Anda di halaman 1dari 7

Ulasan Pemerhatian Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani

Perancangan

a) Hasil Pembelajaran
Melakukan kemahiran asas dalam permainan bola keranjang.
Menyatakan sekurang-kurangnya empat kemahiran asas dalam
permainan bola keranjang.
Menyatakan aspek-aspek keselamatan dalam permainan bola
keranjang.

b) Isi Pelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat
meningkatkan perkembangan diri dalam aspek psikomotor, kognitif dan
efektif. Dalam aspek psikomotor, murid-murid dapat melakukan cara
hantaran-hantaran dalam bola keranjang dengan betul. Selain itu, mereka
juga dapat menguasai kemahiran asas bola keranjang yang lain seperti
mengelecek dan menjaring dengan cara yang tepat. Dari aspek kognitif pula,
muri-murid dapat menyatakan jenis-jenis hantaran dalam bola keranjang
yang telah dipelajari. Tambahan pula, mereka juga mampu menyatakan
sekurang-kurangnya lima aspek keselamatan dalam permainan bola
keranjang. Bagi aspek efektif, murid-murid dapat memupuk nilai dan
semangat bertanggangjawab semasa menjalankan aktiviti.

c) Strategi Pengajaran
Mengunakan strategi pengajaran demonstrasi.
Melakukan aktiviti ansur maju.
Menggunakan strategi pengajaran yang berpusatkan murid.

d) Sumber Pengajaran Pembelajaran


Penggunaan alatan seperti bola keranjang dan skitel sebagai bahan
pengajaran pembelajaran.

e) Penerapan Nilai
Bertanggangjawab
Berkerjasama
f) Unsur Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

Pelaksanaan

a) Permulaan
Pada permulaan proses pengajaran dan pembelajaran, guru tersebut
meminta murid-murid berlari keliling gelanggang bola keranjang sebanyak
tiga pusingan sebagai aktiviti memanaskan badan. Selepas itu, guru meminta
dua orang murid untuk memimpin aktiviti regangan umum. Regangan
dilakukan bermula daripada bahagian kepala sehingga bahagian kaki.
Sementara itu, guru melakukan pemantauan untuk memastikan semua murid
melakukan dengan betul-betul. Seterusnya, guru pula memimpin murid-murid
melakukan aktiviti regangan spesifik dalam bola keranjang. Tujuan aktiviti
memanaskan badan adalah untuk meningkat suhu badan sebelum
melakukan aktiviti yang lebih agresif manakala aktiviti regangan dilakukan
dengan tujuan untuk mengurangkan risiko kecederaan semasa melakukan
aktiviti. Aktiviti regangan spesitik pula dapat membantu murid-murid untuk
menguasai kemahiran-kemahiran dalam bola keranjang.

b) Perkembangan Pengajaran
Aktiviti 1:
Guru mengajar dua jenis hantaran dalam bola keranjang iaitu
hantaran dada dan hantaran bawah. Guru mengunakan kaedah
demonstrasi dalam pengajaran ini. Guru meminta dua orang murid
untuk membantu guru melakukan demonstrasi cara menghantar bola
dengan betul. Selepas itu, guru membahagikan murid-murid kepada
empat kumpulan mengikut warna rumah masing-masing. Dalam
kumpulan, murid-murid melatih hantaran dada dan hantaran bawah.
Apabila murid-murid semakin maju dalam penguasaan kemahiran
tersebut, guru menambahkan jarak membuat hantaran. Pelaksanaan
kedua-dua aktiviti telah membuktikan bahawa guru mengunakan
langkah ansur maju dengan melakukan aktiviti yang lebih mudah
dahulu sebelum melakukan aktiviti yang lebih susah.
Aktiviti 2:
Guru melakukan satu permainan kecil yang berkaitan dengan
hantaran dada dan hantaran bawah. Aktiviti ini dilaksanakan untuk
memperkukuhkan lagi penguasaan kemahiran-kemahiran tersebut.
Dalam kumpulan, murid-murid memulakan permainan dengan
hantaran dada dahulu dan apabila wisel dibunyikan, murid-murid
harus menukar hantaran dada kepada hantara bawah. Setiap sekali
wisel dibunyikan, murid-murid harus menukar cara hantaran secara
selang-seli. Murid-murid haruslah memberi perhatian dengan
sepenuhnya semasa bermain kerana wisel akan dibunyi dengan
semakin maju. Walaupun permainan ini mudah sahaja, tetapi ia dapat
meningkat keseronokan dan menarik minat murid-murid.

