.

Maka, kajian ini adalah untuk menghuraikan dan menjelaskan pandangan ulama mengenai syarat-
syarat bagi ijab dan kabul dalam sesuatu akad yang mengikat kedua belah pihak seperti jual beli.
Di samping itu juga penulisan ini adalah untuk menilai justifikasi ulama bagi sesetengah akad yang
tidak memenuhi syarat-syarat tersebut seperti dalam isu bai al-muathah serta mengemukakan
contoh-contoh aplikasi bai al-muathah dalam transaksi mualamat masa kini.

Syarat-Syarat Ijab Dan Kabul Dalam Akad.

Menurut Nurul Izza binti Ahad dan Mohd Adib Ismail menjelaskan dalam kajian mereka
Pembentukan Parameter Syariah Bagi Kontrak Jual Beli (2013) menyatakan bahawa
sesungguhnya Islam adalah agama yang syumul. Kesyumulan Islam dibuktikan melalui
perbincangan aktiviti muamalat yang menjadi tunjang bagi kehidupan harian manusia. Manusia
tidak akan terlepas dari ikatan kontrak dan pertukaran. Kontrak pertukaran secara umumnya
menjadi salah satu amalan dalam aktiviti ekonomi yang melibatkan hubungan dua hala.
Pengaplikasian kontrak pertukaran ini dapat dilihat dalam aktiviti perniagaan dan perdagangan
yang menjadi elemen penting dalam kehidupan berekonomi. Islam hadir dalam memberi garis
panduan bagi aktiviti ini dalam memastikan wujudnya hubungan baik antara individu dalam
masyarakat dan memelihara hak individu itu sendiri. Kontrak hendaklah dibina atas dasar amanah
dan saling menghormati agar kesucian kontrak ini terpelihara. Hal ini dapat dilihat melalui firman
Allah SWT:

Maksudnya: Wahai Orang-Orang Yang Beriman, Penuhi Serta Sempurnakanlah Perjanjian-


Perjanjian (Surah al-Maidah)

Muamalah jual beli merupakan hubungan dua hala yang melibatkan hubungan antara pembeli dan
penjual. Perbezaan yang terdapat pada sifat jual-beli ini memberi impak terhadap pembahagian
jual-beli seterusnya memberi perbezaan yang berbeza terhadap hukum jual beli tersebut.
Perbezaan ini terjadi adalah disebabkan oleh perbezaan elemen utama jual beli itu sendiri sebagai
contoh pertukaran barang dengan barang, pertukaran barang dengan sesuatu yang berada dalam
tanggungan (hutang), atau tanggungan dengan tanggungan. Ketiga-tiga jenis jual beli ini
kadangkala transaksinya dilakukan secara tunai dan hutang oleh salah satu pihak atau kedua-
duanya sekali. Keadaan ini telah menyebabkan pecahan jenis jual-beli itu sendiri bertambah
banyak. Dalam membina garis panduan bagi jual beli ini beberapa aspek yang perlu dilihat
antaranya seperti rukun akad, sifat akad (perjanjian), sifat barang yang dijual, syarat-syarat sah
jual beli, syarat yang merosakkan jual beli serta hukum-hukum jual beli yang rosak. Maka dalam
pelaksanaan jual beli syarak telah menggariskan beberapa syarat serta peraturan agar proses
muamalah bertepatan dengan kehendak syarak. Syarat-syarat ini dipecahkan kepada tiga bahagian.
Bahagian pertama ialah syarat pada sighah (ijab dan kabul). Bahagian kedua ialah syarat pada
Aqid (penjual dan pembeli) dan bahagian ketiga ialah syarat pada Maqud Alaih (barang dan
wang). Ijab dan Kabul dalam melaksanakan akad jual beli.

Akad menurut bahasa adalah ikatan yang ada diantara penjual suatu barang. Sedangkan menurut
istilah ahli fiqh ijab kabul menurut cara yang disyariatkan sehingga tampak akibatnya (al-Zuhaili,
2011). Tambahan dari itu, menurut Hasbi Ash-Shiddiqy (1979) akad secara bahasa:


Al Rabt (mengikat) iaitu mengumpulkan dua tepi tali dan mengikat salah satunya dengan yang
lain, sehingga bersambung, lalu keduanya menjadi sebagai sepotong benda. Sedangkan aqad
menurut istilah ialah


Maksudnya: Perkataan antara ijab kabul dengan cara yang dibenarkan oleh syara yang
menetapkan kedua belah pihak.

Menurut Syed Sabiq dalam Kitabnya Fiqh Sunnah (2006) menyatakan bahawa Ijab menurut
majoriti ulama adalah pernyataan, perkataan atau lafaz dari penjual walaupun pernyataan itu
diakhir jual beli, manakala Kabul ialah pernyataan atau lafaz dari pembeli walaupun lafaz tersebut
di awal proses jual beli.

