Anda di halaman 1dari 5

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 6: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA 1249/2

Sejarah Kertas II

SEJARAH TINGKATAN 4

SOALAN DAN JAWAPAN

BAB 6 : PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

Tajuk : Khalifah

Soalan Struktur

Selepas Nabi Muhammad s.a.w wafat pada tahun 632 M, sistem pemerintahan kerajaan Islam telah
diteruskan melalui sistem pentadbiran yang diketuai oleh khalifah.

(a) Apakah maksud khalifah ?

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 143)

o Khalifah bermaksud pengganti yang melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yang
sebelumnya dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w
o Dalam konteks agama Khalifah bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam
dan mengekalkan keharmonian umat Islam.

[2 markah]

(b) Senaraikan syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk seseorang itu dicalonkan sebagai Khalifah.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 143)

o Lelaki yang merdeka


o Beragama Islam
o Memilki pengetahuan tentang Islam
o Mematuhi perintah Allah
o Sanggup melaksanakan hukum Allah
o Bersifat adil
o Mempunyai akhlak yang baik
o Tubuh yang sihat dan sempurna
o Berfikiran cerdas
o Warak
o Pandai mentadbir kerajaan

[11 x 1m = Mak. 3 markah]

c) Berikan dua kaedah pemilihan Khalifah yang diamalkan dalam Islam.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 143)

o Melalui musyawarah / syura


o Cadangan satu nama sahaja daripada khalifah terdahulu
o Pemilihan daripada beberapa orang calon
1
Nag2oO9
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 6: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA 1249/2
Sejarah Kertas II

o Pencalonan oleh sekelompok masyarakat

[4 x 1m = Mak. 2 markah]

(d) Nyatakan tugas-tugas Khalifah.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 144)

o Memelihara kedudukan agama Islam


o Mentadbir negara mengikut hukum syariah berpandukan al-Quran dan Sunnah
o Menitikberatkan keseimbangan antara keperluan rohaniah dan jasmaniah
o Memastikan kelicinan pentadbiran negara
o Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
o Melantik / melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara
o Menjaga kebajikan rakyat
o Menjaga dan meneruskan najaran Allah
o Mengekalkan perpaduan ummah
o Memantapkan sistem perundangan Islam
o Menguruskan kewangan negara
o Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat.

[12 x 1m = Mak. 3 markah]

Tajuk : Sumbangan Khulafa al-Rasyidin

Soalan Esei

(a) Bagaimanakah Khalifah Abu Bakar as-Siddiq menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam
semasa beliau menjadi Khalifah ?

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 144 - 146)

Murtad - Mengambil tindakan tegas terhadap orang Islam yang murtad.

Ar-Riddah - Memerangi golongan ar-Riddah yang menyalahtafsirkan ayat-ayat al-Quran hingga enggan
membayar zakat.

Ancaman - Mempertahankan Madinah daripada ancaman Parsi dan Rom.

Tentera - Menghantar Khalid bin al-Walid menghadapi tentera Parsi dan Usamah bin Zaid ke Ghassan.

Wilayah - Membahagikan tanah Arab kepada 10 wilayah untuk melicinkan pentadbiran.

Amir - Melantik amir untuk mentadbir setiap wilayah.

Gaji - Memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera.


2
Nag2oO9
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 6: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA 1249/2
Sejarah Kertas II

Mawali - Menjaga hak rakyat golongan mawali

Al-Quran - Mengumpulkan dan menyalin semula tulisan al-Quran.

[9 x 2m = Mak. 8 markah]

(b) Apakah pembaharuan dan perubahan yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab sehingga
zaman pemerintahannya dikenali sebagai zaman keemasan kerajaan Islam di Madinah ?

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 146 147)

Dasar - Memperkenalkan dasar pentadbiran dan perlantikan pegawai.

Syura - Menubuhkan Majlis Syura yang dianggotai oleh golongan Ansar dan Muhajirin.

Gabenor - Melantik Gabenor sebagai ketua pentadbir awam.

Panglima - Melantik panglima tentera.

Jabatan - Menubuhkan beberapa jabatan seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan
Perbendaharaan Negara.

