Anda di halaman 1dari 24

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN PERANCA....................................................................................................... 2

1.1 KEGUNAAN PERANCA ....................................................................................................... 2

1.2 BAHAGIAN-BAHAGIAN PERANCA KERANGKA ......................................................... 4

1.3 JARING KESELAMATAN .................................................................................................... 5

1.4 PERALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM PEMBINAAN PERANCAH ..................... 5

1.5 PERALATAN KESELAMATAN .......................................................................................... 5

2.0 JENIS-JENIS PERANCA ........................................................................................................... 7

2.1 PERANCA KERJA KERJA RINGAN ................................................................................ 8

i. Peranca Kuda Kuda .............................................................................................................. 8

ii. Peranca Tangga ....................................................................................................................... 8

iii. Peranca Pendakap .................................................................................................................... 9

2.2 PERANCA KERJA KERJA TINGGI ............................................................................... 10

i. Peranca Putlog Tunggal ......................................................................................................... 10

ii. Peranca Bebas Ganda ............................................................................................................ 11

iii. Peranca Julur Sejenis ............................................................................................................. 12

iv. Peranca Bergerak ................................................................................................................... 13

3.0 PEMASANGAN PERANCA .................................................................................................... 14

i. Peranca rangka tiub keluli ..................................................................................................... 15

ii. Pemasangan peranca putlog tunggal ..................................................................................... 16

ii. Peranca paip bulat keluli ....................................................................................................... 17

iii. Peranca Bebas Ganda ............................................................................................................ 18

4.0 LANGKAH MENJAGA KESELAMATAN PERANCA ......................................................... 19

5.0 PERATURAN KESELAMATAN PERANCA RANGKA TIUB KELULI ................................ 19

5.0 KESIMPULAN ......................................................................................................................... 20

6.0 LAMPIRAN ................................................................................................................................. 21

7.0 RUJUKAN ................................................................................................................................ 24

1
PERANCA

1.0 PENGENALAN PERANCA

Peranca ialah binaan bersifat sementara yang berfungsi memudahkan dan membolehkan
pekerja pekerja binaan menjalankan kerja seperti mengikat bata, melepa, memasang siling,
mengecat dan sebagainya pada tempat yang tinggi dengan selamat. Ia boleh dibina dengan
pelbagai kaedah dan bentuk untuk menyesuaikan dengan keadaan dan tempat yang berlainan.
Ianya diperlukan dalam pembinaan bangunan yang melebihi ketinggian 1.5 meter. Bahan
peranca terdiri daripada kayu, buluh, paip tiub keluli dan aloi aluminium yang berkeadaan
baik.

1.1 KEGUNAAN PERANCA

Acces menyediakan laluan sementara yang selamat dan selesa


Loading pelantar sementara bagi meletakkan bahan kerja.
Storage tempat dan kaedah simpanan peralatan perancah
Support menyokong sementara bagi kerja acuan dan pembinaan lantar.
Protection menyediakan perlindungan sementara kepada pekerja dan orang ramai
yang berada berhampiran di tapak pembinaan.

Rajah 1 Kegunaan Peranca

2
Fungsi Peranca :

1) Pelantar Tempat Kerja

membolehkan pekerja melaksanakan tugasnyadengan mudah dan selamat.


Kerana banyak kerja yang terletak jauh dari arastanah atau lantai bangunan.
Contohnya: kerja pada dinding, siling danbumbung.
Perancah diperlukan untuk menghampirkanpekerja dengan tugasnya.

2) Pelantar Untuk Menempatkan Bahan dan Loji

Bahan dan loji perlu disediakan berhampirandengan pekerja supaya kerja berjalan
lancar.

3) Pelantar dan Tangga Laluan

Perbezaan fungsi ini daripada fungsi di atas adalah dari segi penumpuan beban.
Hanya digunakan untuk menyokong pelantar yang diguna sebagai laluan pekerja
atau laluan untuk mengangkut bahan-bahan dan loji.
Contohnya: menghubungkan dua bangunan berhampiran yang sedang dibina
dengan salah satu daripadanya tidak mempunyai tangga.

3
1.2 BAHAGIAN-BAHAGIAN PERANCA KERANGKA

Pengalas
Terdapat dua jenis iaitu pengalas tetap danpengalas
jek (jake base) Semua beban akan ditanggung oleh
pengalas. Perlu didirikan di atas papanalas sekiranya
dibina di atas tanah lembut.

Rangka utama
Disambungkan dengan pengalas dibahagian bawah
dan kepada rangka utama yang laindengan kekunci.

Rangka Pemijak
Disambung dengan rangka utamadan ditetapkan
dengan kekunci.

Rembat
Digunakan untuk menetapkan penyambungan segala
rangka utama apabila rangka-rangka itu didirikan.

Pin penyambung

Rajah 2 Bahagian-Bahagian Peranca Kerangka

Dipasangkan pada setiap sendi/sambungan

Tangga/ladder

Menghubungkan setiap tingkat/aras.

4
1.3 JARING KESELAMATAN

Personel Net
Digunakan sebagai melindungi kemungkinan
pekerja jatuh daripada tempat kerja yang
tinggi.

Net Perlindung Bahan

Digunakan sebagai melindungi

kemungkinanberlaku alatan, objek daripada Rajah 3 Jaring Keselamatan

terjatuh

1.4 PERALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM PEMBINAAN


PERANCAH

Spanner Rachet
Sprit Level Magnetik
Measuring Tape
Starter Cooler
Swivel Coupler
Putlog Coupler
Base Plate
Metal Deck
Tiub

1.5 PERALATAN KESELAMATAN

Safety Helmet
Safety Harness
Wear Glove
Safety Boot
5
Sebahagian Peralatan Untuk Pembinaan Perancah

Peralatan Tambahan Untuk Perancah

6
2.0 JENIS-JENIS PERANCA

Peranca dibahagikan kepada pelbagai jenis megikut cara binaannya. Peranca yang sesuai
digunakan untuk kerja-kerja rendah dan ringan ialah:

i. Peranca kuda-kuda
ii. Peranca tangga
iii. Peranca pendakap

Peranca yang digunakan untuk pembinaan yang lebih tinggi adalah seperti :

i. Peranca putlog tunggal


ii. Peranca bebas ganda
iii. Peranca julur
iv. Peranca bergerak
v. Peranca rangka tiub keluli

Peranca diketegorikan kepada pelbagai jenis mengikut cara binaannya. Ia biasanya


diketegorikan kepada keadaan rendah dan tingginya satu satu binaan itu.

Bagi kerja kerja rendah dan ringan, peranca yang biasa diaplikasikan ialah peranca jenis
kuda kuda, tangga dan pendakap.

Manakala peranca yang digunakan untuk pembinaan yang tinggi ialah peranca jenis putlog
tunggal, bebas ganda, julur dan peranca bergerak.

Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk pembinaan peranca terdiri daripada kayu bakau,
buluh, paip besi, aloi aluminium, atau sistem kerangka tiub keluli. Bahan-bahan peranca
mestilah dipastikan terlebih dahulu supaya ia tidak mempunyai sebarang kecacatan atau
kerosakan, ini adalah untuk menjamin keselamatan. Adalah ditegaskan bahawa segala kayu
yang digunakan untuk membina peranca tidak boleh di cat kerana kecacatan yang berlaku
pada kayu mudah dinampak.

