Anda di halaman 1dari 8

SOLAT ISTISQA

Istisqa bermaksud meminta siraman air. Istisqa juga bermakna doa meminta hujan
kepada Allah S.W.T dengan cara yang tertentu seperti berdoa ketika khutbah Jumaat, berdoa
setelah selesai solat, doa secara sendirian (tanpa solat atau khutbah) dan mengerjakan
solat Istisqa. Oleh itu solat sunat Istisqa adalah solat yang dikerjakan secara spesifik untuk
memohon kepada Allah Subhanahu wa Taala agar menurunkan hujan di saat terjadinya musim
kemarau. Kejadian kemarau ini merupakan salah satu tanda kemurkaan Allah Subhanahu wa
Taala sebagai balasan terhadap hamba-hamba-Nya yang tidak menurut perintah-Nya. Sebagai
contohnya telah diriwayatkan daripada Ibnu Umar radhiallahu anhbahawa
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:


...




...


Dan tidak akan ada suatu kaum yang mengurangi sukatan dan timbangan kecuali
Allah akan mencabut nikmat-Nya dan menjadikan penguasa zalim memerintah mereka. Tidak
ada orang yang menahan zakat daripaa harta-harta mereka kecuali Allah akan menahan
turunnya titisan air dari langit Hadis riwayat Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab al-Fitan,
no: 4009

Justeru itu Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah mengajar umatnya agar
mengerjakan solat Istisqa, memperbanyakan doa serta istighfar (memohon keampunan) agar
Allah Subhanahu wa Taala akan menurunkan hujan dan mengembalikan nikmat rezeki kepada
para hamba-Nya. Hukum solat Istisqa ini adalah sunat dan tidak wujud satu dalilpun yang
mewajibkannya.

TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT ISTISQA

Penampilan Fizikal Dan Mental Untuk Bersolat Istisqa


Mereka yang mengerjakan solat Istisqa ini hendaklah menuju ke tempat perlaksanaan solat
tersebut dengan penampilan sederhana, tawadhu (merendah hati), tadharru (bersungguh-
sungguh dalam memohon) dan tamaskun (menunjukkan benar-benar perlukan permintaan
tersebut)











.

Maksudnya:
Daripada Ibnu Abbas radhiallahu anh, dia berkata: Nabi shallallahu alaihi wasallam (keluar
untuk bersolat Istisqa) dan mengenakan pakaian biasa (bukan pakaian yang indah-indah
seperti solat sunat pada Hari Raya-pen) dengan penuh harapan. Baginda bersolat dua rakaat
sebagaimana solat Hari Raya, tetapi tidak berkhutbah seperti khutbah yang biasa itu. - Hadis
riwayat Imam al-Nasai dalam Sunannya, Kitab al-Istisqa, no: 1504.

Solat Istisqa Dikerjakan Secara Berjemaah Sebanyak Dua Rakaat.

.

Maksudnya:
Daripada Abbad bin Tamim daripada pakciknya (Abdullah bin Zaid al-Mazini) dia berkata:
Nabi shallallahu alaihi wasallam keluar bersama orang banyak untuk mengerjakan solat
Istisqa. Baginda bersolat dua rakaat dan menguatkan bacaan dalam kedua rakaat itu. - Hadis
Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumuah, no: 510.

Tidak Dilaungkan Azan Atau Iqamah Sebelum Solat Tersebut.



Maksudnya:
Abu Hurairah radhiallahu anh berkata: Nabi shallallahu alaihi wasallam keluar pada suatu
hari untuk mengerjakan solat Istisqa, lalu bersolat bersama kami dua rakaat tanpa azan atau
iqamah- Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab Iqaamatush Shalaah was
Sunnah Fiiha, no: 1258.

Dilaksanakan Sebagaimana Solat Hari Raya.


Solat Istisqa dikerjakan sama sebagaimana solat Hari Raya yakni dengan melakukan tujuh takbir
pada rakaat pertama dan lima takbir pada rakaat kedua.

Maksudnya:
Daripada Ibnu Abbas radhiallahu anh, dia berkata: Nabi shallallahu alaihi wasallam (keluar
untuk bersolat Istisqa) dan mengenakan pakaian biasa (bukan pakaian yang indah-indah
seperti solat sunat pada Hari Raya-pen) dengan penuh harapan. Baginda bersolat dua rakaat
sebagaimana solat Hari Raya, tetapi tidak berkhutbah seperti khutbah yang biasa itu. - Hadis
riwayat Imam al-Nasai dalam Sunannya, Kitab al-Istisqa, no: 1504.

Waktu Perlaksanaan Solat Istisqa.


Solat sunat Istiqa boleh dikerjakan pada bila-bila masa kecuali waktu yang diharamkan untuk
bersolat.

Bacaan Dalam Solat Istisqa Adalah Secara Jahar (Kuat).

.

Maksudnya:
Daripada Abbad bin Tamim daripada pakciknya (Abdullah bin Zaid al-Mazini) dia berkata:
Nabi shallallahu alaihi wasallam keluar bersama orang banyak untuk mengerjakan solat
Istisqa. Baginda bersolat dua rakaat dan menguatkan bacaan dalam kedua rakaat itu. - Hadis
Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumuah, no: 510.

Sebagaimana solat Hari Raya dianjurkan juga untuk membaca surah Qaf atau surah al-
Qamar pada rakaat pertama dan bacaan semasa rakaat kedua sama ada surah al-Alaa atau al-
Ghaasyiah.

Tempat Perlaksanaan Solat Istisqa.


Tidak dikerjakan di dalam masjid tetapi di musolla iaitu di tanah yang lapang seperti padang atau
halaman masjid yang luas.




.
.
Maksudnya:
Daripada Aishah radhiallahu anha, dia berkata: Orang-orang mengeluh kepada
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam kerana lambatnya hujan. Baginda lalu
memerintahkan agar disiapkan sebuah mimbar dan diletakkan di tanah yang lapang (untuk
dikerjakan solat secara berjemaah) dan ditetapkan kepada orang-orang itu supaya keluar
bersama-sama (untuk mengerjakan solat) pada hari yang ditentukan.... - Hadis riwayat Imam
Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 992.

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam sebagai ketua negara umat Islam telah turun bersama-
sama rakyat untuk mengerjakan solat Istisqa ini. Lantaran itu pada masa kini terdapat beberapa
negara-negara Islam di timur tengah yang mana para pemerintah tertinggi sesebuah negara itu
turut turun bersama rakyat jelata untuk mengerjakan solat Istisqa ini dimusolla. Kita ternanti-
nanti bila sunnah ini akan diamalkan pula oleh pemerintah di Malaysia.

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Istisqa.


Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Istiqa
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Takbir Tujuh kali dan diselangi membaca zikir seperti




Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar sebanyak
enam kali
5) Membaca surah al-Fatihah
6) Membaca Surah al-Quran
7) Rukuk
8) Iktidal
9) Sujud
10) Duduk antara dua sujud
11) Sujud kali kedua
12) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Takbir Lima kali dan diselangi membaca zikir seperti




Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar sebanyak
empat kali
2) Membaca surah al-Fatihah
3) Membaca Surah al-Quran
4) Rukuk
5) Iktidal
6) Sujud
7) Duduk antara dua sujud
8) Sujud kali kedua
9) Duduk untuk tahiyyat akhir
10) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Bacaan Khutbah Untuk Solat Istisqa.


Khutbah ringkas dilakukan sebelum atau sesudah solat Istisqa di atas mimbar yang disediakan.
Namun Imam al-Nawawirahimahullah lebih mengutamakan khutbah dikerjakan setelah solat
sebagaimana khutbah untuk solat Hari Raya. Berbeza dengan khutbah ketika solat Hari Raya,
khutbah untuk solat Istisqa adalah ringkas sahaja. Dalilnya adalah hadis berikut:




.
.