Menurut Shobirin dalam kajiannya Jual Beli Dalam Pandangan Islam (2015) menjelaskan bahawa
mengucapkan dalam akad merupakan salah satu cara lain yang dapat ditempuh dalam mengadakan
akad, tetapi ada juga dengan cara lain yang dapat menggambarkan kehendak untuk berakad para
ulama menerangkan beberapa cara yang ditempuh dalam akad diantaranya:
Dengan cara tulisan, misalnya, ketika dua orang yang terjadi transaksi jual beli yang
berjauhan maka ijab kabul dengan cara tulisan (kitbah).
Dengan cara isyarat, bagi orang yang tidak dapat melakukan akad jual beli dengan cara
ucapan atau tulisan, maka boleh menggunakan isyarat. Sehingga muncullah kaedah:


Maksudnya: Isyarat Bagi Orang Bisu Sama Dengan Ucapan Lidah

Dengan cara taahi (saling memberi), misalnya, seseorang melakukan pemberian kepada
orang lain, dan orang yang diberi tersebut memberikan imbalan kepada orang yang
memberinya tanpa ditentukan besar imbalan.
Dengan cara lisan al-hal, menurut sebagian ulama mengatakan, apabila seseorang
meninggalkan barang-barang dihadapan orang lain kemudian orang itu pergi dan orang
yang ditinggali barang-barang itu berdiam diri saja hal itu dipandang telah ada akad ida
(titipan) antara orang yang meletakkan barang titipan dengan jalan dalalah al hal.

Lafaz ijab yang menunjukkan kepada pemberian kepada seseorang ialah aku hibahkan kepada
kamu, aku hadiahkan kepada kamu, aku berikan milikan benda ini kepada kamu dan lafaz-
lafaz lain yang menunjukkan kepada pemberian milikan sesuatu barang. Manakala lafaz kabul pula
seperti aku terima, aku reda dan aku rela (al-Khatib 2003; al-Bakri 1995; al-Zuhaili 2011;
al-Zuhayli 1989). Tambahan dari itu Bagi orang bisu yang ingin melakukan hibah, cukuplah
dengan bahasa isyarat yang difahami yang menunjukkan kepada ijab dan kabul kepada sesuatu
barang (al-Zuhayli 2011). Selain itu, sekiranya ingin melakukan hibah kepada anak kecil, maka
wakil kepada anak kecil tersebut iaitu wali hendaklah berperanan melakukan kabul untuk tujuan
penerimaan (al-Khatib 2003).
Para ulama telah menetapkan bahawa ijab dan Kabul merupakan satu perkara yang mejadi
asas utama dalam berlakunya proses jual beli. Maka pendekatan yang dikemukakan adalah
mengandungi perbezaan serta khilaf berasaskan kepada kefahaman dalil dan uruf setempat. Hal
ini adalah berasaskan kepada firman Allah SWT:





Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta
sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka
sama-suka (saling meredhai) di antara kamu semua (Surah An Nisa 4:29)
Tambahan dari itu juga, Nurul Izza binti Ahad dan Mohd Adib Ismail telah menggariskan beberapa
perkara mengenai Ijab dan Kabul dalam kajian mereka Pembentukan Parameter Syariah Bagi
Kontrak Jual Beli (2013). Antara syarat yang dikemukakan oleh mereka adalah:

Adanya lafaz ijab dan kabul. Di mana masing-masing dari dua pihak yang melakukan akad
hendaklah saling melafazkan akad. Sekiranya lafaz hanya dilakukan oleh satu pihak maka
tidak sah jual beli tersebut.
Di dalam lafaz yang dimulakan sama ada penjual atau pembeli mestilah disebutkan sekali
harga barang.
Hendaklah lafaz yang diucapkan penjual dan pembeli membawa erti pemilikan.
Seandainya lafaz diucapkan tanpa ada maksud pemilikan maka lafaz akad itu menjadi tidak
sah.
Ijab dan kabul tidak diselangi dengan pembicaraan perkara lain. Ijab dan kabul tidak
diselangi dengan diam yang lama iaitu diam yang mengisyaratkan berpaling dari kabul.
Berdasarkan pandangan al-Shirazi dalam kitabnya Muhadhdhab fi al-Fiqh al-Shafie,
penulis berpendapat ijab dan qabul hendaklah dengan kadar segera sama ada secara lafaz
atau perbuatan.
Ijab tidak berubah sebelum kabul diucapkan. Contohnya penjual berkata Aku jual
kepadamu barang dagangan ini dengan harga RM 5, namun sebelum sempat pembeli jawab
penjual menyebut akan tetapi RM 10 maka jual beli ini menjadi tidak sah.
Hendaklah lafaz akad yang diucapkan oleh penjual dan pembeli didengari oleh pihak yang
berdekatan dengan mereka. Sekiranya tidak akad jual beli menjadi tidak sah meskipun lafaz
akad didengari pihak yang berakad.
Ijab dan kabul harus sesuai maknanya. Sekiranya penjual berkata saya jual kepadamu
dengan seribu pecahan kemudian pembeli menjawab aku terima dengan seribu yang
bagus-bagus atau sebaliknya makaakadnya menjadi tidak sah.
Lafaz akad tidak disandarkan kepada sesuatu yang menghalang tujuan atau maksud akad.
Contohnya Saya jual kepadamu rumah ini apabila Fulan mengkhendakiatau Apabila
Allah mengkhendaki
Ijab tidak dihadkan dengan masa. Apabila penjual berkata saya jual kepadamu unta ini
selama satu bulan maka akad menjadi tidak sah.
Kelayakan untuk mengucapkan sighah sama ada penjual dan pembeli sepanjang tempoh
akad sehingga kabul telah sempurna diucapkan.
Justifikasi Ulama Bagi Ijab Dan Kabul Yang Tidak Memenuhi Syarat Dalam Isu Bai Al-
Muathah