Setiausaha - Jawatan Setiausaha diwujudkan untuk mengetuai jabatan.

Kehakiman - Jabatan Kehakiman dipisahkan daripada jabatan-jabatan lain.

Gaji - Hakim dibayar gaji lumayan.

Pengajaran - Mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajaran di masjid.

Guru - Menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan.

Kalendar - Memperkenalkan kalendar Hijrah.

Susun - Menyusun sistem angkatan tentera dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela.

Markas - Membina markas tentera dan kubu pertahanan.

Seragam - Tentera diberi pakaian seragam

Terusan - Membina terusan untuk tujuan pertanian

Teroka - Meneroka tanah baru dan mengusahakan tanah terbiar.

Cukai - Memperkenalkan pelbagai jenis cukai.

Baitulmal - Mendirikan Baitulmal.

3
Nag2oO9
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 6: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA 1249/2
Sejarah Kertas II

[18 x 2m = Mak. 12 markah]

Tajuk : Kerajaan Turki Uthmaniyah /

Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Lain di Dunia

Soalan Esei

(a) Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah berjaya menyebarkan Islam ke
Eropah Timur.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 162 - 163)

Constantinople - Penaklukan Constantinople oleh tentera-tentera Islam.

Akidah - Pegangan akidah yang kukuih dan akhlak yang tinggi di kalangan orang Islam.

Ghazi - Tentera Islam mempunyai semangat ghazi.

Tentera - Sistem ketenteraan yang tersusun dan peralatan senjata moden.

Janissari - Kerajaan Turki Uthmaniyah mempunyai tentera elit Janissari.

Armada - Memilki armada tentera laut yang kuat.

Politik - Keadaan politik yang tidak stabil di Eropah akibat peperangan di kalangan kerajaan kecil.

Byzantine - Kejatuhan empayar Byzantine memberi laluan kepada penyebaran Islam.

Gereja - Gereja Greek Ortodoks tidak lagi berfungsi sebagai pelindung masyarakat Kristian.

Terbuka - Dasar keagamaan kerajaan Turki Uthmaniyah yang bersifat terbuka.

Sosial - Dasar sosial Islam yang berasaskan kecemerlangan individu menarik minat orang Kristian memeluk
Islam.

Hijrah - Penghijrahan orang Turki ke kawasan Balkan.

Sufi - Ahli sufi memainkan peranan menyebarkan Islam.

[13 x 2m = Mak. 12 markah]

(b) Bagaimanakah berlakunya pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia ?

4
Nag2oO9
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 6: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA 1249/2
Sejarah Kertas II

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 164)

Perdagangan - Perdagangan dan perniagaan menjadi alat pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain.

China - Orang Islam menetap dan berdagang di Canton membolehkan tamadun Islam bertembung dengan
tamadun China.

Diplomatik - Peneroka Islam membuat hubungan diplomatik dengan petempatan orang bukan Islam di Cordova,
Valencia dan Rhonda.

Cara hidup - Hubungan diplomatik membolehkan pemahaman tentang cara hidup dan pentadbiran.

Penaklukan - Tamadun Islam tersebar melaui penaklukan dan ketenteraan.

Parsi - Apabila tentera Islam menakluki Iraq dan Iran, tamadun Islam bertembung dengan tamadun Parsi.

Eropah - Apabila tentera Islam menguasai Mesir dan Afrika Utara tamadun Islam bertembung dengan tamadun
Eropah / Rom.

Kebudayaan - Pertembungan tamadun berlaku kerana wujudnya pertembungan kebudayaan Islam dengan
kebudayaan lain.

Mozarab - Kemasukan Islam ke Sepanyol membawa kepada kemunculan golongan Mozarab / orang tempatan
Kristian yang mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab.

Intelektual - Pertembungan tamadun berlaku dengan cara pertembungan intelektual.

Ilmu - Ilmuan Islam mendalami ilmu tamadun Eropah dan memperkembangkan menurut pandangan intelektual
Islam.

[11 x 2m = Mak. 8 markah]

5
Nag2oO9

Anda mungkin juga menyukai