Anda di halaman 1dari 37

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) i|


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

Bahagian Hal Ehwal Akademik | Universiti Teknologi MARA, Perak

EDISI PERTAMA 2013

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 2|


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

Universiti Teknologi MARA, Perak, 2013

Edisi Pertama 2013

Hak Cipta Terpelihara. Tiada bahagian dalam penerbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada
dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu
daripada Bahagian Hal Ehwal Akademik, Universiti Teknologi MARA, Perak.

Manual Pementoran Pensyarah (MaPP) ini diterbitkan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik, Universiti
Teknologi MARA (Perak), Bandar Baru Seri Iskandar, 32610, Seri Iskandar, Perak Darul Ridzwan.

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 3|


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

PRAKATA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Cetusan idea untuk membukukan amalan terbaik sistem mentor-menti untuk para
pensyarah UiTM Perak adalah salah satu usaha mengukuhkan kualiti dan kelestarian
Kecemerlangan Akademik UiTM Perak. Pensyarah adalah aset universiti, apabila
cemerlang seseorang pensyarah maka secara langsung akan cemerlanglah UiTM
Perak. Ilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta kompetensi pensyarah yang
telah lama berkhidmat amat perlu disuburkan dengan menyalurkan bantuan dan
berkongsi amalan terbaik dengan pensyarah muda secara sistematik dan objektif .

Program Pementoran Berstruktur (Structured Mentoring Program) yang dibangunkan


oleh Bahagian Hal-Ehwal Akademik, UiTM Perak, adalah berpandukan kepada kajian,
maklum-balas pensyarah UiTM Perak serta amalan-amalan terbaik beberapa buah
universiti ternama. Hasil rumusan telah diadaptasi serta disesuaikan dengan keperluan
dan objektif UiTM. Syabas kepada Ahli Jawatan kuasa kerja yang telah berjaya
menghasilkan manual ini.

Manual ini merupakan simbol kepada komitmen pengurusan UiTM Perak untuk
membangunkan potensi para pensyarah muda serta memperluaskan peluang
perkongsian pintar di kalangan pensyarah melalui kaedah mentor-menti. Adalah
diharapkan agar manual ini akan menjadi panduan bagi meleraikan isu-isu berbangkit
serta memberi jawapan kepada maklum balas hasil kajian. Di samping itu, ia juga
diharap akan turut membantu pembangunan kerjaya setiap pensyarah.

Usaha Taqwa Mulia

Sekian.

Profesor Ir Dr Zainab Mohamed. P.Eng


Rektor
Universiti Teknologi Mara (Perak)
November 2013

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 4|


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

1.0 Latar Belakang

Kecemerlangan sesebuah universiti disokong oleh kecemerlangan para


pensyarah. Justeru, salah satu mekanisme yang dilaksanakan oleh UiTM (Perak)
bagi merealisasikan kecemerlangan tersebut adalah melalui pembentukan
Structured Mentoring Program (SMP).

Program Pementoran ini dilaksanakan sebagai satu program latihan dan


pendidikan yang terancang untuk membangunkan potensi pensyarah muda yang
kurang pengalaman, pendedahan dan kemahiran. Program Pementoran ini
diharap dapat menjadi sumber untuk bimbingan dan kerangka kepimpinan
bidang profesional dan akademik yang lebih efektif seterusnya meningkatkan
kompetensi para pensyarah.

Program yang dibangunkan ini adalah berdasarkan daripada kajian, maklum-


balas pensyarah UiTM Perak serta amalan-amalan terbaik beberapa buah
universiti ternama (Emory University, Columbia University, California University
dan Cambridge University) yang telah dimurnikan dan disesuaikan dengan
keperluan dan objektif UiTM.

Program ini diwujudkan untuk meningkatkan prestasi pensyarah baru melalui


beberapa langkah utama;

1. Pemadanan mentor dan menti yang bersesuaian;


2. Penetapan matlamat dan objektif jangka masa pendek dan jangka masa
panjang;
3. Pertemuan berkala antara mentor dan menti;
4. Penilaian berkala terhadap prestasi mentor-menti berpandukan matlamat
yang ditetapkan; dan
5. Maklum balas konstruktif yang berkesan.

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 5|


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

2.0 Matlamat-matlamat Program Pementoran UiTM (Perak)

2.1 Menyokong kejayaan dan kecemerlangan kerjaya di kalangan pensyarah


baru melalui hubungan pementoran yang berstruktur dan bermatlamat.
2.2 Menyediakan maklumat yang tepat dan cepat serta memberi bimbingan
dan sokongan terhadap kemajuan dan kenaikan pangkat di UiTM (Perak).
2.3 Membina satu budaya yang menghargai dan menyokong program
pementoran, berdasarkan pengiktirafan bahawa peranan utama pensyarah
kanan adalah untuk membimbing, membangun dan melatih generasi
seterusnya.

3.0 Objektif Program Pementoran UiTM (Perak)

3.1 Objektif jangka masa pendek


Membangunkan potensi pensyarah muda yang kurang pengalaman dan
kemahiran dalam teknik pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan
supaya mendapat bimbingan serta dorongan daripada pensyarah kanan
untuk tujuan pengesahan jawatan.

3.2 Objektif jangka masa panjang


Memindahkan pengalaman, kepakaran dan kebolehan pengajaran dan
pembelajaran (P&P), penulisan, inovasi, penerbitan, konsultasi dan
penyelidikan yang berguna kepada perkembangan kerjaya pensyarah
muda melalui perkongsian maklumat, kebolehan, kemahiran, inspirasi,
pendedahan dan pengalaman dengan pensyarah kanan.

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 6|


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

4.0 Komponen Teras Program Pementoran UiTM (Perak)

4.1 Hal Ehwal Akademik UiTM (Perak)


Menubuh dan mengkoordinasi program pementoran di UiTM (Perak).

4.2 Fasilitator pementoran (KeF)


Bertanggungjawab melaksana, menyelia dan menyelaras program
pementoran di peringkat fakulti.

4.3 Program pementoran One on One


Semua pensyarah baru akan berpasangan dengan pensyarah kanan.

4.4 Pengiktirafan untuk mentor-menti


4.4.1 Anugerah Pementoran (Best Mentor Award & Best Menti Award).
4.4.2 Kemajuan/kenaikan pangkat (Penyertaan pensyarah dalam program
pementoran ini dikira sebagai salah satu aktiviti dalam Sasaran Kerja
Tahunan (SKT) pensyarah pada tahun yang dinilai.

4.5 Kursus dan latihan (dikendalikan oleh ILQaM)


4.5.1 Bengkel/kursus dan seminar, penceramah jemputan, dll

Cadangan taklimat/topik-topik/kursus yang akan dikendalikan;


1. Sesi Orientasi Mentor-Menti;
2. Taklimat Bagaimana untuk menjadi mentor dan menti yang
berkesan;
3. Penyediaan CV
4. Penyediaan manuskrip/artikel/manual/modul;
5. Permohonan pembiayaan penyelidikan;
6. Keseimbangan kerjaya/kehidupan.

4.6 Penilaian
4.6.1 Pembentangan laporan pertemuan/pencapaian.
4.6.2 Soal selidik program dan penilaian mentor/menti secara individu.

4.7 Laman sesawang program pementoran


4.7.1 Maklumat Program Pementoran, borang permohonan
www.perak.uitm.edu.my/pementoran

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 7|


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

5.0 Carta Organisasi


CARTA ORGANISASI STRUCTURAL MENTORING PROGRAM (SMP)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (PERAK)

Rajah 1: Carta Organisasi Program Pementoran Berstruktur, UiTM (Perak)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 8|


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

6.0 Definisi Pementoran

satu proses bimbingan dan merupakan kerangka atau panduan untuk


kepimpinan bagi bidang profesional dan akademik yang lebih efektif
(Aladejana A., et al, 2006).

proses yang melibatkan seorang individu (mentor) yang berpengalaman,


dipandang tinggi, dan memahami membimbing seorang individu lain (menti)
dalam perkembangan dan pemeriksaan melalui penilaian mereka sendiri,
pembelajaran dan peribadi dan perkembangan professional. Mentor
kebiasaannya, tapi tidak semestinya, bekerja di dalam organisasi atau bidang
yang sama seperti mentinya, membantu dengan mendengar dan bercakap
dengan yakin kepada mentinya (Watkins dan Whalley, 1993).

Rajah 2 : Attribut Pementoran


[Sumber: Northcott, 2000; Oliver & Aggleton, 2002]

7.0 Fungsi Pementoran

7.1 Fungsi kerjaya

Aspek-aspek dalam hubungan yang meningkatkan kemajuan dalam


sesuatu organisasi (Azman et al, 2007) seperti membimbing,
melindungi, berhubung, memperoleh pembiayaan.

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 9|


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

7.2 Fungsi-fungsi psiko-sosial

Aspek-aspek dalam hubungan yang meningkatkan kelayakan, identiti


dan keberkesanan seseorang individu (Clutterbuck dan Megginson,
1999; Azman et al, 2007) seperti menjadi role model, kaunseling,
pengesahan, penerimaan, dan persahabatan.

8.0 Faedah Pementoran

8.1 Faedah untuk menti

Dapat mempelajari sesuatu daripada pengalaman, kemahiran dan


mencontohi cara pembelajaran mentor (membantu untuk pengesahan
jawatan pensyarah). Mereka juga mendapat faedah daripada hubungan
yang lebih luas dan peluang-peluang untuk bekerjasama, khidmat
nasihat perancangan kerjaya, laluan untuk kritikan dan maklum balas
yang jujur, nasihat tentang tanggungjawab dan keutamaan, pendedahan
tentang peraturan-peraturan akademia yang formal dan tidak formal
serta bantuan dalam mengembangkan kepakaran dan mendapat
bahan-bahan yang diperlukan untuk berjaya.

8.2 Faedah untuk mentor

Mewujudkan sistem sokongan peribadi, maklumat dan maklum balas


dari menti- kepuasan membantu satu sama lain, pengiktirafan (termasuk
kenaikan pangkat), dan meningkatkan kepuasan bekerja/kerjaya.
Secara tidak langsung, pengetahuan, pengalaman serta kemahiran
mentor dapat dikembangkan melalui perkongsian amalan terbaik
mereka menti

8.3 Fakulti

Meningkatkan produktiviti, kerjaya dan kepuasan bekerja ke tahap yang


lebih tinggi, mengurangkan kemerosotan, dan meningkatkan kerjasama
antara pensyarah dalam fakulti, dan seterusnya mewujudkan
persekitaran yang lebih mesra.

8.4 Universiti

Mengukuhkan kualiti dan kelestariaan Kecemerlangan Akademik UiTM


Perak.

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 10 |


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

9.0 Kepentingan Pementoran

9.1 Pementoran telah terbukti berkesan untuk:

1. Meningkatkan minat dalam kerjaya akademik (Azman et al, 2007);


2. Mempromosikan perkembangan kerjaya dan kepuasan (Friday &
Friday, 2002);
3. Meningkatkan produktiviti fakulti (pementoran dikaitkan dengan
pembiayaan dan penerbitan) (Azman et al, 2007);
4. Menyokong prestasi kenaikan pangkat di kalangan akademia
(ibid, 2007);
5. Meningkatkan keberkesanan pengajaran, penyelidikan dan
perkembangan profesional (ibid, 2007);
6. Mengurangkan konflik antara kerjaya dan keluarga (Goldstein &
Ford, 2002).

10.0 Kerangka Structured Mentoring Program UiTM (Perak)

Agenda/Strategi UiTM

Agenda/Strategi Kemajuan Pensyarah UiTM

Strategi Pementoran Pensyarah UiTM (Perak)

Amalan Pementoran Formal Amalan Pementoran Tidak Formal

Amalan komunikasi antara mentor dan menti

Rajah 3 : Kerangka SMP UiTM (Perak)

Rajah 1 menunjukkan kerangka sistem pementoran yang diamalkan di UiTM


(Perak). Agenda/Strategi universiti hendaklah dijadikan sebagai panduan bagi
membina strategi kemajuan pensyarah dan program pementoran UiTM (Perak).
Amalan pementoran sama ada formal (mengikut prosedur yang ditetapkan) atau
tidak formal (mengikut prosedur yang fleksibel) mestilah dilaksanakan untuk
mencapai strategi pementoran UiTM (Perak). Amalan komunikasi antara mentor
(pensyarah kanan) dan menti (pensyarah muda) adalah mekanisme yang sangat
penting untuk memastikan proses perkongsian dan pemindahan pengetahuan,

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 11 |


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

pengalaman, kemahiran dan kebolehan berlaku secara terancang dan memberi


kesan positif terhadap sikap dan tingkah laku menti.

11.0 Struktur dan Pentadbiran Program Pementoran

Menyediakan garis panduan program pementoran


Menyediakan fasiliti, merancang aktiviti, latihan, kursus
HEA Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,
dan penilaian program pementoran

Mengenal pasti pasangan mentor dan menti


FAKULTI Memantau dan menilai aktiviti pementoran
Mengkoordinasi dan menyelaras pertemuan mentor dan
menti

Memindahkan pengalaman dan kepakaran: Mentor


Menerima nasihat/perubahan: Menti
Mentor + Menti
Menggariskan sasaran (goal) yang ingin dicapai.
e
Mengadakan perjumpaan berkala
Menghasilkan perubahan make magic

Rajah 4 : Program Pementoran Berstruktur (Peranan dan Tanggungjawab)

11.1 Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA)

Program pementoran dikoordinasikan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik.

Peranan HEA;

1. Menyediakan garis panduan program pementoran;


2. Menyediakan kemudahan, latihan, kursus mahupun bengkel seperti
Sesi Orentasi;
3. Menyelaraskan aktiviti pelantikan, pemantauan dan penilaian seperti
penyediaan borang penilaian dan pencapaian menti, menyediakan
perjanjian (mentoring agreement), mengeluarkan surat pelantikan, dan
juga memberi penghargaan kepada mentor dan menti yang berjaya
contohnya Best Mentor/Menti Award.

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 12 |


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

11.2 Fakulti

Setiap jabatan akan mengenal pasti pasangan mentor dan menti yang
bersesuaian berdasarkan bidang kepakaran dan minat mereka. Menti
digalakkan memilih mentor mereka supaya wujud hubungan yang baik dan
keserasian. Pihak fakulti juga bertanggungjawab menetapkan pertemuan
antara mentor dan menti berdasarkan jadual berkala. Bagi memastikan
program ini mencapai matlamat dan objektifnya, pihak fakulti dan HEA akan
memantau pelaksanaan program menerusi sesi pembentangan pencapaian
dan perkembangan menti oleh mentor (setiap 3 bulan pembentangan hasil
akan dilaksanakan).

11.3 Mentor dan menti

Mentor dan menti adalah peserta yang perlu mencapai sasaran dan KPI yang
digariskan. Mereka bertanggungjawab untuk mengadakan pertemuan berkala
(sekurang-kurangnya sebulan sekali). Pada awal pertemuan, mereka perlu
menetapkan sasaran yang ingin dicapai apabila menyertai program ini.

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 13 |


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

12.0 Proses Program Pementoran

PROGRAM PEMENTORAN BERSTRUKTUR (SMP)


(Proses Kerja Bermula Pada Awal Tahun)

Rajah 5 : Carta Aliran Proses Kerja

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 14 |


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

12.1 Pemilihan pasangan mentor dan menti

12.1.1 Proses mengenal pasti pasangan mentor dan menti


Pemilihan adalah berdasarkan kepakaran dan pengalaman. Menti
boleh memilih mentor mereka mengikut keperluan sasaran. Mereka
boleh memilih satu atau lebih bidang kepakaran seperti berikut:
1. Pengajaran dan pembelajaran
2. Penyelidikan
3. Profesionalisma/konsultasi
4. Inovasi
5. Penerbitan
Bidang pengajaran dan pembelajaran adalah wajib dan mereka boleh
memilih salah satu bidang lagi seperti di atas.

12.1.2 Pelantikan mentor dan menti (1 mentor :1@2 menti)


Surat pelantikan akan dikeluarkan oleh HEA dan cadangan pelantikan
adalah selama 1 hingga 3 tahun.

12.1.3 Perjanjian pementoran


Menggariskan komitmen, tanggungjawab dan peranan mentor serta
menti. Perjanjian ini akan disediakan oleh HEA.

12.1.4 Penetapan sasaran (jangka masa pendek dan panjang)


Pihak fakulti menetapkan sasaran kepada mentor dan menti. Borang
sasaran akan disediakan oleh pihak HEA.

Kelestarian Universiti

DM45 DM52 DM54 VK7

3 tahun Selepas 5 tahun


6 bln 1 thn Pembangunan Kerjaya
Pengesahan Jawatan
(Tumpuan kepada P & P serta penyelidikan)
2 3 thn
Pembangunan kerjaya

Rajah 6 : Sasaran Kerjaya Pensyarah

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 15 |


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

Contoh:

Rajah 4 menunjukkan sasaran kerjaya pensyarah dalam mencapai


kecemerlangan universiti. Sasaran utama pensyarah bermula tahun
pertama hingga tahun ketiga adalah untuk meningkatkan kemahiran
pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan. Keperluan ini
hendaklah dilengkapkan bagi tujuan pengesahan dalam jawatan.
Selepas tiga tahun tumpuan pensyarah adalah pada proses
pembangunan kerjaya mereka. Oleh itu, sasaran utama program ini
dibahagi kepada:
Sasaran jangka masa pendek (Sasaran utama untuk pengesahan
jawatan)
Dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun pertama menti boleh
melengkapkan keperluan untuk pengesahan jawatan terutamanya
dalam hal ehwal pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan.
Antaranya kemahiran dalam mengendalikan sesi pengajaran secara e-
learning, pelaksanaan silibus berdasarkan sistem Outcome Based
Education (OBE), penggunaan Jadual Spefikasi Ujian (JSU),
penggunaan teknik pengajaran yang kreatif dan inovatif, penggunaan
geran Dana Kecemerlangan, penyediaan cadangan penyelidikan atau
langkah permulaan melaksanakan penyelidikan.

Sasaran jangka masa panjang (Perkembangan Kerjaya)


Dalam tempoh 2 hingga 3 tahun menti mendapat pengesahan
jawatan, dapat menghasilkan kertas kerja, menubuhkan kumpulan
inovasi (seperti KIK dan IID), memohon geran penyelidikan,
menghasilkan log book, tugasan, atau mengambil peperiksaan untuk
tujuan penganugerahan status profesional. Contohnya, bagi Pensyarah
Pengurusan Hartanah mereka memperolehi Status Penilai Berdaftar
dan menghasilkan kajian dalam jurnal berimpak dan sebagainya.

(Lengkapkan Borang Matlamat Perkembangan Kerjaya di muka surat


34)

12.1.5 Taklimat/Kursus/Latihan/Bengkel Program Pementoran


HEA (ILQAM) bertanggungjawab menyediakan kemudahan, latihan,
kursus mahu pun bengkel. Taklimat berhubung peranan dan
tanggungjawab mentor dan menti, garispanduan program dan objektif
harus diadakan di peringkat awal program.

12.1.6 Pertemuan berkala


Pertemuan mentor dan menti hendaklah dilaksanakan sekurang-
kurangnya sebulan sekali supaya proses latihan dan pembelajaran

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 16 |


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

interaktif secara berterusan antara mentor dan menti dapat


dilaksanakan. Menti akan menerima pandangan, nasihat, perkongsian
pengalaman dan bimbingan khusus daripada mentor pada waktu
pertemuan tersebut. Log perjumpaan akan disediakan oleh pihak HEA.
(Lengkapkan Borang Log Perjumpaan SMP di muka surat 33)

12.1.7 Pemantauan dan penilaian


Pihak fakulti (Ketua Fakulti) hendaklah memantau pelaksanaan program
pementoran ini. Panel penilai terdiri daripada KeF daripada setiap
fakulti. Rajah 5 menunjukkan peringkat pembentangan laporan
pencapaian menti. Pembentangan akan dibuat pada setiap peringkat
dalam tempoh 3 bulan sekali. Setiap menti akan membentangkan
perkembangan dan pencapaian matlamat mereka kepada mentor.
Mentor pula akan membentangkan perkembangan menti mereka
kepada KeF (fasilitator). Kemudian,KeF akan membentangkan laporan
pencapaian program pementoran ini kepada Timbalan Rektor HEA
(TRHEA). Akhirnya, pencapaian program tersebut akan dibentangkan
oleh TRHEA kepada ahli pengurusan tertinggi UiTM (Perak) dalam
Mesyuarat Eksekutif.

Segala masalah berhubung pelaksanaan program ini akan dibincangkan


semasa sesi pembentangan ini. Pihak HEA akan menyediakan borang
penilaian dan pencapaian menti.

UiTM (Perak)/
Mesyuarat
(Per
Eksekutif
ak)Ek
HEA
sekutif

Fakulti

Pembentangan menti kepada


mentor

Rajah 7 : Pembentangan laporan pencapaian menti

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 17 |


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

12.1.8 Penghargaan
Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada mentor dan menti yang
berjaya contoh Best Mentor Award dan Best Menti Award. Dengan
adanya pengiktirafan ini mentor dan menti akan berusaha untuk
mencapai tahap yang lebih baik.

Penyertaan pensyarah dalam pementoran dicadangkan dimasukkan


sebagai salah satu aktiviti dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
pensyarah - pensyarah pada tahun ia dinilai.

13.0 Skop Pementoran

Perkongsian pengalaman yang mampu melahirkan


pensyarah baru yang kompeten. Skop pementoran
P&P adalah wajib dan boleh memilih satu bidang
kepakaran lain

Rajah 8 : Skop Pementoran

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 18 |


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

13.1 Pembelajaran dan pengajaran

1. Membimbing menti untuk mengajar dengan baik dan berkesan


dengan menyalurkan kemahiran dan pengalaman mentor dalam
proses pengajaran dan pembelajaran kepada menti;
2. Membimbing menti dalam pelaksanaan sesi pengajaran secara e-
learning, melaksanaan silibus berdasarkan sistem Outcome Based
Education (OBE) termasuklah Jadual Spefikasi Ujian (JSU), Closing
The Loop (CDL), Continuous Quality Improvement (CQI) dll;
3. Membimbing menti dalam pengurusan peperiksaan dan
pemarkahan;
4. Memperkenalkan menti tentang polisi dan agenda UiTM, peraturan
akademik, pekeliling akademik, prosedur-prosedur dan peraturan-
peraturan lain yang berkaitan.

13.2 Penyelidikan/Penulisan

1. Membantu dalam pembentukan visi dan matlamat kerjaya dan


mengkaji hasil kerja menti termasuk kertas penyelidikan, dan
manuskrip sebelum penghantaran ke jurnal, persidangan dan geran
cadangan;
2. Membantu mengenal pasti dan mendapatkan pembiayaan melalui
bantuan komunikasi yang proaktif one-on-one secara penulisan
dan lisan. Membimbing menti menghasilkan cadangan penyelidikan,
dan membimbing menti memohon geran. Sekiranya cadangan
penyelidikan atau geran tidak diterima, mentor perlu membaca
ulasan-ulasan yang dinyatakan dan membimbing menti untuk
memperbaikinya sebelum diserahkan kepada organisasi terbabit.

13.3 Inovasi

1. Membimbing menti menubuhkan kumpulan inovasi (seperti KIK dan


IID);
2. Menggalakkan menti menghasilkan idea inovasi yang kreatif.

13.4 Penulisan

Membimbing menti menghasilkan modul pengajaran, manuskrip,


penulisan buku dan sebagainya.

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 19 |


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

13.5 Profesionalisma

Membimbing menti menghasilkan log book, tugasan, atau mengambil


peperiksaan untuk tujuan penganugerahan profesional contohnya bagi
Pensyarah Pengurusan Hartanah mereka memperolehi Status Penilai
Berdaftar.

14.0 Garis Panduan Pementoran

14.1 Pemilihan mentor dan menti

1. Setiap jabatan mempunyai fleksibiliti dalam menentukan siapa yang


perlu mempunyai mentor. Semua pensyarah muda (sebagai menti)
hendaklah diletakkan di bawah tanggungjawab pensyarah kanan
(sebagai mentor) untuk memberikan bimbingan intelektual dan
kerjaya, serta sokongan social;
2. Pasangan mentor/menti seharusnya bersetuju pada no-fault
conclusion bagi hubungan mereka tidak kira daripada permintaan
mana-mana pihak. Matlamat pasangan mentor dan menti adalah
berdasarkan persetujuan bersama dan boleh berubah (jika perlu)
setelah matlamat-matlamat dan keperluan-keperluan baharu dikenal
pasti;
3. Pasangan mentor dan menti akan ditentukan berdasarkan
keperluan menti dan kekuatan mentor. Mentor boleh memilih dua
menti untuk skop yang sama. Contohnya, skop penyelidikan: menti
A dan B. Menti boleh memilih dua mentor bagi bidang yang berbeza
(jika perlu) contoh bidang pengajaran dan pembelajaran (wajib);
mentor A dan satu lagi skop adalah penyelidikan; mentor B.

14.1.1 Pemilihan mentor


1. Mentor hendaklah terdiri daripada pensyarah kanan yang telah
berkhidmat lebih daripada 5 tahun;
2. Mentor hendaklan mudah memberi dorongan dan sokongan, motivasi
yang baik, berkeyakinan mempunyai nilai kerja dan organisasi yang
baik berkeyakinan, baik, mencipta nilai dan memberi nilai tambahan;
3. Mempunyai kualiti keperibadian yang baik seperti berdisiplin, daya
kepimpinan serta kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik;
4. Mempunyai minat untuk meningkatkan mutu, kreativiti, inovasi dalam
pengajaran dan pembelajaran, minat dalam penyelidikan, penulisan
dan lain-lain;

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 20 |


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

5. Bagi pemilihan mentor untuk skop professionalism, mentor hendaklah


dikalangan professionalism berdaftar seperti penilai berdaftar,
perancang berdaftar, juru ukur berdaftar dan sebagainya;
6. Bersih daripada pertuduhan / tindakan tatatertib.

14.1.2 Pemilihan menti


Melibatkan semua pensyarah muda yang baru dilantik (Berkhidmat kurang
daripada 5 tahun)

14.2 Peranan mentor

1. Bertanggungjawab membimbing menti untuk memahami


tanggungjawab sebagai pensyarah;
2. Mengenal pasti dan menilai apa yang boleh mentor lakukan kepada
menti;
3. Menjelaskan jangkaan kepada menti tentang sejauh mana mentor
boleh memberikan panduan mengenai isu peribadi dan juga isu
professional seperti nasihat mengenai bagaimana mengimbangi
masa untuk kerjaya dan keluarga;
4. Memastikan kritikan (dan juga pujian) diberikan apabila diperlukan
dan memastikan mentor memberikan cadangan terperinci untuk
penambahbaikan;
5. Membimbing menti dalam proses pembelajaran dan pengajaran
seperti pelaksanaan e-learning, ISIS, Justifikasi Ujian (JSU), OBE,
hal ehwal peperiksaan, pemarkahan, dan sebagainya;
6. Membantu menti untuk memahami dan mematuhi peraturan,
pekeliling, polisi dan agenda UiTM;
7. Membantu menti untuk menggunakan kemudahan dan sokongan
yang tersedia di UiTM untuk meneruskan perkembangan kerjaya
(seperti dana untuk menghadiri persidangan atau bengkel,dana
untuk melaksanakan penyelidikan, industrial attachement dll);
8. Berkongsi pengalaman dan kemahiran dalam pengajaran dan
pembelajaran.

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 21 |


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

14.3 Model Kemahiran Mentor

Rajah 9 : Model Kemahiran Mentor


[Sumber: Young & Perrewe, 2000]

14.4 Tips untuk mentor

1. Buat pertukaran CV dengan menti untuk meransang perbincangan


mengenai perjalanan kerjaya dan sebarang kemungkinan;
2. Memupuk pencapaian dengan memberi komen yang membina,
pujian dan memberi maklum balas spontan;
3. Menggunakan pengetahuan, kepakaran, kemahiran dan
pengalaman yang ada untuk membantu menti membina kekuatan
mereka;
4. Berkongsi maklumat tentang aktiviti-aktiviti penting universiti dan
aktiviti profesional yang perlu dihadiri oleh menti;
5. Melaksanakan perjumpaan secara berkala (satu kali sebulan) bagi
membincangkan matlamat dan kaedah/usaha untuk mencapai
matlamat/objektif tersebut serta membincangkan hal-hal kerjaya dan
aktiviti menti;

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 22 |


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

6. Memberikan komitmen dengan menghubungi menti sekerap yang


mungkin untuk menunjukkan bahawa mentor prihatin terhadap
kerjaya menti;
7. Berbincang pencapaian tahunan bersama menti untuk
dibentangkan kepada KeF dalam Mesyuarat Pembentangan
Pencapaian Menti yang akan diadakan pada setiap 3 bulan;
8. Menyemak laporan sebelum dihantar ke fakulti;
9. Memaklumkan kepada fakulti/HEA jika ada sebarang masalah
dalam melaksanakan program pementoran.

14.5 Peranan menti

1. Menerima bimbingan dan nasihat;


2. Menyediakan satu senarai pendek berkenaan matlamat/sasaran kerjaya
jangka panjang dan jangka pendek;
3. Bertanggungjawab untuk merancang pertemuan dengan mentor melalui
penetapan temu janji;
4. Mewujudkan matlamat melalui perbincangan bersama mentor, dan
mengenal pasti kekuatan yang dimiliki serta kemahiran yang diperlukan
untuk mencapai matlamat tersebut;
5. Memberi komitmen terhadap pertemuan yang ditetapkan dan memastikan
tindakan yang dipersetujui dengan mentor pada pertemuan terdahulu telah
diselesaikan;
6. Menghargai masa dan tenaga mentor dan menggunakannya dengan
sebaik mungkin;
7. Bersikap terbuka dan jujur. Membenarkan mentor memberi cabaran
membina dan bersikap terbuka menerima pandangan mentor. Selain itu,
memberi maklum balas mengenai norma dan kualiti bimbingan yang
diberikan oleh mentor.

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 23 |


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

14.6 Perkara yang perlu dilakukan dan perlu dielakkan oleh menti

Lakukan Elakkan

Ambil inisiatif Menjadi pasif-jangan tunggu


Menghormati masa mentor mentor memulakan interaksi
Beritahu agenda dan matlamat Lewat, tidak tepati temu janji
sebelum pertemuan Kekal dalam zon selesa
Perjelaskan matlamat dan Kekal dalam perhubungan
jangkaan pementoran sedangkan ia
Rajin bertanya mentor terutamanya tidak membantu
berhubung dengan peraturan,
pekeliling, prosedur, polisi UiTM dll
Menerima teguran mentor secara
positif dan berubah untuk kebaikan
Mengemaskini CV dll.

14.7 Tips untuk menti

1. Menunjukkan inisiatif dalam perancangan kerjaya: Menulis pernyataan


peribadi mengenai falsafah pendidikan, buat pertukaran dengan mentor
untuk perbincangan;
2. Mencari peluang untuk mempelajari bagaimana universiti beroperasi, dan
merebut peluang yang ada seperti geran penyelidikan, persidangan dll;
3. Pekai bahawa kejayaan bukan hanya penting untuk diri sendiri, tetapi juga
untuk universiti, jabatan dan fakultii. Apabila cemerlang pensyarah maka
akan cemerlanglah UiTM kerana pensyarah adalah aset kepada universiti;
4. Menjadikan pertemuan berkala dengan mentor sesuatu yang penting dan
mengambil peluang dengan menggunakan emel dan telefon untuk
berhubung secara tidak formal;
5. Bersedia untuk meminta bantuan dan menerima bimbingan;
6. Menghubungi fakulti/HEA jika mempunya sebarang soalan serta masalah
mengenai program ini;
7. Mewujudkan hubungan yang baik dengan staf baru di jabatan sendiri dan
juga dari jabatan dan fakulti lain;
8. Menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada untuk menyokong dan
mengukuhkan pengajaran dan penyelidikan.

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 24 |


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

14.8 Kekerapan pertemuan mentor-menti

Komunikasi adalah penting untuk meningkatkan pertukaran dan perkongsian


pengetahuan, kemahiran dan kebolehan dalam program pementoran (Fiske,
1992; Berscheid, 1994; Young & Perrewe, 2000). Oleh itu, untuk mencapai
matlamat program pementoran ini, semua pasangan mentor-menti perlu
membuat pertemuan rasmi sekurang-kurangnya sebulan sekali. Semasa
pertemuan ini, matlamat-matlamat jangka pendek (6 bulan-1 tahun), perlu
dibincangkan dan mula mengatur startegi untuk mencapai matlamat tersebut.

Selain itu, halangan terhadap pencapaian matlamat-matlamat ini perlu dikenal


pasti dan perlu diatasi secara proaktif. Perbincangan pada pertemuan-
pertemuan tersebut juga perlulah berkisar tentang isu-isu yang dibawa oleh
menti berkaitan penyelidikan, pengajaran, penulisan, hubungan akademik,
dan kemudahan asas. Semasa pertemuan tersebut, mentor perlulah
memberikan maklum balas yang aktif, galakan, kritikan yang membina serta
berkongsi kemahiran dan pengalaman kerjaya dengan menti.

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 25 |


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

15.0 Borang Permohonan dan Perjanjian


15.1 Borang Permohonan Mentor
Nama : ____________________________________________
Jawatan : ________________________
No. Telefon : ________________________
Fak : ________________________
Jabatan : _____________________________________________
_____________________________________________
Alamat Emel : _____________________________
Tahun berkhidmat di UiTM : _____________________________

Jawab soalan-soalan di bawah untuk menentukan menti anda.

Kelayakan Akademik

Bidang kemahiran anda


(spt Housing Development, Fashion
Design, Fashion Ilustration, Building
Technology, dll)
1)Pengajaran & Pembelajaran: ________ tahun
2)Penyelidikan: ________ tahun
Bidang____________________________________
Geran ____________________________________
3)Penulisan/penerbitan:________________________
Pengalaman dalam perkhidmatan (Buku, artikel, manuskrip dll)
4) Profesionalisma: ___________________________
(Penilai Berdaftar, Perancang, Jurutera, Akauntan
bertauliah, dll)
5) Inovasi : __________________________________

Sila nyatakan kelebihan anda sebagai


mentor (contoh: teknik pengajaran;
pengurusan masa; professionalisma,
penyelidikan, inovasi dll.).

Sila nyatakan kriteria-kriteria


pensyarah pilihan anda yg mungkin
berpotensi untuk menjadi menti (i.e.,
jantina, bangsa, bidang, dll). Adakah
anda mahukan menti daripada
jabatan yang sama ataupun jabatan
yg berbeza?

Sekiranya anda telah memilih menti


anda, sila nyatakan nama dan jabatan
menti anda di bawah:

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 26 |


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

15.2 Borang Permohonan Menti


Nama : _____________________________________________
Jawatan : ________________________
No Telefon : ________________________
Faks : ________________________
Jabatan : _____________________________________________
`____________________________________________
Alamat Emell : _____________________________
Tahun berkhidmat UiTM : _____________________________

Jawab soalan-soalan di bawah bagi membantu kami untuk menentukan mentor anda

Kelayakan Akademik

Bidang kemahiran anda


(spt Housing Development, Fashion
Design, Fashion Ilustration, Building
Technology, dll)
1)Pengajaran & Pembelajaran: ________ tahun
2)Penyelidikan: ________ tahun
Bidang____________________________________
Geran ____________________________________
3)Penulisan/penerbitan:________________________
Pengalaman dalam perkhidmatan (Buku, artikel, manuskrip dll)
4) Profesionalisma: ___________________________
(Penilai Berdaftar, Perancang, Jurutera, Akauntan
bertauliah, dll)
5) Inovasi : __________________________________

Setiap mentor/menti akan bersetuju


dengan pelan kerjasama antara
mentor dan menti. Sila nyatakan 2
bidang yang anda rasakan mentor
anda dapat membantu anda.

Sila nyatakan kriteria-kriteria pilihan


anda mengenai pensyarah yang
mungkin berpotensi menjadi mentor
anda (i.e., jantina, bangsa,
kepakaran, dll). Andakah anda
mahukan mentor daripada jabatan
yang sama ataupun daripada jabatan
yang berbeza?

