Anda di halaman 1dari 7

Bahagian ini mengandungi 2 soalan. Jawab semua soalan.

Jawapan hendaklah ditulis dengan


jelas dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan. Sekiranya anda hendak menukar
jawapan, padamkan jawapan yang telah dibuat. Kemudian tuliskan jawapan yang baru. Rajah
yang mengiringi soalan tidak dilukiskan mengikut skala kecuali dinyatakan. Markah yang
diperuntukkan bagi setiap soalan ditunjukkan dalam kurungan. Kertas soalan ini hendaklah
diserahkan di akhir peperiksaan.

SOALAN 1

1 Satu eksperimen dijalankan di dalam makmal sekolah untuk mengkaji kesan pH dan kadar
tindak balas enzim pepsin.

Dalam eksperimen tersebut, 3 tabung uji dilabel sebagai P, Q dan R. Setiap tabung uji diisikan
dengan 5 m ampaian albumen. Kemudian, larutan berikut ditambahkan ke dalam setiap
tabung uji.

Tabung uji P: 1 m acid hidroklorik (HCl) 0.1 M + 1 m enzim pepsin


Tabung uji Q: 1 m air suling + 1 m enzim pepsin
Tabung uji R: 1 m natrium hidroksida (NaOH) 0.1 M + 1 m enzim pepsin

Semua tabung uji diletakkan di dalam rendaman air pada 37C. Dengan serta-merta, kertas
pH digunakan untuk menentukan pH larutan di dalam setiap tabung uji.

Masa diambil untuk larutan di dalam setiap tabung uji untuk menjadi jelas diukurkan dengan
menggunakan jam randik. Semua data dicatatkan.

Rajah 1 menunjukkan susunan radas dan bahan bagi eksperimen tersebut.

Rajah 1

1
Jadual 1.1 menunjukkan keputusan eksperiment tersebut
.

Tabung uji pH larutan Masa diambil untuk larutan menjadi jelas

P 3

Q 7

R 8

Jadual 1.1

(a) Lengkapkan Jadual 1.1 dengan membaca masa diambil untuk larutan di dalam tabung uji
untuk menjadi jelas.
[3 markah]
(b) (i) Nyatakan dua pemerhatian daripada eksperimen berdasarkan keputusan yang
ditunjukkan dalam Jadual 1.1.
Pemerhatian 1:

Pemerhatian 2:

[3 markah]
(ii) Nyatakan inferens pemerhatian yang anda buat di (b)(i).
Inferens pemerhatian 1:

2
Inferens pemerhatian 2:

[3 markah]
(c) Lengkapkan Jadual 1.2 di bawah berdasarkan eksperimen tersebut.

Pembolehubah Kaedah untuk mengawal pembolehubah


Pembolehubah dimanipulasikan:

Pembolehubah bergerak balas:

Pembolehubah dimalarkan:

Jadual 1.2
[3 markah]
(d) Nyatakan hipotesis bagi eksperimen tersebut.

[3 markah]
(e) Berdasarkan Jadual 1.1, bina satu jadual untuk mencatatkan keputusan eksperimen
tersebut. Jadual tersebut harus termasuk aspek-aspek berikut:
pH larutan di dalam tabung uji
Masa diambil untuk larutan untuk menjadi jelas

Kadar tindak balas enzim pepsin.
Kadar tindak balas enzim dihitung dengan menggunakan formula yang berikut:
Kadar tindak balas =

[3 markah]

3
(f) Pada sehelai kertas graf, plotkan satu graf kadar tindak balas enzim pepsin melawan pH
larutan.
[3 markah]

4
(g) Berdasarkan graf yang diplotka di (f), nyatakan hubungan antara pH larutan di dalam
tabung uji dengan kadar tindak balas enzim pepsin. Jelaskan jawapan anda.

[3 markah]
(h) Berdasarkan eksperimen tersebut, takrifkan kadar tindak balas enzim pepsin secara
operasi.

[3 markah]
(i) Eksperimen tersebut diulangi dengan menggantikan ampaian albumen dengan ampaian
kanji dan enzim pepsin dengan enzim amilase. Ramalkan pemerhatian.

[3 markah]
(j) Di sepanjang eksperimen tersebut, radas dan bahan di bawah digunakan. Kelaskan sama
ada ia digunakan untuk mengawal pembolehubah dimalarkan, mengubah pembolehubah
dimanipulasikan atau mengukur pembolehubah bergerak balas.

Silinder penyukat, termometer, jam randik, kertas pH.

Mengawal pembolehubah Mengubah pembolehubah Mengukur pembolehubah


dimalarkan dimanipulasikan bergerak balas

[3 markah]

5
SOALAN 2

Suhu badan seorang murid yang mangalami dingin dan demam adalah 38.3C. Dalam keadaan
tersebut, kadar pencernaan makanan dalam sistem pencernaan menurun dengan cepat.

Berdasarkan maklumat di atas, merancang satu eksperimen makmal untuk mengkaji kesan suhu ke
atas kadar tindak balas enzim.
Lengkapkan perancangan eksperimen anda .

Tujuan Untuk mengkaji______________________________________________

Pernyataan
Apakah ____________________________________________________
masalah

Hipotesis
Dimanipulasikan: ______________________________________

Pembolehubah Bergerak balas: ______________________________________

Dimalarkan: ______________________________________

Bahan Larutan kanji 1%, ________________________,


____________________________,___________________
Bikar, ______________________,
Radas
__________________________,______________________, penitis, jubin putih.
___________________ masa diambil untuk hidrolisis kanji yang lengkap dalam
Teknik
suhu yang berbeza dengan menggunakan ____________________
1. Labelkan 10 tabung uji sebagai A, A1, B, B1, C, C1, D, D1, E, E1.
2. Isikan tabung uji A, B, C, D dan E dengan 1 m enzim amilase.
3. Isikan tabung uji A1, B1, C1, D1 dan E1 dengan 5 m ampaian kanji.
4. Sediakan 5 rendaman air pada 10C, 20C. 30C, 40C dan 50C.
5. Letakkan sepasang tabung uji berlabel: A dan A1, B dan B1, C dan C1, D dan
D1, E dan E1 ke dalam setiap rendaman air yang disediakan.
6. Selepas 5 minit, tuangkan kandungan tabung uji A1, B1, C1, D1 dan E1 ke
dalam tabung uji A, B, C, D dan E masing-masing.
Prosedur
7.
Dengan serta-merta, ambil setitik campuran daripada tabung uji A, B, C, D dan
E dan menguji dengan larutan iodin dengan menggunakan jubin putih.

8. Langkah berjaga-jaga:
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
9. Ulangkan langkah 7 dalam selang 1 minit bagi 15 minit.
10. Catatkan semua pemerhatian dalam satu jadual.

6
Data

[17 markah]

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

Anda mungkin juga menyukai