Anda di halaman 1dari 25

OUM BUSINESS SCHOOL

SEMESTER MEI 2016

MPU3123

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM


MPU3123

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN .......................................................................................................... 2
2. SEJARAH BAHASA MELAYU DAN PERANANNYA SEBAGAI BAHASA
LINGUA FRANCA .......................................................................................................... 4
3. CABARAN BAHASA MELAYU DALAM MENGHADAPI ARUS GLOBALISASI 6
3.1 CABARAN BAHASA MELAYU DALAM KEMAJUAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT (ICT) ................................................................................................... 6
3.2 CABARAN BAHASA MELAYU DALAM MEDIA ............................................ 7
3.3 CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP SIKAP MASYARAKAT ........... 8
3.4 CABARAN BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN ................................. 8
4. PENCEMARAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DI PERSEKITARAN
PELAJAR ..................................................................................................................... 10
4.1 PENGARUH BAHASA ROJAK ......................................................................... 10
4.2 PENGARUH SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS)......................................... 13
4.3 PENGARUH DIALEK ........................................................................................ 15
4.4 PENGARUH BAHASA IBUNDA ...................................................................... 18
5. LANGKAH-LANGKAH BAGI MEMPERKASA DAN MEMARTABATKAN
BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA ................................................................ 20
5.1 BAHASA MELAYU DALAM URUSAN RASMI NEGARA ............................. 20
5.2 PEMANSUHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN
MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS ........................................................ 21
5.3 PEMANTAUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (SJK) .............................. 21
5.4 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) ................................... 22
6. KESIMPULAN ......................................................................................................... 23

1
MPU3123
1. PENGENALAN

Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua
franca di daerah Kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman. Bahasa Melayu digunakan
sebagai bahasa perhubungan antara penduduk yang tinggal di Kepulauan Melayu dengan
pedagang-pedagang dari Eropah dan Asia Barat. Bahasa Melayu dijadikan bahasa lingua
franca kerana bahasanya yang mudah difahami dan mudah dipelajari. Tambahan pula,
ianya bersifat sederhana dan tidak terikat kepada susun lapis masyarakat.
Bahasa Melayu telah mencatat sejarahnya sendiri apabila Parlimen telah
meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 yang mewajibkan bahasa Melayu digunakan
sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan rasmi negara Malaysia bagi menggantikan
bahasa Inggeris setelah sepuluh tahun Tanah Semenanjung mendapat kemerdekaannya.
Kemudian, pada 1 September 1967, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah
mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal bagi
Persekutuan Malaysia. Kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tercatat
dengan jelas sebagai Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Kini, dengan pencapaian sains dan teknologi telah memberi kesan terhadap
perkembangan bahasa Melayu daripada aspek hala tuju, masa depan dan cabaran dalam
mengharungi arus perubahan globalisasi. Bilangan pengguna bahasa Melayu semakin
meningkat pada setiap tahun namun masih tidak boleh dianggap sebagai kuasa bahasa
utama kerana telah dinafikan hak dan keupayaannya kerana kehadiran bahasa lain seperti
bahasa Inggeris.
Selain itu, terdapat sesetengah pihak yang menganggap bahawa bahasa Melayu
tidak mantap dan belum boleh dibanggakan kerana status pencapaian yang merudum jika
dibandingkan dengan pencapaian yang dicatatkan pada zaman kegemilangan Kesultanan
Melayu Melaka. Yang menyedihkan, terdapat segelintir rakyat dan pemimpin seolah-olah
meminggirkan peranan bahasa Melayu.
Selain itu juga, terdapatnya pencemaran penggunaan bahasa Melayu pada masa
kini. Semakin maju sesebuah negara itu, semakin hebat pencemaran penggunaan
bahasanya. Pencemaran bahasa ini semakin berleluasa terutamnya di kalangan anak-anak

2
MPU3123
muda atau remaja. Situasi ini akan mengkibatkan mutu bahasa Melayu itu jatuh dan
mengakibatkan maruah bahasa Melayu tercabar dek bangsanya sendiri.
Permasalahan yang timbul ini tidak boleh dipandang remeh dan perlu ditangani
segera bagi memastikan bahasa Melayu tetap unggul dan dipandang tinggi bukan sahaja
oleh bangsa sendiri malah oleh bangsa asing juga.

(326 patah perkataan)

3
MPU3123
2. SEJARAH BAHASA MELAYU DAN PERANANNYA SEBAGAI BAHASA LINGUA
FRANCA

Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka lagi. Sejak dari zaman itu, bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa
yang utama dan digunakan dalam pelbagai kegiatan harian samada dari percakapan
seharian sehingga kepada penggunaan rasmi dalam istana. Sehingga ke hari ini, bahasa
Melayu telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan negara.
Ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu
dituturkan oleh semua pedagang dari Arab, China, India dan Eropah. Ketika itu, bahasa
Melayu dianggap sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi antarabangsa.
Dianggarkan lebih 300 juta orang di seluruh dunia boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu adalah sebuah bahasa lingua franca.
Dari aspek sejarah, bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia
yang mana ianya juga dikenali sebagai bahasa Melayu-Polinesia. Bahasa Melayu telah
berkembang menjadi pelbagai dialek atau loghat yang unik dan tersendiri. Negara
Malaysia telah memartabatkan bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara
152) yang menyatakan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu
juga dikenali sebagai bahasa Malaysia yang mana ianya merupakan antara sepuluh
bahasa di dunia yang mempunyai penutur yang paling ramai. Selain itu, bahasa Melayu
telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di negara-negara lain
seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.
Ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, ada yang menyatakan
bahawa terdapat 59 puak dan suku kaum orang asing di negeri Melaka dan mereka
bertutur dalam 84 bahasa yang berlainan. Berkat kepimpinan sultan dan pembesar-
pembesarnya, mereka ini tinggal dan berinteraksi antara satu sama lain dengan aman,
harmoni dan tenteram. Rahsia ketenteraman, perpaduan dan keharmonian rakyat
berbilang kaum, puak dan suku ini adalah disebabkan oleh elemen bahasa Melayu yang
dijadikan sebagai bahasa perantaraan atau lingua franca.
Setiap pedagang yang datang berdagang di Melaka harus pandai bertutur dalam
bahasa Melayu bagi membolehkan mereka berdagang dengan bebas dan mendapat

4
MPU3123
keuntungan yang banyak. Ketika itu, bahasa Melayu bukan sahaja dipertuturkan di
pelabuhan Melaka atau tanah Melayu malah ia dipertuturkan di pelabuhan-pelabuhan
besar dunia seperti di Kaherah, Ormus, Venice dan Cambay.
Selain itu, bahasa Melayu bukan sahaja digunakan dalam bidang pentadbiran,
perniagaan dan perhubungan malah ia juga merupakan bahasa persuratan.
Kesimpulannya, bahasa Melayu boleh dikategorikan sebagai bahasa lingua franca,
bahasa ilmu, bahasa komersial, bahasa diplomatik , bahasa pentadbiran dan bahasa
perundangan.

(364 patah perkataan)

5
MPU3123
3. CABARAN BAHASA MELAYU DALAM MENGHADAPI ARUS GLOBALISASI

Pada dasarnya bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan
seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara iaitu perkara 152 yang menyatakan
bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Bangsa Melayu harus berupaya
melahirkan bangsa yang mempunyai fikiran dan kreativiti bagi memelihara kazanah
bahasa Melayu agar terus terpelihara.
Cabaran-cabaran yang ada akan mengancam kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di Malaysia. Oleh itu, cabaran bahasa Melayu pada
abad ke-21 perlu ditangani dengan berhati-hati supaya bahasa Melayu terus hidup dan
mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

(86 patah perkataan)

3.1 CABARAN BAHASA MELAYU DALAM KEMAJUAN TEKNOLOGI


MAKLUMAT (ICT)

Bahasa Melayu telah menerima impak yang besar dari segi penggunaan bahasa
teknologi maklumat kerana bahasa teknologi maklumat yang dominan di dunia ialah
bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, kita seharusnya mempelajari bahasa teknologi
maklumat agar perbendaharaan kata berkaitan teknologi maklumat dapat diperkayakan
dalam bahasa Melayu. Bermakna, bahasa Inggeris tetap kita pelajari kerana ilmunya.
Semua negara mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selain dari
bahasa ibunda. Contohnya, negara Jepun dan Korea Selatan yang merupakan sebuah
negara maju telah mempelajari bahasa Inggeris namun dalam masa yang sama tetap
mempertahankan bahasa ibunda mereka. Negara Jepun tidak berganjak daripada
menggunakan bahasanya sejak dari peringkat tadika sehingga ke peringkat pengajian
tinggi dalam semua bidang mata pelajaran (Kamal Shukri Abdullah Sani, 2007).
Bahasa penguasaan ilmu sains dan teknologi yang tinggi, kemahiran dan
kepakaran secara meluas di kalangan rakyat merupakan faktor utama bagi pembangunan
sumber Daya Tenaga Manusia sesebuah negara yang menjadi faktor utama kepada

6
MPU3123
pembangunan dan kemajuan negara (Prof. Dr. Hashim Haji Musa, 2009). Pelbagai
kemudahan teknologi maklumat seperti telekomunikasi media dan komputer peribadi
telah dihasilkan melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang diasaskan oleh
perkembangan dan kemajuan pesat dalam bidang mikroelektronik.
Hadirnya kemudahan internet telah meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan
informasi bersepadu sehingga menghasilkan media komunikasi seperti grafik, video,
bunyi dan teks. Perkara ini telah mempengaruhi serta mencabar kewibawaan dan
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Masyarakat perlu bersikap
terbuka dan bersedia dalam menghadapi cabaran perkembangan pesat ICT yang
dipengaruhi oleh bahasa Inggeris. Bahasa Melayu boleh diterima dalam era siber ini
sekiranya masyarakat mempelajari pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai oleh
bahasa Inggeris. Contohnya, kita boleh menterjemahkan ilmu ICT yang terdapat dalam
bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu bagi mempertingkatkan lagi penggunaan bahasa
Melayu di peringkat dunia.

(281 patah perkataan)

3.2 CABARAN BAHASA MELAYU DALAM MEDIA

Terdapat beberapa gejala yang membimbangkan berkaitan penggunaan bahasa


Melayu pada abad ke-21 seperti pengaruh media elektronik. Pengaruh ini telah
merosakkan penggunaan bahasa Melayu dari segi istilah, ayat dan bahasa rojak.
Penyumbang bagi kerosakan penggunaan bahasa Melayu yang paling tinggi adalah dari
golongan remaja. Seperti menjadi satu ikutan kepada golongan ini dalam kerosakan
penggunaan bahasa Melayu sehingga mengakibatkan kerancuan bahasa.
Kerancuan bahasa bermaksud penggunaan bahasa yang tidak mengikut
peraturannya sama ada dari segi sintaksis, morfologi, kosa kata dan istilah yang
menyebabkan kekacauan pada pembentukan ejaan, ayat, sebutan, klausa, frasa, istilah
dan kosa kata (Prof. Dr. Hashim Musa, 2009). Sebagai contoh, kecanggihan penggunaan
telefon bimbit dimana untuk menghantar sms kepada rakan, golongan ini telah
menggunakan bahasa rojak dan bahasa singkatan. Contoh bahasa singkatan seperti tipon

7
MPU3123
(telefon), kang (nanti), nko (engkau), ko (awak) dan dier (dia). Perbuatan ini akan
merosakkan martabat dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
bahasa ilmu tinggi dan bahasa pendidikan.

(151 patah perkataan)

3.3 CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP SIKAP MASYARAKAT

Pada abad ke-21, telah nampak kelemahan sikap masyarakat atau penutur yang
tidak mengambil berat terhadap bahasa Melayu. Hal ini disebabkan oleh mereka yang
sudah terdidik dengan bahasa Inggeris dan lebih selasa bertutur dalam bahasa Inggeris
selain sikap mereka yang tiada kesungguhan atau perasaan malu menebal kerana
menggunakan bahasa Melayu. Contohnya, apabila diminta memberi pendapat dan idea,
atau ketika berada di dalam seminar dan dewan pembentangan, mereka lebih suka
bertutur dalam bahasa Inggeris Akibatnya, mereka tidak mahu dan tidak kisah akan
bahasa ibunda sendiri. Ini adalah cabaran yang perlu ditangani secara berhati-hati supaya
bahasa Melayu tidak dipandang rendah oleh masyarakat sendiri.
Bahasa Melayu, cabaran yang sebenarnya terletak pada sikap yang dipegang oleh
penuturnya itu sendiri (Nik Safiah Karim, 2004). Sememangnya dalam abad ke-21
merupakan cabaran kepada bahasa Melayu dari segi penguasaan bahasa dengan bahasa
Inggeris. Oleh itu, kita seharusnya mempertahankan dan berasa bangga dengan bahasa
Melayu yang merupakan bahasa rasmi negara dan bahasa ibunda kita.