Sekiranya anda telah memilih mentor


anda, sila nyatakan nama dan jabatan
mentor anda di bawah:

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 27 |


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

15.3 Perjanjian Mentor

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 28 |


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

16.0 Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pementoran Pertemuan Pertama

Pada pertemuan kali pertama, menti perlu menyenaraikan matlamat-matlamat


kerjaya serta berbincang mengenai harapan dan jangkaan daripada program
pementoran.

16.1 Senarai semak pertemuan pertama

16.1.1 Mengenali antara satu sama lain


1. Berkongsi maklumat mengenai kehidupan peribadi dan professional
mentor/menti;
2. Belajar sesuatu yang baru mengenai menti/mentor.

16.1.2 Mewujudkan garis panduan


1. Bila dan di mana kita akan berjumpa?
2. Bagaimana kita menjadualkan perjumpaan antara kita?
3. Bagaimana cara kita berinteraksi di antara perjumpaan terdahulu
sebelum perjumpaan yang berikutnya?
4. Apakah agenda yang akan diguna pakai oleh kita?
5. Adakah sesuatu agenda tetap yang akan dibincangkan di setiap
perjumpuan kita?
6. Bagaimana kita akan bertukar maklumbalas?
7. Bagaimana kita mengukur kejayaan?

16.1.3 Perjanjian Pasangan Mentor-Menti


1. Mengkaji perjanjian pasangan mentor-menti, membuat
pengubahsuaian jika perlu dengan menanda tangani dan membuat
pertukaran;
2. Mengkaji matlamat-matlamat daripada hubungan pementoran.

16.1.4 Mengesahkan Langkah-langkah Seterusnya


Penjadualan tarikh, masa dan tempat untuk seterusnya.

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 29 |


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

17.0 Mengaturkan Pertemuan Permulaan

17.2.1 Permulaan bagi temujanji pertama

Menti Mentor

Mengaturkan temujanji

Menjadualkan pertemuan pertama. Tindakbalas kepada permohonan


Ambil langkah untuk menjadualkan temujanji. Menti dikehendaki
temujanji pertama bersama mentor, menghubungi mentor untuk
dengan peruntukan kurang-kurangnya mengaturkan pertemuan selama 60
60 minit. Tujuan utama pertemuan ini minit atau lebih. Walau
adalah untuk sesi suai kenal dan juga bagaimanapun, jika mentor tidak
untuk membuat perancangan tentang dihubungi oleh menti selama
matlamat program pementoran ini. sebulan setelah dipasangkan,
mentor perlu menghubungi menti
untuk menetapkan pertemuan.
Tujuan utama pertemuan ini adalah
untuk sesi suaikenal dan juga untuk
membuat perancangan untuk
mencapai matlamat program
pementoran.

Bertindakbalas terhadap matlamat perhubungan

Memperjelaskan kemahuan dan Kenal pasti nilai dan had


keperluan anda. perhubungan.
Kenalpasti matlamat peribadi dan Dalam pertemuan pertama, menti
profesional dalam hubungan perlu berkongsi keperluan dan
pementoran. Pertimbangkan apa yang matlamat beliau.
paling ingin dipelajari, dan sediakan
senarai soalan untuk diutarakan Ingat:
kepada mentor. Menti boleh fokus Mentor tidak semestinya
kepada P&P, profesionalisma, memenuhi semua keperluan
penulisan, pengurusan masa dan menti
penerbitan, bergantung kepada Mempertimbangan langkah-
matlamat yang digariskan. Bersikap langkah yang proaktif untuk
realistik. memberikan bimbingan,
dorongan dll.

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 30 |


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

Akur bahawa perubahan


terhadap gaya dan pendekatan
Membuat draf matlamat pensyarah menti melalui bimbingan mentor
Menetapkan matlamat kerjaya adalah keputusan beliau sendiri.
perhubungan pementoran. salinan darf
ini perlu dibawa semasa pertemuan
pertama bersama mentor anda.
Kongsi pengalaman profesional
Menghantar CV kepada mentor dan Meneliti CV menti. Sebelum
menetapkan temujanji. Seminggu pertemuan, menti perlu menghantar
sebelum pertemuan, salinan CV anda salinan CV beliau. CV menti perlu
perlu dihantar kepada mentor. dibaca dan diteliti sebelum
pertemuan pertama dan dapat
difikirkan kaitan mengenai
pengalaman dan kehendak menti
dengan dan kehendak anda.

17.2.2 Pertemuan pertama

Berikut adalah contoh agenda dalam pertemuan pertama. Pastikan pada


pertemuan ini, pasangan mentor/menti membincangkan matlamat menti.

Menti Mentor

Pengenalan Berkongsi pengalaman Berkongsi pengalaman,


dan bertukar- profesional dan latar terutamanya yang relevan
tukar CV belakang akademik. dengan pengalaman dan
(15 min) aspirasi menti.

Kaji matlamat Berkongsi matlamat untuk Mengkai matlamat yang


(15 min) perkembangan profesional dapat anda bantu, dan
dan perhubungan jelaskan strategi yang akan
pementoran. digunakan.Beritahu menti jika
ada perkara yang tidak dapat
dibantu dan tunjukkan beliau
sumber alternatif.

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 31 |


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

Perhalusi Berbincang bersama mentor Memilih bersam menti


matlamat dan mengenai matlamat yang beberapa matlamat dan
cipta strategi anda boleh usahakan langkah-langkah pertama.
(15 min) bersama, dan langkah-
langkah permulaan yang
perlu. Tentukan fokus untuk
pertemuan yang seterusnya.

Wujudkan Berbincang tentang masa, Berbincang bersama menti


masa tarikh, dan tempat kaedah untuk berhubung (e-
pertemuan pertemuan. mail, pertemuan di pejabat,
(10 min) Rancang untuk bertemu dll) dan juga keberadaan
selama 60 minit, sekurang- anda. Berbincang dengan
kurangnya sekali sebulan. mereka mengenai apa-apa
halangan; (jangan membuat
tanggapan bahawa mereka
tidak mempunyai pilihan
sendiri)

Akhir Menyatakan penghargaan Menilai dan mengesahkan


pertemuan anda kepada mentor komitmen anda bersama
(5 min) Berterima kasih kepada menti.
mentor untuk masa dan
usaha beliau. Rumuskan apa
yang akan dilakukan sebagai
tindakan susulan, dan apa
yang bakal dibincangkan
dalam pertemuan yang
seterusnya.

