Anda di halaman 1dari 2

BILANGAN JURNAL : KE-1

MINGGU PRAKTIKUM :PERTAMA


TARIKH PERISTIWA/KEJADIAN : 05-09 FEBRUARI 2017
TAJUK JURNAL : MINGGU PERTAMA DI SJKT SUNGAI GETAH

Pada hari pertama praktikum saya dan pasangan saya melapor diri kepada Puan
Selvarani, gurubesar SJKT Sungai Getah. Kami memperkenalkan diri kepada pihak sekolah.
Guru Besar memberi sedikit taklimat kepada kami tentang peraturan semasa berada di sekolah.
Beliau memberitahu cara untuk menyesuaikan diri di sekolah dengan mematuhi peraturan
sekolah. Seterusnya kami berjumpa dengan Guru Penolong Kanan Pentadbiran Puan.
Saraswathy. Beliau memberi jadual waktu dan menjelaskannya kepada kami. Saya dan
pasangan saya meronda kawasan sekolah untuk mengetahui kedudukan kelas-kelas dan
bengkel. Kami melihat bengkel RBT yang perlu diperbaiki supaya boleh menggunakannya.

Pada hari kedua, saya hadir ke sekolah dengan persediaan untuk masuk ke kelas tahun
5. Murid-murid tahap dua telah telibat dengan sebuah program dan sesi pengajaran dan
pembelajaran tidak boleh dilaksanakan. Kami juga berjumpa dengan guru pembimbing
Puan.Premalatha A/P Chandran. Beliau memberikan sedikit tunjuk ajar untuk melaksanakan
praktikum ini dengan baik.

Pada hari ketiga, saya menyediakan rancangan pengajaran harian bagi kelas tahun 4 bagi
matapelajaran Pendidikan Moral. Ini adalah kali pertama saya mengajar matapelajaran Moral dan
berasa sedikit susah untuk menyediakan rancangan dan menyampaikannya kepada murid. Saya
berharap pada masa akan datang saya boleh memperbaiki kaedah penyampaian saya bagi
pengajaran matapelajaran pendidikan Moral.

Pada hari keempat, saya dan pasangan saya membuat senamrobik pada pagi yang
melibatkan seluruh murid sekolah. Ini menjadi satu pengalaman yang baru kepada kami.
Seterusnya, kelas RBT tahun enam tidak dapat dijalankan kerana mereka menjalani ujian. Kami
berbincang dengan seorang guru sekolah bernama Puan. Jeyanthi untuk mengadakan program
bacaan bagi murid yang lemah. Kami menamakan program tersebut sebagai Progran Sinar. Saya
berpendapat bahawa program ini akan memberi pengalaman baru kepada saya dan
meningkatkan kemajuan akademik murid.
Pada hari kelima adalah cuti peristiwa sempena perayaan Thaipusam.

Disemak Oleh Guru Pembimbing Disemak Oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :