Anda di halaman 1dari 4

Arak / Minuman Keras / Alkohol  

Adakah anda tahu apa itu alkohol?

• Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras


selalunya diminum ketika bersosial atau digunakan untuk
mempertingkatkan "mood"
• Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu
diminum
• Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk
termasuk bir, wain, brandi dan wiski

Adakah anda tahu kesannya terhadap badan?

• Ia memperlahankan fungsi sistem saraf pusat


• Mengubah persepsi, emosi, pergerakan, penglihatan, dan pendengaran seseorang

Apakah faktor-faktor risiko bagi seseorang untuk minum berlebihan?

• Faktor persekitaran contohnya :


o Mudah didapati
o Tidak mahal
o Pengiklanan yang menarik di media

• Faktor Sosial :
o Pengaruh rakan sebaya
o Latarbelakang keluarga
o Pengaruh idola atau orang-orang yang terkenal
o Budaya

• Faktor Biologi :
o Keturunan
o Personaliti (contohnya: impulsif, mudah gelabah/terangsang)

Mitos dan realiti tentang kegunaan alkohol

Mitos Realiti
• Penggunaan alkohol • Remaja yang tidak mengambil alkohol
membuat seseorang individu adalah lebih matang dan dapat berfikir
berasa seperti dewasa. secara rasional. Mereka juga kurang
bermasalah.
Mitos Realiti
• Alkohol memudahkan • Rakan yang tidak mengambil alkohol boleh
mereka mendapat ramai lebih dipercayai dan merupakan kawan yang
kawan dan diterima sebagai sentiasa mengambil berat. Perhubungan
sebahagian dari kumpulan antara kawan juga lebih sihat tanpa
tersebut. penggunaan alkohol.

• Alkohol membuatkan • Alkohol mengakibatkan mabuk,yang mana


seseorang itu nampak "cool" ini jelas tidak "cool" dan juga merbahaya.
dan berjaya.

• Alkohol menghilangkan rasa • Kegembiraan adalah lebih nikmat apabila


bosan dan memberi seseorang itu mengambil bahagian dalam
keseronokan. aktiviti sihat dan tidak mabuk. Kegembiraan
di bawah pengaruh alkohol tidak bertahan
lama dan mudah dilupakan.

• Adalah lebih baik mengambil • Remaja juga mempunyai tanggungjawab


alkohol semasa remaja yang penting. Malahan, Alkohol boleh
supaya anda boleh berhenti mengakibatkan ketagihan hingga ke
mengambilnya semasa peringkat dewasa. Memulakan aktiviti sihat
dewasa ketika anda pada usia yang muda menjadikan seseorang
mempunyai lebih itu lebih baik dan sihat apabila dewasa
tanggungjawab. kelak.

• Alkohol dapat membantu • Menghilangkan masalah melalui


melepaskan anda dari penggunaan alkohol merupakan
permasalahan dalam hidup. penyelesaian jangka pendek sahaja.
Menggunakan alkohol sebagai cara untuk
menangani masalah adalah tidak benar.
Penggunaannya akan menimbulkan lebih
banyak masalah dalam jangka pendek dan
panjang.

Apakah kesan-kesan pengambilan alkohol ?

Kesan pengambilan alkohol merangkumi berbagai aspek kehidupan seseorang. Implikasi


sosial termasuk :

• Kurang konsentrasi yang boleh mengakibatkan kemerosotan prestasi pelajaran


• Ponteng sekolah yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik
• Kelakuan Delinkuen/salah laku
• Penglibatan remaja dalam jenayah untuk membiayai tabiat ketagihan alkohol
Kesan fizikal alkohol adalah:

• Keadaan mabuk (seseorang itu berjalan terhuyung hayang, pertuturan yang tidak betul
atau jelas, bingung dan bercelaru).
• Keracunan (gejala-gejala termasuk mengantuk yang teramat, tidak sedar diri, sukar
bernafas, paras gula yang rendah, sawan dan juga boleh menyebabkan kematian).

Gangguan kesihatan termasuk:

• Kerosakan otak yang kekal


• Penyakit hepar ( radang hepar, sirosis, kanser)
• Penyakit jantung (peningkatan tekanan darah, angin ahmar/strok)
• Ulser pada perut (ulser gastrik dan peptik)
• Kanser usus
• Penurunan naluri seks dan mati pucuk
• Keguguran spontan
• Bayi yang tidak normal
• Anaemia (kandungan darah rendah)

Masalah Psikososial juga mungkin timbul. Antaranya :

• Perubahan personaliti
• Kemurungan
• Bunuh diri
• Kelakuan agresif

Adakah terdapat sebarang risiko tidak langsung terhadap kesihatan?

Ya, seseorang yang ketagihan alkohol lebih cenderung untuk :

• Terlibat dalam gejala seks yang tidak selamat (berisiko tinggi mendapat HIV/AIDS).
• Menunjukkan perilaku yang ganas.
• Menderita akibat kecederaan contohnya akibat kemalangan jalanraya.

Apakah itu ketagihan alkohol?

Penyalahgunaan alkohol menyebabkan seseorang terlalu bergantung kepadanya sepanjang


masa.

Bilakah seseorang itu disyaki mengalami ketagihan alkohol?

• Keinginan yang teruk atau gian untuk minum alkohol


• Gagal untuk berhenti dari terus minum
• Gejala fizikal ( berketar, berpeluh dan loya)
• Perlu meningkatkan jumlah alkohol yang diminum
• Meneruskan tabiat minum walaupun mengalami banyak masalah yang diakibatkan
oleh alkohol

Bagaimana anda boleh menghindari dari alkohol?

Anda sepatutnya :

• Mengamalkan gaya hidup sihat


• Berkemahiran untuk menangani stress dan masalah yang dihadapi
• Jauhi dari rakan yang mengambil alkohol
• Isikan masa sepenuhnya - Ambil bahagian dalam sukan, mulakan satu program
senaman atau hobi, mengambil bahagian dalam aktiviti sosial yang berfaedah seperti
PROSTAR dan Rakan Muda
• Jangan menerima pelawaan untuk mencuba alkohol walaupun untuk sekali sahaja
• Jauhi dari tempat yang boleh menggalakkan pengambilan alkohol seperti bar, kelab
malam, disko dan sebagainya.
• Mempunyai kemahiran/kebolehan bagi menangani masalah termasuk semua yang
tertera di atas (Lihat Penyelesaian masalah)

Apakah yang boleh anda lakukan jika anda mempunyai masalah alkohol?

• Dapatkan pertolongan secepat mungkin


• Berbincang dengan orang dewasa yang boleh dipercayai (ibubapa, doktor, kaunselor
sekolah dan sebagainya) atau seseorang yang boleh memberi sokongan

___________________________________________________________________

Semakan akhir : 14 Julai 2006