17.2.3 Tindakan susulan dan pertemuan seterusnya

Menti bertanggungjawab untuk menetapkan pertemuan-pertemuan


seterusnya. walau bagaimanapun, jika mentor tidak mendapat khabar
dari menti dalam beberapa minggu, mentor perlu hubungi menti bagi
mengekalkan momentum perhubungan.

Pada setiap pertemuan, mentor hendaklah mengkaji kemajuan terhadap


matlamat kerjaya menti. Ia sewajarnya dilakukan pada awal setiap
pertemuan.
HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 32 |
UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

17.2.3.1 Laporan pertemuan mentor-menti

Agenda perbincangan dalam setiap pertemuan hendaklah dicatat dalam


Borang A dan Borang B seperti berikut;

Borang Log Perjumpaan SMP

Tarikh:

Perkara yang dibincangkan (e.g. P & P, kajian, isu penerbitan, mengimbangi


kerjaya dan kehidupan, isu peribadi):

Perbincangan Matlamat:

Tindakan:

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 33 |


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

Borang Matlamat Perkembangan Kerjaya

Matlamat Jangkamasa Pendek (6 bulan-1 tahun)

Senaraikan matlamat profesional untuk tahun mendatang. Bersikap spesifik


seboleh yang mungkin, dan tunjukkan bagaimana anda akan membuat
penilaian sekiranya matlamat dikecapi. Bincangkan dengan mentor anda
mengenai strategi yang akan digunakan untuk mencapainya, dan bagaimana
mentor anda dapat membantu.

1. Matlamat:

Hasil yang dijangka:

2. Matlamat:

Hasil yang dijangka:

3. Matlamat:

Hasil yang dijangka:

( cth: Lengkapkan penyelidikan untuk pengesahan jawatan, hantarkan


penyelidikan tersebut kepada journal; manual penulisan dll)

Matlamat Jangkamasa Panjang (2-3 Tahun)

Senaraikan matlamat profesional untuk 2-3 tahun ke hadapan. Sekali lagi,


bersikap spesifik dan tunjukkan bagaimana anda akan membuat penilaian
sekiranya matlamat dikecapi.

1. Matlamat:

Hasil yang dijangka:

2. Matlamat:

Hasil yang dijangka:

3. Matlamat:

Hasil yang dijangka:

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 34 |


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

18.0 Penutup

Program pementoran ini merupakan satu pendekatan untuk memberi bimbingan,


sokongan dan bantuan kepada pensyarah muda melalui penerapan elemen
psikologi dan kaunseling secara profesional yang diberikan oleh mentor. Ianya
bertujuan untuk meningkatkan kompetensi profesional, pembangunan budaya,
peribadi dan sosial bagi pensyarah lantikan baru. Setiap pensyarah kanan perlu
membimbing para -pensyarah muda dalam usaha melahirkan generasi pensyarah
yang cemerlang.

Sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada


orang lain(Sabda Nabi Muhammad SAW).

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 35 |


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

Rujukan

Aladejana, A., Aladejana,F. dan Ehindero, S. (2006). An analysis of mentoring


relationships among teachers: A case study of Obafemi Awolowo University, Ile-
Ile, Nigeria.International Journal of Evidence Based Coaching and Mentoring,
4(1), 20-30.

Azman Ismail, Kamsiah Hasbullah dan Rizal Abu Bakar (2007), Kesan pemindahan
pengetahuan, kemahiran dan kebolehan ke atas amalan komunikasi dalam
sistem mentoring di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Jurnal Pendidik dan
Pendidikan, Jil. 22, 133160

Berscheid, E. (1994). Interpersonal relationship. Annual Review of Psychology, 45,


79129

Clutterbuck, D. dan Megginson, D. (1999), Mentoring Executives & Directors,


Butterworth-Heinemann, Oxford.

Fiske, A. P. (1992). The four elementary forms of sociality: Framework for a unified
theory of social relations. Psychological Review, 99, 689723

Friday, E. dan Friday, S. S. (2002). Formal mentoring: Is there a strategic fit?


Management Decision, 40(2), 152157.

Goldstein, I. L. dan Ford, J. K. (2002). Training in organizations. Wadsworth:


Thomson Learning.

Northcott, N. (2000). Mentoring in nursing. Nursing Management, 7(3), 3032.

Nunally, J. C. dan Bernstein, I. H. (1994). Psychometric theory. New York: McGraw-


Hill.

Oliver, C. dan Aggleton, P. (2002). Mentoring for professional development in health


promotion: A review of issues raised by recent research. Health Education,
102(1), 3038.

Watkins, C. dan Whalley, C. (1993) "Mentoring Beginner Teachers - Issues for


Schools to Anticipate and Manage" in School Organisation, 13(2), pp. 129-138.
Carfax Publishing Company, Abingdon: Oxon

Young, A. M. dan Perrewe, P. L. (2000). The exchange relationship between mentors


and proteges: The development of a framework. Human Resource
Management, 10(2), 177209.

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 36 |


UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

JAWATANKUASA PENYEDIAAN DOKUMEN


MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP), UiTM (PERAK)

PENASIHAT I
Prof. Ir. Dr. Hajah Zainab Mohamed
Rektor, UiTM (Perak)

PENASIHAT II
Prof. Madya Dr. Sr. Md. Yusof Hamid
Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, UiTM (Perak)

PENULIS UTAMA
Sr. Dr. Thuraiya Mohd
Koordinator Pembangunan dan Pengurusan Akademik, UiTM (Perak)

SETIAUSAHA
Mohd Rafizi Rahmad
Penolong Pendaftar Kanan, Hal Ehwal Akademik, UiTM (Perak)

RUJUKAN BAHASA
Noraziah Azizan
Koordinator Pusat Pengajian Bahasa UiTM (Perak)

REKABENTUK DAN GRAFIK


Nurul Akla Ahmad Khalil
Juruteknik Komputer Kanan, Hal Ehwal Akademik, UiTM (Perak)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 37 |

Anda mungkin juga menyukai