Aktiviti 3: Guru meminta murid-murid beratur untuk melakukan


jaringan di garis jaringan percuma sebagai ulangkaji kepada
kemahiran menjaring yang telah diajar oleh guru pada proses
pengajaran dan pembelajaran sebelum ini. Selepas itu, perlawanan
antara kumpulan dijalankan untuk memberi peluang murid-murid
mengaplikasikan kemahiran hantaran dada dan hantaran bawah yang
baru dibelajar dalam permainan yang sebenar. Pada masa yang sama,
mereka juga dapat meningkatkan kemahiran mengelecek dan
menjaring yang telah dipelajari melalui perlawanan ini.

c) Pengurusan Bilik Darjah


Guru mengurus bilik darjah dengan baik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ini. Semasa menjalankan aktiviti-aktiviti, guru sentiasa
membahagikan murid-murid kepada empat kumpulan mengikut rumah
masing-masing dan melantik seorang ketua yang bertanggungjawab untuk
menjaga ahli-ahlinya. Dengan ini, guru lebih mudah mengurus bilik darjah
dan proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat dijalankan dengan
lancar. Selain itu, guru juga mengunakan wisel untuk mengawal bilik darjah
dan menarik perhatian murid-murid semasa melakukan aktiviti.
d) Komunikasi
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, guru arahan yang jelas
kepada murid-murid sebelum menjalankan sesuatu aktiviti. Selain itu, proses
pengajaran dan pembelajaran ini juga menunjukkan komunikasi dua hala
yang aktif antara guru dan murid-murid. Murid-murid sentiasa memberi
respon kepada pengajaran guru. Mereka juga akan bertanya sekiranya tidak
faham atau tidak jelas akan arahan guru. Komunikasi yang baik ini memberi
kesan yang baik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Buktinya,
semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.

e) Kualiti Pengajaran
Guru berjaya menghasilkan kualiti pengajran yang baik. Semua aktiviti yang
dilaksanakan sangat membantu murid-murid dalam menguasai kemahiran-
kemahiran asas dalam bola keranjang. Selain itu, guru juga berjaya menarik
dan pupuk minat murid untuk menguasai kemahiran permainan bola
keranjang. Semua murid kelihatan seronok dan menglibatkan diri dengan
aktif dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.

f) Penutup
Selepas melakukan aktiviti-aktiviti tersebut, guru meminta dua orang murid
memimpin aktiviti menyejukkan badan. Aktiviti ini bertujuan untuk memulihkan
suhu badan murid-murid selepas melakukan aktiviti yang agresif selain
mengurangkan kesakitan otot-otot. Pada masa yang sama, guru melakukan
pemantauan untuk memastikan semua murid melakukan dengan betul-betul.
Seterusnya, guru melaksanakan satu perbincangan dan refleksi bersama-
sama murid-murid. Guru meminta murid-murid mengimbas semula
kemahiran-kemahiran bola keranjang yang telah dipelajari dan seterusnya
menyatakannya. Selain itu, guru juga membincangkan aspek-aspek
keselamatan dalam permainan bola keranjang. Murid-murid telah
menyatakan sekurang-kurang lima aspek keselamatan berdasarkan hasil
perbincangan. Sebelum bersurai, guru meminta beberapa orang murid yang
bertugas untuk membantu guru meyimpakan alatan. Sementara itu, murid-
murid yang lain beratur dengan disiplin untuk balik ke kelas.
g) Pencapaian Hasil Pembelajaran
Proses mengajaran dan pembelajaran ini telah berjaya mencapai hasil
pembelajaran. Murid-muird dapat melakukan kemahiran asas dalam
permainan bola keranjang. Mereka juga dapat menyatakan sekurang-
kurangnya empat kemahiran asas dalam permainan bola keranjang selain
dapat menyatakan aspek-aspek keselamatan dalam permainan bola
keranjang.

h) Aplikasi Nilai
Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, nilai bertanggangjawab dan
semangat berkerjasama telah dapat diaplikasikan oleh murid-murid. Murid-
murid bertanggungjawab dengan tugas mereka. Contohnya, murid-murid
yang bertugas pada hari itu tidak lupa untuk mengemas dan menyimpan
alatan selepas menjalankan aktiviti. Semangat bekerjasama telah dipupuk
semasa menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Murid-murid saling membantu
antara sama lain untuk menguasai kemahiran-kemahiran bola keranjang.
Sehubungan itu, mereka juga menunjukkan semangat bekerjasama dalam
perlawanan.

Ulasan Keseluruhan

Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran ini berjaya kerana ia


dapat mencapai objektif dan hasil pembelajaran yang diharapkan. Guru juga berjaya
menghasilkan kualiti pengajran yang baik. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sangat
membantu murid-murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam bola
keranjang. Di samping itu, proses pengajaran dan pembelajaran ini juga sangat
berkesan di mana ia dapat menarik dan pupuk minat murid untuk menguasai
kemahiran permainan bola keranjang. Buktinya, murid-murid kelihatan seronok dan
menglibatkan diri dengan aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bukan
itu sahaja, murid-murid juga dapat mempupuk nilai bertanggungjawab dan semangat
bekerjasama melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini. Proses pengajaran
dan pembelajaran ini ternyata dapat meningkatkan perkembangan murid-murid
secara menyeluruh terutamanya dari aspek psikomotor, kognitif dan efektif.
Tambahan pula, sikap professional guru dalam menguruskan bilik darjah juga boleh
dijadikan satu contoh yang baik. Tegasnya, ini merupakan satu proses pengajaran
dan pembelajaran yang berjaya.

