Anda di halaman 1dari 2

Baca petikan di bawah dengan teliti.

Keracunan Makanan

Cuaca pada hari ini sangat panas. Syamil berjalan pulang dari

sekolahnya. Dia berasa sangat lapar dan dahaga. Tiba-tiba, dia

ternampak sebuah gerai di tepi jalan.

Syamil terus membeli air sirap dan kuih karipap. Dia makan

dengan cepat. Dia tidak mempedulikan keadaan gerai yang sangat

kotor. Makanan di gerai itu juga tidak ditutup. Ada banyak lalat

hinggap di atas kuih-muih yang dijual itu.

Setibanya di rumah, perut Syamil mula terasa sakit dan

memulas-mulas. Dia memberitahu ibunya. Ibunya berasa bimbang

lalu membawa Syamil ke klinik. Doktor memeriksa perut Syamil.

Menurut doktor, Syamil mengalami keracunan makanan. Doktor

memberi ubat kepada Syamil. Dia juga menasihati Syamil supaya

berhati-hati ketika membeli makanan atau minuman yang dijual di

tepi jalan.
Menjawab soalan berikut dengan betul.

1. Dari manakah Syamil pulang ?

2. Apakah yang dimakan oleh Syamil?

3. Bagaimanakah keadaan makanan di gerai?

4. Siapakah yang membawa Syamil ke klinik?

5. Apakah nasihat yang diberi oleh doktor kepada Syamil?