Anda di halaman 1dari 1

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Berdasarkan video yang saya tonton ternyata saya amat terkesan dan bersyukur
kerana saya dapat mengajar dan di tempatkan tempat yang terlalu banyak
kemudahan berbanding cikgu Azli yang dipostingkan ke sekolah pendalaman.Saya
amat berbangga dan malu jika apabila dibandingkan dengan beliau yang jauh lebih
baik dan gigih mendidik anak bangsa. Oleh yang demikian , sebagai seorang guru
matlamatnya ialah mendidik dan mencurahkan ilmu buat anak bangsa di mana
sahaja mereka berada.Video ini menyedarkan saya bahawa betapa pentingnya
menjadi seorang pendidik dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh kami sebagai
warga pendidik. Ia menyedarkan saya dan memotivasikan saya untuk lebih gigih
mengajar dan mendidik anak bangsa agar dapat melahirkan modal insan yang
diinginkan oleh negara.Ia juga menyedarkan saya bahawa kita tidak perlu
merengus dengan apa sahaja tugas yang diberikan.Jika dibandingkan pengorbanan
Cikgu Azli jauh lebih sukar menjadi seorang pendidik.Saya cintakan kerjaya sebagai
seorang guru dan saya akan melakukan sebaik mungkin memikul amanah yang
diberikan kepada saya.

Anda mungkin juga menyukai