Anda di halaman 1dari 1

AMALAN REFLEKSI

Matapelajaran : Sains (Mengenal fungsi anggota deria manusia)


1. Isu /Aktiviti:
Menamakan anggota deria manusia (Langkah 2)

2. Analisis Isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:
Murid-murid lebih aktif dan melibatkan diri dengan sepenuhnya apabila saya
meminta mereka untuk menggunakan warna air untuk mewarna kertas lukisan
yang telah diberikan. Mereka telah menunjukkan komitmen yang tinggi sewaktu
menjalankan aktiviti memilih gambar yang berkaitan dengan deria manusia.
Aktiviti-aktiviti yang disediakan dapat menarik perhatian murid-murid dan mereka
telah melibatkan diri dengan aktif apabila diberi token sebagai peneguhan positif.

2.2 Kelemahan:
Beberapa orang murid tidak menumpukan perhatian apabila rakan-rakan mereka
sedang membentang hasil kerja mereka di hadapan kelas. Saya juga perlu
merancang aktiviti yang boleh membuat murid-murid bergerak. Hal ini kerana,
murid-murid kelas ini adalah aktif dan mereka mampu membuat aktiviti yang boleh
bergerak seperti di luar kelas.

3. Cadangan penambahbaikan:
Saya akan pastikan semua murid menumpukan perhatian semasa murid lain sedang
membentang di hadapan. Saya boleh memberikan mereka teguran negatif supaya
mereka tidak mengulangi perbuatan mereka yang tidak diingini.

Anda mungkin juga menyukai