Anda di halaman 1dari 4

1.

KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING


RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH KAJIAN REKABENTUK TEKNIK
PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDINGRUMAH MELAYU TRADISIONAL
KEDAH Nur Shuhada Binti Hanapi Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Sultan Idris
Shah shuhada@psis.edu.my Shahril Khairi Bin Abdul Shukor Jabatan Kejuruteraan
Awam Politeknik Sultan Idris Shah shahrilkhairi@psis.edu.my AbstrakRumah Melayu
tradisional di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri dimana setiap komponenrumah
dihasilkan mengikut rencah adat dan disulami pemahaman masyarakat terhadapagama
Islam. Antara proses pertukangan yang berkaitrapat di antara unsur keagamaan danadat
dapat dikesan melalui cara pembentukan ruang dalaman rumah, upacara dalam
memilihtapak, kiraan tempoh masa yang bersesuaian untuk mendiri tapak asas dan
beberapa contohmelibatkan aktiviti masyarakatMelayu itu sendiri. Seni pertukangan kayu
dalam pembinaanrumahMelayu tradisional ini telah dimartabatkan untukmenjadi salah
satu warisan terpentingkepada negara bagi masyarakat tempatan melalui pengiktirafan
Rumah Penghulu Abu Semanoleh Badan Warisan Malaysia (BWM). Bermula dengan
kehalusan perincian kerawangberasaskan flora pada papan cantik sehinggalah ke
segenap pelusuk binaan rumah tradisionalMelayu ini menjadikan ia karya agung yang
penuh dengan nilai-nilai estetik tanpamengabaikan fungsi ruang dan binaan.Tanpa
disedari, rahsia pertukangan rumah Melayutradisional ini bukanhanya sekadar merujuk
kepada seni ukiran semata-mata, malahan teknikpenghasilan komponen struktur utama,
komponen bukaan seperti tingkap dan pintu turutbersandarkan kepada adat dan juga
kepercayaan keagamaan yang kuat.Oleh yangdemikian, kajian ini dikhususkan kepada
keunikan teknik dalam pembuatan komponen paneldinding bagi rumah Melayu
tradisional yang direka dengan menerapkan fahaman ajaranagama Islam. Dapatan
kajian ini diharap dapat membantu pelajar-pelajar senibina, golonganpengkajibinaan
tradisionalMelayu dan juga masyarakat umum tentang fungsi serta kelebihanyang wujud
pada komponen panel dinding rumah Melayu tradisional. Selain itu, hasil kajian
inidapatmemperlihatkan perspektif yang berbeza dan mampu memberi impak positif
kepadagenerasi tanahair untuk mendokong dan mempertahankan warisan Melayu
tradisional.01 PENGENALAN Seringkali seni pertukangan rumah Melayu tradisional
tertumpu kepada abstrakiaitu pengkategorianruang dalaman rumah dan jenis
kepelbagaian bumbungmengikut negeri masing-masing. Unsur-unsur estetik seperti
ukiran kerawang padapapan meleh, papan kembung, kekisi tingkap dan sebagainya
dianggap elemenutama yang ditonjolkan oleh rumah Melayu tradisional. Bagi
masyarakat umum hari ini,tidak lengkap penjenamaan rumah Melayu tradisional
sekiranya tidak mempunyai 1
2. 2. KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING
RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAHelemen dekorasi dalam bentuk dan corak
kerawang yang sarat pada sesebuah rumahMelayu tradisional tersebut.
Walaubagaimanapun, komponen fizikal bukan strukturseperti dinding, tingkap dan pintu
juga mempunyai penceritaan serta makna tersendirijika dihayati dengan sebenar-benar
tentang kaedah ataupun teknik pertukangannya.Kajian ini akan mengulas dengan lebih
lanjut tentang prinsip Islamik yang diterapkanpada teknik rekabentuk pertukangan
komponen panel dinding rumah Melayutradisional Kedah.SKOP KAJIAN Rumah Melayu
Tradisional Fizikal Abstrak (ruang) Komponen Komponen - Anjung Struktur Bukan
Struktur - Serambi - Rumah ibu - Kelak Anak - Tiang Seri - Pelantar ELEMEN ELEMEN
ESTETIK - Rasuk - Selang SENIBINA - Jenang - Dapur - Tunjuk langit - Belebas -
Jemuran - Dinding - Kepala cicak - Tetupai - Tingkap - Lebah bergantung - Gelegar -
Pintu - Papan cantik - Kasau - Bumbung - Pemeleh - Alang - Tangga - Kekisi - Gegulung
- Tebar Layar - Kepala pintuGambarajah 1.0menunjukkan tumpuan skop kajian kepada
pertukangan dinding bagi komponen bukan struktur02 SOROTAN KAJIAN Kajian-kajian
berkenaan dinding rumah Melayu tradisional sebelum ini lebihtertumpu kepada jenis-
jenis dinding seperti: i. Dinding Tindih Kasih ii. Dinding Janda Berhias iii. Dinding Kelarai
2
3. 3. KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING
RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH Gambar 2.1 Dinding Janda Berhias Sumber :
Mohd Sabrizaa Abd Rashid Gambar 2.0Keratan dinding Tindih Kasih Sumber : Zulkifli
Hanafi Gambar 2.2 Dinding Kelarai Sumber : Mohd Sabrizaa Abd Rashid Berdasarkan
gambar 2.1 dan 2.2, dapat diperhatikan bahawa perbezaanbahan untuk bahagian
dinding telah digunakan seperti papan kayu meranti untukdinding jenis Janda Berhias
manakala dinding Kelarai menggunakan anyaman buluhdan bercorak (Mohd Sabrizaa,
2011). Walaupun begitu, persamaan kedua-duanyamemiliki bingkai panel atau kerangka
yang memegang papan kembung (JandaBerhias) dan anyaman buluh (Kelarai).
Komponen panel pada dinding rumah Melayutradisional ini juga telah menjadi asas
pertukangan yang dapat di kenalpasti diDaerahBandar Baharu, Kedah. Sebagai contoh,
Rumah Penghulu Abu Seman yang kiniberada di Jalan Stonor, Kuala Lumpur telah
dibaikpulih oleh Badan Warisan Malaysia(BWM). Rumah berusia 90 tahun tersebut
diambil dari tapak sebenar dari KampungSungai Kechil Ulu, Bandar Baharu, Kedah.
Begitu juga dengan Rumah Tok Su yang dibuka untuk tatapan umum olehLembaga
Muzium Kedah di Alor Setar sebenarnya diambil dari Kampung PermatangKerat
Telunjuk, Bandar Baharu, Kedah. Rumah tersebut dipercayai telah berusia hampir80
tahun dan jika diteliti komponen dinding bagi kedua-dua rumah tersebut,
dapatdiperhatikan bahawa wujud persamaan dimana rekabentuk dinding dibina
denganmenggunakan asas bingkai panel dan dilekapkan ke bahagian struktur tiang
sekaliguskelihatan menutup tiang dari bahagian luar. 3
4. 4. KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING
RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAHGambar 2.3Pandangan ke sudut anjung
rumah Penghulu Abu SemanSumber : Ng ShannonGambar 2.4Pandangansudut sisi
antara bahagian hadapan dan kiri rumah Tok SuSumber : Qiaq 4
5. 5. KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING
RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH03 OBJEKTIF KAJIAN Mendalami dengan
lebih mendalam tentang teknik pertukangan panel dinding yang terdapat pada rumah
Melayu tradisional Kedah Menghubungkaitkanteknik pertukangan dinding rumah Melayu
tradisional dengan pengaruh fahaman Islam Menilai kelebihan dan kekurangan yang ada
pada pertukangan panel dinding rumah Melayu tradisional04 KEPENTINGAN KAJIAN
Rumah Melayu tradisional ini sebenarnya terlalu rumit untuk dikaji dalam tempohmasa
yang singkat, dan terlalu luas bidang pengatahuan yang diperlukan untukmenghurai
faktor-faktor kemungkinan di atas rasional binaan, ukiran, pertukangan,adat resam dan
sebagainya. Sebagai langkah permulaan mengenal dengan lebihmendalam susur galur
warisan bangsa ini, tidaklah ia dilaksanakan tanpa tujuan yangpositif. Kajian yang
dijalankan ini dapat membantu golongan pelajar senibina dalammelaksanakan tugasan
berkenaan topik binaan berasaskan kayu dan secara tidaklangsung juga mendidik
masyarakat umum untuk lebih menghargai keunggulansenibina warisan yang perlu
dimartabatkan. Bagi golongan pensyarah berkaitansenibina atau tamadun Melayu, kajian
ini dapat dijadikan rujukan untuk diketengahkanlagi dengan kajian yang lebih mendalam.
Penulisan ilmiah bagi pengetahuanmelibatkan pertukangan alam Melayu perlu
digandakan supaya generasi masahadapan sentiasa mengetahui perkara berkaitan
warisan turun-temurun.05 SIMBOLIK ISLAMIK DALAM PERTUKANGAN PANEL
DINDINGPembungkusan Tulang oleh Otot dan Kulit "Kemudian air mani itu Kami jadikan
segumpal darah, lalu segumpal darah ituKami jadikan segumpal daging, dan segumpal
daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan
daging. Kemudian Kamijadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah
Allah, Pencipta YangPaling Baik" (Al Quran, Al Mukminun :14) Rekabentuk panel dinding
pada rumah Melayu tradisional yang menutupibahagian tiang seolah-olah memberi suatu
gambaran tersirat yang perlu dikaji.Sepertimana hikmah kejadian manusia menyebut
tentang pembungkusan tulang olehotot dan bagaimana lumrahnya tulang manusia
tersembunyi oleh kulit, begitulahsepertinya pertukangan yang bersifat menutupi struktur
tiang dan membaluti denganpanel dinding dibahagian luar. Bagi tukang rumah zaman
dahulu, membina rumahbukanlah untuk merosakkan alam atau mengubah sesuatu yang
sedia ada, tetapimembina rumah sepertimana mengikut hukum alam, berperingkat dan
sebagaisimbolik kepada ayat tersebut, maka dinding rumah menutupi bahagian tiangnya.
5
6. 6. KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING
RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAHTempat Tinggal yang Mudah DipindahkanDan
Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggaldan Dia
menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: Khemah-khemah(tempat
berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana)semasa kamu
merantau dan semasa kamu berhenti dan (Dia juga menjadikan bagikamu) dari berjenis-
jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakasrumah dan perhiasan,
(untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.(AlQuran, An-Nahl : 80) Merujuk
kepada ayat 80 surah An-Nahl, dapat difahami bahawa tempat tinggalyang baik adalah
yang mudah untuk dipindahkan binaannya dan dipasang semula dimana tempat yang
diingini. Komponen panel rumah tersebut boleh dibuka sehinggamenjadi komponen-
komponen kecil yang boleh diangkut atau dibawa denganmudah. Rumah yang memiliki
teknik binaan menggunakan panel dinding ini telahterbukti berjaya dibuka untuk
dipindahkan dan dipasang semula di tempat lain iaituRumah Penghulu Abu Seman
dipasang semula di Jalan Stonor, Kuala Lumpur danRumah Tok Su dipasang semula di
Alor Setar dimana kedua-duanya di ambil darikawasan Bandar Baharu,
Kedah.Penggunaan sistem tanggam untuk komponen strukturadalah menjadi kebiasaan
bagi rumah Melayu tradisional. Apabila empunya rumahberniat untuk berpindah atau
rumahnya dibeli oleh orang lain, mereka mudah untukmembuka dan memasangnya
semula. Gambar 5.0Rumah Tok Che Ah masih menyimpan ruang Ibu yang asal dan
dinding panel seperti rumah Penghulu 6 Abu Seman dan rumah Tok Su
7. 7. KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING
RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH06 TEKNIK PEMASANGAN DINDING PANEL
TRADISIONAL MELAYU Rumah pusaka Tok Che Ah tidak lagi memiliki ruang dalaman
seperti rumahtradisional dahulu, cuma yang masih tinggal adalah ruang Ibu yang
merangkumi ruanganjung hadapan. Walaupun hanya sekadar rumah Ibu, teknik
pertukangannya sangatbermakna dan bercirikan rumah Melayu tradisional asli.