Aplikasi Bai Al-Muathah Dalam Transaksi Muamalat Masa Kini.

Dalam perkembangan dunia globalisasi pada masa kini, perkembangan teknologi telah
memberikan kemudahan kepada manusia dalam pelbagai bidang, salah satunya adalah bidang
perniagaan. Perniagaan yang merupakan nadi utama bagi manusia untuk meneruskan kehidupan.
Maka perkembangan teknologi pada hari ini merancakkan lagi proses perniagaan. Namun
beberapa perkara yang menjadi perbahasan para ulama dalam menetapkan hokum dan kaedah yang
boleh digunapakai ketika menjalankan transaksi berjual beli dengan menggunakan alatan
teknologi khususnya internet. Hal ini kerana salah satu rukun berjual beli adalah berlakunya ijab
dan kabul.

Kesimpulan

Bibiliografi
Al-Bakri, Abu Bakar Uthman al-Dimyati. 1995. Ianah al-Talibin. Beirut: Dar al-Kutub al-
Ilmiyyah.

Al-Ansari, Syeikh Abi Zakaria. 2000. Fath al-Wahab. Singapura: Sulaiman MarI.

Al-Zuhaily, Wahbah. 2011. Al-Fiqh Al Islami Wa Adilah. Mesir: Dar Fikr.

Ash-Shiddiqiey, TM.Hasby. 1979. Pengantar Muamalah. Jakarta. Bulan Bintang

Al-Ghazzi, Muhammad ibn Qasim. 1987. Fath al-Qarib al-Mujib, Indonesia: Dr al-Ihya al-Kitab,
al-Arabiah.

Al- Asqalani, Ibnu Hajar. 2001. Fath Al- Bari. Beirut: Dar al-Fikr.

Abdurrahman al-Gharyani, Ash-shadiq. 2004. Fatwa Muamalat As-Asyaiah, Surabaya. Pustaka


Progressif

Al-Jazairi, Abdul Rahman ibn Muhammad Aud. 1419H/1999. Kitabul Fiqh Ala Mazahibul
Arbaah. Mansurah Mesir. Maktabah al-Iman.

Al-Jazairi, Abdul Rahman. 2011. Fiqh Empat Mazhab. Terj Yusuf Sinaga & Abdurrahman Saleh.
Johor Bahru. Perniagaan Jahabersa.

Al-Shirazi, Ibn Ishak. 1996. al-Muhadhdhab fi al-Fiqh al-Shafie. Damshiq: Dar al-Qalam.

Al-Zuhayli, Muhammad. 2011. al-Muctamad fi Fiqh Imam al-Shafii. Damshiq: Dar al-Qalam.

Al-Zuhayli, Wahbah. 1989. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Damshiq: Dar al-Fikr.

Mohd Akram Laldin & Nusaibah Mohd Parid. 2010. Senario Kewangan Dan Perbankan Islam
Masa Kini : Prospek, Isu Dan Cabaran. Konvensyen Kewangan dan Perbankan Islam 2010.

Mokhtar Mahamad & izah mohd Tahir. 2010. Persepsi Pelanggan Bukan Islam Terhadap
Perbankan Islam: Satu Kajian Rintis. Jurnal Kemanusiaan bil. 16 disember 2010.

Mohd Zamrey &Nurmaezah. 2008. Audit Syariah Dalam Institusi Kewangan Islam Di Malaysia.
Jurnal Muamalat Bil 1/2008.

Muhammad Wasitho Abu Fawas. 2016. Memahami Rukun Dan Syarat Sahnya Jual Beli. Jakarta.
Penerbit Gema Insani.

Nurul Izza binti Ahad & Mohd Adib Ismail. 2014. Pembentukan Parameter Syariah Bagi Kontrak
Jual Beli. Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII. Bangi. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Nurul Syuhadah Binti Azalan & Noor Lizza Binti Mohamed Said. 2016. Keputusan Hakim Syarie
dalam Kes-Kes Pengesahan Hibah Mengenai Sighah. Journal of Contemporary Islamic Law Vol.
1(1). Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shobirin. 2015. Jual Beli Dalam Pandangan Islam. Jurnal Bisnis dan Manajemen Islam. Jakarta.
Universitas Islam Negeri.

Syed Sabiq. 2006. Fiqh Sunnah. Jakarta. Pena Pundi Aksara.

Anda mungkin juga menyukai