Anda di halaman 1dari 1

1. Assalamualaikum WBT Selamat pagi dan salam 1 Malaysia .

Yang dihormati barisan


Penolong Kanan SK Puchong Jaya Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian
Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa gembira dan bersyukur pada hari ini kita
dapat bersama-sama berkumpul sempena Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke 57
peringkat sekolah untuk tahun 2014. MALAYSIA. di sini lahirnya sebuah
cinta.merupakan TEMA sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini. Saya percaya tema ini
akan memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara
dalam hati kita semua sebagai seorang warganegara Malaysia yang cintakan tanah air.
Guru-guru dan murid-murid sekalian, Pada tanggal 31 Ogos 2014 nanti genaplah negara
kita menyambut kemerdekaan untuk kali ke 57 . Sebagai generasi muda pada hari ini
saya percaya kamu semua masih kurang arif mengenai peranan dan erti kemerdekaan
sebenar. Pada zaman sekarang erti kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada
penjajahan secara fizikal semata mata tetapi kita harus sentiasa berwaspada dan
menghindari penjajahan mental melalui pengaruh-pengaruh negatif serta amalan-amalan
yang merosakkan negara kita. Saya percaya sebagai seorang rakyat Malaysia yang baik
anda semua patut berasa bangga kerana menjadikan amalan berbudi pekerti serta
mengamalkan nilai-nilai murni dapat menyatupadukan seluruh rakyat yang berbilang
kaum sekaligus menjamin keamanan dan kedaulatan negara Malaysia yang kita cintai.
Setiap warganegara dari kecil hingga dewasa mempunyai peranan dan tanggungjawab
begitu juga para pemimpin masyarakat dan rakyat jelata . Sebagai seorang murid sekolah
yang diberi infrastruktur yang lengkap untuk belajar kita haruslah bersyukur dan
berusaha dengan gigih utk mencapai cita-cita. Secara tidak langsung anda juga
menyumbang kepada pembangunan Malaysia di masa akan datang. Harapan saya agar
anda semua mengekalkan ciri -ciri warganegara yg baik , berakhlak mulia ,berdisiplin
serta hormat menghormati antara satu sama lain apabila dewasa nanti. Setelah 57 tahun
merdeka keadaan negara kita sekarang jauh lebih baik daripada sebelum merdeka
dengan pembangunan yang pesat serta ekonomi yang kukuh dalam menjamin
kesejahteraan rakyat. Masyarakat kita sekarang lebih berpendidikan dan berjaya. Menjadi
2. 3. harapan saya agar murid-murid SK Puchong Jaya menggunakan peluang yang ada
sekarang untuk mengejar cita-cita serta berjaya dalam hidup. norlinordin@skpjp2014
Murid-murid sekalian, Kalau kita lihat senario dunia sekarang peperangan berlaku di
mana-mana, ramai anak-anak kecil tidak berdosa mati dan tidak kurang juga yang
kehilangan tempat tinggal serta kematian orang-orang yang mereka sayang. Nasib kita di
sini jauh lebih baik dan kita bebas melakukan perkara yang kita suka termasuk pergi ke
sekolah tanpa sebarang ketakutan. Oleh yang demikian bersama-samalah kita bersyukur
dan berikrar untuk hidup bersama dengan aman dan damai sesuai dengan TEMA kita
pada tahun ini MALAYSIA..di sini lahirnya sebuah cinta Biarlah kita terus menanam
semangat kemerdekaan melalui cara pemikiran minda kelas pertama sekali gus
mempertahankan kemerdekaan warisan perjuangan pemimpin negara terdahulu.
Kehadiran kita pada pagi ini bukan hanya wewarnai program tetapi sebagai permulaan
untuk kita sama-sama melahirkan rasa bangga kita menjadi warganegara Malaysia yang
bertuah serta melahirkan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi. Ia bukan sekadar
laungan MERDEKA tetapi memahami , menghayati dan menterjemahkan nya dalam
kehidupan harian itu lebih bermakna. Memerdekakan diri daripada perkara-perkara
negatif dan tidak baik amatlah penting. Sesungguhnya tujuan program pelancaran bulan
kemerdekaan ini di adakan untuk menyemarakkan lagi rasa cinta kita kepada negara
melalui aktiviti -aktiviti yang bakal kita jalankan sepanjang bulan ogos ini sehingga
majlis penutup bulan kemerdekaan kelak. Besarlah harapan saya agar semua aktiviti
dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. Para hadirin sekalian, Sebelum mengakhiri
ucapan saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli-
ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan pelancaran bulan kemerdekaan
kali ke 57 ini. Saya menyeru agar kita sama-sama menyemarakkan bulan kemerdekaan ini
dengan mengibarkan jalur gemilang termasuk di rumah kita sendiri. Semoga dengan cara
itu kita akan dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme kepada tanah ai r
tercinta. Kerja sama- sama yang ditunjukkan dalam program ini serta program akan
datang memberi kekuatan untuk kita meneruskan perjuangan mempertahankan
Kemerdekaan negara Malaysia yang kita cintai. Tanpa melengahkan masa lagi dengan
lafaz Bismilahirahmannirrahim saya dengan ini merasmikan pelancaran sambutan Bulan
Kemerdekaan ke 57 peringkat sekolah SK Puchong Jaya 2014. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai