Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PERMOHONAN PERUNTUKAN
PEMBELIAN LCD UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH
SMK (P) SULTAN ABU BAKAR, MUAR

KERTAS KERJA

PERMOHONAN PERUNTUKAN
PEMBELIAN LCD
UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH
SMK (P) SULTAN ABU BAKAR, MUAR

DISEDIAKAN OLEH:

MOHD FAESAL MAZIAN BIN JAMIAN

SETIAUSAHA PIBG
SMK (P) SULTAN ABU BAKAR, MUAR
KERTAS KERJA
PERMOHONAN PERUNTUKAN
PEMBELIAN LCD UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH
SMK (P) SULTAN ABU BAKAR, MUAR

1. NAMA PROJEK
LCD PROJEKTOR

2. TUJUAN KERTAS KERJA


Kertas kerja ini disediakan adalah untuk memohon sumbangan daripada Yang
Berhormat DATO' RAZALI BIN HAJI IBRAHIM, Timbalan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Ahli Parlimen P146 Muar, bagi memohon 7 buah LCD Projektor
bagi kegunaan para guru dan pelajar SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar..

3. PENGENALAN
Sejajar dengan pelaksanaan PEMBELAJARAN KELAS ABAD 21( PAK21) di SMK
(P) Sultan Abu Bakar, antara ciri ciri PAK21 ialah:
Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam Pdpc

Pembelajaran aktif
- penglibatan yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan, ataupun
penggunaan komputer

Pembelajaran kolaboratif
- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam
pembelajaran.

Sehubungan dengan itu, adalah satu keperluan penggunaan komputer riba dan
LCD Projektor dalam melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (Pdpc)
yang lebih efisien dan berkualiti.
Namun begitu, pada tahun 2017, hanya sebuah LCD Projektor SMK (P) Sultan
Abu Bakar yang masih berfungsi dengan baik. LCD Projektor yang berada di Dewan
Sri Puteri juga sudah rosak setelah dibaiki beberapa kali.
KERTAS KERJA
PERMOHONAN PERUNTUKAN
PEMBELIAN LCD UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH
SMK (P) SULTAN ABU BAKAR, MUAR

Penggunaan LCD Projektor dapat membantu memudahkan Pdpc dan


menjadikan pelaksanaan KSSM yang akan memasuki tahun kedua pelaksanaannya
pada tahun 2018 lebih berkesan.

4. RASIONAL
Rasional permohonan peruntukan untuk membeli LCD Projektor ini adalah untuk
membantu guru-guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dengan lebih menarik
dan murid lebih dapat mendengar audio dan visual pada masa yang sama. Ianya
lebih bersesuaian dengan Konsep PAK21.

5. OBJEKTIF
Dengan pembelian LCD Projector ini, diharap agar dapat:
(a) Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran yang boleh dilaksanakan untuk
pembelajaran abad 21 dan menjadikan Pdpc guru lebih menarik serta dapat
menghilangkan rasa mengantuk pelajar.
(b) Memaksimakan penggunaan telefon pintar YES 4G LTE dalam Pdpc.
Contohnya penggunaan perisian aplikasi Anycast dapat memaparkan skrin
YES smartphone terus melalui LCD projektor. Penggunaan teknologi ini
bersama sambungan Internet YES 4G dan Frog VLE iaitu sebuah platform
pembelajaran secara maya di dalam bilik darjah ini dapat merealisasikan
usaha guru mengadaptasi pendidikan abad ke-21 (PAK-21).
(c) Membolehkan lebih ramai guru menggunakan LCD Projektor pada satu-satu
masa mendorong guru melengkapkan murid dengan set kemahiran 5C iaitu
Pemikiran Kritis (Critical Thinking), Kreativiti (Creativity), Kolaborasi
(Collaboration), Perwatakan (Character) dan Komunikasi (Communication).
KERTAS KERJA
PERMOHONAN PERUNTUKAN
PEMBELIAN LCD UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH
SMK (P) SULTAN ABU BAKAR, MUAR

6. SUMBANGAN YANG DIPOHON


ANGGARAN
BI ANGGARAN
LOKASI LCD PROJEKTOR HARGA
L KOS
SEUNIT
- Dewan Seri Puteri
- Bilik Tayang
- Bilik Bahasa
- Perpustakaan 7 RM 1 800 RM 12 600
- Asrama
- Bilik Frog VLE (bawah)
- Bilik Seminar

Contoh LCD Projektor dan harga jualan


KERTAS KERJA
PERMOHONAN PERUNTUKAN
PEMBELIAN LCD UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH
SMK (P) SULTAN ABU BAKAR, MUAR

7. PENUTUP
Projek LCD Projektor ini amat wajar dilaksanakan dengan tujuan
mentransformasikan pendidikan melalui pelaksanaan inisiatif berteraskan konsep
PAK-21. Bagi merealisasikan pelaksanaannya, penggunaan LCD Projektor dapat
memberi akses lebih meluas sambungan Internet YES 4G dan Frog VLE setiap kali
Pdpc dilakukan di mana sahaja dan tidak terhad hanya di Bilik Frog VLE.

Semoga hasrat dan aspirasi pendidikan negara ini akan dapat dicapai dengan
sokongan padu Yang Berhormat Dato' Razali Bin Haji Ibrahim terhadap permohonan
pihak sekolah dan guru-guru SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar kerana guru
merupakan individu yang paling hampir dengan murid dan berupaya membekalkan
murid dengan kemahiran serta pengetahuan yang diperlukan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

________________________ _________________________
(Mohd Faesal Mazian bin Jamian) (Pn Hjh Normah Binti Kandar)
Setiausaha PIBG Pengetua
SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar