Anda di halaman 1dari 7

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SULTAN AZLAN SHAH

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

PERKEMBANGAN PROFESIONAL (MAPP 2231)

PENULISAN REFLEKSI

TAJUK : ETIKA PERUBATAN DAN ISU-ISU ETIKA DALAM BIDANG


PERUBATAN

NAMA : TARMIZI BIN HAJI AHMAD

NO. MATRIK :BPP2016-1624

NO.IC :941109-02-5661

SEMESTER : T2S1

NAMA PENGAJAR : EN.MUHAMMAD HAFIZ FIZWAN BIN ABDULLAH


PENGENALAN

Etika berasal daripada perkataan inggeris iaitu ethic. Perkataan ini diambil dari bahasa
Greek iaitu Ethos yang membawa maksud sikap atau adat yang menentukan tingkah laku
sesuatu golongan. Manakala menurut Brett et al (1992) etika bermaksud
menyelidik,memikirkan,dan mempertimbangkan yang baik atau yang buruk.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) memberikan definisi etika perubatan sebagai


prinsip dan undang-undang untuk mengawal tingkah laku doktor. Ia dianggap sebagai
kawalan moral ke atas semua kakitangan perubatan dan masyarakat yang standard.

TUJUAN ETIKA PERUBATAN

Memelihara masyarakat dari menerima rawatan di bawah paras rawatan perubatan


yang telah ditetapkan . MMA mengambil berat terhadap kecuaian melaksanakan tugas
sebagai seorang doctor. Sebagai contoh, gagal memberikan rawatan kepada pesakit
setelah banyak peringatan yang telah diberikan.
Mencegah penyalahgunaan keistimewaan profesionalisme yang diperuntukkan undang
undang. Contohnya kesilapan dalam memberikan ubat kepada pesakit, member
pengakuan palsu dan menyalahgunakan kepercayaan dengan cara menyebarkan rahsia
pesakit dan mengadakan hubungan sulit dengan pesakit.
Mengawal berlakunya tindakan yang bertentangan dengan profeson seperti tindakan
kasar , tiddak jujur dan tidak sopan.
ETIKA TANGGUNGJAWAB DOKTOR KEPADA PESAKIT

Seseorang doktor mestilah sentiasa mempunyai sikap untuk menyelamatkan nyawa


manusia.
Seseorang doctor mestilah mendedikasi sepenuh tumpuan dan segala sumber ilmu
pengetahuannya kepada pesakitnya dan mesti mencuba untuk mendapatkan alternetif
lain apabila penghuraian atau rawatan di luar kemahirannya.
Seseorang doctor juga mestilah memelihara rahsia pesakitnya kerana pesakit tersebut
telah member kepercayaan kepadaya.
Seseorang doctor juga perlu memberikan perhatian kecemasan sebagai tanggungjawab
kemanusiaan kecuali yakin orang lain mahu dan boleh melakukannya.

Pemantauan kod etika bukan sahaja khusus kepada sesuatu profession seperti doktor
tetapi sebenarnya dihayati oleh semua lapisan masyarakat. Mereka perlu tahu batas nilai baik
dan buruk dari segi tingkah laku . Di dalam profession perubatan, jika terdapat ahli yang
melanggar etika perubatan dan disiasat didapati benar maka dikenakan tiga tindakan dan
kemungkinan dibatalkan pendaftran,digantung keahlian,dan pemecatan dari persatuan.

Majlis Perubatan Malaysia telah ditubuhkan sebagai badan berkanun dan Akta Perubatan
1971 telah member kuasa kepada Majlis Perubatan Malaysia untuk mengawal dan
menguatkuasakan disiplin dan undang-undang terhadap semua doctor berdaftar jika
melakukan hal berikut;

Bersalah di Malaysia atau di tempat lain ( melakukan kesalahan yang boleh


dipenjarakan)
Memperoleh pendaftaran secara palsu
Telah digugurkan dari daftar pengamal perubatan.
ISU ISU ETIKA DALAM PERUBATAN

Terdapat banyak isu etika yang berdepan dengan perbezaan pendapat antara ahli perubatan
dan pesakit.Antaranya ialah;

1. Pendermaan organ
Malaysia merupakan Negara yang mejoritinya penduduk beragama islam.
Islam mengalakkan umatnya menderma organ . Fatwa mengharuskan pendermaan
organ dikeluarkan seawal tahun 1962 bertujuan untuk mereka yang mengalami
kesusahan dan mereka yang memerlukan seperti pendermaan buah pinggang bertujuan
untuk meneruskan kelangsungan hidup seseorang. Pada dahulunya masyarakat
Malaysia masih tidak sedar akan kepentngan pendermaan organ, tetapi kini, ramai
yang telah tampil ke hadapan untuk berikrar menjadi penderma organ. Pusat transplant
menyatakan manusia yang berikrar untuk menjadi penderma organ telah meningkat
dari 2566 kepada 149,315 pada tahun lalu.

2. Pemberian alat bantuan sokongan hidup.


Pemberian alat bantuan untuk sokongan hidup juga telah menjadi satu isu yang
kontroversial pada suatu ketika dahulu. Alat ini bertujuan untuk memanjangkan hayat
manusia tanpa menyembuhkan keadaan pesakit. Sebagai contoh, feeding tube
(pemberian makanan melalui tiub) CPR( cardio-pulmonary resuscitation) yang
memberikan kemampuan jantung untuk berdenyut.Pemberian alat bantuan sokongan
hidup diberikan dalam tiga keadaan iaitu:
Pesakit yang tiada harapan untuk hidup.
Pesakit yang koma seketika
Pesakit yang koma selamanya.

menurut ketua bahagian sivil,fakulti undang-undang universiti Ain Syam Al-


Qairah (Sheikh et al ,2000) berkata apabila pesakit mengalami mati atau koma
dibolehkan untuk menghentikan alat bantuan pernafasan tersebut.
Manakala menurut Dr.musa berkata sebelum menghentikan alat bantuan hidup
3 pakar diperlukan bagi engesahkan bahawa mesin tersebut tidak diperlukan lagi
selepas penelitian dan penyiasatan yang telus.

3. Pengklonan manusia

Pengklonan yang pertama dilakukan oleh ahli embriologi iaitu ian wilmut pada
tahun 1996 di Scotland yang dilakukan ke atas kambing biri-biri bernama dolly. Di
Malaysia isu pengklonan ini dipandang serius dan Malaysia mengharamkan
pengklonan manusi ( anwar,2000). Islam menyifatkn penglonan manusia
menyebabkan pertentangan erhadap hukun syarak kerana Allah menjadikan manusia
serta mengangkat darjat manusia kepada sebaik-baik kejadian.

Benard et al. (2007) mengatakan (wasil,2001) seorang mufti mesir menyatakan


pengklonan manusia tidak harus dilakukan dan haram hukumnya. Tetapi (Charles et
al. ,2001) menyatakan doctor di university santa Carla beependapat teknologi
pengklonan tidak harus dilupuskan kerana boleh mendatangkan kekayaan jika
masyarakat sudah mula menerima teknik pengklonan secara terbuka.

4. Penggunaan gelatin babi didalam bidang perubatan

Gelatin adalah bahan semula jadi yang tidak terjejas dengan apa jua suhu. Ini
tidak kira dalam suhu yang paling sejuk atau paling panas. Oleh sebab itulah bahan
yang dicampurkan dalam gelatin akan sentiasa kekal segar dan dalam keadaan baik.
Terdapat dua jenis gelatin iaitu gelatin gred A dan gred B. Gred A biasanya terdiri dari
haiwn iaitu porcine ataupun tidak halal seperti babi. Manakala Gred B pula diproses
menggunakan alkali ataupun sumber tulang serta kulit-kulit haiwan. Walau
bagaimanapun, gelatin yang dihasilkan daripada haiwan sedikit kuantitinya
berbanding babi.
Di Malaysia mejoriti menganutnya beragama islam dan sangat teliti dalam
memilih sumber haram dan halal. Menurut Dr.Hamry mohd yusoff dalam bukunya
fikah perubatan menyatakan menggunakan gelatin yang berasal dari binatang terutama
jika binatang itu tidak halal seperti khinzir dan tidak disembelih dengan cara yang
betul dan dicampurkan dengan ubat ataupun makanan maka makanan tersebut
menjadi najis.

Fatwa berkaitannya diputuskan pada tahun 1982, iaitu gelatin adalah bahan
yang diperbuat daripada pelbagai jenis haiwan seperti babi, lembu dan
sebagainya.Oleh sebab bahan tersebut tidak dikethui sama ada daripada babi,bangkai
binatang yang halal atau sebagainya maka kedudukannya diragui .mengikut hukum
syarak sekiranya diragui ianya adalah perkara syubhah dan setiap perkara yang
syubhah hukumnya adalah haram.

Manakala , terdapat segelintir berpendapat penggunaan gelatin babi dibolehkan


kerana bertujuan baik untuk manusia yang berada dalam kesakitan. Muzakarah
jawatankuasa fatwa kebangsaan pada 1984 berkata bahawa penggunaan gelatin dalam
ubat adalah diharuskan kerana darurat dan bertujuan untuk menyelamatkan nyawa dan
menyembuhkan pesakit. Seterusnya, pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia Profesor Dr. Omar Hassan berkata, hukum syariah adalah anjal iaitu ketika
berlaku darurat sesuatu yang haram boleh menjadi halal termasuk penggunaan vaksin
yang mengandungi gelatin.
RUMUSAN

Sebagai rumusan dapat disimpulkan bahawa setiap profession tidak kita sama
ada doktor, paramedik , guru masing-masing mempunyai etika sendiri yang perlu kita
patuhi agar kita tidak tersimpang jauh dari norma masyarakat yang sebenar. Setiap
bidang mesti mempunyai percanggahan pendapat tentang isu-isu yang terkini dan
semuanya dapat diselesaikan dengan adanya kesefahaman dan kata putus. Oleh itu,
kita hendaklah meneliti sesuatu isu itu secra telus agar dapat diselesaikan dengan
jayanya.

SENARAI RUJUKAN

Akhlak dalam islam;Muhammad uthman el muhammady;dewan bahasa dan


pustaka;1984
Kamus dewan bahasa;Tengku iskandar;Dewan bahasa pustaka;1970
Etika pengurusan;Mustafa hj.daud ;1996
Fikah perubatan;dr.harmy mohd yusoff;PTS publication;2013