(154 patah perkataan)

3.4 CABARAN BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN

Cabaran paling hebat dan mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi negara ialah penerapan dasar baru iaitu penggunaan bahasa Inggeris dalam mata
pelajaran Sains dan Matematik pada tahun 2003. Penggunaan bahasa Inggeris dalam mata

8
MPU3123
pelajaran Sains dan Matematik bukan sahaja tidak membantu pelajar dalam mengatasi
masalah kelemahan penguasaan bahasa Inggeris malah telah mengundang kepada
kelemahan pelajar dalam menguasai kedua-dua mata pelajaran tersebut. Guru-guru juga
tidak terlepas dari masalah ini kerana sebelum ini mereka telah dilatih dalam bahasa
Melayu semasa mengikuti kursus pendidikan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.
Apabila Akta Pendidikan 1996 dan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
1996 pada abad ke-21 diluluskan, ianya telah menjadikan bahasa Melayu semakin
berdaya saing dengan bahasa Inggeris kerana semua IPTS dibenarkan menggunakan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Sebelum itu, Akta Pendidikan 1996 dan Akta
IPTS masih tetap tertakluk kepada kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama (Prof. Dr. Awang Sariyan, 2011). Sebagai contoh, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuktikan kemampuan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu tinggi kerana tesis di peringkat doktor falsafah kebanyakannya ditulis dalam
bahasa Melayu. Kesimpulannya, kita harus memartabatkan bahasa Melayu yakni bahasa
ibunda kita sebagai bahasa ilmu tinggi disamping mempertingkatkan penguasaan bahasa
Inggeris.

(195 patah perkataan)

9
MPU3123
4. PENCEMARAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DI PERSEKITARAN
PELAJAR

Pada masa kini, terlalu banyak pencemaran penggunaan bahasa Melayu yang
digunakan. Daya kreativiti yang ada telah disalah guna sehingga terhasilnya budaya
berbahasa yang cacamarba dan merendahkan jati diri bangsa. Pelajar adalah golongan
tertinggi yang menyumbang kepada pencemaran penggunaan bahasa Melayu.
Pencemaran bahasa bermaksud penggunaan bahasa yang salah dalam masyarakat
(Kamus Dewan Bahasa, 2007). Pencemaran penggunaan bahasa Melayu akan meliputi
semua aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan, istilah dan penggunaan perkataan.
Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca kepada pencemaran penggunaan bahasa
Melayu di kalangan pelajar.

(84 patah perkataan)

4.1 PENGARUH BAHASA ROJAK

Pencemaran penggunaan bahasa Melayu mula berlaku sejak zaman Kesultanan


Melayu Melaka. Ketika itu, Melaka adalah sebuah tempat persinggahan pedagang-
pedagang dari Timur dan Barat. Sekitar 84 buah bahasa digunakan oleh penduduk
tempatan dan telah mengakibatkan percampuran bahasa oleh penduduk tempatan ketika
berkomunikasi sesama mereka atau dengan orang luar. Percampuran bahasa ini lebih
kenali sebagai bahasa rojak.
Isu bahasa rojak tidak pernah selesai malah isu ini menjadi semakin buruk.
Penggunaan bahasa rojak berlaku secara berleluasa terutama di kalangan pelajar. Bahasa
rojak bermaksud bahasa yang bercampur aduk dengan pelbagai bahasa yang digunakan
dalam tulisan mahupun lisan. Penggunaan bahasa rojak akan beransur-ansur menghakis
kekuatan sesuatu bahasa. Penggunaan bahasa rojak bukan sahaja semakin sebati dan
menjadi barah bahkan bagai api dalam sekam yang membakar senyap sehingga
merosakkan kekuatan bahasa Melayu. Pihak media turut menyumbang kepada pengaruh
bahasa rojak. Sebagai contoh, penggunaan perkataan Sure Heboh dalam media pernah

10
MPU3123
menjadi polemik sehingga pihak kabinet terpaksa masuk campur bagi meredakan
keadaan. Zaman milenium turut menyaksikan banyak media terutama komik yang
meremehkan penggunaan bahasa Melayu.

Gambarajah 1 : Pengaruh bahasa rojak

Gambarajah 2 : Pengaruh bahasa rojak

11
MPU3123

Gambarajah 3 : Pengaruh bahasa rojak

Gambarajah 4 : Pengaruh bahasa rojak

(166 patah perkataan)

12
MPU3123
4.2 PENGARUH SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS)

Sistem pesanan ringkas (SMS) ialah alat yang menjadi penghubung antara dua
individu dengan kaedah yang cepat dan menjimatkan. Penggunaan simbol, kod dan
perkataan singkatan tertentu secara meluas itu adalah punca kepada pencemaran
penggunaan bahasa Melayu di kalangan pelajar. Pelajar lebih gemar membuat singkatan
pada perkataan dalam berhubung sesama mereka semasa menggunakan SMS.
Alasan mereka ringkas iaitu mudah dan pada masa yang sama mesej masih dapat
disampaikan dan difahami. Kesannya, pelajar tidak berkemampuan dalam menguasai dan
menggunakan bahasa Melayu secara betul dalam urusan-urusan rasmi. Pencemaran
penggunaan bahasa Melayu bukan sahaja berlaku di kalangan pelajar sekolah rendah dan
menengah malah diperingkat universiti juga.
Media elektronik dan media cetak adalah penyumbang kepada pencemaran
penggunaan bahasa Melayu kerana terdapatnya iklan SMS yang memaparkan
penggunaan kata singkatan, kod atau simbol. Pelajar tidak seharusnya terikut-ikut dengan
pengaruh ini sehingga menggunakannya dalam urusan pembelajaran seperti karangan,
surat rasmi dan memo. Contoh pengaruh SMS seperti, 'x' bermaksud tidak, 'tq' bermaksud
terima kasih, u' bermaksud awak, k bermaksud okey, 'lg bermaksud lagi dan
sebagainya.

Gambarajah 5 : Pengaruh SMS

13
MPU3123

Gambarajah 6 : Pengaruh SMS

Gambarajah 7 : Pengaruh SMS

14
MPU3123

Gambarajah 8 : Pengaruh SMS

(165 patah perkataan)

4.3 PENGARUH DIALEK

Penggunaan dialek oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu antara penyebab berlakunya pencemaran bahasa di kalangan pelajar. Mengikut
Kamus Dewan, dialek bermaksud satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu
daerah atau oleh sesuatu kelas sosial yang berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat
daerah atau negeri. Penggunaan dialek menjadi punca pencemaran bahasa Melayu kerana
guru-guru mengambil jalan mudah dengan menggunakan bahasa dialek sebagai bahasa
penghantar dengan alasan pelajar lebih mudah memahami sesuatu yang disampaikan
selain suasana pengajaran akan lebih menghiburkan serta mudah menimbulkan situasi
kemesraan antara guru dan pelajar.
Tanpa disedari sikap ambil mudah ini akan melahirkan para pelajar yang lemah
dari segi penguasaan bahasa. Kemudiannya, para pelajar ini akan menjadi pemimpin
yang memegang jawatan penting dan berpengaruh seperti pemimpin politik, pentadbir,
penulis editor dan sebagainya. Akibatnya, bahasa Melayu akan terus tidak dihormati oleh

15
MPU3123
anak bangsa sendiri. Sebagai contoh, penggunaan dialek adalah seperti gambarajah di
bawah :

Gambarajah 9 : Pengaruh dialek

Gambarajah 10 : Pengaruh dialek

16
MPU3123

Gambarajah 11 : Pengaruh dialek

Gambarajah 12 : Pengaruh dialek

(147 patah perkataan)

17
MPU3123
4.4 PENGARUH BAHASA IBUNDA

Pengaruh bahasa ibunda yang digunakan oleh pelajar boleh menyebabkan


pencemaran penggunaan bahasa Melayu. Bagi pelajar Melayu kesalahan tersebut adalah
kurang ketara berbanding dengan pelajar bukan Melayu. Kesalahan umum yang biasa
dilakukan oleh pelajar bukan Melayu ialah kegagalan mereka untuk mengenali perbezaan
antara bunyi e dan semasa membaca atau menulis. Sebagai contoh,
perkataan homonim iaitu kata yang sama ejaan atau sama sebutannya tetapi mempunyai
makna yang berbeza seperti :

