Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah, Ya Tuhan kami !

Selamatkan lah mereka mereka khususnya


saudara saudara kami ini, yang akan mengunjungi Baitullah dengan
mengerjakan Fardhu Haji.

Ya Allah! Kami memohon supaya dimudahkan perjalanan mereka dan


kurniakanlah mereka disepanjang perjalanan ini keselamatan tubuh
badan, agama dan harta benda. Sampaikanlah maksud mereka
mengerjakan Haji dan mengunjungi Maqam Nabi Muhammad s.a.w.

Ya Allah, Wahai Tuhan Kami! Lapangkanlah dada mereka, tutupilah


keburukan mereka, ampunkanlah dosa kami dan dosa mereka,
tenteramkanlah hati mereka dari ketakutan, sempurnakanlah amalan-
amalan mereka dengan kebajikan, terimalah segala tempat-tempat
ziarah mereka dan kembalikanlah mereka kepada keluarga mereka
didalam keadaan selamat dan sejahtera, tidak kecewa dan tidak
mendapat bala bencana.

Ya Allah! Engkaulah yang menjaga mereka didalam perjalanan dan


Engkaulah juga yang menjaga ahli- ahli keluarga mereka serta harta
benda mereka sepeninggalan mereka menyahut panggilanMu, wahai
Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah! Jadikan Haji mereka Haji yang diterima (iaitu Haji Mabrur),
usaha yang dipuji, dosa yang diampun, amal soleh yang makbul dan
berdagangan yang tidak rugi.

Anda mungkin juga menyukai