Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG BINJAI,

11300 PENAGA, SEBERANG PERAI UTARA,


PULAU PINANG.
TEL/FAX : 04-3514030

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM KALI KETIGA 2017

Hari : KHAMIS
Tarikh : 15 JUN 2017
Masa : 1.30 petang
Tempat : Makmal Komputer, SKPB

Kehadiran :

1. Pn Siti Hamidah bt Abdul Talib Guru Besar


2. En Hasbul Hazani b Daud Pengerusi
3. Pn. Azura bt Ahmad KP Sains
4. Pn. Najihan binti Abu Bakar KP Bahasa Melayu
5. Pn. Rosita binti Mansor KP Bahasa Inggeris
6. Pn Haniza bt Mohamed Noor KP Matematik
7. En Mohd Helmi b Fakhrul Radzi KP Pendidikan Islam & Bah. Arab
8. Pn. Zarina Hanim binti Mohd Zubir KP RBT
9. Pn Norazizan bt Abd Rahaman KP Sejarah
10. Pn. Mashitah binti Samsudin KP PSV
11. En Mohd Isa b Hassan KP Muzik
12. En Nor Shazril Yuzairy KP PJK
13. Pn. Noor Hayati binti Shuib Penyelaras LINUS KSSR
14. En. Mohd Ahkir bin Hassan Penyelaras ICT
15. Pn. Hasni binti Abdul Rahman Guru Pemulihan / LINUS
16. Pn Siti Zaleha bt Othman Setiausaha Kurikulum

Agenda Mesyuarat:

1. Ucapan Pengerusi (Guru Besar)

1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab. Mengucapkan selamat datang dan
berterima kasih atas kehadiran guru-guru.
1.2 Pengerusi berharap agar LINUS BM & BI agar mendapat keputusan yang lebih baik. Pengerusi
meminta agar guru BI dapat meningkatkan lagi prestasi bagi mencapai KPI yang disasarkan.
1.3 Pengerusi juga memaklumkan tentang Program Pemantauan SIC+.
1.4 Pengerusi meminta agar program MBMMBI dapat dimantapkan lagi dan pihak pengurusan
sekolah akan sentiasa memantau.
1.5 Pengerusi turut memaklumkan yang wang PCG telah dibelanjakan oleh panitia masing-
masing.
1.6 Peringatan kepada unit aset agar perlu buat laporan untuk dihantar kepada PPD.
1.7 Pengerusi mengingatkan kepada guru-guru yang pergi kursus semakan tahun 1 perlu
membuat kursus dalaman kepada semua guru selepas ini.

1
Tindakan : Makluman
2.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat

2.1 En. Mohd Helmi mencadangkan minit mesyuarat diterima dan disahkan. Puan
Azura bt Ahmad menyokong.

2.2 Perkara Berbangkit

2.2.1 Unjuran Sekolah (1.2.2)


Guru Besar meminta agar unjuran sekolah dibetulkan kerana terdapat kesilapan
maklumat pada minit yang lalu.

Tindakan : SU Kurikulum

3.0 Agenda Mesyuarat

3.1 PBS

3.1.1 Senarai nama penyelaras untuk Penjaminan Kualiti PBS. Sebarang masalah boleh
merujuk penyelaras yang telah dilantik atau pun penyelaras PBS.
Penyelaras Pementoran - Pn. Najihan bt Abu Bakar
Penyelaras Pemantauan - Pn. Siti Zaleha bt Othman
Penyelaras Pengesanan - Pn. Mashitah bt Samsudin
Penyelaras Peyelarasan - Pn. Zarina Hanim bt Mohd Zubir

3.1.2 Pelaporan Prestasi untuk kelas tahun 1 hingga 4 perlu dihantar pada bulan
November. Tarikh yang perlu dihantar ialah pada 10 - 14 hb November 2017. Guru
perlu membuat dua salinan iaitu diserahkan kepada Ketua Paniti masing-masing dan
kepada PK 1.

Tindakan : Semua guru

3.2 LINUS

3.2.1 Saringan LINUS kedua akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2017.

Tindakan : Makluman

3.3 MBMMBI

3.3.1 PK 1 memaklumkan kepada guru subjek BM dan BI agar mengemaskini papan kenyataan
yang telah diberi.
Tindakan : Guru BM dan BI

3.4 Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun

3.4.1 Analisa peperiksaan pertengahan tahun secara keseluruhan.


- Sila rujuk lampiran yang disediakan.