Esei Reflektif
Esei Reflektif

Semasa menjalankan Program Pengalaman Berasarkan Sekolah 2 di SJK (C)


Khoon Aik, Perlis, saya berpeluang untuk membuat pemerhatian terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Melalui pemerhatian tersebut,
saya telah mendapat banyak input-input dan ilmu-ilmu yang sangat berguna untuk
saya sebagai seorang bakal guru pendidikan jasmani.

Pertama sekali, saya dapat mengetahui bagaimana cara untuk mengurus bilik
darjah secara berkesan. Hal ini sangat penting kerana subjek Pendidikan Jasmani
merupakan satu subjek yang berlainan dengan subjek akademik yang lain di mana
proses pengajaran dan pembelajarannya dilaksanakan di luar bilik darjah. Melaui
pemerhatian, guru tersebut mengurus bilik darjah dengan baik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran ini. Semasa menjalankan aktiviti-aktiviti, guru sentiasa
membahagikan murid-murid kepada empat kumpulan mengikut rumah masing-
masing. Guru juga melantik seorang ketua yang bertanggungjawab dalam setiap
kumpulan untuk menjaga ahli-ahlinya. Dengan ini, guru lebih mudah mengurus bilik
darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat dijalankan dengan
lancar. Selain itu, guru juga mengunakan wisel untuk mengawal bilik darjah dan
menarik perhatian murid-murid semasa melakukan aktiviti. Sebagai contohnya,
semasa murid-murid menjalankan aktiviti, guru akan meniupkan wisel untuk menarik
perhatian murid-murid dan seterusnya mengarahkan murid-murid untuk berkumpul.
Secara ringkasnya, amalan-amalan pengurusan bilik darjah yang diamalkan ini boleh
dijadikan sebagai satu contoh yang baik semasa mengajar Pendidikan Jasmani.

Di samping itu, saya mendapati murid-murid memberi rangsangan dan


tingkah laku yang baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Mereka akan
memberi perhatian dan mendengar arahan guru dengan jelas sebelum menjalankan
sesuatu aktiviti. Proses pengajaran dan pembelajaran ini juga menunjukkan
komunikasi dua hala yang aktif antara guru dan murid-murid. Murid-murid sentiasa
memberi respon kepada pengajaran guru. Mereka juga akan bertanya sekiranya
tidak faham atau tidak jelas akan arahan guru. Bukan itu sahaja, murid-murid juga
kelihatan seronok dan menglibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti yang
dijalankan. Kesungguhan dan perasaan ingin terus belajar yang ditunjukkan oleh
murid-murid sangat mengakumkan. Dengan itu, saya telah mempelajari bahawa
komunikasi dan gaya pembelajaran murid-murid yang baik ini memberi kesan yang
baik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Buktinya, semua aktiviti dapat
dilaksanakan dengan baik dan lancar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Melalui pemerhatian ini, saya juga mengetahui betapa pentingnya peranan
guru terhadap murid dari aspek bimbingan dan kebajikan. Bimbingan guru adalah
sangat diperlukan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya,
guru tersebut membimbing murid-muridnya melakukan aktiviti regangan spesifik
dalam permainan bola keranjang. Sekiranya guru tidak membimbing mereka sudah
tentu mereka tidak dapat lakukan sendiri kerana aktiviti ini bukan aktiviti yang biasa
dilakukan oleh mereka melainkan aktiviti rengangan umum yang sentiasa
dilaksanakan selama ini. Bukan itu sahaja, murid-murid juga kemungkinan besar
akan mengalami kecederaan sekiranya melakukan aktiviti rengangan tersebut tanpa
panduan dan bimbingan guru. Selain itu, guru tersebut juga melakukan demonstrasi
terhadap cara-cara menghantar bola yang betul sebelum beliau membenarkan
murid-muridnya menjalankan latihan. Bimbingan yang diberi ini adalah untuk
meningkatkan kefahaman murid-murid agar mereka dapat menguasai keahiran
tersebut dengan lebih cepat.

Dari segi aspek kebajikan, guru juga memainkan peranan yang sangat
penting. Guru haruslah sentiasa menjaga kebajikan dan keselamatan murid-murid.
Sebagai contoh, guru tersebut sentian mengawasi dan membuat pemantauan
semasa murid-muridnya menjalankan aktiviti. Beliau juga memastikan murid-murid
melakukan aktiviti memanaskan badan, regangan dan menyejukkan badan dengan
bersungguh-sungguh untuk menjamin keselamatan dan kesihatan mereka.
Sehubungan itu, guru menjaga kebajikan murid-murid dengan menyediakan alatan
yang mencukupi. Hal ini penting supaya setiap murid berpeluang mempelajari dan
menguasai kemahiran dengan adanya alatan. Secaranya tegasnya, guru memainkan
peranan yang sangat penting terhadap murid-murid dari aspek bimbingan dan
kebajikan.

Kesimpulannya, saya dapat mempelajari banyak perkara melalui proses


pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani tersebut. Semua input-input dan
ilmu pengetahuan yang saya perolehi itu dapat saya jadikan satu panduan dan
contoh apabila saya mengajar subjek Pendidikan Jasmani pada masa yang akan
datang.

Anda mungkin juga menyukai