Anda di halaman 1dari 4

SAJAK KUDUP PERANG (Tuah Saujana)

A MAKSUD

RANGKAP 1
Penulis berkata bahawa pemimpin perang yang sedang berkuasa pada masa ini terus membuat kezaliman
dan dendamnya terhadap manusia semakin bernanah. Walau bagaimanapun, penulis menasihati kita agar
bersyukur kerana dapat melalui kehidupan yang bebas merdeka hasil daripada usaha pemimpin
terdahulu. Kita juga mempunyai kebebasan bersuara dan kebebasan menulis tentang perdebatan
pahlawan yang sebenarnya.

RANGKAP 2
Oleh sebab sejarah kepahlawanan Tuah dan Jebat sudah lama berlaku, kita yang hidup pada zaman ini
tidak berpeluang untuk menjadi saksi pertelingkahan antara mereka. Pelbagai rahsia yang disembunyikan
daripada umum tentang kepahlawanan yang sebenar menyebabkan manusia tertanya-tanya tentang
pemimpin sebenar yang benar-benar berkewibawaan mencipta sejarah. Walau bagaimanapun, pada
zaman ini, manusia masih lagi mengungkit pertanyaan tersebut kerana mereka belum mengetahui
perkara yang sebenar.

RANGKAP 3
Hang Tuah tidak dilabelkan sebagai pemimpin yang tersohor pada ketika itu kerana kesetiaannya
terhadap sultan masih diragukan. Selain itu, banyak pembohongan yang berlaku pada waktu itu
menyebabkan masyarakat tidak pasti sama ada Hang Tuah benar-benar memiliki ciri-ciri kepahlawanan.
Akhirnya, Hang Tuah tidak disanjung tinggi oleh masyarakat dan maruahnya sengsara kerana
perbuatannya yang tidak betul.

RANGKAP 4
Hang Jebat tidak digelar sebagai pengkhianat kerana dia mencurahkan kesetiaannya kepada sultan pada
waktu itu. Kesetiaan yang ada pada Hang Jebat menyebabkan dia membunuh kawan baiknya, Hang Tuah.
Walau bagaimanapun, dia tidak digelar pengkhianat walaupun masyarakat bersedih atas kematian Hang
Tuah. Selepas kematian Hang Tuah, Hang Jebat dinobatkan sebagai pemimpin yang sebenar sehingga
membelakangkan keadilan.

RANGKAP 5
Peperangan yang berlaku antara pemimpin dengan pemimpin yang dikuasai penipuan. Kebenaran pada
waktu itu tidak mempunyai nilai lagi kerana masyarakat lebih percaya dan yakin akan kewibawaan
pemimpin daripada menilai kejahatan
yang pernah dilakukannya. Pada masa yang sama, masyarakat akan berusaha untuk membangunkan
negara dan menyejahterakan rakyat sehingga terlupa bahawa mereka belum mendapat seorang
pemimpin yang benar-benar berkewibawaan dan berketerampilan.
B TEMA DAN PERSOALAN
Tema sajak ini ialah kepentingan kewibawaan dan ketokohan seseorang pemimpin dalam menerajui
sesebuah organisasi. Hal ini dikatakan demikian kerana pemimpin pada masa ini semakin berani
memutar-belitkan keadaan yang sebenar demi menjaga kepentingan diri. Oleh sebab itu, penulis
berpendapat bahawa manusia pada zaman moden ini masih memikirkan calon pemimpin mereka yang
paling berwibawa dan berketerampilan.

Persoalan
(a) Kewibawaan pemimpin

(b) Ketokohan pejuang bangsa

(c) Kebenaran sejarah kepemimpinan

(d) Perbezaan pendapat antara masyarakat tentang pemimpin

(e) Masalah peperangan yang masih berlaku

(f) Sifat mementingkan diri dalam kalangan pemimpin

C GAYA BAHASA
(a) Personifikasi
Buktinya, membajakan kezaliman sering mengudupkan putik dendam kerana membenarkan sepasang
mata untuk berlari dengan tangan bergari sempat juga menadah sejambak puisi dan darah yang tiba-tiba
membuak bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya teramat lara kita menjahit semula
(b) Metafora
Buktinya, mengudupkan putik dendam kepada jari-jemari takdir menumbuhkan kelopak rahsia di istana
wangsa bukanlah penjamin kukuhnya pasak saksama sesekali turut direntakan daki pendusta melekatlah
selumbar sengsara di tiang maruah kota. Perang pun melecurkan lidah muslihat bercabang lalu bertemu
bayu palsu; perca-perca bahagia seperti perawan
(c) Anafora
Buktinya, untuk berlari dengan tangan bergari untuk sehari lagi; sambil bertanya:
(d) Responsi
Buktinya, mewarnakan keindahan pada hodohnya menjungkitkan amarah pada damainya
(e) Sinkope
Buktinya, Andai namamu Tuah, kita masih
Andai namamu Jebat, kita masih tidak
(f) Imejan atau imej alam
Buktinya, ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus ringkik kuda, gemerincing bercabang lalu bertemu
bayu palsu; Sehingga senja tiba,
(g) Simile
Buktinya, perca-perca bahagia seperti perawan
(h) Perlambangan
Buktinya, Sehingga senja tiba
Senja dalam baris sajak di atas melambangkan waktu zaman sudah tua
D NILAI MURNI
(a) Keberanian

(b) Kebijaksanaan

(c) Hemah tinggi

(d) Bertanggungjawab

(e) Amanah

(f) Keadilan

E PENGAJARAN
(a) Kita mestilah berani meluahkan perasaan dan hujah tentang sesuatu perkara yang benar.
(b) Kita mestilah bijak memilih pemimpin yang benar-benar berkewibawaan dan memiliki ketokohan
untuk menerajui sesebuah organisasi waima negara.
(c) Kita mestilah menjadi seorang pemimpin yang berkewibawaan demi menjaga maruah diri dan
keluarga.
(d) Kita mestilah bertanggungjawab menyelesaikan segala tugasan yang diberikan kepada kita sebagai
seorang pemimpin.
(e) Kita mestilah amanah dalam usaha menjalankan tanggungjawab sebagai seorang yang memimpin
sesuatu organisasi.
(f) Kita mestilah adil dan saksama dalam segala perbuatan demi memastikan kesempurnaan sesuatu
organisasi yang kita pimpin

Anda mungkin juga menyukai