7
2.1 PERANCA KERJA KERJA RINGAN

i. Peranca Kuda Kuda

Rajah 4 Peranca Kuda-Kuda

Peranca ini digunakan untuk kerja kerja tidak tinggi seperti tembok satu tingkat,
memasang siling dan sebagainya. Dengan kata lain, peranca ini digunakan
terhadap pembinaan yang tingginya tidak melebihi 4 m. Papan setebal 30 mm
hendaklah digunakan sebagai pelantar dan disokong oleh kuda kuda. Jarak antara
dua kuda kuda biasanya tidak melebihi 1.5 m. Apabila papan pelantar hendak
disambung, perlu dilekapkan 150 mm sekurang kurangnya dan diikat dengan
dawai.

ii. Peranca Tangga

Rajah 5 Peranca Tangga

Satu kaedah membuat kerja pada tempat agak tinggi dengan menggunakan tangga
yang sedia ada. Papan pelantar merentangi dua buah tangga dengan tingginya tidak

8
melebihi 1.8 m dan sudut bukaan kaki tangga pula hendaklah dalam lingkungan
350 . Papan pelantar jenis ini hendaklah terdiri daripada jenis kayu yang agak
keras seperti kapur, balau dan sebagainya. Tebal papan pelantar adalah tidak
kurang daripada 30 mm dan bebas daripada sebarang kecacatan.

iii. Peranca Pendakap

Rajah 6 Peranca Pendakap

Digunakan untuk menyandar pada tembok yang sedia ada utuk membuat kerja
yang ringan seperti membuat kemas ikatan bata, mengecat atau sebagainya.

9
2.2 PERANCA KERJA KERJA TINGGI

i. Peranca Putlog Tunggal

Peranca ini dibina menggunakan kayu bakau bulat atau persegi. Ia amat sesuai
digunakan untuk kerja menerap bata dalam pembinaan dinding, terutamanya untuk

Rajah 7 Peranca Putlog Tungggal

dinding luar. Sebahagian peranca akan disokong oleh tembok kerana hujung put

log dimasukkan ke dalam tembok. Peranca putlog tunggal mempunyai satu barisan
tiang tegak dengan jarak 1.8 2.4 m.

Kedudukan peranca ini adalah 1.2 1.3 m dari permukaan dinding. Tiang tegak
dipaku ke atas tapak kayu dan didirikan tegak dengan diikat pada lejar. Lejar
dipasang selari dengan dinding sepanjang peranca dan jarak antaranya adalah 1.4
m.

Anggota putlog diikat pada lejar dengan jarak di antara 1.2 1.4 m dan hujung
sebelahnya dimasukkan ke dalam dinding bata sedalam 80 mm. Semua lubang
bekas putlog hendaklah disumbat padat selepas kerja kerja perlaksanaan
dilakukan. Satu langkah yang perlu diambil untuk mengukuhkan peranca ialah
dengan cara memasang rembat silang kepada tiang tegak yang bertemu dengan
lejer dan putlog.

10
Pelantar peranca dibuat daripada papan papan setebal 30 38 mm dan unjuran
daripada putlog tidak melebihi empat kali tebalnya. Sebagai langkah keselamatan,
tepi pelantar yang jauh dari tembok dipasangkan papan pacak dan susur pelindung
sebagai langkah keselamatan. Papan papan pelantar disokong oleh putlog. Semua
sambungan untuk peranca hendaklah dipaku atau diikat dengan rotan atau tali.

Putlog dimasukkan Tambahan pada


ke dalam tembok bukaan tembok

ii. Peranca Bebas Ganda

Rajah 8 Peranca Bebas Ganda

Direkabentuk untuk menanggung beban (bahan dan manusia). Keistimewaan


peranca jenis ini ialah ia tidak bergantung kepada bangunan untuk menyokong
bebannya dan ini menyebabkan ia amat sesuai dipraktikkan dalam pembinaan
struktur kerangka bertingkat tingkat. Peranca bebas ganda mempunyai dua baris
tiang tegak yang berdiri tegak dengan jarak di antara tiang ialah 2 2.4 m. Tiang
tegak barisan dalam diletakkan sejauh 300 mm dari permukaan dinding untuk
memberikan keselesaan kepada para pekerja melaksanakan tugas tugas mereka.

