Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR PISMPSN1616

KE JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA, PEJABAT METEOROLOGI SARAWAK.

Lawatan sambil belajar ke Pejabat Meteorologi Sarawak adalah aktiviti yang telah dijalankan oleh
siswa pendidik PISMP Sains Ambilan Jun 2016. Butiran lawatan adalah seperti berikut:

Tempat lawatan : Pejabat Meteorologi Sarawak


Tarikh : 23 Januari 2017
Masa : 1.00pm 4.30pm
Bilangan peserta : 14 orang

1. Pensyarah Pengiring

a) Cik Habibah binti Marzuki

b) Cik Rosidah binti Abdollah

c) Encik Muyang Anak Jami

d) Encik Noor Bahar bin Mohd Azhar

2. Tujuan Lawatan

a) Memenuhi keperluan ilmiah bagi kursus SCES3033 Bumi dan Angkasa Lepas.

b) Menambahkan pengetahuan mengenai kaedah pencerapan dan peramalan cuaca di


Malaysia.

c) Mendedahkan spesifikasi tugasan dalam bidang kajian cuaca kepada siswa pendidik.

d) Meningkatkan perasaan cinta dan minat terhadap ilmu pengetahuan dalam diri siswa
pendidik.

e) Mengasah kemahiran berkomunikasi siswa pendidik bagi tujuan pemerolehan ilmu.

3. Persediaan Awal

Perbincangan bersama pensyarah kursus telah diadakan bagi penetapan beberapa perkara
berkaitan lawatan ini. Antara perkara yang dibincangkan adalah:

a) Anggota rombongan yang melawat.


b) Pensyarah pengiring yang turut serta.

c) Pengurusan bas/pengangkutan siswa pendidik dan pensyarah pengiring.

d) Waktu bertolak dan balik.

e) Penyusunan semula jadual waktu kuliah.

4. Tempat Lawatan

Siswa pendidik dan pensyarah pengiring bertolak daripada kawasan kampus IPGKTAR
menggunakan bas IPGKTAR pada pukul 1.00pm dan tiba ke destinasi pada pukul 2.00pm.
Tempat pertama yang dilawati adalah seperti berikut:

a) Pejabat Meteorologi Sarawak

Salah satu cawangan kepada Jabatan Meteorologi Malaysia yang terdapat di Sarawak.
Pejabat yang beroperasi sepanjang masa (termasuk cuti umum) ini merupakan pusat
penerimaan dan pengurusan data daripada proses pencerapan cuaca di seluruh Sarawak.
Pusat ini bertanggungjawab menganalisa maklumat cuaca, meramal cuaca, dan
mengeluarkan amaran-amaran yang berkaitan dengan kajian cuaca seperti keadaan
perairan yang tidak selamat, mahupun kejadian cuaca buruk seperti tornado atau tsunami.
Taklimat ringkas dan pengenalan mengenai peranan Jabatan Meteorologi Malaysia juga
diadakan di sini.

Setelah selesai taklimat dan lawatan di lokasi pertama, kami menaiki bas sekali lagi menuju
ke lokasi lawatan seterusnya. Tempat kedua yang dlawati adalah seperti berikut:

b) Stesen Meteorologi Kuching

Lokasi pencerapan cuaca bagi kawasan Kuching ini terletak berhampiran dengan
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Fungsi utama stesen ini adalah memastikan
pesawat berlepas dengan selamat dan memberi amaran sekiranya terdapat halangan dari
segi keadaan cuaca sebelum penerbangan. Selain mencerap cuaca menggunakan pelbagai
peralatan moden, stesen ini juga mengumpulkan data mengenai Indeks Pencemaran Udara
(IPU) dan menghantarkan segala data yang diperoleh ke Pejabat Meteorologi Sarawak
yang seterusnya akan dihantar kepada dan disebarkan ke seluruh dunia oleh Agensi
Meteorologi Jepun atau Japan Meteorological Agency (JMA) yang terletak di Chiyoda,
Tokyo.
5. Faedah Lawatan

a) Setiap siswa pendidik dapat melawat ke tempat yang belum pernah dilawati.

b) Dapat meluaskan pandangan dan mempelajari perkara-perkara baru.

c) Dapat menambahkan pengetahuan dan menghubungkaitkan intipati lawatan dengan kursus


SCES3033.

6. Penutup

Siswa pendidik dan pensyarah pengiring berpuas hati dengan lawatan ini. Pada pukul 4.30pm,
semua peserta lawatan bertolak kembali ke IPGKTAR dan tiba di kampus pada pukul 5.30pm.

Laporan disediakan oleh,

(ELSIE EGILIP)
Setiausaha Lawatan,
PISMPSN1616,
IPG Kampus Tun Abdul Razak.
LAMPIRAN
Penyampaian cenderamata oleh Pengerusi (Ketua Kumpulan PISMPSN1616) kepada
penceramah

Lawatan di bahagian pengurusan data Pejabat Meteorologi Sarawak


Ketibaan rombongan lawatan di Stesen Meteorologi Kuching
Sesi taklimat: Penerangan tentang salah Penyampaian cenderamata oleh Pengerusi
satu mesin yang digunakan untuk mengukur kepada penceramah
Indeks Pencemaran Udara (IPU)

Anda mungkin juga menyukai