:



,


:






Maksudnya:
Daripada Aishah radhiallahu anha, dia berkata: Orang-orang mengeluh kepada
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam kerana lambatnya hujan. Baginda lalu
memerintahkan agar disiapkan sebuah mimbar dan diletakkan di tanah yang lapang (untuk
dikerjakan solat secara berjemaah) dan ditetapkan kepada orang-orang itu supaya keluar
bersama-sama (untuk mengerjakan solat) pada hari yang ditentukan.
Menurut Aishah ketika matahari telah naik, baginda pun keluarlah lalu duduk di atas
mimbar, bertakbir serta memuji Allah dan bersabda: Kamu semua mengeluh sebab keringnya
negerimu, sedang Allah telah menyuruhmu semua agar berdoa serta Dia menjanjikan pasti
akan mengabulkan permohonanmu itu.
Baginda meneruskan: Alhamdulillaahi rabbilaalamiin. Arrahmaanirrahiim, Maliki
Yaumiddiin Tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan berbuat sekehendak-Nya. Ya Allah, tiada
Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang Maha Kaya sedang kami adalah kaum fakir.
Turunkanlah hujan kepada kami serta jadikanlah hujan itu menjadi kekuatan serta mencukupi
kami sampai habis masanya.
Selanjutnya baginda mengangkat kedua tangannya dan berdoa sampai kelihatan putih
ketiaknya, kemudian membalikkan diri dan menghadap ke arah kiblat, selendangnya
dibalikkan letaknya sambil mengangkat kedua tangannya itu, lalu menghadap kepada semua
manusia dan turun dari mimbar terus bersolat dua rakaat. Di saat itu Allah Taala
menampakkan segumpal awan, terdengarlah suara guruh dan petir dan kemudian turunlah
hujan dengan izin Allah Taala - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-
Sholaah, no: 992.

Menerusi hadis di atas dapat difahami bahawa setelah khutbah maka Imam hendaklah
menghadapkan wajahnya ke arah kiblat lalu mengangkat tangannya tinggi-tinggi ke langit lalu
berdoa dengan bersungguh-sungguh bersama-sama dengan para makmum. Disunnahkan juga
untuk menterbalikkan tapak tangan ketika berdoa di mana bahagian belakang tapak tangan tersebut
di hadapkan ke arah langit.

Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik (radhiallahu anh) bahawa Nabi shallallahu alaihi wasallam pada
suatu ketika memohon hujan sedangkan punggung kedua tapak tangannya itu diangkat ke atas
langit. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Solat al-Istisqa, no: 896.

Bagi mereka yang memakai selendang di atas kepala (syal yang dipakai oleh lelaki) maka
disunatkan untuk mengalihkan bucu selendang di bahu kanan ke bahu kiri dan yang di bahu kiri ke
kanan dengan membuka dan menterbalikkan tudung tersebut lalu memakainya semula. Ada yang
berpendapat bahawa tindakan mengalihkan selendang ini sebagai tafaul atau mengharapkan
adanya perubahan keadaan dari kemarau kepada hujan



:






.

.



Maksudnya:
Abu Hurairah radhiallahu anh berkata: Nabi shallallahu alaihi wasallam keluar pada suatu
hari untuk mengerjakan solat Istisqa, lalu bersolat bersama kami dua rakaat tanpa azan atau
iqamah, kemudian menyampaikan khutbah serta berdoa kepada Allah, lalu berpaling ke arah
kiblat sambil mengangkat kedua tangannya. Selanjutnya dibalikkan selendangnya yang kanan
diletakkan di kiri dan yang kiri di kanan. - Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah
dalam Sunannya, Kitab Iqaamatush Shalaah was Sunnah Fiiha, no: 1258.

Solat Sunat Istisqa ((Bahasa Arab: ;) Solat Minta Hujan) adalah solat sunat dua
rakaat yang dikerjakan untuk memohon hujan. Secara harfiah, "istisqa'" bermaksud meminta
siraman air.

Tiga hari sebelum solat istisqa' segenap penduduk diwajarkan berpuasa dan meninggalkan
segala kezaliman serta dianjurkan beramal soleh.

Pada hari keempat semua penduduk termasuk yang lemah akan pergi ke tempat yang lapang
dengan berpakaian sederhana dan tanpa wangi-wangian untuk solat istisqa'. Solat ini juga
diiringi dengan dua khutbah selepas solat. Pada khutbah pertama hendaklah membaca istighfar
9 kali dan pada khutbah kedua 7 kali.[1]

Anda mungkin juga menyukai