11
Plat atas pada tiang tegak dipaku kepada alas tapak kayu. Lejer berjarak 2 m
dipasangkan selari dengan tembok sepanjang peranca untuk menegakkan tiang.
Transom dipasang ke atas dua lejer dengan jarak 1.2 2.4 m untuk mengikat
kedua dua barisan tegak serta menyokong papan pelantar. Tinggi maksimum
yang selamat untuk peranca ini adaalh dalam lingkungan 61 m.

iii. Peranca Julur Sejenis

Rajah 9 Peranca Julur

Peranca bebas yang bergantung kepada bangunan untuk menanggung bebannya.


Peranca ini dipilih jika terdapat tempat menjalankan kerja kerja pembinaan terlalu
sempit. Ia juga dipraktikkan apabila kerja kerja pembinaan atau pembaikan hanya
dilakukan pada tingkat atas sahaja tanpa melibatkan tingkat bawah. Cara
pemasangannya adalah sama dengan pemasangan peranca jenis bebas berganda
kecuali ia mempunyai tambatan yang dibina melalui bukaan tembok. Tambatan ini
terdiri daripada dua baris punceon yang dibaji di antara lantai dengan siling di dalam
bangunan. Pada kedua dua barisan punceon dipasang transom melintang yang
menjujur ke peranca luar dengan terikat pada tiang tegak. Kekuda topang sendeng
dipasang bersudut untuk menyokong bahagian bawah peranca. Jaring dawai dipasang
di bahagian bawah peranca untuk memastikan keselamatan pekerja yang lalu atau
bekerja di bawah bangunan tersebut. Had maksimum ketinggian peranca ini yang
selamat digunakan ialah 12 m.

12
iv. Peranca Bergerak

Rajah 10 Peranca Bergerak

Sejenis peranca bebas yang boleh dipindahkan ke kawasan kerja dengan mudah.
Peranca ini berbentuk menara bersegi yang diperbuat daripada paip bulat keluli atau
rangka paip keluli. Pada kakinya dipasang roda kaster supaya peranca ini boleh
digerakkan ke mana mana tempat yang dikehendaki. Mengikut peraturan
keselamatan, pelantar kerja hendaklah berukuran tidak kurang daripada 1.2 m x 1.2 m.
Manakala untuk menjamin kestabilan peranca, tingginya adalah dihadkan kepada 10 m
sahaja. Peranca ini amat sesuai untuk melaksanakan kerja kerja seperti mengecat,
membaiki siling dan sebagainya.

13
3.0 PEMASANGAN PERANCA

Rajah 11 Cara-Cara Pemasangan Peranca

Antara cara-cara memasang perancah ialah dengan cara:-

i. Menentukan terlebih dahulu tempat letak sacffolding atau menentukan jarak


scaffolding
ii. Memasang base plate atau jack base di atas landasan yang stabil
iii. Seterusnya, pemasangan kerangka (frame)
iv. Setelah selesai pembinaan kerangka (frame), cross brace hendaklah dipasang pada dua
sisi agar elemen struktur perancah dapat berdiri dengan baik.
v. Seterusnya, frame vertikal perlu disusun selepas itu, atau selesai dengan pemasangan
shoring head jika ketinggian perancah dianggap telah cukup seperti yang diingini.
Maksudnya, ketinggian dapat dilakukan dengan menyusun jack atau u-head.
vi. Kemudian, ketinggian perancah disusun dengan ketinggian bekisting yang telah
dirancang pada permulaan pembinaan perancah/scaffolding.

14
i. Peranca rangka tiub keluli

a. Pengalas ditempatkan di papan alas tapak dengan jarak yang sama dengan ukuran
rembat palang yang digunakan
b. Rangka utama dipasang pada pengalas dan ditegakkan dengan rembat palang
c. Uji kerataan rangka utama dengan menggunakan alat aras. Kerataan yang
berbeza-beza boleh dibetulkan dengan memusingkan bicu alas
d. Setelah bahagian ini siap, letakkan rangka lintang di atas rangka utama. Pastikan
bahawa pengalas dipaku kepada papan alas tapak.
e. Dengan cara yang sama, barisan-barisan rangka di atas selanjutnya dipasang
dengan pin sambungan dan kekunci
f. Pengikat tembok mesti dipasang pada bolt yang telah disediakan terlebih dahulu
g. Rembat silang paip keluli bulat hendaklahdipasang untuk meneguhkan peranca

Rajah 12 Peranca rangka tiub keluli

15
ii. Pemasangan peranca putlog tunggal

a) Peranca ini dibina dengan kayu bulat atau bersegi


b) Mempunyai satu barisan tiang tegak (standart) dengan jarak 1.8m 2.4 m.
c) Ia diletakkan antara 1.2m 1.3m jauh dari permukaan tembok.
d) Tiang tegak ini dipaku ke atas alas tapak kayu dan didirikan tegak dengan
diikatkan kepada lejer.
e) Lejer ini dipasang selari dengan tembok sepanjang peranca dan jaraknya antara
satu sama lain adalah 1.4m
f) Anggota putlog diikat kepada lejar dengan jarak 1.2m 1.4 m dan hujung
sebelahnya dimasukkan ke dalam tembok bata sedalam 80mm.
g) Perembat silang dipasang kepada tiang tegak yang bertemu dengan lejer dan
putlog untuk mengukuhkan peranca.

Rajah 13 Peranca Putlog Tunggal

16
ii. Peranca paip bulat keluli

i. Pengalas ditempatkan pada tapak dan paip tegak dipasangkan kepada pengalas.
ii. Paip lintang dipasangkan kepada paip tegak dengan menggunakan pengapit ganda.
iii. Paip penyokong transom dipasangkan kepada paip tegak menggunakan pengapit
ganda.
iv. Setelah satu bahagian disiapkan, papan pelantar diletakkan di atas paip penyokong.
v. Dengan cara yang sama, bahagian-bahagian seterusnya didirikan menegak disebelah
atas.
vi. Akhir sekali rembat dipasang kepada paip tegak dengan menggunakan pengapit putar.
Tujuan memasang rembat ialah untuk mengukuhkan peranca ini.

Rajah 14 Peranca Paip Bulat Keluli

17
iii. Peranca Bebas Ganda

1. Bagi menanggung beban (bahan dan manusia).


2. Keistimewaan peranca jenis ini ialah ia tidak bergantung kepada bangunan untuk
menyokong bebannya dan ini menyebabkan ia amat sesuai dipraktikkan dalam
pembinaan struktur kerangka bertingkat tingkat.
3. Peranca bebas ganda mempunyai dua baris tiang tegak yang berdiri tegak dengan
jarak di antara tiang ialah 2 2.4 m.
4. Tiang tegak barisan dalam diletakkan sejauh 300 mm dari permukaan dinding untuk
memberikan keselesaan kepada para pekerja melaksanakan tugas tugas mereka.
5. Plat atas pada tiang tegak dipaku kepada alas tapak kayu.
6. Lejer berjarak 2 m dipasangkan selari dengan tembok sepanjang peranca untuk
menegakkan tiang
7. Transom dipasang ke atas dua lejer dengan jarak 1.2 2.4 m untuk mengikat kedua
dua barisan tegak serta menyokong papan pelantar. Tinggi maksimum yang
selamat untuk peranca ini adalah dalam lingkungan 61 m.

Rajah 15 Peranca Bebas Ganda

18
4.0 LANGKAH MENJAGA KESELAMATAN PERANCA

Pastikan aras tiang tegak adalah sama rata dan didirikan menegak di atas plat alas.
Sambungan tiang tegak dan lejer mestilah tidak dalam satu garisan yangs ama. Ini
adalah bertujuan untuk menjamin ikatan antara anggota perancah.
Papan-papan pelantar hendaklah disokong dengan sempurna
Pelantar kerja mestilah mempunyai susur pelindung dan papak pacak.
Kemudahan untuk naik dan turun dalam peranca haruslah dalam keadaan yang
mudah untuk diakses dans elamat.
Semasa menggunakan perancah, pastikan pekerja memakai topi keselamatan dan
tali pinggang keselamatan.