Gambarajah 13 : Pengaruh bahasa ibunda

Perbezaan antara sepak dan s pak adalah jauh berbeza (Abdullah Hassan,
1987). Begitu juga dengan kebanyakan pelajar bukan Melayu terutama pelajar Cina yang
tidak dapat menyebut bunyi sengau lelangit keras ny dan lelangit lembut ng dengan
tepat. Disebabkan ejaan setiap bunyi itu mempunyai dua lambang maka ramai yang
menyebutnya sebagai dua bunyi. Kesalahan ini kadang-kadang berlaku juga kepada
pelajar Melayu dan India. Kesalahan tersebut sering terjadi apabila huruf gabung ny
diucapkan sebagai dua bunyi iaitu n dan y seperti :

Gambarajah 14 : Pengaruh bahasa ibunda

18
MPU3123
Akibat daripada pengaruh bahasa ibunda, ramai pelajar gagal menyebut
perkataan-perkataan di atas dengan betul. Gambarajah di bawah adalah contoh lain bagi
pengaruh bahasa ibunda :

Gambarajah 15 : Pengaruh bahasa ibunda

Gambarajah 16 : Pengaruh bahasa ibunda

(170 patah perkataan)

19
MPU3123
5. LANGKAH-LANGKAH BAGI MEMPERKASA DAN MEMARTABATKAN
BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA

Bahasa jiwa bangsa' adalah slogan yang paling sesuai untuk digunakan dalam
memartabatkan bahasa Melayu di persada dunia. Pelbagai isu telah dibangkitkan sejak
akhir-akhir ini bagi membicarakan identiti bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Bahasa Melayu nama dahulunya dan kini dikenali sebagai bahasa Malaysia
telah diadaptasikan kerana sebelum ini ianya disifatkan sebagai berjiwa perkauman
sekaligus tidak relevan dengan Gagasan 1 Malaysia.
Bahasa Melayu juga semakin dipinggirkan oleh rakyat di negara sendiri. Isu ini
berpunca daripada tanggapan yang salah oleh masyarakat tentang kemampuan bahasa
Melayu sebagai bahasa kemajuan negara. Selain itu, ianya berpunca dari sikap orang
Melayu itu sendiri kerana adanya orang Melayu yang berkuasa, telah meminggirkan
bahasa Melayu daripada rancangan pembangunan. Sebagai contoh, mereka tidak
menyokong rancangan pembinaan kepustakaan bahasa Melayu. Oleh itu, langkah-
langkah perlu diambil bagi memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu di
persada dunia.

(133 patah perkataan)

5.1 BAHASA MELAYU DALAM URUSAN RASMI NEGARA

Pihak kerajaan harus menggesa semua urusan rasmi dan surat-menyurat di semua
jabatan kerajaan digunakan dalam bahasa Melayu. Sejak akhir-akhir ini, jabatan-jabatan
kerajaan lebih gemar memilih bahasa Inggeris yang dianggap berdarjat tinggi berbanding
bahasa Melayu dalam segala urusan jabatan mereka.
Sifat mementingkan diri yang ada dalam diri mereka wajar diibaratkan seperti
kacang lupakan kulit kerana mereka sanggup menyisihkan bahasa ibunda yang telah
mendewasakan pemikiran mereka selama ini. Sepatutnya, pihak seperti ini yang
seharusnya menjaga martabat bahasa Melayu agar tidak hilang didunia. Contohnya,

20
MPU3123
Perdana Menteri Malaysia perlu memberi ucapan dalam bahasa Melayu ketika beliau
menghadiri mana-mana majlis di dalam mahupun luar negara.

(100 patah perkataan)

5.2 PEMANSUHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN


MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS

Selain itu, idea pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris harus dilupuskan. Pentingnya bahasa Inggeris di zaman sekarang memang tidak
dapat dinafikan, tetapi langkah ini akan menjadikan bahasa Melayu semakin jauh dan
dipandang remeh oleh bangsa sendiri . Sekiranya bidang pendidikan turut dilaksanakan
dalam bahasa asing, tidak mustahil pada masa hadapan generasi muda tidak akan
mengenali keindahan bahasa Melayu.
Usaha memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris dilihat
sangat produktif dalam melahirkan rakyat yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Contohnya, bahan pembelajaran dan pengajaran di Malaysia mesti digunakan dalam
bahasa Melayu sepenuhnya.