Tambahan pula, rumah TokChe Ah terletak di daerah Bandar Baharu, Kedah dimana
berada di lingkungankawasan yang sama dengan rumah Penghulu Abu Seman dan
rumah Tok Su. Usiarumah Ibu ini dijangka melebihi 70 tahun. Tanpa diduga, pada
November 2011 telahberlaku ribut petir yang menumbangkan sebatang pokok kelapa
yang telah menimparuang anjung rumah tersebut. Kesannya, alang panjang sisi kanan
telah patah, paneldinding anjung sisi kanan juga pecah.Gambar 6.0RumahTok Che Ah
sehari selepas kejadian ditimpa pokok kelapa Setelah diteliti, komponen dinding tersebut
masih boleh digunakan dan perlusedikit rawatan. Kerja memasang semula panel dinding
ini memerlukan tempoh masayang singkat dan tanpa perlu kemahiran tinggi. Dengan
mengetahui langkah yangtepat untuk mula memasang dan tidak melangkaui diantara
satu akan memudahkankerja-kerja pemasangan.Langkah-langkah pemasangan dinding
panel bagi rumahMelayu tradisional ini seperti ilustrasi berikut. 7
8. 8. KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING
RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH Ilustrasi Pemasangan Panel Dinding 1 2 3
4Ilustrasi langkah-langkah memasang panel dinding: 1. Memasang kayu jenang yang
telah ditebuk dan dilarik parit untuk tanggam. 2. Memasang bingkai dan tingkap terlebih
dahulu. 3. Menaikkan kayu panel pada bahagian hujung jenang sebagai penamat bingkai
panel keseluruhan. 4. Memasang papan kembung yang berada diantara tingkap dan
kayu panel tepi. 8
9. 9. KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING
RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH 5 6 7 85. memasang kayu lintang(horizontal
stud) dan kayu tegak(vertical stud) untuk membahagi kepingan papan dinding.6.
Memasang kepingan papan dan dinding disusun ke atas.7. Memasang kekisi kerawang
pada bahagian atas tingkap.8. Memasang kayu jenang atas untuk menutup keseluruhan
panel dinding. 9
10. 10. KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING
RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAHAlbum Rentetan Proses Pemasangan Panel
DindingRUJUKAN 1 2 3 4 5 10
11. 11. KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING
RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH 6 7 1. Jenang tingkap bahagian bawah. 2.
Dinding yang belum dipasang. 3. Pemasangan bingkai tingkap yang telah siap. 4.
Pemasangan papan kembung dan kayu lintang. 5. Cara memasang kayu lintang . 6.
Papan dinding dipasang dari atas dan disusun. 7. Memasang kekisi kerawang pada
bahagian atas tingkap.PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN Secara umumnya, teknik
pertukangan komponen panel dinding rumah Melayutradisional Kedah kelihatan seperti
dinding yang mudah untuk dipasang namun iamemerlukan kerja keras penukang rumah
untuk memastikan setiap komponen diukur,dipotong dan ditebuk dengan sempurna dan
tepat supaya proses pemasanganmudah dan berjalan lancar. Dengan mengkaji dinding
jenis panel ini juga membukamata pembina rumah, arkitek untuk melaksana inovasi
berdasarkan kepakaran tukangterdahulu supaya dapat diterapkan dengan lebih baik
pengetahuan yang diwariskankepada kita. Sebagai mengakhiri kata, mengenang kembali
resmi tukang yangmengamalkan konsep membuat kerja sehingga sudah perlu kita
praktik sebagaipegangan dimana dengan cara itulah disiplin serta tanggungjawab kita
dapatdipupuk, dalam memastikan amanah kita terlaksana. 11
12. 12. KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING
RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAHRUJUKAN1.Loo, Ruby & Lee, Chris. 1998.
Arrival of the International Style. In: The Encyclopedia Of Malaysia Architecture, Chen
Voon Fee. (ed). Archipelago Press.2.Mohd Tajuddin Rasdi. 1998. Developing a Modern
Malaysian Architecture. Dlm. The Encyclopedia Of Malaysia Architecture, Chen Voon
Fee. (ed). Kuala Lumpur: Archipelago Press.3.Abdul Halim Nasir. 1985. Pengenalan
Rumah Tradisional Melayu Semenanjung Malaysia. Loyal Press Sdn Bhd.4.Mohd.
Zamberi A. Malek. 1994. Patani Dalam Tamadun Melayu. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.5.Norhaiza Noodin, Inovasi : Hubungkait Seni Ukir Kayu Dalam
Masyarakat, Konvensyen Inovasi Kraf Kebangsaan 2004, Hotel Prince, Kuala Lumpur,
28 Feb. 2005. 12

Anda mungkin juga menyukai