3.4.2 Analisa mata pelajaran Bahasa Melayu bagi Penulisan dan Pemahaman telah
dibentangkan oleh KP BM iaitu Pn. Najihan Abu Bakar. Secara keseluruhan keputusan
bagi subjek BM dari tahun 1 hingga 6 adalah baik dan memuaskan. (lampiran)

2
3.4.3 Analisa mata pelajaran Bahasa Inggeris telah dibentangkan oleh Pn. Rosita Mansor.
Secara keseluruhan untuk tahap 1 agak memuaskan. Untuk tahap 2 iaitu terutama
tahun 5 keputusan agak lemah, ini kerana pelajar masih belum menguasai
perbendaharaan kata dan masih lemah dalam pembinaan ayat. (lampiran)

3.4.4 Untuk saringan LINUS BI, murid masih lemah dan tidak menguasai kerana faktor
ponteng sekolah dan krang mendapat kerjasama ibubapa dan waris untuk
Membantu bacaan anak anak di rumah.

3.4.5 Analisa mata pelajaran Matematik telah dibentangkan oleh Pn Haniza bt Mohamed
Noor. Secara keseluruhan untuk tahun 1 hingga 5 keputusan memuaskan. Untuk
tahun 6 keputusan agak lemah tetapi keputusan semasa ujian pra-percubaan dan
percubaan UPSR terdapat peningkatan. Antara langkah yang diambil untuk
meningkatkan peratus lulus ialah latih tubi yang berterusan.(lampiran)

3.4.6 Analisa mata pelajaran sains telah dibentangkan oleh Pn. Azura Ahmad. Secara
keseluruhan peratus lulus untuk sains adalah baik. (lampiran)

3.4.7 Analisa mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah dibentangkan oleh
En Mohd Helmi b Fakhrul Radzi. Secara keseluruhan peratus lulus untuk Pendidikan
Islam dan Bahasa Arab adalah baik. Bilangan murid yang membaca al-Quran semakin
meningkat untuk tahun 6. Hanya 9 orang belum membaca Al-Quran iaitu 6 orang
untuk Iqraq 5-6 dan 3 orang untuk Iqraq 4. Untuk PAFA semua murid tahun 6 lulus
dan menguasai dan guru membuat pemantapan bacaan dalam solat.(lampiran)

Tindakan: Makluman
3.5 Pemulihan

3.5.1 Secara keseluruhan Pn. Hasni membentangkan bahawa murid-murid yang terlibat
dengan pemulihan terdapat peningkatan berbanding sebelum ini
3.5.2 Antara langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini ialah merujuk murid
berkenaan kepada kaunselor sekolah.

Tindakan: Guru Pemulihan dan guru Kaunselor

3.6 Laporan Pusat Sumber Sekolah

3.6.1 Pn. Zarina Hanim selaku guru PSS meminta guru agar memanfaatkan
penggunaan pusat sumber sebaiknya. Sekiranya guru membawa murid ke dalam
pusat sumber, guru tersebut haruslah berada bersama murid di dalam pusat sumber.

3.6.2 Unit PSS telah membuat satu program Nilam iaitu bacaan Nilam selama 10 minit
setiap pagi Selasa sebelum kelas bermula untuk menggalakkan murid membaca.

3.6.3 Guru-guru diminta agar menggalakkan murid-murid meminjam buku di PSS kerana
rekod i-nilam pada tahun ini kurang memberansangkan.

3.6.4 Unit PSS akan mengadakan Program Bulan Membaca pada bulan Julai 2017. Antara
aktiviti yang dirancang ialah Ulasan buku, pertandingan bercerita, "story reading"
kuiz dan "Spelling".
Tindakan: Semua Guru

3
4.0 Hal-hal lain

4.1 Pencerapan akan dilakukan seperti biasa oleh pentadbir.


Tindakan: Semua guru dan pentadbir

4.2 PK1 memaklumkan bahawa terdapat 2 program besar yang akan dijalankan oleh unit
kurikulum iaitu Hari Anugerah dan Hari Inovasi.
Tindakan: Makluman

4.3 MMI - PK1 meminta agar guru melayari lawan sesawang berkenaan pekeliling MMI untuk
maklumat lanjut dan panduan guru di mana guru diminta agar mengoptimumkan masa
sebenar guru mengajar dan murid belajar.
Tindakan: Semua Guru

4.4 Aktiviti selepas UPSR akan dijalankan pada pertengahan bulan September dan perlu dibuat
laporan untuk dihantar kepada PK1 dan pihak PPD.
Tindakan: Semua guru tahun 6

Tindakan: Semua guru

5.0 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang dan ditutup dengan bacaan surah Al-Asr.

Disediakan oleh:

Setiausaha Kurikulum SKPB 2017

Anda mungkin juga menyukai