(94 patah perkataan)

5.3 PEMANTAUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (SJK)

Selain itu juga, kewujudan SJK Cina dan Tamil tidak harus dipandang remeh
kerana perkara tersebut boleh memperkasakan bahasa Cina dan Tamil lantas menjatuhkan
maruah bahasa Melayu di sekolah-sekolah berkenaan. Hal ini juga dapat menimbulkan
unsur perkauman malah tidak sejajar dengan penerapan 1Malaysia di kalangan
masyarakat.
Isu ini mungkin tidak dapat mencapai objektif untuk menjadikan bahasa Melayu
sebagai agen perpaduan bagi semua rakyat di negara ini. Oleh yang demikian, pihak-
pihak yang berwajib harus berfikir secara kreatif bagaimana untuk menaikkan kembali

21
MPU3123
imej bahasa Melayu. Contohnya, bahasa Melayu mesti dijadikan mata pelajaran wajib
lulus di semua sekolah kebangsaan dan SJK.

(97 patah perkataan)

5.4 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)

Bagi menarik minat umum kepada penguasaan bahasa Melayu, pihak DBP harus
melaksanakan pelbagai aktiviti bagi mencapai matlamat tersebut. Sebagai contoh,
Sayembara Pidato Antarabangsa anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Warisan
dan Pelancongan dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) baru-baru ini,
dilihat sebagai satu titik mula yang berpotensi besar dalam memperkenalkan bahasa
Melayu di persada dunia.
Sehubungan itu, langkah yang sama harus diambil oleh pihak DBP untuk
mewujudkan 'jiwa bahasa' di kalangan rakyat di negara ini. Sebagai contoh, pihak DBP
boleh menganjurkan beberapa lagi program berkaitan sajak, puisi dan pantun dalam
bahasa Melayu bagi mempromosi dan memperkenalkan bahasa Melayu di persada dunia
sekaligus menanam sifat cintakan bahasa Melayu di kalangan rakyat di negara ini.

(111 patah perkataan)

22
MPU3123
6. KESIMPULAN

Kesimpulanya, semua pihak harus memain peranan penting dalam mengekalkan


status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan disamping memelihara dan memastikan
bahawa bahasa Melayu sentiasa utuh sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan harian.
Kita jangan menjadi manusia yang alpa dengan arus pemodenan yang mementingkan
bahasa asing sehingga menafikan kebolehan bahasa Melayu untuk ke persada dunia. Bak
kata pepatah Melayu, "yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi,
yang indah itu bahasa". Oleh itu, mari kita berpijak di bumi yang nyata dengan menjaga
bahasa Melayu supaya kekal di persada dunia.
Selain itu, langkah-langkah yang konkrit dan pragmatik perlu diambil untuk
memartabatkan lagi bahasa Melayu. Kepentingan bahasa Melayu tidak dapat
dipertikaikan lagi, sebaliknya setiap individu harus memanfaatkan masa mereka untuk
mempelajari dan menguasai bahasa Melayu dengan baik. Cara ini ternyata akan
memberikan faedah yang besar kepada perpaduan rakyat dan teknologi di Malaysia. Jika
tidak, generasi yang akan datang akan ketinggalan dan dijajah oleh kuasa-kuasa Barat
yang menggunakan bahasa asing sebagai satu kaedah dalam memartabatkan bahasa
mereka. Sesungguhnya, bahasa Melayu melambangkan bahasa jiwa bangsa.

(173 patah perkataan)

(2,997 patah perkataan)

23
MPU3123
APENDIKS

RUJUKAN

Awang Sariyan. (2011). Sumbangsih, Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Haji Musa. (2009). BBM 5203: Sosiolinguistik Lanjutan. Selangor: Universiti
Putra Malaysia

Kamal Shukri Abdullah Sani. (2007). Bahasa Melayu, Apa Sudah Jadi?. Kuala Lumpur:
PTS Proffesional Publishing.

Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu Sedekad Lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (1987). 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khaidir Othman. (2013). Kerancuan Bahasa Melayu. Diperolehi pada 14 Julai 2016
daripada http://hajikhaidir.blogspot.my/2013/04/kerancuan-bahasa-melayu.html.

Norazwira Mohd Nawi. (2013). Langkah-langkah Memartabatkan Bahasa Malaysia.


Diperolehi pada 15 Julai 2016 daripada http://azwiraariwana.blogspot.my/p/tajuk-
langkah-langkah-memartabatkan.html.

Baharam Sidek. (2009). Lingua Franca Zaman Kesultanan Melayu. Diperolehi pada 16
Julai 2016 daripada http://baharam.blogspot.my/2009/02/lingua-franca-zaman-
kesultanan-melayu.html.

24

Anda mungkin juga menyukai