Anda di halaman 1dari 2

Bunga Ros Jepun Portulaca Grandiflora

Nama Tempatan: Bunga Ros Jepun

Nama Saintifik: Portulaca Grandiflora

Nama Lain: Bunga kembang petang, Bunga pukul sepuluh, Moss rose, Sun plant, Japanese
rose, Bunga gelang, Moss-rose Purslane, Time Fuul

Famili: Portulaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan hiasan di kawasan Jabatan Pendidikan Khas IPG KKB

Asal: Tumbuhan tempatan

Ciri-ciri

1. Daun tebal, berbentuk bulat memanjang.


2. Bunga menyerupai bunga mawar.
3. Kelopaknya ada yang selapis atau berlapis-lapis berwarna merah, oren, merah
jambu, putih dan kuning.
4. Batangnya lembut dan berwarna hijau kecoklatan.
5. Pokok bunga Ros Jepun adalah tanaman semusim yang boleh mencapai ketinggian
kurang dari 30 sm.
6. Disebabkan pokok ini mempunyai bunga yang cantik dan berwarna warni, ia
seringkali menjadi tanaman hiasan di taman.

Keterangan

Ros jepun merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang digemari ramai kerana
bunganya yang menarik dan penjagaannya yang mudah.
Terdapat pelbagai warna ros jepun antaranya merah jambu, merah terang, putih,
kuning, ungu dan oren.
Terdapat juga jenis yang mempunya campuran warna seperti merah jambu dan
putih.
Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang merayap dan menyukai tanah yang
poros dan bersaliran baik.
Ia mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratan batang.
Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya
kepada cahaya matahari. Bunganya akan kembang sepenuhnya pada pukul 10-11
pagi.
Daunnya berwarna hijau tetapi akan bertukar menjadi keperangan jika mendapat
cahaya matahari yang berlebihan.

Kegunaan

Daunnya boleh digunakan untuk merawat luka ringan dengan cara dihancurkan dan
ditampal pada bahagian yang luka.
Air rebusan daun dan ranting diminum untuk merawat pelbagai kecederaan, sakit
kerongkong, meningkirkan darah yang bertakung, mengatasi sakit, menurunkan
bengkak, dan melegakan radang.

Cara Menanam

Pokok ini mudah untuk dijaga dan dibiakkan.


Anda hanya perlu menyucuk keratan batang dari pokok induk Ros Jepun ke dalam
pasu tanaman yang baru.
Kemudian letakkan pasu tersebut di lokasi yang menerima banyak cahaya matahari.
Pastikan pokok Ros Jepun disiram setiap hari untuk mendapat menghasilkan bunga
tahap optimum.
Namun jangan disiram ketika bunga sedang kembang mekar kerana ia boleh
menyebabkan bunga cepat layu