Anda di halaman 1dari 2

Latihan

Pada pendapat anda, bagaimanakah pemodenan dikaitan dengan revolusi


perindustrian di Eropah?

Revolusi perindustrian adalah suatu peristiwa kemajuan dalam bidang pengeluaran


apabila banyak jentera telah diperkenalkan dalam proses pengeluaran, sama ada dalam
bidang pertanian ataupun perkilangan. Revolusi perindustrian juga telah menjana kemajuan
dalam bidang perhubungan dan pengangkutan. Kemajuan dalam bidang tersebut telah
menyebabkan berlakunya hubungan antarabangsa terutama di antara Barat dengan Timur.

Dari sudut falsafah, perkembangan masyarakat terjadi melalui proses peralihan


masyarakat tradisional kepada masyarakat moden. Teori evolusi juga juga menganggap
perubahan adalah bergerak secara sehala, iaitu masyarakat berkembang dari masyarakat
primitif kepada masyarakat maju di negara-negara Eropah Barat dan mampu menjelaskan
arah yang perlu ditempuh oleh negara Dunia Ketiga dalam proses modenisasinya. Untuk
menjadikan negara sebagai sebuah negara yang maju, pihak kerajaan pasti akan berusaha
untuk memikirkan dan melaksanakan dasar-dasar baru bagi kemajuan negara. Maka aspek
utama yang memang akan dinambahbaikkan adalah dari aspek perindustrian dan
pengeluaran. Hal ini demikian kerana perindustrian dan pengeluaran dapat membawa
sumber ekonomi serta keuntungan kepada negara kita dan ekonomilah suatu elemen yang
agak penting dalam kemajuan negara.

Manakala dari sudut praktikal pula, revolusi perindustrian merupakan titik tolak
daripada berlakunya kemajuan Sains dan Teknologi yang akhirnya mencorakkan semula
hubungan antara manusia dengan alam sekitar. Berdasarkan kemajuan ini, masyarakat di
Eropah Barat mula mencari cara untuk menguasai alam sekitar dan berusaha mengumpul
kekayaan. Aspek yang agak ketara dalam proses itu ialah penggantian teknik produksi
daripada cara-cara tradisional. Sebagai contoh, tenaga haiwan digantikan kepada cara-cara
moden seperti jentera. Manifesto proses ini merupakan yang pertama muncul di Britian pada
abad ke-18 dan ia disebut sebagai revolusi perindustrian.
Adakah anda bersetuju bahawa setiap ekonomi mempunyai unsur-unsur ekonomi
campuran? Bincangkan.

Ya, saya bersetuju bahawa setiap ekonomi mempunyai unsur-unsur ekonomi


campuran. Ekonomi campuran adalah sistem ekonomi yang menggabungkan lebih dari satu
aspek sistem ekonomi. Lazimnya, ekonomi campuran mengandungi unsur kapitalisme dan
sosialisme. Aspek penting dalam ekonomi campuran adalah darjah kebebasan ekonomi
persendirian (termasuk pemilikan industri secara persendirian) bercampur aduk dengan
ekonomi terancang (termasuk campur tangan untuk kebajikan sosial, pemuliharaan alam
sekitar, atau pemilikan aset atau sumber pengeluaran oleh negara).

Saya bersetuju bahawa setiap ekonomi mempunyai unsur-unsur ekonomi campuran


kerana kegiatan ekonomi di negara kita adalah ditentukan oleh pihak swasta dan pihak
awam. Sebagai contoh, pihak kerajaan mengeluarkan barang yang gagal disediakan oleh
mekanisme harga bagi meningkat taraf kebajikan rakyat; manakala pihak swasta
mengeluarkan barang yang dikehendaki oleh masyarakat bagi memaksimumkan
keuntungan.

Faktor yang kedua ialah rakyat mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan.
Seperti mana yang dinyatakan tadi, darjah kebebasan merupakan aspek yang agak penting
dalam ekonomi campuran. Misalnya, para pengguna dan pengeluar adalah bebas untuk
membuat pilihan. Pihak individu dan pihak swasta adalah bebas menggunakan faktor
pengeluaran yang mereka miliki, manakala pihak kerajaan hanya membuat pengawalan di
pasaran supaya pihak swasta hanya mengeluarkan barang yang memberi manfaat kepada
pengguna.

Akhir sekali, semua keputusan ekonomi adalah ditentukan oleh pihak kerajaan dan
mekanisme harga kerana sumber ekonomi adalah dimiliki oleh pihak kerajaan dan swasta.
Keputusan kerajaan adalah bertujuan untuk meningkatkan kebajikan masyarakat, manakala
pihak swasta adalah bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan. Sebagai contoh, firma-
firma adalah bebas bersaing tetapi di bawah kawalan pihak kerajaan. Mereka juga bebas
menentukan jenis dan jumlah barang yang hendak dikeluarkan, kaedah pengeluaran dan
pengguna sasaran bagi barang yang hendak dikeluarkan. Di sini, campur tangan dari pihak
kerajaan adalah untuk mengatasi kelemahan mekanisme harga dan mengeluarkan barang-
barang yang tidak dikeluarkan oleh pihak swasta.

Kesimpulannya, dalam ekonomi campuran, pihak individu, pihak swasta dan pihak
kerajaan adalah bersama-sama untuk membuat keputusan.

Anda mungkin juga menyukai