5.0 PERATURAN KESELAMATAN PERANCA RANGKA TIUB KELULI

Jarak di antara rangka utama dengan permukaan tembok tidak melebihi 300mm
Pengikat tembok hendaklah dipasangkan pada tiap-tiap lantai dengan rentang 3
hingga 5 rangka.
Semua rangka utama pada penjuru tembok hendaklah disambungkan dengan paip
keluli bulat dan pengapit.
Papan pelantar mestilah disokong dengan sempurna
Peranca yang dipasangkan pada kawasan yang sibuk hendaklah mempunyai grid
canopy untuk melindungi bahan-bahan yang terjatuh dari atas.
Peranca hendaklah diperiksa pada tiap-tiap tujub hari atau selepas cuaca buruk.
Semasa menggunakan peranca, pastikan pekerja memakai topi keledar dan tali
piggang keledar

19
5.0 KESIMPULAN

Hasil dari kajian dan mempelajari tentang perancah, terdapat berbagai jenis perancah yang
berada di pasaran pada masa kini yang bersesuaian dengan penggunaannya berbanding dulu.
Ini penting kerana keadaan pembinaan hari ini yang berkembang pesat dan segalanya perlu
berjalan dengan lancar.

Sesuatu pemasangan perancah perlulah mengikut prinsip rekabentuk dan pembinaan yang
telah ditetapkan. Contohnya seperti pemilihan jenis perancah yang sesuai, merekabentuk
beban yang dapat ditanggung, menggunakan bahan-bahan perancah yang berkualiti dan
mengikut pemasangan perancah yang ditetapkan. Kerja-kerja penyelenggaraan perlu dijalanan
dari masa ke semasa untuk memastikan struktur perancah sentiasa berada dalam keadaan baik
dan selamat untuk digunakan.

Kegagalan struktur perancah di tapak bina selalunya disebabkan oleh kecuaian manusia dan
kegagalan mengikut peraturan yang telah ditetapkan selain dari beberapa faktor lain.
Kegagalan struktur perancah boleh mengakibatkan kemalangan dan mengganggu keselamatan
pekerja selain boleh mengakibatkan kerugian yang tinggi. Selain itu, perjalanan sesuatu
projek juga akan tergendala akibat kegaglan struktur ini.

Hasil daripada pelajaran mengenali perancah dan cara membina perancah yang dilakukan,
struktur perancah yang sering digunakan ditapak bina adalah jenis perancah tiub keluli bulat
dan perancah rangka tiub keluli. Ini berikutan perancah dari jenis ini lebih praktikal
berbanding perancah jenis lain. Selain itu, ia juga mudah didapati kerana terdapat kilang-
kilang yang diiktiraf telah menghasilkan perancah ini. Perancah ini juga lebih selamat
digunakan kerana bahannya yang mampu menanggung beban yang besar dan unsur-unsur
serta komponennya yang lebih stabil berbanding dulu yang hanya menggunakan buluh atau
kayu dengan tali rapia.

20
6.0 LAMPIRAN

PERANCAH DEPENDENT

INDEPENDENT SCAFFOLD

21
Berikut merupakan antara rekabentuk-rekabentuk perancah yang berbeza yang digunakan di
tapak pembinaan :-

22
23
7.0 RUJUKAN

1. Tan Boon Tong, Teknologi Binaan Bangunan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994

2. Hafidzah Ahmad Abas, Binaan Bangunan, Delta1987

3. Mohd Nor Ihkasan, Bahan Binaan, Delta 1987

4. Mat Lazim Zakaria, Bahan Dan Binaan, DBP, 1987.

5. Mohd. Fuad Suhaimi, Bahan dan Binaan, PUO.

6. Barritt, C.M.H, (1984), Advanced Building Construction Volume 1, Longman; New


York

7. Chudley,R. (1999), Consctruction Technology, Addision Wesley; Longmans

8. Doughty,R.(1986), Scaffolding,Longman Group UK Ltd.

24

Anda mungkin juga menyukai