Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA HARI GURU

,


Ya Allah , Ya Rahman , Ya Rahim.
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
meraikan Majlis sambutan Hari Guru peringkat Sekolah kebangsaan kampong
serdeng bagi tahun 2016 ini yang bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa.
Ya Allah , Ya Azizi Ya Sattar
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang
zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam
menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah
hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai
ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata .
Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,
Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan
pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik
yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi
dan menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka
kebijaksanaan, kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam
sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak
mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik
dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti
akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini .
Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,
Pada kesempatan ini , kami mohon kepada Mu dengan kebesaran dan kehebatan-
Mu ya Allah sudilah kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan
akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa
menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar, teguran dan nasihat daripada
mereka, semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama ,
bangsa dan negara tercinta .